Thursday, June 25, 2009

ape kena ngan aku ni ? ? ?

sampai opis cam biasa 6.30 pagi
cam biasa port aku kat kaunter east wing dulu
hati macam nak layan intenet tapi mata cam ngantuk
layan email jap pastu tido jap
7.30 naik tingkat 16 siapkan diri
pastu p beli bekfes ngan kat siti kat pentry usop tingkat 19
makan meehun goreng & telor mata kobau
layan milo ais... pau goreng seketul

kol 8 mula keja cam biasa
sambil tu aku setel hal roadtax, insuran kete aku
semua ok, thanx kak sue sebab tolong bayarkan online
senin depan baru dapat roadtax baru

mata ku makin lama makin kecik
layan lagu ganas dan panas skit
supaya rasa ngantuk aku hilang

waktu luch tadi aku, kak eda & kak ina ke sogo
teman kak ina cari pezen untuk beday hubby dia
aku usha ape yang patut
emm.. tgh sale ngupanya
aku pun lupa bila last aku p sogo tu
tak berapa minat skit p sogo sebab bagi aku tak de ape yang menarik
dan tiada sebarang benda pun aku beli kat situ

seterusnya kami ke sppk belakang opis aku ni
beli goreng pisang
aku beli punya la banyak ingat untuk hubby sekali
telupa lak dia ot ari ni
rezeki member2 kat opis le gamaknya
baru je lepas sedekah tadi..

skang ni aku kompius nak balik umah atau ke umh kak sue
sebabnya aku rasa letih dan mengantuk sangat ni
kalu aku ke umh kak sue, takut hubby lmbt plak blk
kalu aku dok umh, aku takut aku boring plak dok sowang2
arrgghh!!!!!!!!!!!
ke mana arah tuju aku sebenarnya ni???


. . . . rindu merindu . . . .

hari ni aku cam rindu bangat ngan 3 beradik ni. padahal tiap minggu jumpa dan baru jumpa isnin lepas. mengapakah perasaan ini jadi begini? mungkin sebab aku terlalu sayang akan mereka bertiga ini. dan hari ni aku harap dapat le jumpa diorang sebab kata hubby dia kena OT. so cam biasa, kalu hubby ot aku akan ke umah kak sue... dan siap le, petang ni mesti aku kena balun ngan diorang punya... aiskrim mat kool, jajan kat babu roti dan kena teman diorang p taman. aku tak kesah pun sebab dengan sape lagi aku nak bermanja kalu bukan dengan diorang ni. tiada siapa lagi disisi dikala aku sunyi, hanya mereka pengubat jiwa.. kalu datang pe'el nakal diorang memang aku akan sakit jiwa... hahahaha... perangai budak2 kan... sama la jugak kita kecik2 dulu pun... 'kak sue... tunggu tempat biasa ok!'

sabtu; 20 jun 2009; meru, klang

sabtu lepas aku, hubby dan adik syasya ke meru klang untuk menziarahi kazen hubby-faizal dimana isterinya suraya baru je lepas bersalin. kami p pun dah petang. masa kami p tu baby imran ni baru je umur 10 hari. baby imran ni nampak macam serius skit sebabnya setiap kali aku nyakat dia, tak senyum langsung. tapi dia suka tenung orang. syasya macam nak pegang baby imran ni tapi malu2... aku lupa plak nak amek gambar dia. bila kat umah orang memang dia akan jadi semalu yang mungkin, tu sebab dia melekat je ngan paklong dia tu.

muhammad bermaksud
terpuji

ammar bermasud
yang memakmurkan / yang mendiami / yang bermukim

imran bermaksud
budi bahasa

aku memang dah mahir jaga baby ni sebab masa syafiq lahir dulu aku la yang selalu tengok2 kan dia sebab masa tu aku tinggal ngan kak sue. kemudian lahirlah kakak yaya pulak, aku masih serumah dengan kak sue. bila syasya lahir, aku dah kawin tapi tetap ulang alik ke rumah kak sue. jadi memang aku tidak ada masalah bab bab dukung ke, mandi ke.. tapi kalu meragam atau menangis dalam jangka masa yang lama aku akan panik dan takut sikit. semoga maksud atas nama yang diberikan untuk baby imran akan membawa makna dalam kehidupannya. well.... untie shua bila lagi??? errmmm???? insya Allah... rezeki Allah yang tentukan... sentiasa sabar menunggu...

Wednesday, June 24, 2009

" hulu tamu; ahad; 21 jun 2009 "


ahad lepas aku, hubby dan family kak sue telah menghabiskan masa bersantai di sungai hulu tamu, batang kali. satu xpdc [cewah.. ;p] yang memang tidak dirancang, yang sebenarnya pada ketika itu dah pun tengahari buta dengan cuaca yang panas terik. perjalanan ke sana hanya boleh sampai dengan kenderaan yang lasak dan ganas sahaja. perjalanan untuk ke sana akan melalui jalan ulu yam


gambar atas dan dibawah ini adalah situasi kami semasa didalam hilux. xpdc kami bermula jam 1 tengahari. dimana kami semua kebuluran ketika ini. tapi kami dah bekalkan dengan kfc dan makanan ringan yang lain untuk mengalas perut di sane nanti.




aku rasakan perjalanan sedikit lama sebab banyak tempat kami singgah. signboard ni adalah dekat permulaan jalan nak masuk ke tempat yang hendak di tuju. selain sungai yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan lasak, terdapat juga kolam air panas untuk pengunjung. kami tak p pun, masa tak mengizinkan. next time kot... insyaAllah...


sepanjang perjalanan nak masuk ke dalam hutan tersebut, kami telah melalui perkampungan orang2 asli. sangat bersih persekitaran rumah mereka.


jalan yang kami lalui memang sempit sekali. bayangkan kalu bertembung dengan kenderaan yang sama besar, alamat memang ke tepi semak le kalu nak mengelak


yes...inilah masa yang kami tunggu... meredah anak sungai. memang aku sungguh teruja. memang ganas sekali...


seterusnya laluan makin ke tahap menguji kesabaran anda. bukan jalan tar lagi tapi dah ke laluan tanah merah dan batu bata.


jangan kata batu bata dah lagi... segala jalan belubang, lecak, lumpur dan sebagainya. huh... kami yang dalam kete semua macam orang mabuk ok... bergoyang habis organ dalam badan. sesiapa yang ada penyakit darah tinggi atau jantung atau sewaktu dengannya, harap jangan cuba untuk ke sana.


kami meredah anak sungai 3 kali. sangat xtrim sekali...


sempat amek gambar keindahan alam ciptaan yang maha ESA. SUBHANALLAH...


sampai ditempat yang ditujukan. bila melihat akan keadaan air sungai yang jernih itu, tak sabar nak berendam rasanya.. relex, cari port dulu...


kehijauan alam semesta.. nyaman sekali


apa lagi cik abang berdua tu. orang dah dapat port baik punya. turun ar, apa lagi...


3 beradik ini paling tak sabar untuk main air. sambil layan budak2 tu, kami makan sambil bersembang. alamak...cuaca tiba2 mendung dan bussshhhh!!!!!!!!!!!!!! hujan turun membasahi bumi. nasib baik sempat angkat semua masuk dalam hilux. dan kami terpaksa berteduh disatu tempat yang telah disediakan. kebetulan masa tu ramai plak yang datang. ada keluarga yang dtg berkonvoi dengan pajero, ada lori dan pajero dari jabatan pertahanan awam. kami berteduh sehingga hujan berhenti. maaf, gambar ketika itu tidak dapat dihidangkan kerana gambar2 tersebut mempunyai masalah teknikal :D


dan setelah hujan reda, kami kembali ke hilux untuk sambung makan. maklum... ujan kan.. harus la lapar balik.. hehehehe...


keluarga bahagia..eh eh... bila orang tu nak belanja penginapan ni??? dengar dengar dah kaya... hehehe...


kalu tadi keluarga bahagia, ha ni plak pasangan yang paling romantis sekali... tu tengah weng la tu dok angkat tabik tu...


"uppss.... i malu la u amek gambar i... i tau la i gebu"... ahakss... tolong jangan keluarkan muntah anda sekarang ok... huhuhu...


ayoyo... sangat seksi dua jejaka tampan ini... nasib baik perut melambangkan segalanya, kalu tidak kompem kena ngurat... hahahahahaha....


harap maaf... gambar diatas juga sedikit 'senset'... apakah yang 'senset' itu??? jeng jeng jeng...
sangat suka gambar ni... aksi sepontan dua beradik


tengah lepak sambil makan, ada plak kupu2 ni dok asyik keliling kami. nak plak tu dia singgah atas tapak tangan aku, sempat lak kak sue amek gambar...


ya Allah...................................
cantik giler................................................ si baju hijau tu....................
hahahahaha.....................


mengapakah gambar diatas diblurkan???
inilah dia kalu dah terlebih perasan dan syok sendiri
padan la muka sendiri...
ha.. kan dah jatuh... masa ni memang kelakar giler. nasib hilux menghalang aksi 18SG aku.. kalu tak kompem aku minta balik terus... entah cemana aku boleh jatuh... kak sue lak sambil mengilai leh lak dia sempat amek gambar... sungguh merah pipi ku ketika ini. nasib orang tak nampak. hubby aku??? sama gelak jugak... hanghuuuuuuuu... macam nangka busuk beb!!!


dah habis mengilai macam kuntilanak, kami sambung mandi. ngape tu cik abang??? keseorangan disaner??? meh kat adik meh...


uiisshh... baru cakap dah mai dah.... ganas!!!!


eh eh... senyum lak dia... malu ke???


adik tak padan ngan kecik, nak gak berendam walaupun dah mengigil satu badan..


masa ni air dah tak berapa jernih lagi sebab hujan kan. tapi kami tetap mau mandi... ada aku kesah... cak cak cak... ;p


kami tetap bersama selamanya...






inilah jurufoto gambar2 di atas... dan gambar ini juga hasil tangkapan dia sendiri.. alamak... kembangnye idung abang... hehehe...

kami pulang dengan seribu harapan dapat pegi lagi ke tempat itu. sangat menyeronokkan... anak2 pun tidur keletihan.

Tuesday, June 23, 2009

sElAmAt HaRi bApA

agak lewat aku masukkan citer ni pada ruangan blog aku disebabkan masa yang tidak mengizinkan. sabtu aku begitu sibuk menguruskan hal umah. petang melawat kazen hubby dimana isterinya baru lepas bersalin. malam hari ke rumah mak makan malam bersama. ahad tengahari aku, hubby dan family kak sue bersantai di sungai hulu tamu, batang kali. bagi aku tidak terlewat untuk mengucapkan selamat hari bapa pada ayahanda tercinta mohd shahri bin yakob. namun ahad pagi tu aku dah wish melalui sms... kredit tak cukup nak wat call :D, sorry ayah... terima kasih atas pengorbananmu, kasih sayangmu, keperihatinanmu dan segalanya dalam membesarkan kami adik beradik. jasamu akan kami kenang hingga ke akhir hayat. we love u! juga untuk bapa mertua di banting, pada pakcik pakcik aku, pada kazen2 aku yang bergelar bapa, pada sahabat2 juga yang bergelar bapa. cian hubby, bila la agaknya nak dapat pangkat tu kan. jadi, pada bapa2 seluruh dunia 'happy fathers day'!!!

Tuesday, June 16, 2009

sambungan citer kat kampung

assalamualaikum... uishh.. udah lama tak menghapdet blog ni.. malas ade, boring ade. tapi bila dah ade masa free ni aku teringin plak nak sambung citer masa kat kampung tu. setori ni still hari petama kat kampung. masa ni lepas kak sue balik dari kebun. kami bersiap utuk ke rantau panjang. ape lagi... shopping arr...
tu dia... pintu keluar masuk rantau panjang. pintu ni adalah untuk pemeriksaan pihak kastam. mana le tau telebih beras ke kan.. seludup barang dari golok ke... terlebih beli barang pun tak leh.. ishh... payah kan
pada sesiapa yang blum sampai ke kelantan, ni le pemandangan pasar besar rantau panjang. banyak kedai dan macam2 ado... dalam tak nak beli akan cair gak dengan harga yang berbaloi. kena pandai 'kecek' la..
gambo selipar pun aku snap.. apa da...

minah ni paling gile menyoping... macam2 dia beli. maklum... bonus lebat! lama lak tu dia menerai itu ini. dia sorang je dalam satu kedai tu berejam. nak plak anak tokei kedai tu layan je pe'el sengal aku masa tu.. lawak ar budak tu... hehehe...

hasilnya, aku shopping barang untuk kenduri adik ipar aku. hubby beli dua tiga helai baju, sandle sepasang. aku nan ado... mak tak kuasa nak menerai baju2 kat situ sebab masa suntuk. kat tmpt barang jual bunga telor pun dah berjam jam. sampai umah pun dah malam. fuh... letih gilos.. malam tu kami gerak ke kampung lagi satu. kampung halaman mak aku. story pasal kenduri kawin tu lepas ni ok.

masa ni aku ngan kak sue kat depan kedai kak na. (kakak juki) kami tgh tunggu hubby2 tersayang. entah ape depa buat masa tu aku pun tak ingat. ishh.. lama gak la menunggu. eh lupa plak.. ni citer seterusnya... citer hari last day di kampung. aku skali kan ajo. senang citer.

pagi sebelum bertolak balik kl, kami sempat ke pasar isnin di pekan machang dan ke pasar pekan tanah merah. tak lain tak bukan beli barang makan plak. nenek dan mak mertua aku kirim keropok.

dah beli barang2 kat tempat yang aku cakap tadi, kami ke batu 9 gual ipoh. bukan ipoh perak ok, tapi nama tempat kat kawasan tanah merah. kat sini banyak gak kami beli keropok. keropok lekor dia memang sodap.

sos utk pencicah keropok jenama umi paling best. harga pun berpatutan

kenapa bekerut je muka laki aku tu?? pening pk banyak modal kuar ke cek abang... ngeh3x...
3 orang pekerja tgh sibuk menguli keropok lekor
hasil keropok lekor yang dah siap di uli kemudiannya di rebus

banyak betul depa ni beli. aku pun tak tau untuk sape. kami gerak balik kl pun dah petang. cakap je nak gerak tengahari, tapi tetap jugak ke petang. sampai kl kol 1 pagi. letih giler. tapi memang best bila dapat balik kampung kan. tak sabar nak balik lagi. raya ni giliran kampung aku dulu... yahuuuu!!!!