Tuesday, July 28, 2009

coti coti mesia

khamis, 23 julai 2009
9 pagi
Lepas bekpes pagi tu, kami gerak dalam kol 9 menuju ke utara.


perjalanan kami berjalan dengan lancarnya. tiada sebarang gangguan dijalan raya dan tentunya bila dah jalan jauh, aku akan berdengkur dengan tenang sekali... hehehe... itu habit aku bila dah masuk kete...

11 pg
hari yang sama
punya tengah sedap melayan mimpi indah, hubby kejutkan aku sebab dah nak hampir sampai... aduh... tengah syok cium bantal busuk tu... bikin kacau la... ok, bila korang tengok gambar diatas, korang mesti dah dapat duga kami berada di mana kan... tu la aku kata, percutian kami biasa biasa aje.. tak le sehebat maner pun tempatnyer... janji enjoy, betui dak...


12.30 tgh
sampai je kat pekan pangkor, kami terus amek teksi dengan bayaran 12 hengget dan terus menuju ke tempat penginapan kami. nama tempat tu nipah water front. selama 4 hari 3 malam dengan harga RM370. memang betui2 depan pantai dan berdepan dengan jalan raya. dekat je ngan kedai makan dan segala gerai yang ada. bilik kami amat lah selesa sekali. abaikan bantal busuk kat atas katil tu ye... cik tum kalu p maner2 musti kena bawak bantai buchuk tu kalu tidak tak lena tidooo... last aku sampai pangkor ni masa kursus opis 2 tahun lepas. masa tu kami menginap kat pangkor beach resort. kali terakhir bersama suami tak silap dalam tahun 2002 kot. masa tu tak kawin lagi. bila dah berdua kat pangkor ni, segala kenangan lama kami flash back semula. hehehe kelako...


1 ptg
dah golek2 jap rehatkan badan, perut terasa lapar. mana taknye, pagi tu kami cuma makan roti canai kosong je. terus kami bersiap dan kuar. aduh... hari tu tak semua kedai bukak sebab hari khamis kan... mungkin sebab orang tak ramai dan hanya ada dua tiga kedai je yang bukak. dan kami wat pilihan untuk makan kat restoran horizon. kedai makan tu sederet ngan challet kami. kami makan nasi goreng cina aje, malas nak order banyak2 sebab malas nak tunggu lama. pas tu jalan2 jap tepi pantai


2.30 ~4.00 ptg
kami saje jalan2 main air dulu dan sesi fotogedik. tengok gelagat orang dan angin petang tu memang best sekali. ombak tak berapa kuat mungkin air belum pasang.


mamat ni kalu begambar serah la kat dia.. memang menjadi punya.


kan aku cakap, lagak macam model kelas atasan. namun, yang adoo... perut menten ke depan


aduh... encem arr... hehehe...

aku plak memang takut ngan air pantai ni. kalu takat sungai cetek tu aku ok lagi.

kaki mu dan kaki ku..


gambar agak golap skit sebab lawan cuaca kan..


masihkah kau ingat, pada waktu dulu...

aku teramat sayang padamu...

bercanda ditepian pantai.. masa ni dah kol 5 lebih. lepas sesi fotogedik tu, kami balik bilik semula. lepak2 layan tv. bila dah petang skit baru kuar balik. huh... panas terik beb. memang tak ramai la orang sebab masih hari bekerja kan. so kami pun tak le malu2 nak beposing... hehehe...

syok oo... lama tak naik buai...

buai laju... laju... aku nak kawin dengan anak rajee... yang adooo


tak bleh blah siot

sila tahan kalu rasa nak temuntah yeee

sangat indah waktu ini...

lepak punya lepak... hari dah semakin gelap. kami saje tunggu nak tengok matahari tebenam.


oh Tuhan, betapa besar kuasa mu...


terer tak aku amek gambar


comei gitu tapak kaki aku kan. montok2 je...

layan je la gambar2 kat bawah ni... augerah ciptaan yang maha ESA. SUBHANALLAH













malam tu kami makan dikedai yang sama. tak banyak menu la plak. mahal lak tu. kami cuma makan ayam masak merah ngan ikan bakar je. kedai lagi satu tu ramai plak orang, sampai tak de meja kosong. dan kami hanya lepak kat bilik aje malam tu layan tv. sambungan seterusnya silalah tunggu ye...

nota kaki : xceli aku tak de idea nak stori mori kisah hari petama ni.

i'm back!!!

hello everybody... i'm back again... hehehe... xceli dah keje pun semalam. tapi dalam keadaan keletihan lagi dan kebizian yang melanda semasa keje semalam membuatkan aku langsung tak berkesempatan untuk memblogging. percutian kami penuh dengan keseronokkan. rasa macam nak tambah lagi dua tiga hari, namun apakan daya, kami kan makan gaji, kalu kampeni sendiri mungkin dah tambah hari atau berganjak ke negeri lain. aduh... keletihan yang melanda membuatkan aku lupa segala apa yang patut mengenai pembayaran bil2 bulanan. sorry sayang, semalam broadband tak leh guna sebab aku terlupa bayar bulan lepas dan campo bulan ni punya sekali dan line broadband aku dah kena potong... hahaha... padan muka aku. dan semalam petang jugak sebelum balik keje aku menyetelkan semua ape yang patut.
dan hari ini, aku masih lagi dalam keadaan yang tak berapa waras sebab tido tak cukup. asal tengah malam je aku mesti terjaga. dan bila dah leh tido balik, tu yang terlewat bangun tu. bagi aku kalu dah 5.45 tu dah habis lambat, mane nak tunggu hubby siap lagi yang menggalahkan pompuan bersiap. muka pulak retak seribu. cuaca kat tempat percutian tu panas terik, pagi plak hujan lebat sampai nak tido pun takut... petir bedentam dentum...
insyaAllah... ade kelapangan masa, aku akan n3 kisah holiday tu nanti ye... sabar menunggu... nak p bekpes jap ni... callloooo!!!!

Tuesday, July 21, 2009

niezzareena away = 23-26 july 2009

assalamualaikum semua... untuk pengetahuan semua, kami suami isteri akan berada di luar kawasan KL untuk berehat seketika dari kesibukan bekerja dan keadaan keliling kota metropolitan yang sentiasa sibuk setiap masa dan ketika
maaf kepada keluarga, sepupu sepapat dan teman-teman sekalian, bukan mahu berahsia ke mana kami akan pergi tapi hanya untuk mengelakkan diri dari diburu oleh sekalian makhluk tuhan yang tidak mengerti apa itu makna BERCUTI...

kami bukan keluar dari negara malaysia pun dan dalam keadaan sekarang ni, kami cuba elakkan dari menaiki pesawat untuk terbang ke mana-mana. kami hanya pergi dengan kenderaan sendiri dan cuba mencari peluang dan ruang untuk kami BERDUA sahaja. jangan terasa hati ye orang itu... ;p next time sebelum puasa kita p ngan family kita plak ok... itu cadangan kedua kami...

tempat yang hendak dituju pun bukanlah begitu glakmer maner pun, dah biasa pergi pun. hanya untuk mengimbas kenangan semasa bercinta dulu aje... haa... mungkin ade yang dah tahu ke mana arah tuju kami... hehehe... semua planning ni pun hasil suprise dari suami tercinta kepada isteri kesayangan, semata2 untuk....


menyambut ulangtahun kelahiran aku yang ke 31... ahakss... malu pulak!!!! pada 25hb nanti, genaplah hari tua aku. aku cuma harapkan yang biasa2 aje dan tak sangka planning hubby memang mengejut. kami akan bertolak esok pagi dan akan kembali insyaAllah pada hari ahad. doakan moga perjalanan kami selamat pergi dan balik. doakan kesejahteraan aku sempena untuk menyambut hari ulangtahun aku. doakan aku moga suatu hari Tuhan memberi rezeki kepada kami suami isteri untuk mendapat zuriat sendiri...

pada teman rapat di opis, maaf sebab aku tak terus terang, pada kak ina, hepy beday 2u, nanti balik i upload gambar masa kita celebrate beday u tadi ok...pada wahida, tq sebab paham keadaan aku, pada kak sue, jaga diri dan anak2, sorry jugak tak cakap awal, pada family pun sama, sorry tak bagi tau ke mana destinasi kami... pada kazen aku noris, sorry tak dapat menghadiri kenduri sambut puasa dan tahlil kat umah kau... pada teman blog, take care semua... cewah.. macam pergi berbulan2... harus ke tinggalkan pesanan penaja... huhuhu...

- semoga selamat semuanya -

...amin...

Wednesday, July 15, 2009

"selesai satu perkara"

seperti yang telah dijanjikan oleh kedua pihak keluarga, kami dari belah lelaki telah menurut perintah untuk ke rumah bakal tunang adik ipar aku pada hari ahad lepas. kami betolak dalam jam 11 lebih. sampai dekat jam 1. maklumlah, konvoi kan.. macam2 ragam le. sebelum tu, aku balik banting hari jumaat malam. malam tu tepat jam 12, aku wish beday mak.
esoknya sabtu, setengah hari kami pusing2 sekitar banting cari homestay untuk family aku masa kenduri sambut menantu nanti. aduh... kenapa begitu payah sekali. homestay memang banyak, yang aku jumpa hanya dua sahaja. tu pun satu umah dia charge RM30 satu kepala. lagi satu tu kira bilik. tak syok plak. pusing punya pusing, tak jumpa yang lelain tu. nak kena tanya orang keliling. ade signage pun depan pintu umah, mana nak nampak sebab umah kampung paham2 je la... pintu bukan semua depan jalan. ada yang umah ke dalam skit. jenuh la plak nak perhati betul2. kalu mcm umah teres tu ok lagi, memang tepi jalan aje. aduh... pening kepala nak pk.
malas nak citer panjang, next time balik nak p cari lagi. yang ade style banglo pun atas pada morib lagi. 4 bili semalam RM250. ok dah tu, tapi jauh plak... em... tu lain hari la aku pk. sambung balik citer pertunangan adik ipar aku ni, mohd nashriq [eric] dengan cinta hati dia farhana [angah]

kek yang disponser oleh teman baik eric. tak sangka begitu beso sekali... cian budak ni, dia pun minat kat eric, tapi takdak jodoh... kau lambat la dik... hehehe... walaupun begitu, tetap nak sponser ok... terima kasih le banyak2 ye...



segala persiapan adalah hasil dari aku dan mak mertua aku... yang ado... hahahaha... semua last minit ok... janji berhias udah le... cukup syarat aje ni. dua bentuk cincin, satu untuk merisik dan satu lagi untuk ikatan pertunangan. pihak lelaki bagi 11 dulang.




nashana adalah gabungan eric dan farhana. aku pun lupa ape nama penuh angah tu. dorang ni kenal sebab abang si angah tu kawan pada eric. lagi pun diorang ni berjiran dulu, sebelum mertua aku buat umah kat belakang umah nenek.

ini plak hantaran dari pihak pompuan. di balas dengan 14 dulang. tema diorang itam putih. cantek gak...




sebelum berangkat ke kl, kami wat doa selamat skit moga tiada halangan yang menimpa. eric ni pernah putus tunang, tapi dia ngan x tunang dia still kawan. bagus le cam gitu. jangan ada benci... x tunang dia pun dah kawin dan baru gak dapat baby. dan x dia still contact aku sebab kami pernah rapat dulu.

suasana sementara menunggu pihak pompuan bersiap. kami sampai awal la plak. patutnya lepas zohor. hehehe... tak sabar kot... mak ngan ayah aku pun join sekali. lupa plak nak habaq, umah mak angah ni dekat ngan umah aku. dulu kan diorang berjiran, lepas mak aku dah pindah umah baru, family diorang pun pindah kl. tu yang family aku join sekali. diorang pun lama tak jumpa besan. hehehe... siap peluk cium gitu mak aku ngan mak banting.. macam minah arab daaaa....

aduh... sabar la dik.. [kami panggil dia adik walaupun dia anak kedua] jauh merenung umah bakal tu... waduh... hati harus bedegup kencang. si eric ni sorang je la yang slim melim. kecik je body dia. yang abang ngan adik bongsu tu... huh... yang ado!!!!

sesi risik merisik, bincang ape yang patut...


amboi.. siap tutup mulut lagik. ape yang rahsia sangat tu pakcik oii... tang hantaran ka... ;p bapak metua aku macam curi2 dengar je... hehehe...


ayah, mak ngan mak pompuan.

yang ni... harus la aku yang menjadi penyeri majlis.. hehehe... aku biasa la, harus la menyarungkan cincin risik. kakak ipar sulung la katakan.


disusuli oleh mak mertua aku. menyarungkan cincin pertunangan. alhamdulillah... selesai sudah. banyak dugaan diorang berdua ni. hanya kami sahaja yang tahu. harap lepas ni tak de la masalah yang berat2 lagi... insyaAllah..


bergambar kenangan...



sedih kejap. kalu dah jodoh tak kemana dik... harap lepas ni pandai2 jaga diri ok, korang tu darah manis...

yang si baju belang tu le nak naik pelamin lagi sekali bulan lapan ni... insyaAllah... ade member opis aku cakap, si angah ni macam pelakon liyana jasmey tu... betul ke??? harus kembang kalu aku cakap kat angah tu




wah.. senyum gembira nampak... sama2 kecik kan diorang ni :D

ni le abang sulung yang kenalkan diorang ni, bersama adik bongsu diorang


orang yang aku sayang

dan selesai sudah majlis pertunangan antara eric dan angah. ikatan selama setahun dan insyaAllah tahun depan naik pelamin. aku pun terus la balik umah sendiri berehat sebab malamnya tu nak celebrate beday mak tercinta plak..

*********************************

malas nak wat topik baru, aku teruskan dengan citer sambut beday mak aku



comei je mak aku ni kan... body menten ok. aku... yang ado... hahahaha. janji bahagia.


menu malam tu satay dan nasi goreng aje. sedap gile... tapi aku lupa nak snap gambar potong kek dan tetamu yang datang. sebab kelaparan yang amat sangat. prezen untuk mak kami adik beradik belikan hp baru. dia kan jeles kami bagi ayah hp baru masa beday ayah yang lepas. tersangat suka la dia sebab hp tu up skit dari ayah... hahaha... kelakar... citer ni sampai disini sahaja sebab aku malas nak citer panjang. jumpa lagi di lain episod.. chow!!!