Friday, August 28, 2009

dari hati ke hati

Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu....
Allah selamatkan umur kamu..
Allah selamatkan kak sue....
[cibuk je yang sorang lagi tu ;p]
yeeeehhh..... hari ini hari ulangtahun kelahiran
kazen tersayang aku... kak sue
alhamdulillah, sehingga ke hari ini
kami tetap bersama selamanya
semoga ia berkekalan sampai bila2
dan ucapanku
moga panjang umur dan murah rezeki
moga sentiasa kuat dan tabah dlm apa jua sekalipun
moga sentiasa bahagia bersama suami dan anak2 tercinta
moga sentiasa ceria seperti biasa
moga diberi perlindungan, diberkati dan dirahmati
dan semoga kasih sayang antara kita berkekalan selamanya
terima kasih kerana sudi berkongsi kasih anak2 mu pada kami
terima kasih kerana sudi pinjamkan kasih sayang mereka selama ini
terima kasih kerana sudi membenarkan anakmu bersama kami
terima kasih kerana sudi berkongsi suka dan duka selama ini
terima kasih segalanya

tanpamu siapalah aku...

Thursday, August 27, 2009

1 ramadan @ kelate

assalamualaikum...
alhamdulillah, hari ni dah pun masuk puasa ke 6. kejap je plak rasanya. sabtu lepas, pada puasa pertama... saya, hubby dan kak sue sekeluarga telah sepakat balik kampung untuk menghantar stok kerepek yang telah ditempah oleh pengedar disana. alhamdulillah... bisnes kecilan kami berjalan dengan lancar dan nampaknye macam bertambah skit tahun ni. syukur padaNYA... kami berangkat pulang sabtu, jam 3ptg. perjalanan jauh dalam bulan puasa ni memang menguji kesabaran dan keimanan setiap manusia. dan tak terlepas juga pada kami semua. rasa letih tak payah nak cakap. biasa mengunyah je dalam kete untuk menghilangkan rasa bosan, tapi bila dah puasa ni, tido je la sepanjang jalan.
kami tiba di gua musang dekat dengan waktu berbuka. dah pilih itu ini untuk juadah berbuka, kami amek port lepak depan tv, senang nak layan tv sambil makan. nampaknya ramai juga orang yang singgah berbuka disitu. tapi pembantu kedai tu cakap, jumaat lagi ramai. penuh kedai makan kawasan tu. oh... mungkin orang2 yang tinggal di luar kelate telah pulang ke kg halaman masing2 untuk menyambut ramadan bersama keluarga dikampung. mm... bagus.
abang aiman pun dah mula belajar puasa. hehehe... kelakar ada, kesian pun ada. dah le dia tu bukan jenis pemakan sangat orangnya. lembik je aku tgk. tapi bagus le dia ada rasa nak mencuba. aku cakap kalu dia puasa penuh aku bagi dia 5 hengget... hahaha... kesian kat dia.. aku cakap abang boleh beli aiskrim 20sen selama sebulan. dia gelak je.... siot punya maklong ;p
adik syasya plak, orang sok sibuk menunggu waktu berbuka, dia dah hentam dulu nasi ngan sup daging dia tu... uisshh... lapo sangat le tu. tapi bukan makan mana pun, main je lebih. sepanjang perjalanan, tak mau dok ngan aku atau kak sue kat belakang, asyik nak dok ngan paklong dia je. upss.. lupa plak nak cakap, kami balik satu kete je. biasa la... naik ape lagi kalu bukan hilux pekasa mazuki tu...
kakak yaya masa ni takdak sebab dia dah lama balik, ikut nenek ngan atok dia yang datang kl masa kenduri kawin adik ipar aku tu. sakan le dia bebas kat kg tu...
kami tiba di kg jam 9 mlm. singgah umah pakcik, umah kakak juki dan baru balik umah mak juki. saya dan hubby pun tido kat sane skali. malam tu kami tido lambat, sempat lagi lepak kat kedai makan kakak juki. kami layan colek mangga.... uisshhh... kecor plak ayaq liuq.
esoknya kami pegi pasir puteh untuk menyelesaikan masalah yang agak besar jgk le. aduh... pegi punya jauh, tak bleh nak setel plak. kena tunggu lepas puasa. haru sungguh... tapi tak pe, best gak ke sana, kami singgah pantai dalam rhu, semerak, pasir puteh. betul kot??? aku pun ingat2 lupa nama pantai tu. tapi memang bestttt... tenang je... banyak gak umah kampung kat situ. kebanyakkan mereka mengusahakan keropok lekor atau keropok kering. korang layan je la gambar kat bawah ni....

pastu kami ke tok bali plak untuk beli ikan2 segar yang baru sampai dari jeti. kami beli le skit wat balik kl... memang semua segar2... yang best tu, masa dah sampai umah kat kl, hajat hati nak le siang ikan2 tu, bila bukak bungkusan tu... ikan dah betukar jadi kopok lekor... pelik tapi benar... hehehe... orang tu le... salah bagi bungkusan kat aku... hampehhh... sampai skang ikan tu masih lagi berada kat umah orang tu... awak... tolong le siang skali eh... ngeh3x
kami stay kat kampung 3 hari 2 malam. isnin pagi lepas sahur kami berangkat balik ke kl. nak citer la skit masa balik kl tu.. aku lembik giler ok. mau taknye... lepas sahur terus jalan jauh... mau tak pening kepala. dah le lepas makan, perjalanan naik bukit turun bukit... huh... nak muntah semua ada. dengan si adik buat perangainya... marah2 sebab paklong dia bawa kete... tak mau ngan semua orang kecuali paklong dia... aduh... pusing kepala aku... jadinya aku tido le sepanjang masa... ahrrgghh!!!! letih tu... tapi seronok :D tahun ni plak beraya di kg aku dulu. lagi le tak sabar nak balik lagi.... yahuuuu!!!!!
backdated story ~ beday aku

saje nak n3 skit gmbr semasa meraikan beday aku bulan 7 lepas. lupa plak nak citer kisah ni. tapi ari ni rasanya dah malas nak becerita cuma nak cakap terima kasih le banyak2 pada kawan2 rapat aku yang sudi buat suprise yang tak berapa nak menjadi... hehehe.... tq hadiah yang korang bagi tu... sangat sedap kek yg korang beli tu... yum yum... lepas ni beday sape plak.... sila angkat kaki... ahaks...

alhamdulillah... sehingga ke hari ini, aku masih lagi sihat tubuh badan, masih diberi akal fikiran yang waras, masih sempurna jiwa dan raga... semoga Allah memberi kesihatan yang sempurna pada aku sepanjang masa... amin...


psstt.... sape2 kalu nak order kerepek boleh le hubungi aku eh... mcm2 jenis ada... jaminan kesedapan yang teringat-ingat... bak kata adik, bebayoi-bayoi!!!! ngeh3x

Friday, August 21, 2009

. . . salam ramadhan . . .

kepada semua umat islam, saya dengan ini mengucapkan
selamat menyambut ramadhan 1430H
saya ingin memohon maaf zahir & batin jika ada kesilapan & kekhilafan dari kata2
dan perilaku saya yang tidak berkenan di hati
atau menyinggung perasaan semua
Semoga di bulan Ramadhan ini
kita dapat melaksanakan kewajiban kita dengan tenang & khusyuk
bagi meraih keampunan serta kasih sayang ALLAH SWT
di bulan ramadhan nanti
elakkan semua sifat yang dikeji
kerana selama sebulan dia telah jauh dari kita semua
jangan jadikan alasan pada tiap perkara yang terjadi
berubahlah demi kebaikan sendiri
dekatkan diri denganNYA
memperbanyakkan amal ibadah kerana bulan ramadhan
mempunyai keistimewaan yang tidak ada
pada bulan-bulan lain seperti lailatul-qadar dan sembahyang tarawih
banyakkan membaca al-quran
lebih banyak pahala yang kita dapat
dari kita membuang masa tidak tentu hala
atau tidur sepanjang masa
sentiasalah berdoa
memohon keampunan dari yang maha ESA
menandakan kesyukuran kepada Allah
kerana nikmat-nikmat yang banyak kepada hamba-hambanya
moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari tahun sebelumnya
moga ramadhan kali ini lebih mendapat berkat dan pahala
yang berkali ganda... insyaAllah...
dan kepada anda semua
jangan lupa baca niat puasa
**************************

selamat datang bulan perjuangan

"marhaban ya ramadhan"

mohon maaf sekali lagi dan selamat menjalankan ibadah puasa

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Thursday, August 20, 2009

ade ke patut???

satu hari tu, aku menghadiri meeting kumpulan sukan

nasib le aku ngan geng2 aku tergolong dalam satu pasukan

nama kumpulan kami adalah PERDANA

masa meeting tu, penaung tengah bagi ucapan

dan biasa la, aku dok kepoci ngan kak eda

tgh syok cot cet cot cet

nama aku dipanggil dan soh bediri

MyEm0.Com

alangkah tekejutnya aku

apabila diumumkan menjadi ketua sorakan

MyEm0.Com

ade ke patut???????

oh noooooo.... deng.......

patutkah ORANG ITU melantik aku

ah tidak... dia memang sengaja

aku tau!!!!

aku jadi tak tentu arah...

dan bila aku teserempak ngan dia (dah waktu balik)

bila aku tanya

dia boleh gelakkan aku

aku dah agak....

MyEm0.Com

esoknya aku mula cari pengganti

sebab aku tak boleh nak jadi ketua sorak
patutkah aku...
kepoci ngan geng bleh le
nak kecoh2 depan orang mak malu la...
MyEm0.Com

dan yesss...
nasib ade orang yang sudi terima pelawaan aku
MyEm0.Com

tq kak syima....

jasamu ku kenang


MyEm0.Com
dan kini barulah senang hatiku
lalalalalala....

MyEm0.Com
baru lah mak boleh melaram balik

MyEm0.Com
menari kegembiraan

MyEm0.Com
berjoget keriangan
sebab lepas je meeting tu abis
hidup mak jadi tak keruan
siang malam memikirkan
gundah gulana jadinya
sekarang kembali aman bahagia
kepada SI DIA
mak minta maap banyak2
sebab mak tarik diri
bukan mak tak sudi
sebenarnya mak malu!!!!!

last episod

assalamualaikum semua... aduh, dua tiga menjak ni cik tom kebizian skit la. tak sempat nak menghapdet blog. so, dikesempatan yang ada ni, cik tom nak menyudahkan citer2 animun yang tetangguh tu. tapi sebelum tu, tinggal sehari je lagi untuk kita semua umat islam menyambut kedatangan ramadan al mubarak. cepat nau masa berlalu ye. ok lah, kontiniu citer pangkor lepas.
episod lepas kami bersantai tengah laut sambil besnorkeling. balik bilik tu kami lepak sebab keletihan teramat sangat. hubby memang dah tak sedar diri... tido baik punya dengkor.. aku plak letih sangat sampai tak leh nak lelap mata. pastu aku siap2 nak kuar amek angin sambil snap2 gambar dan masa tu aku ada ajak hubby, dia kata tak mau ikut, tak larat sangat

makin ramai plak pelancong masa ni. makin meriah le suasana tepi pantai tu. kedai2 pun makin banyak yang buka.

dok tgk kakak tu kusyuk menulis kat servinier yang ada kat situ. kretip le dia... cantik tulisan dia.




boring plak jalan sorang2... bila dah rasa macam tu, aku amek keputusan balik bilik je la. lagi pun hari dah senja... teringat plak hubby ade kirim jagung. sodap oo jangung panggang ni. 2hengget je. ni kali kedua aku beli jagung kat tempat yang sama. sampai bilik, hubby dok kejong lagi. kejut dia, kami siap2 pastu kuar cari makan. perut dah lapo giler...
masa nak kuar bilik tu, terpandang bulan yang menerangi pantai. terang suasana malam tu. hubby kata lepas makan lepak pantai tengok bulan... hehehe... macam kat kl takdak bulan..ngeh ngeh ngeh... layan ajo la...
lepas makan kami pusing2 dulu kat sepanjang kedai yang ada. last shopping sevinier untuk family.
pastu kami bermadu asmara tepi pantai.
nampak kesan tebakar di muka kami?? merah kejong dan mula terasa pedih
tapi posing tetap maut...
cerita ku cerita mu... cerita tentang kita....
baju untuk 3 beradik
servinier yang kami beli untuk family dan teman rapat. ada lagi tapi gambar dalam hp. lupa plak nak masuk pc. malam tu kami mula bekemas apa yang patut, senang... esok pagi tak le kelang kabut. aku tanya hubby kalu sambung lagi dua tiga hari dia mau tak... dia cakap mau... aku pun rasa macam tu... kenapa ye???

esoknya kami bangun awal dan bersiap untuk cheq out. sebelum berangkat kami bekpes dulu kat tempat biasa. sedih plak nak tinggal pangkor. rasa seronok plak dok sane. tak pe, ade kesempatan kami datang lagi. mungkin dengan anak plak ke... kekekeke... insyaAllah...

alhamdulillah... kereta yang ditinggalkan selamat dan dalam keadaan baik. kami tinggalkan pangkor dengan seribu kenangan dan berharap dapat datang kembali. selamat tinggal pangkor... kami tinggalkan memori terindah disana... sampai jumpa lagi...

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah . . .

KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung. Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.


amat terkejut bila mendapat berita dari member opis tentang berita mutakhir dalam utusan pagi tadi. terus teringat saat arwah menyampaikan ceramah sempena maulidur rasul pada bulan 3 lepas. masih terngiang2 lagi betapa merdunya alunan suara pabila aruah mengalunkan barisan ayat suci al-quran bersama terjemahannya sekali.
ajal dan maut tidak mengenal usia, arwah dijemput pada usia yang boleh dikatakan masih muda dan masih sihat menjalankan aktiviti seharian sebagai seorang selebriti penceramah dan pendakwah. siapa sangka... dalam kesibukkan bekerja, jika sudah terlulis bahawa saat itu nyawa akan dicabut, tidak ada sebarang sebab atau alasan dapat dielakkan dan tidak ada istilah lewat walau seminit sekalipun.



inilah gambar kenangan bersama arwah dan kumpulan rabbani semasa ceramah maulidul rasul yang diadakan di opis aku bulan tiga lepas. segala ceramah yang disampaikan akan aku jadikan amalan dalam kehidupan. semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman dan beramal soleh.... al-fatihah....

(petikan dari kosmo 14.8.09)

lagu ini menjadi kenangan selamanya...