Friday, September 18, 2009

sEl@mAt bErcUt!!!!

kepada semua peminat setia [pasan jek]
blog ini akan terhenti sementara
kerana saya akan mula bercuti dari
19 hingga 27 september 2009
insyaAllah, kalu ada masa di kampung nanti
saya akan update citer sepanjang cuti raya
jika tidak, tunggu je la masa yang sesuai
untuk saya berkongsi cerita sepanjang cuti tu nanti
diharap anda semua dapat bercuti dengan
penuh kegembiraan dan meriah sekali
sampai jumpa lagi di lain lembaran
wassalam

Wednesday, September 16, 2009

S@LaM a!diLf!tRi

huraaayyy!!!! hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita semua menyambut syawal. aku harap moga penuhla puasa aku thn ini. tak payah serabut nak ganti nanti... insyaAllah... jadi, dikesempatan ini saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua umat islam, saya susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, tak kira dalam keadaan sedar atau tidak. andai pernah mengguris perasaan atau terkecil hati, maaf atas segalanya. moga raya tahun ini, akan lebih beerti dan bermakna pada kita semua. sambutlah syawal dengan penuh meriah dan penuh keberkatan moga kita semua dapat merasai ramadan dan syawal yang akan datang pada tahun seterusnya..

pada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah dijalan raya, semoga selamat sampai dikampung halaman masing-masing. ingat yang tersayang.. insyaAllah selamat. saya dan suami akan berangkat pada sabtu ini. moga kita semua dilindungi olehNYA sepanjang perjalanan nanti. jangan lupa bermaaf maafan di pagi raya nanti.

akhir kata, sekali lagi ku mohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini dan salam lebaran dariku untuk kalian semua....

Tuesday, September 8, 2009

raya..raya..raya

alhamdulillah... hari ni dah pun masuk 18 ramadan. masih sempurna puasa aku dan harap biarlah sampai ke penghujungnya. hari2 kami masih juga berbuka bersama keluarga tercinta dan 3 beradik yang makin nakal itu. ya Allah... kecoh la mulut aku ni tak berenti mengomel... macam2 peel ada. sorang tak leh berenggang ngan paklong dia, sorang tak mau mkn nasi, sorang mengunyah sambil membebel tak berenti... harus bagaimana??? tapi itulah penyeri umah mak aku... persiapan?? biasa2 aje... terawih??? hehehe... tak pegi pun sebab lepas berbuka, kemas dapur...cian mak masak untuk kami dan aku tak tolong pun, solat... dan terus mengadap tv. patutkkah seperti itu??? haruslah tidak bagus kan, bukan ape... cuma nak balik umah cepat. macam2 benda nak wat. kuih raya?? lom wat lagik. mak dah beli barang2 tapi entah bila nak mula pun tak tau. minggu ni kot... tinggal berapa ari je dah lagi ni..
semalam aku tepon mak metua nun di banting sane... sembang punya sembang tiba2 dia tanya bila kami balik sane. aku cakap le insyaAllah minggu ni balik, nak amek stok kepek sekali.. dia tya balik nak raya nanti le.. aku kata raya ke4 le.. dia kata balik... 'eh??? bukan banting dulu ke thn ni???' aku lagi le pelik??? eh... lupa dah ke dia?? kan ke tahun lepas dah banting dulu... aku cakap le balik kat dia.. dia kata ye ke?? la mak... yang kita pakai merah menyala tu ape?? hahaha... baru le teringat. aduh... tau le aku ni menantu kesayangan.. huhuhu... jgn cari pasal mak oi... marah org kampung kawe tak balik nanti.. ngeh3x...

dan skang lagu2 raya dah kedengaran dimana saje. aku?? tak payah nak tunggu 15 hari puasa, puasa petama dah aku pasang kat opis ni ha... lampu lip lap, kad raya, pelita semua dah aku hias kat kaunter tmpt aku duty ni ha... semangat tu mesti ada.. dorang cakap awalnye gantung... aku balas balik, korang beli baju raya ade tunggu lagi seminggu nak raya?? ha.. diam semua..
kot mane lagu2 raya terbaru skang ni atau lagu lama dinyanyikan balik oleh artis baru... lagu raya dolu2 gak sodap didengar. nak2 bila dengar lagu balik kg dari aruah sudirman tu... aduh!!! tak sabo dah teman nak jumpa orang kg ni... insyaAllah, kalu tak masalah jumaat malam atau sabtu tgh bertolak le kami ke kg halaman...

semalam cuti nuzul quran... ya ampun, aku kuar 6.30 pg pun jem gak ke?? aku pk la, mesti dorang ingat selangor cuti jln tak jem, so pakat ramai2 kuar lmbt... amek ko... tapi aku sampai opis macam biasa gak. semalam kan hubby cuti, dia jaga adik. mula tu aku risau gak takut dia gelabah... sejam sekali aku tepon... dan petang tu dorang amek aku sebab pg tu aku ke opis naik cab. punya la malas nak drive kan... dalam kete mcm2 adik cok citer ape dia wat ngan paklong dia sehari tu... hehehe... kelako le depa tu. first time tu hubby jaga adik tanpa aku. dia berjaya menjaganya dengan sempurna sekali... bagus, ada anak nanti tak le risau kot.

dan seharusnya kalu selangor cuti, kl le jadi mangsa keadaan. semua jalan sesak. ishh... tu la... kl kena gak cuti. member2 opis yg kuar time lunch semalam cakap, kot maner pun pusing, semua sesak. nasib le aku membuta aje kat opis tu. lagi syok...

yang best time nak raya ni kan... bila tgk keliling jalan penuh dengan hiasan lampu lip lap. syok kan... kat umah aku tu pun macam belumba2 je tiap umah ngan deco masing2.. ah, aku peduli ape, janji nampak meriah kan. mmm... k lah, tunggu celoteh aku seterusnya nanti. banyak hal nak wat ni... bui bui!!!

Thursday, September 3, 2009

kisah ramadan

assalamualaikum...
alhamdulillah, hari ini dah pun masuk 13 ramadan.. mm.. kojap jek rasanya. ramadan kali ni aku mcm malas skit nak n3 kisah berbuka puasa sebab macam takde semangat la nak mengupdate blog.
rutin harian berubah skit, aku masuk keja jam 7.30 pg dan balik 4.30 ptg. singgah pasar ramadan beli kuih skit dan kami berbuka kat umah mak. kadang tu ada gak berbuka di luar, tu pun kalu kami ke sesuatu tempat yang menyebabkan tak sempat nak balik umah..
sahur aku bangun jam 4.30 pagi. tak makan berat mane pun. ala kadar je... yang pasti nes panas tetap kena ada. kalu tak hidup aku seharian pasti tak keruan. hubby tak suka bersahur sebab bila dia makan pagi petang tu dia akan rasa lebih lapar dari biasa. cuma aku kejut untuk minum air suam aje. so, pagi sahur tu aku layan perasaan sorang2 je la... tak tido ok, lepak tgk tv pastu siap2 mandi, solat terus bersiap utk ke opis.
persiapan raya pun ala kadar aje... maklumla.. bonus kan tarak.. takde la beriya sangat. kalu ade anak tu lain le citer kan... b4 terlupa, tahniah pada lyn dan bob kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama pada 1 sept lepas. tak berkesempatan nak melawat lyn lagi.
so, ni je lah celoteh aku kali ni... dah malas benar dah rasanya ni... nak mula keje dah pun. pada semua pembaca, selamat menjalani ibadah puasa dan salam ramadan... bye