Monday, November 30, 2009

kemalasan melanda

hari ni kembali seperti biasa, tapi kembali dengan penuh malas, ngantuk, letih semuanya lengkap. mungkin sebab makan daging banyak kot. dan rasanya seperti mau tido dan tido dan tido je skang ni. kalu la cuti ku masih banyak.. harus aku cuti hari ni. citer raya minggu lepas, tidak ada yang menarik. p umah mak pun lepak tgk tv aje. balik banting pun sama. tak jalan maner, cuma p umah adik ipar dan umah makcik je. ujan je dibanting. ape yang aku letih pun tak tau. bukan banyak keje pun sepanjang minggu cuti raya tu. udah la heh... nak sambung layan perasaan jap.

Thursday, November 26, 2009

balik awal


yahuuuu!!!!

dapat kelepasan balik awal

banyak seronok!!!!

esok hari raya... esok hari raya...

salam aidiladha

esok kita semua bakal menyambut hari raya aidiladha. hari ini umat islam dari seluruh dunia kini berkumpul di mekah menjelang hari wukuf di padang arafah untuk menunaikan rukun islam yang kelima. begitu beruntung sekali bagi mereka yang berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci mekah untuk menunaikan rukun islam yang kelima ini. aku juga menabur angan sebegitu. insyaAllah, jika berpeluang akan ku kesana suatu hari nanti. apa khabar makcik2 dan pakcik2 ku sana. moga mereka mendapat haji yang mabrur, insyaAllah. harap mereka sihat seadaanya. salam aidiladha kepada mereka.
kehangatan utk menyambut raya haji makin terasa hari ini bilamana keadaan di KL sudah mulai sunyi dek ribuan penghuni. semalam, balik dari umah kak sue, jalan nak ke tol gombak sudah mulai sesak. ribuan rakyat pantai timur sudah mula pulang ke kampung halaman untuk menyambut raya yang paling meriah disana. walaupun keadaan cuaca yang tidak menentu, mereka tetap akan bersama keluarga tercinta. begitulah lumrah kehidupan. sesibuk mana mengejar dan mencari rezeki di kota atau ditempat orang, kampung halaman juga yang menjadi tiang utama pabila raya menjelang tiba.
pada aku yang tidak pulang ni, masih juga beraya bersama keluarga cuma seperti biasa, tiap kali raya haji, memang kami jarang balik kg. apalah yang sedang mak buat sekarang dirumah. aku masih bekerja dan malam ini akan ke rumah mak untuk bantu apa yang patut. kak sue dan anak2 dah pun balik ke kedah awal pagi ini dengan paksu. juki tak balik sebab kerja. dia akan beraya bersama kami. mak mertuaku dah berpesan jgn sampai lambat esok hari. tak syok takdak kami.. sabar ye mak, takbir raya belum lagi kedengaran. insyaAllah, kami sampai tgh esoknye.
oklah... pada semua umat islam, selamat menyambut hari raya aidiladha. moga apa yang dikorbankan tahun ini mendapat pahala yang berlipat kali ganda. salam aidiladha buat semua.

Wednesday, November 25, 2009

24 nov 2009

semalam 24 nov 2009 adalah hari ulangtahun kelahiran budak comel ni. dah 3 tahun, dah besar pun. manja tak payah nak citer... skit2 sentap, skit2 majuk... aduh, tak larat nak pujuk. mentang2 la dimanjakan oleh semua orang, ikut suka dia je nak wat ape pun.

semalam aku EL sebab hubby tekehel tengkuk dek kerana main bowling ahad lepas. kenapa aku yang plak EL? sebab aku kan isteri solehah, kena la bw laki p klinik, kalu tidak camner dia nak drive... nak pandang kanan tak bleh. skang ni kan bila2 masa je dak kecik ni bleh tido kat umah kami, so smlm dia pun cuti gak la, aku tak anta p taska. dah alang2 cuti di hari beday dia tu, aku bawak la dia p jalan2.. [bkn mmg selalu ke bdk ni p jln2]

ni muka tengah sentap la ni. sentap ngan paklong dia sebab paklong dia p bayaq duit kete tak bawak dia sekali. kan aku kata, sentap je memandang.. ;p. knp aku yang tak p bayaq? aku tak suka guna mesin bayaq bil ni, takut silap [padahal tak reti]. cian hubby, senget ja bahu dia, tekedek2 la jalan sorang2 masuk petronas tu. tu yang dak kecik ni sentap, dia pantang la kalu petronas ka, shell ka. tak kira la, asal kedai runcit. kalu dia ikut, harus 10 hengget habis.. wah gitu... pastu mula la ayat jiwang dia "cian adik yong... paklong tak syg adik bawak p petnas" huhuhu.. tu je la ayat jiwa kacau dia...

dari dok layan sentap dia, aku pun mula la bukak citer pasal dia kecik2 dulu, pasal ibu dia sakit nak beranakkan dia... mcm2 la hal dia masa kecik2 tu. pastu dia wat muka kelat seperti gmbr di atas tu. hahaha... entah dia paham ke idak. pastu dia tanya aku balik, bila baby dlm peyut yong nak kuar. aku punya la gelak besoooo...

aku teruskan citer lagi dan lagi. dia diam je dengar macam dok tgh imagine la kot. muka tetap kelat, dan dia tetap tak makan saman, dia teruskan sentap dia sampai paklong dia masuk kete balik. mula la ciwek.. dia ckp la kat paklong dia "cian adik paklong, adik haus, nak air udas" air udas tu adalah 100 plus ok. paklong pun bawak jgk la p masuk petronas balik. dapat air sebotol tu dia sorang je telan. tu air faveret dia.

masa hubby jumpa doktor kat klinik semalam, hubby bawak la dak kecik ni masuk sekali. dah kuar tu, dia merengek nak masuk balik dalam bilik doktor tu. punyalah mengada, sampai nak melalak sebab nak jugak masuk bilik tu balik. ai... ko dah jatuh cinta kat doktor tu ke... aduh... pastu terus bawak p jj. ingat nak cari pezen dia. tapi tak ketemu ape yang sesuai. nanti2lah. tunggu lepas raya haji ye dik. pastu bawak dia mkn kat tmpt faveret dia jgk... mc'donald la, ape lagi.. nampak muka gedik dia tu. ape2 la dik, janji kami tetap sayang akan kamu sampai bila2. maceh la kak sue, sudi bagi kongsi kasih sayang anakmu ni pada kami. kami kenang sampai bila2. akan bersambung kisah celebrate beday adik kat umah kak sue semalam.

baju yang dia pakai ni aku beli masa beday dia masuk setahun. muat lagik rupanya... di bawah adalah gmbr2 masa dia sambut beday umur setahun tu... montoknye...


Monday, November 23, 2009

lagu raye??

pagi2 kat opis, kuar lagu raya kat radio. huh, pelik la pulak bila raya haji kuar lagu raya. tapi ku layan kan ajo. tak le sehebat nak sambut raya puasa bila dengar lagu raya. bahang dia lain sangat. citer pasal raya haji thn ni, aku masih kerja pada khamis ni. mlm tu p umah mak tolong ape yang patut, esok pagi raya umah mak aku dulu. dah kenyang perut baru balik banting plak. ok lah, nak sambung bekfes sambil layan lagu raya.. lalalalala....

6.06 pagi ini

satu sms diterima hari ini, 6.06 pagi : salam.. alhamdulillah.. 22 nov 2009 @ 1041pm - bb boy - 2.74kg - healthy both mum n bb - name maybe .... tunggu n3 seterusnya.

alhamdulillah, kazen kesayangan aku pasangan kepada noriza [ is ] dan azhari [ ari ] telah selamat dikurniakan cahaya mata ke 3 semalam di hospital ampang. is kata cukup la 3 boy, tak sanggup lagi, sakit katanya, nak anak pompuan tunggu menantu le nampaknya. alah is, muda lagi, relek ar.. tapikan, kalu aruah mama masih ada [ mama is ] mesti dia seronok kan. cucu 3 tiga lelaki, riuh la umah dia. nak wat camner, takdir Tuhan yang lebih sayangkan mama. apenama baby tu? tunggu is mms gambar kat aku baru aku bagi tau. tahniah is dan ari, nanti maklong p melawat ok.

nota sejuk dipagi hari : nasib le gaji dah masuk.. bleh ar bli pezen utk bb ;p

Friday, November 20, 2009

cinta balqis dan nur kasih

Istana Cinta (OST Cinta Balqis)
Kekaburan alam tika ini terasa
Satu penantian pada suatu ketika
Yang penuh dengan dugaan yang merantaiku
Adakah mampu aku terus mengharungi
Lembah yang berduri kian menusuk hati
Tiada kata yang pasti
Tak ku temui
Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci bersama ke akhir hayatku
Kan ku tunggu
Pencarianku hingga ke sudut dunia
Mengenal kasih yang tiada batasannya
Pengorbananku menanti istana pasti
Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Menerangi kalbuku
Cinta suci biarkanlah ku pergi
Menanti pelukanmu
Penyanyi: Eira Syazira
Komposer: Taja Meet Uncle Hussein
Lirik: Arome & Onie

tak sabar, balik ni nak tgk citer ni. citer yang aku tunggu2 dan sanggup tak lepak lama kat kedai mkn semata2 kerana kalian, Eira Syazira, Zamarul Hisham dan Fezrul Khan. mmg mantop lakonan u ollss... aku suka. kisah penderitaan gadis kampung yang berkahwin atas dasar cinta dengan anak majikan yang kaya raya. huh... orang kaya kalu dapat yang sombong memang mcm celaka kan. belagak mengalahkan mati esok kapan ngan kain bersalut emas. aku menci orang sebegini.

kalu aku, aku lagi suka kat fezrul tu.. ahakss.. encem oo kalu tgk live. gugur buah pinggang sebelah. zamarul pun aku suka gak. tak sangka, hubby aku pun layan citer ni. dan pastinya malam ni juga adalah mlm remote tv digenggamanku kerana NUR KASIH.

selamat berhujung minggu semua!!!

gugurnya air mataku dipagi hari

[ NUR Izzati Azahar dipeluk erat oleh ibunya, Fatimah Ahmad yang sebak dan menitiskan air mata kegembiraan setelah mendapat tahu anaknya mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan di SK Tracisian, Ipoh, semalam. ]

IPOH 19 Nov. - Saat melihat namanya tertera di papan kenyataan sekolah sebagai salah seorang murid cemerlang yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) benar-benar menggembirakan Nur Izzati Azahar.
Namun, kegembiraannya hanya untuk sementara kerana kemiskinan yang membelenggu kehidupan keluarganya menghalang dia daripada menggenggam slip yang berada di depan mata itu seperti rakan-rakan lain.
Anak kepada pasangan pemandu lori dan pekerja kilang itu tidak dibenarkan oleh pihak sekolah untuk mengambil slip itu kerana gagal menjelaskan yuran berjumlah RM57.
"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Tarcisian Convent di sini hari ini.
Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.
Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.
Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.
Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.
"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.
Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.
"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, kes pelajar lewat atau tidak menjelaskan yuran sekolah se hingga menyebabkan mereka tidak dapat mengambil slip keputusan pe periksaan bukan perkara baru.
Katanya, masalah tersebut biasanya berlaku kerana ibu bapa atau pelajar sendiri enggan berjumpa atau bekerjasama dengan pengurusan sekolah.
Kegagalan ibu bapa atau pelajar berbuat demikian katanya, menyebabkan pengurusan sekolah tidak mempunyai rekod yang dapat mem bantu pelajar dalam kategori kurang berkemampuan.
"Pihak sekolah pula perlu menjaga bukan seorang sahaja pelajarnya. Biasalah, bila hujung tahun ini, sekolah perlu mengemas kini rekod, jadi mesti ada yang menghadapi masalah ini jika mereka tidak berjumpa pihak pengurusan sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
berjurai air mataku masa tengah sedap menikmati sarapan pagi tatkala membaca kisah adik nur izzati ni. kalaulah kejadian ni di KL, aku dengan seikhlas hati akan pergi ke sekolah tu bayar bagi pihak keluarga dia, agar dapat dia pegang slip keputusan tu dan kongsi kejayaan itu bersama keluarga tercinta. apakan daya, hanya kerana RM57, impian itu hanya tinggal kesedihan, namun kejayaannya mendapat 5A itu telah pun membuatkan hati si ibu begitu bangga sekali. terharu dengan kegigihan dan cita2 dia untuk menjadi seorang doktor suatu hari kelak, membuatkan aku terus berdoa pada Allah s.w.t agar cita2nya akan tercapai. kuatkanlah semangat mu teruskan usaha gigihmu moga apa yang kamu impikan menjadi kenyatan.

[ UMMU Aiman Abd. Latif dari SK Gunung membawa slip keputusan UPSR 5A kepada bapanya, Abdul Latif Hamid, 46, yang mengambil upah menyulam anak padi di Kampung Alor Gunung, Alor Setar, semalam. ]
tahniah adik ummu aiman, kejayaanmu membuatkan ibu bapamu cukup bangga sekali. apalah yang ada pada kemiskinan jika kejayaan yang kau perolehi sudah cukup untuk menutup mata masyarakat bahawa kemewahan bukan segalanya. teruskan berusaha supaya dapat mengubah nasib keluargamu. balaslah pengorbanan mereka dengan segulung ijazah suatu hati kelak.
gmbr dan berita diambil dari utusan malaysia : 20 nov 2009

Wednesday, November 18, 2009

gud luck kazenku, eda & mat yie

beberapa minggu lepas, kami sekeluarga telah dijemput oleh kazen aku eda dan husband dia mat yie, sempena pembukaan kedai mkn yg dikongsi bersama kazen mat yie yang lain, pelli dan ayahsu. lokasi adalah di pinggiran batu caves. dibuka dari pagi hingga tgh mlm. masakkan utama adalah masakkan kelantan iaitu singgang ikan. tapi masa perasmian tu kami dihidangkan dengan nasi minyak beserta lauk2 yang seangkatan dengannya. baru semalam kami p mkn kat kedai tu sekali lagi dan pergghh!!!! singgang ikan dia mmg mabeles beb.. tomyam dia malatop!

juki penah citer kat kami, baru je kedai tu bukak dah ada orang kianat. mcm2 lak tu terjadi kat kedai tu. kenapalah ada lagi orang yang berfikiran singkat mcm dorang tu. rezeki masing2 la. adat la kalu nak berniaga, mesti ada untung rugi. takkan hari2 orang selalu suka datang makan kat kedai kita. orang pun nak jugak tukar selera. nak lagi mcm kedai dorang yang baru bukak tu, mesti la orang nak cuba, sedap ke ape ke. dari kau kacau hidup orang dan susahkan orang termasuk dengan sihir jahat korang tu, tak ke lagi memburukan maruah korang. kau nak santau orang wat pe, kau jugak yang tak diampunkan oleh Tuhan. kat muka bumi ni mungkin kau akan puas hati, tapi kau harus ingat bahawa dialam sana nanti, kau juga akan mendapat perhitungan. jadi, hentikanlah sikap dengki sesama sendiri. takde pekdahnye. sama2 majukan bisnes sendiri udahle. pada kazen2 aku, bersabarlah ye. setiap kejahatan pasti mendapat pembalasan.

maceh

maceh sepupuku, marzuki. wah... tak sangka kau jalan jauh ingatkan kami. dan tak sangka yang aku cakap nakkan fridge magnet tu kau turuti. xceli, awal bulan ari tu, marzuki mengikuti rombongan opis dia ke macau & HK. wah.. sangat seronok. maceh banyak2 atas pemberian kazut crocs origional from china dan FM dari hk disneyland. aku mmg tgh gile kumpul fm. so pada sesapa yang p maner2 dan teringat akan aku, beli le utk aku fm eh.. cewah...

epi beday adinda

18 november 2009, genap usia adik kesayanganku ini 22 thn. kejap je masa berlalu pergi. terasa macam baru semalam tukarkan pampers dia... hikhikhik... skang ni dah geletis nak kawin pun. ada hati kau nak kawin cepat... udah gatal sangat ke... jgn mimpi la nak kawin kalu umur tak cecah 25. aku tak izinkan.. hahahaha... kawan dulu kenal hati budi betul2. budak lagi pun, enjoy cukup2. tapi kalu dah jodoh, nak wat lagu mana... takkan aku nak halang plak kan. so, bila nak kuar makan ni. lama dah tak kuar sama2 ni. turn kau belanja eh. jgn wat2 lupa plaks.

ayu,
ingatlah bahawa kakakmu ini senantiasa disisimu
sentiasa menyanyangi dirimu
sentiasa kasih padamu
sentiasa sayang akan kamu
maafkan daku
andai selama kau membersar disamping aku
ada kekasaran terhadap dirimu
bukan niatku begitu
mungkin untuk mendidik dan mahukan dirimu
lebih matang berbading dulu
adikku
tak lebih ku mohon dari mu
hanya jgn lupa belanja steak kat taman AU
huhuhu... akan ku tunggu kau call aku
anytime hari biasa atau hari minggu

Tuesday, November 17, 2009

tq kolej melati, tq HEP, tq Uitm HQ

ni hadiah daripada kolej melati, UiTM shah Alam untuk hubby sempena pertukaran dia ke cawangan selayang dan tentunya sebagai penghargai daripada mereka atas perkhidmatan yang hubby berikan selama 4 tahun di kolej melati. dari hubby dapat kerja sampai la dia dapat tukar ke cawangan selayang, dia tak pernah dapat pertukaran ke kolej lain dalam hq uitm shah alam tu. terima kasih banyak2 pada mereka yang bagi hadiah ni. pada pengetua, pengurus asrama serta semua staff kolej melati, hubby cakap kenangan ngan korang akan terus diingati sampai bila-bila. dah tergantung pun frame ni kat umah. cantik....

balik dari cuti raya, hubby dapat call dari hq mengatakan dia dijemput menerima penghargaan dan ada sedikit jamuan. penghargaan tu untuk staff yang bertukar keluar dari hq, yang berenti dan yang pencen. masa hubby dah sampai sane, dia msg aku.. cari la tmpt nak gantung ayat al-quran kat umah, aku dah agak, mesti dapat frame lagi. penuh le dinding umh tu. ni pun tak tergantung lagi. mcm tak de masa je tiap ujung minggu. semenjak dua menjak ni, tiap hari sabtu dan ahad, memanjang je kuar. tak balik banting, kuar p jalan2 bawak si kecik tu. entah bila nak tebuk dinding pun tak tau. kalu aku reti, dah lama aku wat sendiri. masalahnye, frame tu berat.

ha, yang ni siap ada kata2 penghargaan. 'khidmatmu dihargai', ikhlas daripada bahagian hal ehwal pelajar & alumni 2009. kami terima dengan seikhlas hati. terima kasih semua.

Friday, November 13, 2009

hulu tamu... sekali lagi

lama betul aku nak update citer ni. tapi memanjang tak berkesempatan. aku pun tak tahu ape yang aku bzkan. dan sekarang, macam ada masa skit, aku teruskan bercerita mengenai perkelahan kami di hulu tamu. ni kali kedua kami ke sana. sepatutnya kami bermalam disana dari hari sabtu, tak jadi sebab masing2 banyak hal. dan dikesempatan yang ada pada hari ahad tu, kami pakat sepupu sepapat tak lain tak bukan aku suami isteri dan family kak sue dan 3 yang lain tu saudara sekampung iaitu didie dan adiknya hairi dan pokli. kenderaan marzukilah yang menjadi nadi utama dalam perkelahan kali ini. kalu nak harap naik ngan kete biasa, lupakanlah. aku, hubby & family kak sue naik hilux, sementara didie, hairi dan pokli naik jip yang ditunggang oleh penunggang hebat..pokli. kalu tak biasa naik bukit yang berlumpur berlecak ni jgn ada hati nak ke hulu tamu. dan yang paling penting, hati dan minda anda kena kuat, cekal dan tabah untuk mengharungi jalan2 yang penuh advanture ini. kalu ada sakit jantung, buah pinggang, lemah semangat atau sebagainya, diharap lupakan untuk mengikuti xpdc seperti kami. anak2 kak sue dah biasa dengan dugaan seperti ini.. dorang pun dah naik syok. so, jom kita saksikan persembahan seterusnya... :D

setelah mengharungi jalan yg sempit, semak samun, jalan penuh batu, lecak, sungai dan sebagainya, akhirnya kami sampai ditempat yang dituju. dari papan tanda yang terpacak tu pun dah tau, tempat tu hanya untuk kenderaan gajah sahaja yang boleh masuk.

ramai jgk yang start berkemah pada hari sabtu tu. ni semua geng marzuki la. kalu nak tau, dia join orenge4x4 advanture team, klang valley. nak tahu.. hilux & jip dia dilengkapi ngan radio car dan siap ada walkie talkie yang jarah jauh lagi. senang nak berkomunikasi ngan geng2 dia. tapi yang pening tu, bila balik kg sekali satu kete, mcm naik teksi plak. tak berenti dapat informasi terkini. tapi bila pk pk balik, bagus jgk.. sekurangnya kita dapat tahu jika ada sesuatu yang terjadi dalam perjalanan kita ke sesuatu tempat tu. mcm balik kg baru2 ni, jalan dari bentong ke raub mengalami kesesakkan yang teruk, dengan informasi dari geng2 dialah kami berpatah balik dan melalui jalan kampung. senang kan.

masa ni masing2 tengah betulkan organ dlm badan. mana yang terkehel urat saraf ke, terganjak buah pinggang ke, terpusing ulu hati ke... hahaha... siyes beb.. memang nak tekeluar usus perut rasanya.. tapi memang best ar... advanture habis!

mane yang berkemah malam sebelumnya tu, dorang dah standby kemas ape yang patut. sekuranya ada masa nak lepak2 sebelum berangkat pulang.

orang lain tengah bz bersembang bagai, dia sibuk punggah barang2 nak wat turun. rajin la plak si abang ni. larat ke bang oi.. sebenarnya dia lapar la tu... hehehe...

yang dua beradik ni bz la dok posing bagai. banyak mulut lak tu.. tanya macam2. sampai malas pkak aku nak layan. nak2 si kakak tu, aduh... tak terjawab la rasanya dengan soalan dia tu. aku tak tau la ikut pe'el sape bercakap tak berenti.

dah punggah barang semua, amek port biasa tepi sungai, lupa lak nak snap gmbr. kak sue sediakan meehun goreng, nasi putih. kami bakar ikan, ayam, kambing. aku goreng nuget, fries, sosej gulung popia. selera mkn tepi sungai beb. anak2 mula la tak menyabar nak cecah kaki dalam air sungai tu. tgk je lah aksi riang mereka.

abang aiman paling suka wat aksi macam ni.

sila layan gambar seterusnya...


paling tak bleh bla, hubby aku syok sendiri. dia letaknye kamera atas batu depan dia tu, pastu dia lompat dari batu ke batu amek port background air sungai mengalir deras, pastu kamera snap auto. aduh.. aku tekejut beb, mau taknye, silap lompat tejatuh lak dalam arus deras tu tak pun atas batu besar2 tu. aku punya menjerit time ni tapi dia bleh sengeh kambing lak ngan aku. siot je.. lain kali ajak la aku sekali... ahaksss...

dah lama berendam, dah naik kecut segalanya, kami naik atas panaskan badan. time ni budak kecik ni dah letih gamaknye. nak susu la plak. nampak mama yong dia dengan gigih membancuh susu utk dia.

masa tgh lepak2 panaskan badan, turunlah sekumpulan geng cherokee ni. rupanya geng shamsul ngau2. cherokee merah tu dia punya la. dia ketua kumpulan rupanya. dorang dari atas bukit. nampak tu cemana rupanya kete dorang. dah naik bebulu tayar tu gamaknya. tak sempat la nak begambar ngan dia, aku tgh bz membakar masa ni.

dah turun geng shamsul tu, tiba geng juki la plak naik atas. masa ni aku, kak sue dan anak2 tak mau naik. sakit dada dibuatnya. lagi teruk advanture kat atas tu. nak plak masa ni anak2 dah letih. adik pun dah tido. so kami lepak sambil mkn2 je la.

peace... standby utk mendaki.

hubby kata mmg advanture habis lah. kalu kitaorang ikut mau terpekik terlolong gaknye. dia siap turun tu nak snap gmbr. pijak lecak tebal tu... eii... geli mak nyah!

lama gak kami tunggu dorang patah balik. sampai hari dah nak ujan. sempat gak la aku standby kemas barang2 sblm ujan turun. masa ni aku takut skit, air sungai dah mula mcm teh susu. tandanya ujan akan turun dan mungkin ujan dah lebat dari atas bukit. so, amaran pada abang dan kakak, jgn turun lagi dah. takut jadi benda yang tak elok.

dah siap mengemas, dorang pun turun. masa ni dah renyai2 skit. sempat la posing dulu. ape yang didie tgk kat atas tu? ujan baru renyai beb. kak su.. bakpo ganas mu posing?? 'debbee ko?' ngeh3x

hubby, juki, didie, pokli dan brother ape ntah nama dia. tak ingat plak. tapi dia kelakar la orangnya. orang kuat orenge team.

tiba masa untuk berangkat pulang bersama geng2 orenge yang lain.

sepanjang perjalanan pulang, kami semua dah keletihan. mata pun dah kuyu. bila dah lalu balik jln penuh liku tu, macam dah tak de perasaan nak menjerit lagi. lelapkan mata lagi layan.

last sekali diorang bergambar kenangan. masa ni kami mungkin dah hanyut dibuai mimpi kot. aku pun tak sedar dah. seronok tapi agak letih jgklah. insyaAllah, lain kali kita bermalam plak disana lagi. tapi bukan dimusim ujan ni la. semalam dapat berita sedih, kak maya, kakak cleaner kt opis aku, yang selalu aku minta urut badan tu, anak dia lemas kat sungai sendat, hulu yam. pada mereka yang ingin berkelah pada saat cuacaca yang tak menentuk ni, lupakanlah buat sementara, memang ajal tak kira tempat, tapi kita beringat sebelum kena. al-fatihah kepada aruah sharipudin.

tengah pening ni, hubby tak habis pujuk rayu nak beli cherokee. nak join team orenge jgk. aduh... pening kepala aku. berapa biji kete nak jadikan aset ni? kang org tu tak cukup jari dok mengira kos kami laki bini. ada yang sentap ke nampak aku mcm mewah? ada... aku pun tak tau knp. aku tak le mewah mana, cukup2 mkn je. lain la aku dok banglo mewah, kete BMW ke,. merc ke, sport car ke. mini car ada la... hahaha... entahlah, kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. tapi orang selalu tak senang duduk bila tgk kita senang dan bahagia. ada aku kesah... cak cak cak!!! hubby ku sayang, minta porsche satu, kaler merah ok! ahakss... jgn mimpi la noks..

Wednesday, November 11, 2009

kisah dah nak lapuk

dah naik malas nak citer kisah balik kg aritu. tapi dek kerana paksaan seseorang, aku terpaksa gak la masukkan jgk. aku pun tak tau knp dia beriya2 sgt nak tgk gmbr2 masa kat kg tu. bukan ada yg menarik sgt pun. tak kisahlah heh... aku pun dah susah payah edit gmbr yg tak seberapa ni.

yang aku geram kat bdk kecik ni, asal aku pegang kamera je, ada la dia kat situ. aku pun saje je ke hulu ke hilir umah macam nak snap gmbr, tapi dia sempat gak betenggek kat depan aku. mcm gud gud.. ckp dlm hp mainan dia tu. entah ngan sape dia sembang pun tak tahu la.

gmbr ni agak tak memuaskan. entahla.. ape yg tak kena pun tak tau. tapi yg penting baju yang kami pakai sedondon ni adalah baju tema masa aku kawin 5 tahun lepas. kain yang disponser oleh mak ngan makcik aku untuk kazen2 belah mak aku. jgn tak tahu, masih muat lagi ok. maknanya kami semua ni masih menten le..hikhikhik... ish... nak masuk 5 thn dah aku kawin kan?? wow!!!

xceli banyak lagi gmbr masa malam kenduri tu. malas la nak edit banyak2. yg diatas ni masa kami kat airport kuala terengganu dah. saje posing jap sementara tinjau2 tgk suasana dlm airport KT ni. sangat menarik ukiran yang ada didalamnya. tradisional sungguh.

ni, mak ngan kazen dia cik yah. same je paras rupa dorang kan. cik yah pun p menunaikan haji bersama husband dia pakcik mail. senang kalu p ramai2 sekali sedara mara ni. apa2 jadi ada tmpt nak bertaut. ari tu aku p umah cik yah, dia ajak kami mkn kat umah anak dia. pastu turun dari kete, jalan nak masuk ke umh anak dia tu, angsa gigit punggung mek [mak marzuki]. yang kelakarnye, dia tak le menjerit ketakutan, tapi gelak tekekek kekek... aku yang melompat belari naik tangga. lepas tu kami gelak ramai2... aduh... kelakar la waktu tu. mak aku cakap, kalu jadi kat aku, dah tentu satu bandar perala [nama tmpt umh cik yah] tu bergema ngan suara aku.. ngeh3x...

suasana diluar kawasan airport bagi para jemaah haji dan keluarga sementara menunggu waktu chek-in. panas terik wo masa ni. tu yg kami lepak dalam airport. nasib le dapat masuk.

suasana ni yang paling aku tak suka. walaupun perpisahan hanya untuk sementara, namun ku rasakan seperti jangka masa yang lama sekali. tangisan kaum keluarga mula kedengaran waktu ini. yang pasti, mak aku paling teruk nangis bila pisah ngan kakak dia. dan kak sue pun sama. aku tak payah cakap la... siap tutup muka ngan sapu tangan. tak tahan beb. skang ni pun aku dah rasa sedih kembali. teringat, rindu kat diorang semua. saat ni, mek dapat panggilan dari cucu dia yang belajar kat uitm perak. huh... lagi sedih sebab tak dapat balik. arrrgghhh... air mata aku bercucuran. ni malas citer kisah sedih ni. masa ni mek peluk aku erat, aku pegang tangan dia kuat... bisik ditelinganya moga doakan yang baik untuk kami sekeluarga. doakan moga aku dikurniakan cahayamata. mek kata, doakan dia selamat pergi dan balik. moga dia diberi kesihatan yang baik disana nanti. dia cium pp aku, aku balas kembali. huh... sayu ni...

cuma aku tak berkesempatan nak jumpa tok cu ngan wife dia sebab aku terpaksa dukung adik syasya. suasana masa tu dah sesak sangat. tengoklah keadaan tok cu yang bongkok tu. kak sue sempat jumpa diorang, kak sue citer kat aku, sedih tgk tokcu ngan mek rahmah. pimpin tangan jalan sama2 masuk ke airport. terus berjurai lagi air mata aku. cemana la diroang kat sana. harap Allah memberi kekuatan pada mereka disana.

mek, poknik, tokcu, mek rahmah, cik yah dan pakcik mail... kami tunggu kepulangan kalian. moga kalian sihat dan kuat disana. doakan yng terbaik untuk kami semua. sampai jumpa lagi 8.12.09 nanti. selamat menunaikan rukun islam ke lima.



nota geram : ayu! kalu nak tggu gmbr dr kamera kau, thn depan pun belum tentu dpt gamaknye