Thursday, December 31, 2009

::..selamat tinggal 2009..::

hari ini hari terakhir untuk tahun 2009. esok munculnya mentari pagi, datanglah 2010. terbenam mentari di ufuk timur ptg ini, tinggallah segala memori yang pahit atau indah yang pernah terjadi dalam kehidupan aku. setiap tahun baru, azam pun pasti nak baru. bagi aku, tak kira bila sekalipun, kalau dah berazam biarlah terlaksana. bagi yg belum tercapai, selagi boleh teruskan untuk mencapai azam itu, teruskanlah. cuma aku mengharap, agar ada sinar baru untuk tahun hadapan. . .
sepi hati tiada siapa yg tahu... hilai tawa tetap dikongsi bersama. pedih pilu didalam hatiku, senyum gembira ku pamir dibibirku... mereka lihat ku tersenyum, gembira bagai tiada duka, namun hatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu...

Wednesday, December 30, 2009

dunia atau aku

aku sentiasa fikir bahawa dunia ini sentiasa indah

tapi kadang kala aku rasa dunia ini kosong

tiada erti tidak punya ape

kadang aku rasa hebat dunia ini boleh simpan semua benda

boleh isi ape sahaja

bukan hanya sekadarnya

tapi terus berputar tanpa ada siapa yang paksa

bila aku happy, aku rasa dunia ini indah

bila aku sedih, aku rasa dunia ni kusam.. gelap tiada makna

namun itu semua lumrah kehidupan

yang pasti aku harus tempuhi

tanpa paksaan atau kehendak sesiapa

huh... aku pasrah!

jamboree 2009


aku masih lagi tak sihat. batuk yg teruk dan selesema yg tak henti². namun semua tu tak menghalang aku untuk turut serta dalam aktiviti perkemahan jamboree yang diadakan di jerantut pahang pada 25-27 lepas anjuran redah 4x4.

sejak hubby dah join geng scs ni bermakna dia dah join sekali ngan geng² 4w. perkemahan ni diadakan start jumaat lepas sempena cuti krismas tapi disebabkan juki yang tak dapat cuti, kami gerak ke sana pagi subuh hari sabtu. perjalanan yg memakan masa selama 2 jam lebih. kami gerak dari kl dlm jam 6 pagi. sepanjang perjalanan aku tido tak hengat. tau² dah sampai. agak² aku rasanya masa tu dalam jam 8 pagi lebih skit kot. kami singgah sarapan kat warung mak ngah kat tepi jalan masuk ke tempat perkemahan tu. pekena nasi kerabu ngan nes panas. huh... sejuk utan dah terasa masa tu. kabus tebal. tgh layan nasi kerabu yg sedap tu, aku terpandang depan kedai mak ngah. mula tu aku ingat sekolah tapi kenapa ade jaring bulat² kat tembok. huh... rupanya pusat serenti siot. serammmmm...

selesai isi perut pagi tu, kami teruskan perjalanan. sepanjang jalan tu suasana kampung yang kebanyakkannye didiami orang asli itu sangatlah damai sekali. kabus pagi itu membuatkan aku seperti mau sambung tido. nyaman sekali rasanya. waktu tu terasa macam nak call mak tapi bila tgk kat hp line langsung takde. ni betul2 kawasan ulu... aku masuk taman negara pun ade line.

sampai sudah. ramai rupanya yang datang. semua ngan kete kebal masing². semua ganas². kami terus cari geng² rapat scs. lepas dah bawa turun barang semua, kami ke pentas utama untuk sama² menyaksikan acara perasmian. knp dorang tak rasmi hari jumaat?? mungkin ramai yg dtg hari sabtu agaknye.

yang paling aku tak tahan kalu berkhemah dlm utan ni kalu penuh dgn lecak basah. aku tak suka. tapi nak wat cemana. aku lupa pakai sandle crocss aku. nampak tu kaki kami semua camner. nak plak kenderaan yg kuar masuk semua gedabak². habis semuanya bertanah basah. tebal lak tu. yekkkk...... perasan tak gmbr kakak yaya.. masa tu dia tgh syok korek gigi. sampai juling biji mata. ape yg dia mkn? aku rasa dia minum air je

pendaftaran setiap kereta RM30. dapat t-shirt, stiker, pass dan buku. semua tu dlm gudie bag itam tu. banyak jgk khemah yg jual mcm² barang mcm t-shirt, topi, pengikat kepala dll. aku haram tak beli ape. tak minat nak jalan sebab kaki aku kotor. pelawak abby yus menjadi pengacara hari tu. sangatlah kelakar. ade je lawak dia. tgk muka pun dah boleh gelak besar. semua yg datang pada jumaat tu adalah konvoi beramai yang disertai oleh pihak polis dari kl sebanyak 8 biji motor dan satu kereta peronda. hebat tak!

habis perasmian, pertunjukkan motor cross dari kl dan payung terbang oleh salah seorang peserta scs. orang panggil dia wak terbang. hebat la wak tu. patutla masa aku lalu tepi khemah dia, aku nampak kipas besar. aku ingat kipas untuk pasang kat khemah diorang anak beranak.

hubby ngan juki mula la pasang khemah kami. nak tau, rumput dah tak de rupa. tapi dah penuh ngan becak. aku mula mcm tak selesa. tapi hubby bikin betul perfect. mula lapik ngan canves, letak khemah atas canves tu.. pastu lapik tikar, baru letak toto. em... bila masuk dlm khemah, aku rasa selesa. bila dah masuk tgh, aku mula jadi nak marah. panas terik woo.. hubby ngan juki entah hilang kemana. diorang dah masuk dalam utan utk acara pertandingan hardcore 4x4. kak sue lak dok bz masak ngan para isteri geng scs. semua baru kenal kat situ. semua peramah. kami dah mcm satu keluarga. masak semua bersama. pastu layan kerenah budak 2 orang tu. abang aiman entah kemana lepas dah dapat kawan baru.

ni la aktivitinye. aku sumpah takkan masuk tmpt mcm ni. geng² diorang pok die dan abang pra dapat tmpt ketiga. tahniah.. press ramai giler masa ni. penyampai acara sukan akhbar yg dari tv3 pun dtg. tinggi rupanya dia. hari isnin masuk tv3 program scoreboard. khemah kami je masuk, muka tadak. tak sempat nak amek gmbr masa acara sukaneka dewasa dan kanak². abang aiman menang acara lompat dalam guni, tempat pertama tau. kakak yaya kalah acara tiup belon. kesian dia... belon dah besar tapi tak meletup pun. kak sue dan juki masuk acara pas getah menggunakan stro. betul ke aku eja ni?? kalah jugak. lagi aktiviti yg ada tarian poco2, cabutan bertuah juki dpt sleeping bag, masa cabutan bertuah ni hubby tak p sebab masa tu la khemah masuk air. juki pun nasib je sebab p amek lauk. tiba2 dgr no dia naik. tumbang lembu sekor utk jamuan mkn mlm, pertandingan karaoke, pertandingan bola sepak dam mcm2 lagi.

banyak gambar tak sempat amek. batery kong. malam tu khemah aku banjir. ujan lebat giler. huh... pengalaman. khemah kami semua mengadap sungai. syok je rasa. aliran sungai tu la nama lata meraung. tapi air terjun dia dalam utan atas lagi. air jernih sangat. lagi satu pegalaman masa mandi. gelang mas kak sue jatuh masuk dlm sungai. masa tu tinggal aku, kak sue adik dan kakak je. juki ngan hubby dah naik ke atas bersiap. masa ni dah nak balik. aku soh jgk kak sue cari sampai dapat. siap pakai gugel abang lagi. senang nak celik mata dalam air. lama gak masa nak cari tu. aku ingat tak jumpa dah. sekali kak sue menjerti, huh... kami berdua menangis. rezeki hang la kak sue dapat jumpa balik. kalu tidak menyesal tak sudah. ni kali kedua terjadi pada dia. pengajarannye, jgn pakai barang kemas masa mandi sungai atau pantai. aku rasa kalu kat pantai tak jumpa dah... pasir jerlus kan. so..beringat lah semua.

ni la anak² geng scs. diorang ni semua, kalu mandi sungai tak hengat. tak tido pun tak pe aku rasa. asyik nak berendam je. aku ingat kat anak pok die. dia asyik nyendeng kat aku je. aku tanya dia suka kat aku ke.. dia senyum. aku saje cakap aku cantik tak. dia senyum lagi. pastu dia bersuara... untie ni mok la. hahahaha.... aku gelak besar. tapi untie cantik tak... dia angguk... ha... tu yang aku nak dgr... pastu dia amek ayam kasi kat aku... hahahaha.... suka kat aku la tu namanya. hikhikhik... sorang lagi tak silap aku nama dia firdaus. anak lyn kot. dia kalu pandang aku suka sengeh² sambil jeling manja kat aku. mcm memek gatal... nak ngorat aku la tu... akekekeke... pe'el budak seronok layan.. pastu bila aku tanya dia knp pandang untie mcm tu, dia senyum kambing... sah.. dia memang tangkap cintan ngan aku... pastu bila aku join diorang mandi kat sungai, suka lalu belakang aku pastu pegang bahu aku... akakakakakaka.... kelakar

2 hari semalam kat sane memang menyeronokkan. tiba time balik macam sedih plak. walaupun kadang kala aku mcm tak selesa dengan keadaan kawasan situ. aku ingat dah tak merasa di eskot dek abang² polis. rupanya dorang stay sampai habis aktiviti. masa konvoi ramai² tu, hanya tinggal lebih kurang 60 biji kete 4w. banyak tu...



sepanjang perjalanan balik aku tak dapat nak lelap mata sangat. badan dah mula rasa sakit dan lenguh. aku bukan boleh tido atas toto. bukan nak belagak tapi sebab aku ni jenis tido meniarap so aku cepat sakit dada. sakit sangat badan aku. tapi bila tgk abang² polis yg eskot kami tu... seronok plak. semua yang ada tepi jalan melambai kat kami. ish... mcm artis plak. bmw ke.. alphad ke... merc ke.. what ever kete yg ada lalu arah bertentangan, semua diarah ketepi dan berenti untuk bagi laluan pada kami semua. hebat tak... bangga woooo. tol pun jalan terus sebab kami dah bayar siap2. semua tak bekelip mata pandang kami. kami berpecah selepas tol gombak. tq abang2 polis semua. jasa anda kami kenang. kesian... mesti abang2 polis yg naik motor letih kan. dari jerantut ke kl tu... lenguh bontot. jamboree 2009 1 malaysia ni mmg akan menjadi kenangan terindah untuk akhir tahun ini.

lagi gambar dalam sini... sila la klik

- hubby dah mula tak sabar nak cari 4w... alamak... kopak la simpanan asb.
- 31hb ni scs adakan aktiviti menyambut tahun baru di taman layang2. insyaAllah kami turut serta
- hari nak balik tu tiba2 line hp ade plak. mak aku call banyak kali. tapi kami tak dengar. pastu kak sue call balik... dia marah2 sebab tak angkat pastu tak dapat. kak sue cakap semua hp dlm beg sebab takdak line. mak cakap elok la tu... kalu ade kematian, balik tgk kubur je la.. aku ngan kak sue nak juling biji mata bila mak cakap mcm tu. marah betul tu... hehehe
- program ni juga aku anggap percutian aku ngan hubby sempena anniversary kami

Tuesday, December 22, 2009

sakit + sibuk + penat + sedih

minggu ni adalah minggu yang tak berapa nak ok untuk aku
mana dengan tak sihat, asyik batuk.. selesema..tak lena tido dan macam2 lagik
sibuk hal-hal dirumah.. diopis dan macam2 benda yang aku sibuk
penat dengan keadaan yang tak sihat ni, penat sebab tak lena tido
dan macam2 penat yang melanda diri aku sekarang ini
sedih dengan kemurungan kawan baik
sedih dengan dugaan yang menimpanya
sedih juga dengan sifatku yang tak berapa nak ok ni
walau ape pun yang menimpa
aku tetap manusia mereng
yang sentiasa gelak macam pompuan giler
yang kadang kala muncung macam kalah judi
hakikatnye
aku adalah aku
___ aku pun bengong ape dah jadi ngan aku___
b e n c i
tido pun sodappp

harapan untuk esok hari

aku tahu kau bersedih dan masih bersedih dan mungkin akan bersedih entah sampai bila. aku tahu yang menanggung hanya kau seorang dan kami disekliling hanya boleh pujuk dan terus memberi semangat agar dirimu dapat terus menempuh dugaan yang hebat dari yang maha esa ini. apalah daya kami selain memberi kata2 semangat untuk dirimu terus tabah dan kuat menghadapai ujian ini moga masih ada harapan untuk esok hari. yang pergi tetap pergi, kita yang masih bernafas ini, kena teruskan perjuangan hidup. kau harus kuat mulai saat ini dan jangan risau, kami semua ada disekelilingmu. apa yang pasti... gapailah pelangai pagi untuk teruskan semangat baru dalam kehidupanmu dan anak2 tersayang. doa kami moga dirimu akan kembali ceria seperti dahulu.

takziah untuk sabahat karibku, kak ina.. yang telah kehilangan suami tercinta sabtu lepas. al-fatihah.. moga aruah ditempatkan dikalangan golongan orang yang beriman. amin

Thursday, December 17, 2009

** e.S.o.K [18 disember 2009] **


esok adalah ulangtahun perkahwinan kami
yang ke 5 tahun
kami bahagia seadaanya
dengan itu, untukmu suami ku... dengarlah
pertama kali aku mengenali dirimu
aku rasakan seperti ada sesuatu dijiwaku
perasaan seolah ingin mendekati dirimu
ingin mendendangkan lagu cinta untukmu
menyatakan bahwa diri ini sudi menerima lamaranmu
sebagai kekasih hatimu

saat mula rapat denganmu
ku rasakan mentari sentiasa menerangi diriku
kurasakan pelangi sentiasa mewarnai hidupku
kurasakan angin sentiasa menembusi jiwaku
dan hatiku berbisik bahawa kau diciptakan untukku

ketika kau menyatakan kau cinta akan aku
aku rasakan dunia ini hanya untuk aku
tiada lain yang seindah itu
sungguh sempurna kau melindungi diriku

detik kau melamar aku
membawa pinangan tatkala cincin disarungkan ke jariku
tiada yg lebih beerti buatku
biasa mana aku terlalu terharu
kau menjadi separuh hidup ku

setahun berlalu
ke jinjang pelamin kita bersatu
kini lima tahun genap berlalu
cinta, kasih, sayang, rindu segar selalu

terima kasih cinta hatiku
kau sentiasa menerangi dan mewarnai hidupku
biarpun belum rezeki untuk itu
sentiasalah berdoa moga Tuhan mendengar selalu


hanya satu pintaku
ketahuilah olehmu
bahawa hati ini, cinta ini hanyalah utkmu
wahai suamiku
mohd nizzam rosli
cintaku ada untukmu
cintamu dicipta hanya untukku
~ kau begitu sempurna untukku ~
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*`*~*~*~*~*~*~*~*~
esok juga adalah sambutan
maal hijrah kepada semua umat islam di muka bumi ini
selamat menyambut maal hijrah 1431
tahun baru menjelma lagi
marilah kita berhijrah ke arah yang lebih baik
mengikut keadaan kemampuan kita
mengubah apa yang masih kurang
selagi kita di bumi milik TUHAN
yang maha berkuasa ini
j a n g a n l u p a !!!!
doa akhir tahun dibaca selepas solat asar
sebelum masuk waktu solat maghrib
dan
doa awal tahun dibaca selepas solat maghrib
sebelum solat isyak


kita adalah insan yang banyak dosa

ketentuan Allah mengatasi segalanya

Wednesday, December 16, 2009

iklan tghari

tadikan... masa puan gebus tgh syok ngadap pc
puan gebus di datangi 3 org pelawat
bukan visitor luar pun
tp kekawan opis gak
pastu kan...
diorang nyakat-nyakat manja ngan puan gebus..
dorang kata kan nak amek gmbr ngan puan gebus
kata dorang kan
+
+
+
+
+
+
+
nak tompang glakmer kat blog puan gebussss
hik
hik
hik
puan gebus teruja!!!
tekezut gitu
glakmer pulak rasanya
mcm selebriti pulak
tapi kan
sorang budak ni
malu2 kucing nak bergambar ngan puan gebus
cit pooo dahh
maceh le kat korang
sudi sesi foto gedik ngan puan gebus
auuu... malu pulakk
kau geget jari la zul
satu mesia nengok ni
kalu masuk tv kena tunggu ulangan
blog puan gebus ari2 leh tgk
ha... sentap la tu
nyesal tak sudah la tu
amek... sape soh malu
uuweekk ___
lalalalala...

kursus @ awana ~ part 1

hari pertama di awana, kami tiba lebih kurang jam 11 pagi. bertolak dari opis jam 9.30, berenti kat genting sempah sebab ada antara kami yang kelaparan. aku hanya lepak saje dalam bas bersama adan dan cik B. sampai awal tapi kami masih tak bleh nak chek in. terus ke bilik kursus dan menerima serba sedikit taklimat daripada cik B selaku urusetia dari unit ccd. dah dengar itu ini, kami ke cafe rajawali yang terletak bersebelahan dengan kaunter chek in. menu di atas tu aje yg aku mampu telan sebabnye pagi tu aku dah balun nasi goreng + ayam goreng usop. nes panas tak leh tinggal ok. tu harus dan wajib untuk mengelakkan otak aku menjadi mereng.

masa masih lama untuk menunggu waktu chek in. patutnya kami belepas dari opis jam 11 pagi gitu. ada hal yang tak dpt dielakkan tu yang kena gerak awal skit. pastu melanguk je kat kawasan hotel. tu yg tak de keje, aku snap je ape yg ade disekeliling aku ketika itu. boring dohh..

dah naik sebu otak menunggu, akhirnya dapat gak masuk bilik. yg bestnye, semua staff opis aku dok satu floor. riuh le jadinye. nak2 plak suara adan tu. harus kecoh sekampung. aku tak tau la ini kali ke berapa aku menginap di awana genting ni. kira dah naik jemu la [belagak skit]. semua urusan keje kalu nak dtg sendiri aku tak mau la, buhsan... better dok atas genting lagi best. ok, bebalik pada hotel, aku sebilik ngan qees, budak yang agak weng jugak mcm aku. kepala dia mmg giler sebab dia mmg selamber. merembes la aku ngan dia malam tu... akekeke.. u know i know... hahahahahha...

ni permandagan dari atas bilik aku. kami semua dok kat tingkat 27. makngai... sayup tu!!! aku ni jenis gayat nak mampos. mmg tak dinafikan, keliling hotel ni mmg cantik. maklum, atas bukit kan. sejuk je... dah kemas kain baju, standby mengosok bagai, mula mata dah kuyu. oh ya.. petang tu kami takde kelas, mlm baru mula jam 8.30. so ape lagi... [bak kata adan] jom membuta!!

konon la nak lelap mata, tapi yang addooo. aku ngan qees ngalit dok besembang tak sedar dah jam 6 ptg. gosip itu gosip ini, aku terus tutup semua lampu, selubung ngan selimut tebal, suhu bilik pun dah naik beku otot2 badan... kami cuba lelap kan mata. tapi tak lena jgk. teringat hubby tercinta, adik yg ditinggalkan ngan mak. terus capai hp 3G ngan depa. argghh... rindu!!!


citer akan bersambung kemudian... ade keje jap

Tuesday, December 15, 2009

hepi beday NORAZLINA HAMDI

masih ingat tak lagi ketika kita masih di alam sekolah dulu. kau dan aku kemana saje tetap bersama. menjadi teman rapat sampai tamat sekolah terus ke alam remaja. kita terpisah kerana aku berpindah namun kita masih berhubung [mcm la luar KL] terus kau juga pindah berhampiran kawasan aku... hahahha... ini bermakna kau ngan aku mmg tak leh dipisahkan. tapi dah dekat ni, kita jarang plak bejumpa kan.

sebenarnya, ape motif beday kau ngan gmbr2 lama sekolah ni yek? entah, aku pun kureng pasti. ngape aku letak gmbr2 lama zaman kekurusan kita ni. tapi tolong aku, sape nama yg antara meen dan huzaimah tu ek. aku lupa la plak.

ni la geng kita kan mek na. kau ingat tak kenangan manis kita bersama. hehehe... zaman remaja zaman mendewasakan kita. masing2 sekarang dgn haluan dan keluarga sendiri. bila agaknya kita nak jumpa kembali. aku jugak yg masih tak punya zuriat. hukhukhuk... kau doakan aku ye mek na.

skang mek na dah cantik. dah ada big family. bisnes yang berjaya. anak2 yang cemerlang. aku bangga ngan kau mek na. bak dlm msg aku semalam... aku bangga ngan kau sebagai seorang isteri dan ibu yang berjaya kepada suami dan anak2 mu itu. ape yang penting


alhamdulillah... selamat tiba

syukur, semua saudara mara yang pergi menunaikan ibadah haji telah selamat sampai pada jam 9.15 pagi tadi. sedihnya, aku tak dapat merasakan kegembiraan bersama-sama keluarga yang lain menanti mereka tiba. mula tu mmg berhajat nak balik, tapi disebabkan hubby tak dapat cuti, maka aku pun batalkan sahaja hasrat itu. ikutkan hati mmg nak ikut kak sue balik tapi minggu lepas dah tinggal hubby sendirian, takkan nak tinggal lagi. kesian plak kat dia.

masa aku balik dari kursus minggu lepas, mak dan adik aku aciq dah balik ke kg. dan pagi tadi jam 3 pagi, kak sue sekeluarga pulak bertolak terus ke terengganu. baru sekejap tadi aku 3G ngan mereka. alhamdulillah... mereka sihat semuanya. aku bersyukur padamu Ya Allah... sempurna ibadah mereka disana. dan aku gembira bilamana mereka kembali juga pada pangkuan keluarga tercinta. alhamdulillah...
hati begitu sayu dan ada air mata mengalir ketika ini. aku rindu pada mereka semua... teramat rindu

Monday, December 14, 2009

s.u.m.p.a.h

SUMPAH aku rasa kecewa saat in

SUMPAH hati aku begitu terguris

SUMPAH ini tiada mengena dgn rumahtangga aku

SUMPAH ini kerana orang disekeliling aku

SUMPAH aku merana

SUMPAH aku ingin saje meraung

SUMPAH hati aku pedih

SUMPAH air mata aku kini mengalir laju

salam hari isnin

assalamualaikum semua. hari ini aku kembali bertugas seperti biasa. akan tetapi, aku kembali dengan perasaan sedikit tak menentu. mungkin sebab cuaca di atas sane terlampau sejuk menyebabkan aku kini mengalami selesema, batuk dan sedikit kepenatan. mcm2 citer sepanjang kursus minggu lepas, nanti2 lah utk kongsi bersama. belum masa yang sesuai dan belum datang mood lagi utk masukkan gambar dlm pc. yang manis dijadikan kenangan terindah, yang meluat tu dijadikan iktibar.
pagi ni sungguh malas untuk bangun dari tido
korang tafsir la sendiri gambar di atas tu
mcm tu la aku sekarang ini ;(
** hati sayu mengenangkan DIKAU **


Thursday, December 10, 2009

.a.w.a.y.

esok, aku kena p kursus ptk selama 3 hari 2 malam bertempat di awana, genting. dah le esok hubby cuti area selangor, kesian dek dia takdak geng. soh balik banting tak mau. nasib le sabtu tu dia ada program ngan juki. tak le dia rasa buhsan. kak sue, kalu sudi... ajak le hubby i mkn kat umh u ye.. akekekeke....

kursus ni terpaksa wat jumaat sampai ahad sebab melibatkan org2 penting dlm agensi. penting maksud aku adalah melibatkan front liner atau tugas yg mmg diperlukan sepanjang waktu oleh satu agensi itu. ni bukan kursus biasa yang boleh nak kuyu biji mata atau conteng2 kertas yg diberikan oleh pihak hotel. harap kursus ni aku lulus dengan jayanya... insyaAllah

xtvt baru


dlm dok pujuk nak beli cherokee, dia dah jadi ahli scs dulu. ikut jejak juki le ni. aku tak kesah dan tak melarang, asal dia minat. hubby pun baru belajar skit2 ngan juki, mentor dia la kiranya skang ni. kete2 aku pun dah mcm pasang antena astro plak. kalu org tak tau mesti tgk nmpk pelik. kadang tu dah mcm orang tarik kete aku tgk gelagat depa ni. dan dah jadi separuh dari minat aku ke arah bidang ini. hehehe... geng le kita pas ni kak sue. dulu aku selalu bising bila naik kete sekali ngan juki, rasa memekak je bila dia on woki toki dia. tapi skang, aku lak yg dok bz soh hubby pasang dlm kete. skang ni ke mana saje, benda alah tu sentiasa ngan kami. dari umah aku, skang ni ni kami berinteraksi dengan menggunakan woki toki ajo. jimat bil hp. nak cakap guna line scs ni pun bukan boleh sembarangan mcm ckp line biasa. ada paswed yg kena mula dulu dan ada susunan ayat yg telah dijadikan sebagai paswed utk bertutur. susah gak mula tu, tapi dah lama sok mahir le tu. syok plak... kak sue, romeo tango calling2 romeo golf ;p [romeo tango tu hubby, romeo golf tu juki dan kalu ada 1 dibelakang, utk para isteri.]

macam2

aku tak ingat bila tarikh kami p selayang mall ni. tujuan utama nak main bowling. masa ni aku sampai dulu. kak sue lmbt skit ada hal. masa kami sampai tu dok ada show pasal katun planet 51 ni. kebetulan kakak yaya naik ngan kami, so dia je la yang sempat bergambar sekali.

pastu kami main bowling lawan 6 org. aku, hubby, ayu, kak sue, juki dan adik kak sue, adik yie. bdk 3 orang tu pun main sekali. kebetulan sebelah lane kami tu mmg tersedia utk lane bdk2. seronok la depa 3 beradik membaling bola. lane bdk2 diorang mmg tutup longkang kiri kanan tu. aku lak naik syok balik bola, sebab gerenti tak masuk longkak. seronok layan bowling masa ni. kelakar kalu ingat balik.

sakit pinggang main bowling, elok je kat luar playground tu ade benda alah ni. memasing layan perasaan urut badan. em... rabun dah adik ku itu. dah pakai mata 4 pun.

anak2 memasing ngan game sendiri. nak tau, kete yg adik naik tu rosak. dia nak jgk naik. aku dengan selambanya goyang2kan kete tu dari luar. konon mcm mmg tgh begerak la. padahal, sakit tangan aku hehehe...


24 november
masa beday adik, paklong sponser kek ni. dia kan suka miki mos. suka dia dpt kek ni. pastu kami raikan di rumah kak sue. dia masak mihun grg dan mcm2 lagi. kenyang giler.
nak tiup lilin pun dan gaduh lagi
mamayong doakan adik jadi anak yang baik. bila besar jgn lupa kami ye. kamu tetap dihati kami sampai bila2. jgn nakal selalu, nanti ibu penat nak layan kamu. jgn suka sentap sampai besar, nanti tak comel. jgn mkn gula2 banyak nanti kamu senang muntah. bila dah besar, belajar2 mkn buah ye... nanti org ingat kamu mengada2 sebab tak mkn buah tempatan. walau apa pun... kami sayang kamu selamanya.

bekam lintah

semalam ada bazar kat opis aku. dlm banyak2 kedai yang dibuka, semua tertarik ngan satu kedai ni... perkhidmatan menyedut darah kotor dengan menggunakan lintah... yekk... itulah ungkapan yang kuar dari mulut aku pada mulanya. masa aku lalu kat kedai tu, ade minah sorang ni dia wat kat muka dibahagian pp dia dan kaki. tapi b4 tu, member aku qees ada wat kat tepi dahi untuk mengelakkan migrain berulang. tapi masa tu aku tak nampak sebab dia tutup ngan rambut. patutla masa meeting pagi isnin tu aku tgk dia serabai je. berbalik pada minah tu, aku tgk dia steady je. ramai yang kerumun kedai tu. aku ngan mmbr lain pusing2 la kat kedai lain plak. tup tup bila patah balik kat kedai lintah tu... member baik aku sendiri yang dok menerai. sape lagi, kak ku le. dia tu penggeli orangnye. entah cemana lak dia leh jadi berani. heran kami ketika itu. dia wat kak pp untuk rawatan resdung. bila kak ku buat, aku seperti tertarik untuk mencuba.
tapi masa tu dah suntuk sangat. dah kena masuk keje. masa kami merayau tu time lunch. pastu aku terpk utk tepon brother tu datang tmpt aku duty. nak plak dia naik. dok kejap tu dia dtg tmpt aku bawak lintah dalam 2 3 ekor. mak ai... aku dah mula mengeliat malu ketika itu. dia tanya aku nak wat berapa. aku cakap sekor dah la bang. nak try je. sekor RM10. aku ckp nak wat kak kaki. tu je tmpt yg aku berani. kalu lintah tu banyak songeh, aku kuis je kaki ni kat lantai biaq dia mampus.... hehehe... tu yg tak berani wat kat muka atau tmpt2 lain.
mula tu aku geli giler... mcm2 aku tanya abang tu. abg tu layan je pertanyaan aku. pastu dia cakap, ok... abang biarkan dulu, sebab abang nak turun balik. kang dlm kol 4 abang naik balik. masa aku start buat tu dalam kol 2.30. biar betul abang ni nak tinggal lintah ni lama2 kat aku. dia kata lagi lama lagi bagus. adoi... kang pensan lak aku dlm muzium ni sorang2... ngeh3x
dengan senang hati lintah tu menyedut darah aku. makin lama makin besar. wah... kenyang kau minum darah manis aku ye... lentok je kedudukan dia bila dah makin membesar... sedap la tu. kau minum darah aku, aku yang bayar kau ye.. tak pe.. minum... minum... aku memang telebih darah pun. hakikatnya ketika itu kepala aku dah mula wengggg...
jam 4 lebih brother tu naik balik. bila dia tarikh lintah tu.. dia seakan taknak tinggalkan kaki aku yang gebu ini. empuk la tu lending kat kaki gebu ku itu. pastu darah mengalir tak berenti. aku makin pening. dia kata mmg gitu.. balik keje tu, aku tunjuk kat hubby. dia kan tak leh tgk darah, so dia mcm tak layan sgt la xtvt hebat aku tu. ceh.. konon nak tunjuk la aku ni kebal tapi dia tak layan. bila dah sampai kedai mamak nak minum ptg, aku rasa macam kaki aku melekit. bila selak kain... mak ai... aku cedera parah!!!! p sevenE beli tisu dan hansaplast. aku lap sendiri, nak harap hubby, mau muntah darah dia kat situ. darah tu beterusan sampai malam. dan malam tu aku seperti lalok seketika. mcm nak demam pun ada. mungkin darah banyak kuar. dengan lintah tu hisap, dengan yang mengalir bagai.. aku seperti orang gile mlm tu. hehehe... kelakar. kalu tak de sebab.. sumpah aku tak mau buat dah. melainkan terpaksa. di ulang... terpaksa. kepada lintah itu, moga kau kenyang selamanya dengan darahku yang mengalir dalam badan mu itu. bila tgk gmbr tu balik, aku geli satu badan. kak sue pesan, jgn wat lagi.. hehehehe...

Monday, December 7, 2009

ape citer?

cuti selama dua hari terasa begitu cepat berlalu. bangun tido bangun tido, dah masuk keje balik hari ni. seperti biasa, isnin adalah hari yang begitu membosankan untuk memulakan tugas harian sebagai seorang pekerja yang makan gaji seperti aku. sebab itu aku tidak dilahirkan untuk menjadi seorang kaki bisnes wumen.. ngeh3x.. sebagai seorang yang makan gaji, mendapat gaji bulanan, aku tetap seikhlas hati menjalankan rutin harian sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja di dalam bangunan yang begitu gah bagi aku. [puji skit]

perhatikan gambar diatas, anda nampak aku mempunyai 2 name tag? ha... inilah yang dikatakan pekerja contoh. hahaha.... sebenornya, satu nametag pada masa jahiliah dulu dah hilang, aku tempah la yg baru ngan admin. tup tup masa pindah kat bangunan sendiri ni, jumpa la balik yang lama tu. itu le sebabnye... bukan giler kuasa untuk memiliki 2 tanda nama di dada, atau untuk membodek bos dengan memakai dua sekali didada kiri dan kanan ok. takde maknaya untuk berbuat begitu.

berbalik pada citer hujung minggu lepas.. tiada ape yang sangat menarik untuk dikongsi, biasa2 aje, cuma terasa nak kongsi citer dengan gambar2 yang sempat diambil sewaktu kejadian. mari kita saksikan...

lima disember dua kosong kosong sembilan

adik sempat memberikan pose seksi ditangga umah.. nak duduk ke terkangkang ni?? sambil mengepit bantai ucuk mamayong yang mempunyai sarung bantal baru disitu. adik pun dah suka ngan bantal ucuk mamayong sungguh pun dia asyik cakap kat paklong bantal tu ucuk sangat. akekekeke.... ucuk2 pun suka letak atas muka masa tido.. jgn tak percaya ye, aku masih memiliki bantal ucuk meski pun usia dah masuk setengah abad. hubby pernah sorok bantal tu atas kipas syiling. puas la aku cari satu umah. ngupanya... puas la hati dia dajalkan aku. kureng sungguh... penah juga sekali tu dia dah masukkan dalam mesin basuh, nasib le aku nampak. maner leh basuh... ilangla bau acam tu... huh!!! nak tak nak, aku ikutkan kehendak dia p tempah sarung bantal yg baru kat kakak taylor yang aku dah biasa jait baju tu. puas aku cari sarung yang chun2 dan sedap, sejuk untuk dipeluk.

wah... sungguh tidak kusangka... nak jugak dia pakai baju yang aku paksa dia beli minggu lepas. jambu gitu... :D manis sungguh jejaka pilihan ku ini... auwww!!!! aku suka!!!!

yong.. amek gambar adik.. adik wat camni. [ mcm pose di atas] ye la... comel la kununye tu. bantal tetap dalam genggaman.

sentap sebab paklong pi alih kete lagi satu tak bawak dia sekali. adoi.. tu pun nak majuk.

kami yang mewarnai hari itu dengan tema pink kaler... tetap mau sedondon

lupa la plak nak bagi tau tujuan kami hari tu. kami balik banting kejap nak amek stok kerepak. tak tido sane pun sebab ahad tu hubby tunggu student call nak amek barang dalam stor opis. sudahnye, kalu dah perjalanan jauh, biasa la... hanyut la budak kecik ni. kalu nak tido memang habit dia suka garu bantal dan hisap 2 jari. lebih baik dia tido dari dok membebel entah ape2. becakap tak berenti.

lena sungguh dia.
jejaka jambu ini masih terus melayan perasaan seorang diri sedangkan aku???
juga semakin hanyut dibuai mimpi indah. tau2 udah sampai. kesian hubby. aku mmg gitu, kalu naik kete, faveret aku mmg tido. hubby pun dah tak daya nak kacau tak nak bagi aku lelap. kalu dah namanya tabiat, tak leh nak elak dee... melainkan kalu betul2 jalan jauh contohnye kelek kampung. ha.. tu mmg aku akan celik mata sebesor besornya.
lepas lepak kejap kat umah MIL.. kami bertolak balik KL dalam jam 6lebih. anta nenek dulu kat umah kak izan pastu terus ke umah mak. makan malam disane sambil nengok sehati berdansa. u olls mmg selama ar~didie & hubby~ tapi bukan rezeki korang utk SB masuk.
enam disember dua kosong kosong sembilan

huh... pagi2 lagi hubby dah kejut. student yang nak amek barang kat stor opis tu dah call rupanya. adik takde masa sebab ikut family dia p sungai koyan, kenduri kawin member juki. rabbit yang bergigi jongang seperti halimah jongang tu adalah hak milik si kecik tu. rindu kat dia. masa tunggu hubby setel hal kat dalam opis, aku dok la 3G ngan depa. aduh.. lama plak hubby ku didlm opis. hubby dipertanggungjawabkan utk setel hal2 student yang nak amek barang2 rampasan hari tu sebab RS dan penyelia lain semuanya balik kg. student tu nak amek balik mesin basuh dia yang telah berjaya dirampas oleh pihak kolej. maner boleh bawak brg2 elektrik kat dlm apartment. tu sebab la bil melambung tinggi. manyak cekadak la student tu. tu belum peti ais ngan tv dia lagi tu. kalu dah alang2 nak amek, bawak la lori, ni mu dtg ngan wira ape la yang nak muatnye. manyak cekadak je...

aku yang kelaparan memerhati sahaje dari luar gelagat hubby, student tu bersama tunang dia. dari mu bawak tunang, baik mu bawak abang lori angkut sekali semua barang2 mu itu. kan ke senang... kaki menjadi model sementara ye... kalu banyak songgeh lagi, meh aku penyepak sekali.

berbekalkan asam yg mmg selalu dok ada dlm beg gantungku itu... menjadi alas perut sementara hubby menyiapkan kerja2nye. tekelat2 muka aku dikala itu. sungguh macham... sampai skang ayaq liuq aku kecor..

dah setel keja hubby, kami ke pasar pudu nak cari kedai yg jual barang2 walkie talkie. aduh.. tutup plak. dah la jalan sesak giler. tau2 je la kalu dah lalu depan pudu tu. muka aku dah mcm muncung tikus. lapar tak payah nak cakap la. sudahnye kami ke maju junction. mula tu nak pulun nasi. tapi bila hubby mkn mee kari feveret dia, aku pun sama jgk order menu yg sama.

ooo makngai!!!!! sodap sungguh!!!! semangkuk 5 hengget tau.

hubby kalu dah dpt mee kari ni, mmg tak ckp banyak la. pulun dulu kasi habis baru sembang.

tak payah ckp hubby, aku pun sama.
slupppppp.... mmg malatop! bekerut muka aku ketika itu. panas campo pedas.. huh... leleh ayaq idung dibuatnye. kenyang sudah, p K4 plak beli barang dapo. pastu kelek umah rehat... kepala pening sampai ke mlm. mlm tu kami hubby anta ke umah kak sue, dia kuar ngan juki p shah alam beli walkie talkie ngan sorang budak ni yg jual dlm mudah.com. em... puas la hati dia dpt join team juki lepas ni. harga benda tu boleh beli cincin emas seketul kat aku. tapi tak pe, dah minat biarkanlah... lepas ni kita satu team la kak sue... romeo tenggo romeo golf... akekekeke...

kakak dan adik lepas solat maghrib. heheheh... abang imamnye. tgh solat pun boleh gaduh... kelakar!!! ok lah, tu je citernye. nak lunch dh ni, nak tido... ngantok ar.