Thursday, February 25, 2010

sembang petang

esok cuti maulidur rasul.. aku tak dapat p maner sbb hubby kena kerja. budak2 student ada game. diorang kena cover opis... boring.. jadiknye aku akan dihantarkan ke umh kak sue. lepak sane sampai petang. lepas tu nak p melawat sedara kat ampang puteri. mlm nak ke umh kazen utk persediaan majlis kawin.
kepada semua, selamat menyambut maulidur rasul. objektif diadakan sambutan maulidur rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar nabi kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya.
walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan, InsyaAllah.
marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat demi menyucikan sekeping hati.

Wednesday, February 24, 2010

kisah kami di kampung

ni citer cuti raya cina minggu mingu lepas. kami balik kelantan pada sabtu 13hb. bertolak dari kl jam 6 petang. mula tu juki kata dia balik kol 1. iye sangatlah kol 1. dari sejam ke sejam kami tunggu dia. tup tup kol 5 baru balik. aku dan tido lagi lepas mkn tgh tu.. standby, takut ngantuk dlm perjalanan. musim perayaan ni mane leh bagi driver bersengkang mata sorang2... kang sedap je dia dok memotong... ish... bahaya. kami balik konvoi 3 biji kete. kami, juki dan didie sedara kami. punyalah jalan sesak... ingat dah petang ok la kot skit.. sekali dapat info dari geng amator jalan masih sesak dari tol gombak ke bentong. dari hway umh aku lak tu..
kami sepakat ikut jalan karak lama. jalan sblm adanya hiway dan tol gombak skang ni. jalan yang berpusing2 yang boleh membuatkan anda muntah sampai habis isi perut. lasti kami test jalan tu masa nak p janda baik tahun sudah. kak sue, aku dan abang muntah bagai nak giler. bilamana kami ikut jalan tu, walaupun jauh skit tapi demi utk mengelakkan kesesakkan, rasanya lebih afdal jugaklah. sekurang2 tak membazir masa.

dan seterusnya kami terpaksa jugak ikut jalan kampung iaitu lalaun mempaga dan tembus ke kuala lipis. jalan mmg jauh skit tapi tak sesak. cuma stuck time kat kawasan perkampungan cinta ape entah sebab ade pasar malam. rasa lebih selamat ikut jalan kampung sebab lebih berhati2 dan suasana yg lebih terang dari hway. kami singgah makan mlm di gua musang. masa tu kol 11 mlm. perjalanan yang meletihkan sebab bila kuar je jalan besar, kete mula bumper 2 bumper. ni la kan... cina raya ke... india raya ke.. cuti ape sekali pun... melayu jugak yang meriah. huh... akhirnya kami sampai jam 2.30 pg di depan halaman kampung ku tercinta.. kelantan darul naim.. alhamdulillah...
tido mlm tu mmg tak hengat, mmg penat giler. follow pulak didie yang tak berapa biasa lagi ngan kete baru dia tu.. kalu ikut hubby dgn juki dah lama pun sampai. takkan nak tinggal sedara lak kan. dah le tak selalu balik bawa kete. terpaksa la follow belakang. dan aku sedar pagi tu, kaum ibu yakni sedara mara sepupu sepapat dah sibuk di dapur umh cik na~kakak juki. sibuk masak utk kenduri cukur jambul anak yang baru dilahirkan. mak aku dan mak juki lah org yg paling sibuk pagi tu. aku pun p mandi siapkan diri, turut serta dalam acara potong memotong.
kenduri bermula selepas zohor. ramai jgk org kampung dan sedara mara yang datang. seronok rasanya ketika itu sebab dapat berkumpul dengan kaum kerabat. borak itu borak ini, sembang tu sembang ni

ni lah cik na... kakak juki yang ketiga. cik na ni sedap tau wat mee celup. kira kat kl mee sup la. mcm mee sup utara tu. tapi style kelantan. sedap!!! sayangnye balik kali ni dia tak dapat nak buat sebab masih dalam pantang. pulak tu cik na kena cesarean sebab anak dia berat 4kg. so pantang kena betul dan tak leh lasak. cik na ni la yg bukak kedai runcit depan umh. tu yg sedap anak2 kak sue capai tu capai ni amek tu amek ni. bankrup la cik na...

inilah dia adam zaquan. mcm dah setahun kebesaran dia. padahal baru je 42 hari. punyala besar... sedap time dukung dia. rasa tegap badan dia. dia diletakkan dalam sampan yang dibuat dari sejadah. beginilah cara org kampung. biasa2 je. takde buai bergayut ngan bunga, bergantung ngan teddy bear bagai

yang paling menarik mengenai adam zaquan ni adalah tahi lalatnya yang mmg sejak azali. kuar dari dlm perut dah terus ada tanda tu. besar sungguh kuasamu Ya Allah.. bila direnung2.. camner leh jadi dari dalam perut kan..

diam je dia hari tu. baik je perangai dia. tak sedar ape org dah buat kat dia..

selesai majlis marhaban disusuli pula dengan makan tengahari. sedap mak aku masak.

budak ni jeles giler bila aku pegang adam. dalam pada tu dia pun sibuk nak dukung sama. mcm la dia tu kuat. bila hubby amek gmbr adam, dia pun sibuk sama.

jgn kata adik sibuk... ayu pun sama sibuk..

ah... abang aiman pun sama... adoii...
selesai majlis, petang tu kami ke lata hujan. sungai di kawasan umh mak juki. lama tak p sane. last aku p masa ngan hubby. kami lom kawin lagi masa tu. lama tak lama la... dekat 6 tahun jgk la.. berbeza dah tmpt dia.

hai pompuan ni... dah bawak berjalan pun menung gak lagi. letih ke cik kak.. ke pk ape tu.. sempat plak hubby snap gambar ni. dia tak perasan pun... hahaha

hubby ku yg main tembam... bagus bini dia jaga.. hehehe

baju biru tu kazen kami, aisyah nama dia dan kami panggil ecah. mengada skit. kejap nak kawin kejap tak jadi. budak2 skang.. di mana la silapnye.. dah nasihat pun tak dengar. mengada... huh.. skang ni close ngan ayu adik aku.


ngape lak ayu ni.. asyik nak marah je... cian adik.. mak tiri betul la dia ni

sepupu sepapat yg paling rapat-ayu, ecah, farah dan naim

thn lalu ayu ade amek gmbr waktu maghrib kat sini.. ade gmbr yg bukan disebalik gmbr yg dorang amek. masa tu dia ngan ecah la... sayang aku tak sempat tgk sebab hp ayu hilang

budak kurus kering ni time kecik2 dulu takut mandi sungai. dah makin besar ni makin berani dan dah pandai swim ala basic gitu.. caya lah bang

budak sorang ni keja dia makan dan makan dan makan... baru mulut dia diam kalu ade mknan.. kalu tak mcm bertih jagung.. kakak lagi terer swim dari abang. aku pun kalah.. dia ni terlebih berani

ah dia ni. pantang nampak kamera... menci tau... mulut tutup kang masuk taik lembu plak
candid camera... jgn kata anak giler kat carntoz.. mak pun sama.. xcited lebih nampak.. kebulur kaa. punya la besar dia nganga.. jgn kata taik lembu... ngan lembu pun leh sumbat dlm mulut dia.. ok, aku tipu

makan jajan tepi sungai. sangat menarik
alamak kak sue... habis ayu ke tu... adusss
tak leh bla....
menetes ayaq ketiak aku tgk gmbaq ni

sama tembam sama padan, baru balance. balik dari lata ujan, kami balik semula ke umah menjalankan aktiviti membasuh pinggan mangkuk.. sakit pinggang woooo
esoknya kami ke pekan machang, ada pasar isnin. shopping skit. dan tak sah kalu tak singgah kedai tai poh... kedai mas daaa

mamat ni aku ingat anak tokei kedai... rupanya kaum kerabat dia je. patut la masa kami tanya harga soh dia kira itu ini dia mcm blur skit... hahaha... dia engineer la, keja kat kl. balik raya je.. adoi... tapi peramah giler. asyik wat lawak, senyum dan gelak.

dalam kami semua dok kelabu mata nengok itu ini, ada lak sorang pakcik ni tegur aku. dia kata cincin yg aku pakai tu cantik. dia nak beli sebiji mcm cincin yg aku pakai kat jari manis tgn kanan. aku tanya utk sape.. dia kata utk anak dia. nak meminang cukup bulan. aku tanya balik kenapa anak dia tak datang sekali. dia kata anak dia keja, susah cuti. pastu dia bg contoh jari pompuan bakal menantu dia. aku ckp la, kalu nak p meminang beli la cincin batu. dia kata tak nak.. nak mcm aku sbb nampak besar.. hahaha... jari aku ni mane leh pakai cincin halus, tak balance la ngan jari plak.. kelakau la pakcik ni. aku ngan hubby pun tolong la dia cari sebiji mcm aku sementara mak, kak su dan ayu tgh sibuk belek pilihan masing2... nasib le ade cincin tu dan bila dah kira itu ini, pakcik tu setuju ngan harga yg ditawarkan. yg lagi best tu dia soh aku kirakan duit yg bekepok dlm wallet dia tu. adoi... pakcik ni pun mcm slow skit. dah la bawak duit banyak, risau lak aku. dia ckp dia suka sebab aku dan hubby tolong dia. aku ckp iyelah, selamat meminang la ye pakcik. sengeh2 je dia..
agak lama la kami kat kedai mas tu. dari kedai mas tu sambung balik p pasar isnin tu. adoi... kaki aku dah lengguh giler. pastu terus ke pekan tanah merah lak. makan dulu sambung lagi shopping. tujuan utama keropok la, apa lagi kan. beras siam jgn dilupakan. itu keutamaan mak dan juki. sebab tu la kami ni sihat2 belaka, hasil beras siam le katakan...
selama 4 hari kami dikampung, rasa mcm nak cuti lama lagi, tapi terpaksa balik ke pangkal jalan. kami gerak dari kg ari selasa jam 6 pagi dan sampai kl jam 2 ptg. perjalanan yg banyak singgah sane sini membuatkan kami lambat sampai. mmg sengaja tak mau kejar masa sbb masing2 letih.

kami singgah makan kat taman sungai yu kawasan area merapoh. sungguh nyaman ketika itu. aliran air sungai dengan matahari dah mula menampakkan wajahnya disusuli dengan sejuk hutan..huh... selera sungguh kami mkn kat situ. adenya jambatan gantung ni, hubby mengambil kesempatan menyeberangi sungai tu. aku tak le rasa nak naik, gayat beb.

mak bangun pagi tu sempat goreng ayam. malam sblm tu mak masak nasi dan wat sambal ikan bilis. mak mmg gitu, dari mkn kat kedai yg entah apa rasa katanya, dia lagi suka bawa bekal sendiri.

yaya menunjukkan gigi dia yg patah. cantik la tu... muka tak mandi.

pas mkn, dua beradik tu sibuk nak mandi. bagi sekali masuk dlm air tu, terus tak tahan. sejuk giler kata dorang. mau taknye... waktu pagi nak terjun sungai, amek la rasa... abang sampai dah ketar mcm nak tumbang. yaya yang biasa lasak dalam sungai akhirnya mengalah jgk.

tidak ada aksi kuak lentang mcm selalu dan hanya mampu berdiri kaku sahaja


akhirnya kak su soh dorang naik. kesian lak tengok.. begoyang2 badan masing2. ha, tu la.. pantang lagi nampak sungai.. adik lak merajuk tak dapat turun. kalu dia turun sekali kompem tak sampai seminit. sementara tunggu budak2 ni berendam, hubby dan juki merehatkan diri dalam kete. lelap sekejap. dan perjalanan diteruskan sehingga ke kl. tapi masuk je raub terus jalan jem. kami lalu lagi jalan kampung mcm biasa. tu yg sampai agak lewat skit. raya nanti balik lagi tapi tak dpt konvoi la sbb aku raya kat banting dulu thn ni... huhuhu

huh

tadi saya ada call hubby saya. tgh sembang2... dia mencelah... dia kata ade benda nak ckp ni. saya tanya balik, ape dia... dan dia menjawab dengan penuh sayu... 'orang kena p btn minggu depan'
argghh... kena tinggal lagi... ye, mmg sepatutnya dia pergi pun kali ni. sebab sblm ni dia dah kena pegi tapi kebetulan adik bongsu dia nak kawin, so tak jadi pegi. dan kali ini tiada alasan lagi...
kak sue... kita nak tido kat umh awk la...
menci bila kena berpisah...

Friday, February 19, 2010

huh.... (^__+)

aku mcm tak berapa nak ok la ari ni. perangai aku mcm weng banyak. dah sampai tahap gaban kepanasan kemarahan aku hari ni. kadang rasa nak menjerit biaq org yg tak reti wat keje tu tau betapa haprak nyer dia dlm membuat sesuatu dan bila pk balik baik aku diam kan dari layan kebodohan dia yang semakin menyerlah tu.

huh... aku buhsan dan tak sudi nak mengadap org seperti ini yg sentiasa tak nak mengaku kesilapan. dan yg jelas dan nyata sentiasa mengaku diri itu hebat.

kan bagus jadi seperti panda di atas... merenung masa depan yang entah bila boleh kuruskan badan... ahaksss.... :'p

Thursday, February 18, 2010

malasnyeeee

bismillah...
lama tak masuk opis, hari ni berat je nak bangun pagi dan nak mulakan kerja. 4 hari 3 malam di kg sangat menyeronokkan. kenduri cukur jambul adam zaquan berjalan dengan lancar. macam2 nak citer tapi hari ni macam tak kena utk memulakan bicara. sebab mud tak berape nak mari lagi.
smlm terima call mengenai pemergian cik liza ke rahmatullah. beliau meninggal jam 8 mlm semalam. pagi ini ramai warga opis melawat aruah dan yang sedih aku tak dapat turut serta sebab tak de pengganti. moga aruah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. al-fatihah...
kematian silih berganti dengan kelahiran. yang pergi tetap pergi dan yang baru melihat muka bumi ini harus diberi perhatian. begitulah lumrah kehidupan.

Friday, February 12, 2010

hilton last day

yahuuuuu !!!!

hilton - day 3 : larut malam daaa

bismillah...
huh... mata dah juling ni mengadap soalan final. pinggang dah krem, bahu dah lenguh.. kalu boleh, aku nak pin ngan pin baju kelopak mata ni biaq tebuntang sampai esok pagi.
esok kol 10 dah kena ready packing balik semua barang. pastu kol 12 boleh terus gerak. hati dah tak sabar nak balik.
jom la balik!!!! aku dah ngantoookkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Thursday, February 11, 2010

hilton - day 3

bismillah...
hari ni adalah hari penting di mana kami bertiga harus siapkan semua kerja2 disini. malam ni adalah malam penentu segalanya. esok pagi kol 10 dah kena packing semua barang.
kepala otak dah berat. tadi pagi aku pening giler2 punya. harap dapat la setel semua ni cepat dari kami stay sampai tgh malam buta kat bilik gubal ni.
terima email dari hq pasal cik liza. dia kembali koma setelah smlm dia separuh sedar. dan kini berada di icu. moga Allah memberi ruang dan peluang utk dia meneruskan kehidupan.

aku terlalu rindu pada budak cikenot ;'(

Wednesday, February 10, 2010

hilton - day 1 : night

bismillah...
skang dah kol 11 mlm. kami masih dlm bilik gubal. big bos masih semak soalan2 yg terbaik utk dipilik sebagai final. aku, kak eda dan rizman masih tak bz sangat. esok mlm harus tido dlm bilik ni. pulun sakan sebab jumaat dah nak balik.
tadi masa tgh syok dinner ramai2, kami dikejutkan dengan pergaduhan antara customer dan floor manager. huh... hebat sungguh. FM tu tak salah pun. customer tu yg lebih2 sebab dia sudah mabuk terlampau. naik angin tak tentu pasal. FM tu nak pulihkan keadaan tapi lain plak jadinya. org2 yg keje kat situ kata dia dari petang dok togok kat cafe tu sampai le membawa ke mlm. paru2 dah panas terbakar la tu... tu yg jadi tak tentu hala dibuatnya. sampai kami semua naik takut tu. dan kesudahannya datanglah abang2 polis utk selesaikan masalah. pastu tak tau ape citer sebab kami yg pompuan2 ni beredar awal naik atas.
mcm2... tapi mmg mcm rusuhan plak aku rasa tadi sebab customer tu jerit giler punya kuat. pastu dok f#*k kat FM tu. kesian aku tgk FM tu... releks je.
mata dah ngantok ni. big bos baru je beredar. hai.. kol berapa la tido mlm ni. baru lepas call adik. cian dia, rindu kat paklong sgt2. aku yg call tapi sibuk tya paklong dia. paklong plak bila aku call tgh syok layan bujang sepah. adus... citer feveret aku lak tu. tak pe la, nnt tgk ulangan.
kak ida, jom la balik.. aku ngantuk sangat2 dah ni... huhuhu

hilton - day 2

bismillah...
pagi yang selesa. bangun jam 6.45 pagi, mandi solat dan siapkan diri utk sarapan pagi. call hubby kejutkan dia. minum ayaq oren banyak2 pagi ni supaya proses pembuangan berjalan dengan lancar. dari smlm sakit perut sebab aku mkn bukan2.
bila jumpa rizman, dia cakap smlm masa kat sepital, dia tanya perasan tak ade 'benda' mcm ikut kita. aku ngan kak ida ckp masa lalu kat lorong sunyi dlm sepital tu mmg perasaan takut tu ketara sangat. dia kata mmg ada benda ikut kita sebab dia siap dengar tapak kaki lagi dan bila dia toleh mmg takde siapa. huh... benda2 cam gini la aku paling tak suka. dah le mmg aku ni penakut gile. nasib sampai bilik dengan selamat.
mmg sepanjang berada di sepital smlm, jiwa aku mcm tak bes. nak2 plak dalam kol 2,3 pagi. nasib le tak jadi pape...

hilton - day 1

ni kali ke 2 aku menginap di hilton pj. datang dalam situasi yang sama iaitu sesi penggubalan soalan periksa. tapi kali ni kami ~aku & kak ida~ diberi bilik belah west di mana bilik yang masih ditahap style deco lama dan bilik air yang begitu tidak menyelesakan kami. maksud aku toilet yg hanya layak di diami oleh bangsa lain selain bangsa melayu. korang faham2 sendiri la.

nak dibezakan dengan sebelum ni, lagi selesa bilik di belah east lagi. ade sikit luas berbanding dengan yang aku dok skang. tapi kami tetap syukur dengan kemudahan yang disediakan ini.

kali ni pemandangan dari dalam bilik best skit la. sebelum ni dok pandang la menara mcis. tapi kali ni kami leh skodeng org2 yang sedang berjemur di dalam air kolam biru. hehehe... dengan kesibukkan federal hiway, bila pagi dan petang kami leh mengadap kesesakkan lalulintas yang berlaku. bila malam, suasana lampu nion menerangi kegelapan bilik kami.

sementara nak tunggu waktu solat, aku siap2 gosok baju utk lagi 3 hari sebab lepas ni kami akan betapa kat bilik kebal utk sipakan semua soalan yang disediakan oleh para penggubal. hari petama tak le stress. dah mandi solat dan masa utk tenangkan fikiran supaya saluran otak boleh berfungsi dengan sempurna.

seharian kepenatan, kami rehat awal. dapat panggilan dari rizman mengatakan che liza, salah seorang staff opis aku yg juga officer unit aku dulu berada dalam krtikal di PPUM. aku, kak ida dan rizman segera ke sana. masa tu kol 2 pagi. sedih sangat tgk keadaan dia. doa kami moga dia cepat sembuh dan boleh masuk opis mcm biasa. che liza, terlalu banyak penderitaan mu yang Allah taala turunkan. aku tahu kau kuat untuk mengharunginya... :'(

Monday, February 8, 2010

away > 9~12 feb 2010

bismillah...
esok 9hb sampai 12hb aku akan berada di hilton pj sebagai urusetia peperiksaan ptk dan jabatan bagi tahun 2010. hubby akan keseorangan selama 4 hari. cian dia, tapi dia dah biasa. balik keje ni kena beli barang dapo lebih skit dan jajan2 utk dia sebab bila dia sorang dia akan sentiasa lapar [aku ade pun asyik lapo jgk ;'D
habis di hilton, kami sekeluarga balik kelantan dari sabtu 13hb sampai rabu 17hb. ada kenduri skit kat kg. lagi pun sejak mak & ayah juki balik dari haji, kami tak jumpa diorang lagi. rindu plak rasanya.
insyaAllah, kami konvoi 3 biji kete. bertolak mungkin petang sabtu, tunggu juki balik keje. selainnye.. tunggu la aku akan update di hilton nanti okeh.

desa water park [ 31 jan 2010 ]

bismillah...
citer pasal dwp ni dah 2 minggu berlalu. perasaan nak becerita tu sangat lah dah pudar. dan aku hanya masukkan gmbr2 yg maner terbaik saje utk dikongsi bersama kalian. banyak sebenarnya gmbr2 yg ada. letih ar nak masukkan semua. bila dah separuh gmbr dimasukkan baru kepala otak terpk knp aku tak masukkan ikut slide aje. adus.. nak ubah dah separuh jalan. jadiknye teruskan aje la.
tak plan sebenarnya nak kesini. saje aku bagi cadangan pada kak sue dan tak sangka menjadik plak. kami gerak dari umah jam 10 pagi. bekfes dulu dan kami p satu kete je. oh ya, sebelum tu kami singgah pasar pudu dulu. juki beli kipas. pastu terus gerak.

kami sampai lebih kurang jam 1tgh. panas terlampau terik ketika itu. anak2 dah tak sabar nak masuk dalam. hati dah riang ria bila tgk papan luncur yang panjang kat dalam tu. hahaha... suka suka!!!
last aku & hubby p dwp ni entah tahun bila aku tak ingat. masa tu family day opis aku. lama dah rasanya. kalu tak silap tahun kedua perkahwinan kami kot. lebih kurang 2005. tiket skang bagi dewasa RM20 dan kanak2 RM14.

muka kak sue bekerut tak tahan panas. adik plak tak sabar tunggu tiket. mcm dia nak masuk je dalam lubang kecik tu.

abang kalu bab2 main air ni mmg dia suka. cuba letak buku depan mata, terus ngantuk. nakal...

minah ni pun sama. senyap skit bebel dia

aku ngan kak sue tetap tak lepaskan peluang menjadik kanak2 ribena balik. syok wooo...

demi anak2 kami yang dewasa ni ikut saje. yg penting dorang happy

abang tetap takkan lepas pelampung sebab dia takut lemas. walhal cetek je pun.
budak kecik ni masa aku kejut pagi tu dia ok je tapi bila soh mandi dia nangis sebab dia kata kalu nak gie swiming tak yah la mandi... nanti sejuk. padahal mmg dia malas mandi masa tu.

ai... korek ape tu dik? hehehe....
budak ini sangat taksub dengan lagu jodoh dari kmpln walli. kalu aku nyanyi sama dia penyepak aku soh diam sebab dia ngan paklong dia je bleh nyanyi duet. kalu aku nyanyi jugak mula la dia kata aku gajah. siot jek...

suka tgk gmbr ni. sayang giler ngan dia...
tu dia... hero seantero... sakan dia masa ni.
paklong.. tu kan utk budak2 pya mainan. mak ai.. dia pun sekali layan. amboi 3x
kakak memang berani. ape2 aksi pun dia boleh buat. padahal tak pandai berenang pun. tapi dia terlebih berani untuk mencuba segalanya.

entah macamana adik dapat kawan pun aku tak pasti. tapi biasa ar... budak2 kalu p maner pun senang dapat kawan punya. alih2 dah jalan peluk pinggang. baju sama lak tu ngan yg oren tu.

bila aku tgk kepala paip tu teringat peristiwa adik melalak nak tgk dekat2 kepala paip yg kat ampang tu. bila makin jauh dari pandangan lagi kuat dia melalak.

-
suami isteri sedang mengawasi anak2
masa ni rasa memang penat. rehat jap
paklong mengawasi keadaan anak2
budak bucuk yg sememangnye tak leh renggang ngan paklong dia
nampak tu.. mcm romeo & juliet tau
kak sue dok pandang abang ngan kakak menggelongsor... cam berminat aje
ha... kan aku udah bilang... dia mesti naik punya.
peace....
hubby berjaya langkah benda bulat tu sampai habis
masa ni cuaca dan mendung
dan hujan turun juga menyembah bumi. anak2 dah wat muka tak bes sebab kena dok bawah payung. aku, kak sue & hubby tetap mau main ujan.
juki yang dah kepenantan hanya memerhati dari jauh
semua pengunjung dinasihatkan berteduh di kawasan yang berbumbung utk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini. hujan agak lebat jugak. masa ni dah kol ptg. renyai je, kami sambung balik. dah kol 5 lebih kami berenti dan terus tukar baju sebab tutup kol 6. kami bersiap utk balik ke pangkal jalan.

kami pulang dengan perasaan sangat gembira. hilang tensyen kan kak sue. masing2 muka letih dan kami singgah makan kat kawasan umh aku. abang wat perangai sebab nak makan mc'd. yang lain semua lapar nasi. tu la abang... dah ikut kehendak pun masih nak wat pe'el. tu yg yong paling tak suka bila dah penat suka cari pasal nak kasi orang marah. pape pun nasib le esoknye cuti hari wilayah. dapat le rehat kat umh.