Thursday, April 29, 2010

jom cuti makan hangin

esok, saya dan encik suami serta kawan rapat saya akan bercuti di sini

tunggu ceritera percutian kami nanti ye

v

v

v

angin pantai mcm dah memanggil-manggil namaku... huh... damai sekali !

Friday, April 23, 2010

hik hik hik... jgn meluat ok ;'p

hari ini adalah hari untuk meluahkan perasaan kepada encik suami

ringkas tapi penuh makna

kata sekali cinta, aku tetap C.I.N.T.A

v

v

tiba² cam rindu padanya, gatai kan.. ngeh3x

Tuesday, April 20, 2010

sekitar mkn mlm @ intai2

hari ini saya betul² hilang keinginan nak membebel dalam blog ni. sungguh malas sekali rasanya. moh layan je gmbr² yang sempat encik suami snap semasa mkn mlm di intai².

encik shahri bersama abang ipar~encik kamaruddin atau uncle

puan naimah bersama kakak ipar~puan normah [kakak pd ayah] dan abg iparnya

gebu dan buncit
adik kedua~shahaila @ angah bersama temannya ayie
adik ke3~shahera @ achiq bersama temannya raihan
yang bongsu~shaheedayu @ ayu bersama temannya razif bulu mata lentik
puan shuhaila bersama suaminya en marzuki
muhammad syafiq aiman @ abang

nur syafiqah aimiera @ kakak @ yaya

nur syafiqah aimiesya @ adik @ syasya @ cikenot

mak tok dan tok baba [mak ayah kak sue]

shuhazli @ adik ayie [adik kak sue]

gmbr tgh mkn tak dan nak snap. masing² ngah kebulur. gambar di atas membayangkan bahawa encik shahri sedang berbual mesra dengan menantu dan juga bakal² menantu. ape la yang disembang tu. tetap tarikh ke.. ahaksss

kakak terpaksa kontrol senyum sebab gigi depan dah rongak

budak cikenot ni wat pe'el masa nak bersiap sebab dia tengah tido. saya dah standby baju lawa tapi dia tetap jugak nak pakai baju tido. dia mamai sebenarnya sebab mkn ubat batuk sebelum tido ptg tu.

jutaan terima kasih kepada encik shahri selaku penaja mkn mlm ini. nanti lain kali kita berkumpul lagi dan try restoran lain plak. saya dah ada cadangan untuk program jalan² cari makan bersama keluarga next episod nanti. sape punya turn nak sponser? tunggu... adakah puan naimah... ahakss...

tekejut sebab bil mlm tu agak tinggi nilainya. uppss... nasib bukan turn saya belanja. hehehe... maceh ayah... murah rezeki...

menu @ intai-intai

hari ni saya nak persembahkan menu yang kami mkn semasa dinner bersama family ahad lepas. ayah beri tugas kepada saya untuk order menu² yang menarik yang ada disitu. atas bantuan mak, mari kita saksikan ape yang menarik itu. setiap satu menu disediakan dengan 3 hidangan. maklum... kan ramai...

tomyam suvarnabhumi
tak pasti kenapa namanya begitu. tetapi inilah hidangan wajib bagi setiap pengunjung. kata minah yang amek order tu. tomyam ni berunsur seafood ye. sangat malatop. memang power!
ikan siakap masak steam
kuahnya sangat mabeles! ikan dia fresh.
ikan siakap 3 rasa
yang ini pun best. 3 rasa dia memang cukup rasa.
butter prawn
hidangan wajib kami ahli keluarga. mak pun suka buat benda ni. udang dia pun fresh.
garing dia ngup ngup.. hahaha


sotong goreng tepung
isi sotong dalam tu tak le sebesar saiz yang korang nampak tu. biasa la, tepung harus lebih dari isi. tapi rangup dia yang buat kami layan sambil cicah sos yang ada sekali tu.
sizzling beancurd
yang ni tauhu telor bersama sayur campur. best sangat. rasanya sesuai untuk orang yang diet.
tot gai yam mamuang
yang ini bunyi dia mcm kombinasi togei + ayam kot. tu la bunyi dia tot gai yam. ni sebenarnya ayam goreng kunyit campur dengan kerabu mangga. dua dalam 1 la kiranya ni. sedap tau. ada kacang lagi.
ada lagi satu menu, sayur kangkung goreng belacan tapi encik suami lupa nak snap. menu air pun sama dia lupa nak amek. air yang kami order jus oren : masam giler, pada saya sesuai la lepas makan mcm² tu. jus tembikai yang memang pekat giler. teh o panas dan air kosong. semua satu air sama jugak 3 hidangan. penuh meja kami.. sampai budak waitress kat situ nampak je pinggan yg dah kosong angkat terus dari meja. bagus budak tu. siap tunggu tepi meja kami. kalu ada apa² nak tambah ke dia dah standby. kesimpulannya, memang sangat² memuaskan makan disitu. bagi anda yang belum merasa, silalah ke restoran tersebut. sila ke website intai² untuk mencari lokasi atau keterangan lanjut. tempat tu memang tesorok skit. mungkin sebab tu dinamakan intai². selamat mencuba. tunggu episod mkn² plak ye.
v
v
v
v
v
kalu nak nampak lagi terliur, sila klik pada gambar untuk tumbesaran ok

Friday, April 16, 2010

servey + booking @ intai2

bismillah...
hujung minggu lalu kami habiskan xtvt dengan perkara² yang biasa² aje. sabtu kami sekeluarga ke rumah yan [bakal adik ipar / bf aciq, adik saya yg no 3] sempena jemputan kenduri kawen abang pada yan, yang berlangsung dirumah mereka sendiri di taman shamelin. gambar² akan di upload kemudian sebab masih menunggu ayu untuk email semua gambar yang ada dlm hp dia. sementara menunggu gambar² tu, saya sajikan dulu gmbr² servey kami di restoran intai² milik encik bahar, penjaga budak² AF. servey ini merangkap sekali dengan tempahan meja seramai 30 orang di mana ahli keluarga saya akan berkumpul untuk makan malam yang akan ditaja oleh en. mohd shahri~ayah saya.

sebenarnya saya yang bagi cadangan pada ayah untuk cuba mkn kat sini. kami tak pernah datang sebenarnya. dengar² mcm famous. cuma adik saya aciq je pernah rasa masakan kat sini. dia kata mcm ok la... bunyi mcm tak best je tapi encik suami cakap kita try je. tak try tak tau. lagi pun lokasi dia dekat dgn umh kami. malas nak cari jauh² sebab nak mkn waktu malam. kang ade yang sesat payah plak. yang nak pegi ni sebanyak 6 biji kereta. jadinya... kompem kami pilih intai-intai.

bila sampai agak teruja jgk la... cantik jugak tempatnya. kami pusing sekitar kawasan utk cari port yang sesuai dengan seramai yang nak datang nnt.

masa ni belum ade orang yang datang. tempat ni dibuka dari jam 12 tghari - 12 mlm.
nyaman dan damai rasanya sebab kawasannya mcm dalam utan skit.
mula nak pilih lokasi atas tu... bila pk kena naik tangga tak jadi. bukan sebab malas ye. tapi kami mengenangkan adik ayie yang xcdent hari tu. jenuh plak nak papah dia naik tangga tu. kang ape² jadi lagi susah.

yang ni pun mcm menarik. tapi kena naik tangga tu jugak.
pastinya, kami pilih tempat ni. senang dan dekat ngan kawasan parking.
dah habis bincang semua, kami gerak ke umh kak sue plak sebab dia jemput makan laksa. budak cikenot ni pun dah bising sebab dia kata panas. panas² pun tetap melompat kat tepi kolam tu.


encik bahar bersama tengku maria dalam program jalan² cari makan. frame ni tergantung kat tepi kaunter. harap family semua suka ngan tempat yg kami pilih ni. cuba dulu... kalu sedap leh datang lagi. betul tak. tunggu sambungan episod mkn²kami pada malam itu.

salam J♥U♥M♥A♥A♥T

[gmbr di ambil semasa perjalanan pulang dari banting]
kita sentiasa M.U.D.A untuk melakukan D.O.S.A tetapi kita tidak pernah T.U.A untuk B.E.R.T.A.U.B.A.T
v
v
v
v
huh... serba sedikit membuatkan diri saya sedar dari alam duniawi ini

sejak dah besar ni

sejak budak cikenot ni dah semakin besar, dia tak suka saya duduk dengan dia bila masuk dalam kereta. sempit katanya. hahaha... lawak ar. jadinya tempat saya sekarang ini adalah dibelakang. sebenarnya bukan sebab sempit pun. padahal sebelum ni boleh plak dia dok atas riba. tapi adalah kerana sebab ini....

dan ini

dan paling best ini

v

v

v

v

v



itu je pun sebab dia. maner leh renggang ngan paklong dia. asyik nak peluk je.

manja betul