Thursday, May 27, 2010

Eynda Nak Bagi Hadiah!!

contest ke3 dari niezzareena memory
b b

eynda kata :~
sila tulis secara ringkas pendapat anda tentang Eynda's Diary ... yg positif...yg negatif....eynda tak kisah...(sekadar utk pengetahuan tuan belog ;-)

tarikh tutupnyer ialah 31/5/2010.....pemenang akan dicari dengan bantuan Mr.Random ye dan disaksikan oleh youtube :-D
hadiah yang eynda nak kasi adalah
m.u.s.i.c.a.l b.o.x
leh le saya gantung dan simpan xsesori saya nanti
ok lah... untuk eynda, sila jiwai ayat² saya ini

blog simple tapi penuh isi

tuan tanah cantik sekali

yuslinda idalee nama empunya diri

singkatan blog enyda’s diary

adam dan hannah permata hati

mesti punyai maksud tersendiri

masih tercari2 nama suami

tapi masih belum ku temui

hehehehe….

teruskan becerita hari-hari

hari ini, esok dan saban hari

sudilah juge follow niezzareena memory

blog tak seberapa tapi senang difahami

inilah namanya syok sendiri

ok lah… kita kawan mulai hari ini

salam kenal dari empunya diri

trade mark ku niezzareena memory

jumpa dan jumpa lagi




selamat bercuti



hureeeiiiii
cuti 3 hari weh
bagi mereka yg pulang ke kg atau bercuti ke mana saje
berhati² di jalanraya
silalah takut dengan pak polisi
elakkan saman datang di pintu rumah anda
hehehe
g
g
g
g
masih di opis menanti encik suami habis tugasan kerja lebih masa.. lalalalalala...

intro

ada masa saya share citer pasal gambar yang ditayangkan ini
sila layan gmbr makanan yg ada ni dulu




v
v
v
v
v
skang saya masih berada di opis sebab encik suami kerja lebih masa. isteri yang setia.. ngeh3x

" slogan untuk abg eQ... "

contest kedua dari niezzareena memory....


Jenis Contest:
SLOGAN
[tidak melebihi 30 patah perkataan]
b
b
Tarikh Tutup:
31 MEI 2010
11:59pm
b
Cuma perlu buat 1 slogan yang menarik & bersahaja, ada unsur 'kecindan' & kemesraan. Kalau slogan anda mampu buat abg eQ ketawa, mungkin anda bakal jadi pemenangnya! So...ini memerlukan anda buat sedikit 'homework' tentang abg eQ...
Slogannya:

"hhmmm...saya follow 'Kurasakan Something...' kerana.................."
[tidak melebihi 30 patah perkataan]
b
b

"hhmmm...saya follow 'Kurasakan Something...' kerana.................."
abang eQ memang sesuatu
blog dia hari-hari ada org tuju
cukup perfect tak kedekut ilmu
makcik tgk pasti nak buat menantu
kalu i lom berpunya, pasti i pikat u...

hahaha... abang eQ jgn mareeee....

g
g
saya tak kenal pun abg eQ ni. tapi selalu layan blog dia. dan rasa suka² plak nak joint contest ni. abg eQ kata slogan tu mesti yang ada unsur kecindan dan kemesraan yang boleh buat abg eQ gelak bila baca. abg eQ kata kecindan tu maksudnya humor. slogan yang saya reka tu pun suka² jgk dan harap abg eQ gelak guling² bila baca... ahaksss!!! kalu ade rezeki, boleh la dpt salah satu hadiah yg ditawarkan itu. so, abg eQ, silalah follow blog saya sekali eh. nway.. saya suka blog abg eQ sebab simple dan menarik untuk dibaca.
v
v
v
v
v
saya peserta yang ke 44. huh... ramai tu... kalu korang rasa nak joint... jom klik ni

epi aniveseri


untuk kazen kesayangan ku ini
kak sue dan juki
epi aniveseri yg ke 9 thn
moga kalian sentiasa hidup bahgia bersama
disamping anak² tercinta
kekal sampai syurga
kami doakan yang terbaik untuk kalian selamanya

Tuesday, May 25, 2010

................mendalam sungguh maknanya

b
b
Bila cinta kini, Tak lagi bermakna

Yang ku rasa kini, Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu, Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu, Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku, Bila engkau pergi
Tinggalkan ku, Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku, Ternyata memilih
Cinta yang fana, Perginya dirimu
Merobek jantungku, Hingga ku terjatuh
Dalam harapan, Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku, Hingga ku terjatuh
Dalam harapan... Dalam harapan

b
b
b
b
Hilangnya Cintaku OST Lagenda Budak Setan

Friday, May 21, 2010

result cuti-cuti di cherating

ahai..... pagi ni tekesima sebab dah dapat result contest cuti² @ cherating. amat tekejut sebab pada mula saya menyangka yang saya mendapat ditempat yang kedua. bila tgk sampai habis ape yg diumumkan oleh YTT, rupanya saya berada dicarta top 10. huh... bagus jugak rupanya saya ni ye. tak sangka, top 10 tu ! utk melihat keputusan lanjut, sila klik sini

Align Center
tahniah la padanya yang menang. selamat bercuti buat elise dari shah alam yang berjaya memenangi contest ini. nak baca mengenai cerita dia sila klik sini
pada yang berada di carta top 10 mcm saya, jangan putus asa. nnt kita try lagi okeh.

v
v
v
sekali try masuk contest ni, tengah giler nak masuk lagi. dah ada, cuma lom n3 je lagi.. tunggu!!

musim kompang dah nak tiba


cuti sekolah dah tak lama. kekawan kat opis ramai gak yang nak naik pelamin. ada yg jemput bagi kad jemputan personal, ada yang bagi ikut unit atau bahagian. hakikatnya, saya dah terima dua kad jemputan dari kwn opis. ada jgk yg jemput pakai sms je. bila citer kat encik suami, dia pun cakap ada jemputan dari kawan opis lama. huh... kena plan betul² ni sebelum pegi. ada yang jatuh hari yang sama. tapi kawan baik saya sorang ni, bila la nak terima kad kawen dia tu. lama nau dah tunggu ni...


b
b
nak start servey hadiah ape nak kasi kat depa semua ni...

kfc punya citer

hari tu kan, kami ada p mkn kfc. saje la nak try kfc yg baru ni, rencah black paper tu kan. mcm biasa ar, kami order snet plat sorang satu. bila rasa je ayam tu, aduyai... tekak saya dah rasa lain mcm. cuba mkn lagi... huh.. mmg tak boleh nak telan. tak tau kenapa. mungkin rencah dia rasa lain. saya mula dah rasa tak sedap tekak. selera pun terputus. saya tgk encik suami releks je. maknanya dia boleh layan kfc black paper tu.
kesimpulannya... lihatlah perasaan yang penuh gumbira kerana terlalu kekeyangan dengan menghabiskan 3 ketul ayam sekali gus [besar-besar lak ayam tu]. saya pulak yang bertambah² loyer sebab tgk dia mkn aym tu banyak sangat. haish... encik suami saya mmg gitu. sejak kawen ni bertambah menjadi selera makan dia. ramai gak yg tegur, badan dia makin membesar. alhamdulillah... suker saya dengar. sekurangnya, pasti orang kata.. pandai bini dia jaga.. ngeh3x!!! yang penting.. baru balance ngan bini dia kan... kehkehkeh!!!

m
m
m
m
yg tak bestnyer plak, balik dr mkn ni, saya sakit perut yg teramat sangat. sampai menggigil lutut tau.. silalah percaya!

Thursday, May 20, 2010

surat centa

ptg semalam, bila encik suami dah amek saya, kami mula sembang² biasa. pastu ternampak ada kertas teselit kat wiper cermin. saya bukak tingkap dan cuba amek kertas tu. adoi... sakit celah ketiak weh... pastu bila baca, kami sama² gelak...
...pesanan kepada encik suami...
u ingat u pemilik bangunan uitm ke
suka suka hati nak parking kete mini u
padan muka u

kirim salam kat dekan u eh

b
b
b
b
hubby ckp garage kete utk staff tak buat lagi. tmpt tu panas... so dia parking la bawah pokok. mesti guard yang letak surat cinta tu tak pasan tu kete otai staff kolej... hehehe

jalan..jalan..dan terus b.e.j.a.l.a.n...

Tahun ni banyak betul saya dan encik suami p makan angin. ramai jugak yg tegur kami.."wah... engkorang!!! asyik p bejalan mkn angin je ye.. syok ar!!!" jawapan yang mampu kami balas "ape lagi nak buat, sementara masih berdua ni.. bejalan je la selagi mampu" ye, itulah jawapan yg memang selalu kami gunakan bila ada yang menegur. hakikatnya, kami memang bedua ke mana saje. kalu tak ngan family, harus ngan kawan². ala... p bejalan pun bukan luar mesia, tak mampu lagi nak menyeberangi awan tebal selain dari sabah atau sarawak. hahaha...
Minggu depan, cuti wesak. family banting ajak kami p muar, rumah makcik sedara nenek. mula tu cam tak pasti. tapi 29hb tu beday mak metua saya. tak best plak kalu tolak pelawaan tu sebab pasti encik suami nak bersama mak dia sambut beday tu kan. jadi, dengan kata sepakat, kami akan menginap di jb pada 28hb dan keesokkannya akan ke pd untuk sambung bercuti. wah... suker suker suker...
Pastu terpk, minggu depan p jb dan pd. pastu keje 5 hari.. cuti sabtu ahad, keje balik dan minggu kedua bulan 6 ke cherating plak. wow!!!!! mengalahkan duta cuti² mesia ni.. bulan 7 ke sabah plak. balik dari sabah... diam² je kat umh ye..hehehe
encik suami, sila sediakan ongkosnya...

demam F.E.S.B.U.K

lawak petang ni



b
b
b
baru lepas layan mkn nasi kosong, aym goreng ngan cili api tumbuk khas dibawa oleh chichi. huh... mkn sambil layan hujan yg sgt lebat...menyentap beb... sedap ya rabbi!!!

Wednesday, May 19, 2010

the legend, cherating ... last episod...

hi... salam hari rabu. kenyang betul ari ni sebab tadi ada jamuan utk bahagian saya. huh... sedap plak menu ari ni. ikan bakar, ayam masak lemak, ikan masin, pucuk paku, sambal belacan, bubur jagung, buah²an dan air sirap bandung juga 3 jenis kek utk staff yg sambut beday. sungguh menyelerakan. alhamdulillah... rezeki untuk hari ini. nampaknye balik nnt kena mkn yg ringan² le. nnt mlm susah mau tido maa... dan mula la mata pun nak wat ragam. ngantuk giler plak rasanya. dari dok layan mata yg makin nak tekatup ni, saya gagahkan utk habiskan siri penginapan kami kat legend cherating. jom kita layan...

encik suami yang begitu berani bila berada di dalam air. saya tabik!

saya juga semakin berani bergambar bila didalam air. dan dah pandai bukak mata.. kellasss

suami isteri ni... malu² plak nak amek gmbr byk². kak eda mcm sambut pelawat plak.. sawadikap... kap kum kap... masuk pintu kuar tingkap. hehehe

kakak ni mula² takut, tapi semakin berani. gud girl...

adik pun sama. makin menjadi dia bila dah pandai tahan nafas dlm air. suka betul dia

candid...

saya suka akan gambar² ini

dan ini

juga ini

tapi paling suka yang ini
b
b
di bawah ini, gambar² sekitar matahari terbit jam 7 pagi. kalu awal skit lagi cantik

b
******
lepas check out dari legend, kami tukar penginapan ke fantasia beach resort plak. mmg niat hati nak amek 2 mlm kat legend. tapi kami lmbt booking sbb kebetulan sabtu tu ada team building dati takaful dan cuti hari pekerja. nasib baik le ade ada kosong kat fantasia beach resort
fantasia beach resort ni terletak kat pantai balok. puas kami cari, nasib ade gps. jumpa jugak le tmpt ni akhirnya. masa check in tu, suka sangat tgk tmpt dia. ala² classical gitu. kalu mlm pasti cantik. suasana ala² kayu. mcm suasana kampung.
masuk je bilik... mak ai.. bau kayu reput sangat la kuat. mm..betul² mcm kat kampung weh. ok la bilik dia. tengah saya dan encik suami rehatkan badan sambil layan tv...
datang le kak eda ngan anak² dia. dia kata bilik dia aircond tak rasa. bilik kami ok plak. rupanya bilik kak eda takde aircond yang ada mcm dalam bilik saya tu. cuba perhatikan gambar di atas. nampak tak aircond yang ada blah kanan tu. ha... bilik kak eda takde aircond tu. yang ada aircond lama.. nak tau kat maner aircond tu.. korang tgk balik gmbr kat atas, perhatikan pintu bilik utk almari baju, atas tu mcm ada lubang kan... ha... kat situ la aircond dia. hai... naper la aircond dok dalam lemari. kompius saya.. kami punya la gelak sakan masa tu.
lepas tu kami ke kaunter utk tukar bilik lain. tapi tak dapat sebab penuh. jadi, amek kata putus utk check out saje. kami mengadu kat tokei challet tu... nasib le dapat balik duit. huh... serik weh nak dok challet ni. bukan ape, kalu dapat yg ok tak pe. kalu jd mcm kak eda... nan haddooo... kesian kat depa sekeluarga, kepanasan sampai berpeluh...
balik le kami ke kl dengan hati yg penuh luka... ceh. harap kejadian mcm ni takkan berulang. so, next trip, kami cpt² booking hotel baik punya. tak sabar nak tunggu bulan depan. kali ni kami konvoi 3 biji kete. sape yang ikut? tunggu....

b
b
b
b
b
b
minggu depan, cuti hari wesak kami ke johor dan pd dengan family belah banting plak. rasanya tahun ni pecah rekod kot.. banyak tol p bejalan..

Tuesday, May 18, 2010

ohh... terlupa sudah !!!

ya rabbi... sungguh aku lupa. pagi ni tiba2 saya mcm teringat sesuatu. oh... kesian kat dia. tak baik saya lupakan jasa dia. mm... untuk pengetahuan semua, 8 mei lepas, genap le dunia blog saya selama 2 tahun. mula dikarang pada 8 mei 2008. kojap jek masa berlalu kan. rasa mcm tak caya je bila tgk balik kat n3 lama, banyak juga saya berkongsi cerita ngan anda. pada yang sudi dan tak jemu ngan blog saya ni, terima banyak2. tak kira pada yang jadi pengikut setia atau yang senyap2 skodeng blog ini. saya alu2kan pada semua. kalu sudi jadi la pengikut saya, kalu nak tgk diam2 pun silakan. pada yang kutuk belakang tu... mmm.. takde ape saya nak komen. kalu tak suka sila pangkah je lagi senang.
kepada blog kesayanganku ini... tuan tanah nak ucapkan selamat hari jadi yang ke 2 tahun. nnt kalu tuan tanah rajin, tuan tanah tukar cat baru ke, pakai langsir kiri kanan ke okeh. tapi sebenarnya tuan tanah lagi suka dengan apa yang ada sekarang. simple mcm tuannye jugak. ahakss... terima kasih kerana simpan dan jaga baik2 memori indah yang tuan tanah luahkan pada kamu. nama yang tuan tanah bagi pada mula kamu dilahirkan tidak sama sekali tuan tanah akan tukar. itulah satu2nya nama yang begitu indah bagi tuan tanah untuk kamu saat kamu dalam proses kelahiran. em... kamu sangat berharga pagi saya. tanpa kamu, jiwa saya mungkin bergelora kerana menyimpan begitu banyak yang pahit atau manis. tuan tanah akan sentiasa setia pada kamu dan berharap kamu sentiasa disisi saya sampai bila2. saya sayang kamu....


i u

niezzareena memory I my-niezzareena

b
b
b
b
b
teruskan bersama niezzareena memory

Monday, May 17, 2010

contest cuti-cuti di cherating

bismillah...
hari ni saya banyak jelajah blog yang saya tak kenal. singgah utk jd followers disamping mencari kawan baru dalam dunia blogger ni. tgh jejalan blog sane sini, berminat dgn blog http://yusratravel.blogspot.com/
dlm blog beliau, ada satu peraduan lebih kurang pasal cuti² mesia gak la. nak masuk contest anak ngan mak, belum masanya lagi dan memang saya teringin nak masuk contest berunsur begitu bila dikurniakan anak nnt... insyaAllah. jadi, saya cuba utk mengasah bakat dlm contest yang diberi tajuk :
(A)" Kenangan Indahku di Cherating.." atau
(B) "Percutian Impianku di Cherating.."
saya dengan rela hati memilih tajuk kenangan indahku di cherating. memandangkan saya baru je balik dari bercuti di sana. peraduan ini terbuka kepada blogger atau bukan dan panjang perkataan ini tidak kurang dari 80 patah perkataan atau lebih pun tak pe. hadiah utk pemenang adalah "..Cash voucher penginapan di Impiana Cherating bernilai RM228 bg setiap pemenang.."untuk keterangan lanjut sila layari blog tersebut.
minat saya memang suka bercuti. dan setiap tahun saya dan suami akan memastikan akan pergi bercuti berdua, bersama keluarga atau dengan kawan². jadi... apa tunggu lagi. jom layan cerita saya
*__*
pada 30 april lepas, saya bersama suami telah merancang percutian di cherating bersama keluarga kawan baik kami, kak eda. kami menginap di legend cherating. bilik yang sungguh luas dan begitu selesa, kolam mandi yang banyak, luas dan besar, permandangan yang cantik dan sudah tentunya pantai yang sungguh indah panoramanya untuk dinikmati. percutian ini juga adalah untuk meraikan ulangtahun kelahiran kak eda yang jatuh pada 1 mei. pada mula tu kami ingat hotel penuh sebab tarikh kami nak pergi tu kebetulan ngan cuti hari pekerja. mungkin rezeki kami dan selebihnya pada kak eda yang sememangnya berhajat untuk meraikan ulangtahun kelahirannya bersama keluarga.
lepas check in dan rehat kejap kat bilik, kami kuar mkn sekitar kawasan luar hotel tu. dalam jam 5 ptg, kami mulakan acara basah. lama kami berendam petang tu. dah puas berendam, kami ke tepi pantai untuk menghirup udara segar disamping angin laut yang begitu nyaman sekali. tak dapat bayangkan keindahan ketika itu. memang sangat mengasyikkan. rasa macam baru kawin plak, sangat romantik. bila di kolam renang, saya, kak eda dan anak²nya memakai lifejacet sebab paling dalam adalah 6 kaki. kami yang tak pandai berenang ni memang teruja lah bila memakai lifekacet sebab memang tak rasa takut langsung. dari tak pandai berenang dan terapungkan diri dalam air, saya dah boleh buat semua tu.
saya wish beday kak eda masa kami dalam kolam renang. saya peluk erat sebab dialah kawan dan sahabat saya dunia dan akhirat. saya sayang dia sampai bila². dia kawan saya yg memahami diri saya seadanya. rasa mcm nak mengalir air mata bila dia dakap saya dan cakap terima kasih sambil cium pipi saya. kak eda..kita kawan sampai bila²... terharu dan sedih.
waktu malam, kami mkn kat kedai mkn tepi jalan besar cherating tu. lepas tu kami lepak tepi pantai lagi untuk menikmati angin malam dan deruan ombak yg begitu mengasyikkan . sembang² sampai 12 tgh mlm. esoknya, 6.30 pagi kami dah bangun. kami ke pantai lagi untuk melihat matahari terbit. suamiku ada amek gambar masa matahari tengah naik. subhanallah... cantiknya ya rabbi. sungguh besar ciptaan yang maha Esa. kami habiskan waktu pagi itu dengan mandi manda lagi sebelum waktu check out dan sambung check in di fantasia beach resort pula.
cuti sekolah bulan enam ni, kami ke cherating lagi sebab kami ada dapat baucher free dari legend cherating. sehari sebelum tu kami akan menginap di hyatt regency. saya akan cuba rasa menginap di hotel² yang ada di cherating sebab kami suka pantainya. sebab itu saya masuk contest ni, mana tau, kalau ade rezeki, boleh menginap di impiana cherating pula.
cerita sudah, mari layan serba sedikit gambar yang ada.

























n
n
n
n
n
sekian sudah cerita dan gambar kenangan kami di legend cherating. tak sabar nak tunggu result contest pertama saya ni. huh... mcm budak sekolah plak rasanya bila wat karangan mcm ni. hehehe :p