Monday, August 30, 2010

merdeka merderka merdeka ! ! !

aku pun sama laa

ayu, smlm dlm FB, kau SEMAK kan

hari ni aku pun rasa yang sama

S.E.M.A.K

letih sangat ni :'(

salam semua.

hari ni saya tak berapa sihat. letih sebab cuti dua hari banyak hal yang disetelkan. huh... sakit satu badan dah ni. memerlukan tukang urut yang boleh belai manja sosok tubuhku ini. 

jumaat, saya time off. ada hal nun kat sepang sane. tak dapat memeriahkan majlis bukak pose kat opis. dari sepang, balik ke kl semula. p umh mak jumpa kak sue. pastu balik terus tido. letih sungguh.. sahur pagi tu en. suami yang sediakan semua. saya mmg tak mampu nak ke dapur. tapi tak lalu nak makan sebab kepala sakit, perut memulas. asal masuk makanan, nak muntah. tekak jadi loya. asyik kuar masuk bilik air entah berapa kali. en. suami cakap kalu tak larat sangat toksah posa. tapi tetap saya posa.

sabtu saya teman kak sue p jj. dalam tak larat tu gagahkan jugak pegi sebab adik saya tak dapat teman kak sue. kesian plak kat dia. masa kat jj saya dah mcm nak merangkak. asyik pegang bahu kak sue je bila bejalan. kesian plak kat dia. jalan pun mcm siput kelaparan. hahaha...

dari jj, kami ke mymydin plak. hypermarket baru bukak kat area umh saya. sonok ade mydin dekat ngan umh. lepas ni shopping barang dapo kat situ je. lagi murah. tak le besar mana, sebab tu nama dia mymydin. dah tu kak sue anta saya balik. sampai umh, terus ngadu ngan en. suami. dia plak bebel kat saya. dah tak larat p kuar jalan² wat pe. adei... pekakkan telinga, cuba utk lelapkan mata kejap. 

tapi entah cemana, mulut ni besuara plak. 'u... kite kemas bilik nak. tukar posisi katil'. en. somi diam. pastu dia jwb.. 'larat ke.. kang bersungut plak'. saya pun diam... pastu en. somi besuara lagi.. 'eh jom la. boring jugak tgk keadaan bilik ni'. eh... dia plak yg lebih².

ape lagi... house keeping berjalan dengan lancarnya. tolak tu tolak ni, pusing tu pusing ni. dah start rasa krem badan. diam dulu, tak ngadu pun ngan en. somi, takut dia bising. malam tu bukak pose kat umh kak sue. pastu setelkan hal² bisnes. hal bisnes tu melibatkan saya pakai banyak tenaga. bangun duduk bangun duduk. ah... mmg dah lain mcm je rasa badan ni. balik dari umh kak sue jam 3 pagi. masa tu nak turun tangga pun dah rasa lain mcm. nak naik umh lagi la.. sahur pagi tu pun en. somi gak yang sediakan. kalu ari cuti, mmg dia yang rajin bangun siapkan semua. dan time cuti gak dia rela bangun sahur. maceh u!

ahad mmg saya betul2 tak leh nak bangun sendiri. kejut en. somi minta tolong dia. tapi dia lena semacam je. kesian plak. pelan² bangun, ui.... mcm baru balik dari jungle tracking je rasanya. skang, saya memerlukan kak maya, tukang urut tetap saya utk sental urat² badan saya ni. ok la, saya nak call kak maya sblm dia ada hal lain.

chaw bedah!

Friday, August 27, 2010

17 ramadhan

ye, hari ni dah 17 ramadhan. maner² pegi dah mula kuar lagu raya. termasuk lah kat opis ai. jalan tempat kekawan, masing dengan lagu raya kat pc memasing. jalan depan lagi, lagu raya jgk. turun bawah, bilik mel lagu raya jgk. mm... makin tak sabar nak sambut raya. dan makin tak sabar nak tunggu takbir raya. itu yang buat lagi syahdu sebenarnya. rasa kerdil diri ni bila takbir bergema. rasa sungguh syukur sebab dapat sempurnakan sebulan ramadhan. 

raya tahun ni, ai akan beraya dengan keluarga belah en. suami dulu di banting. raya petama, dalam jam 12tgh kami akan gerak ke kelantan. raya thn ni mcm lebih bermakna sebab dah ada anak buah. semalam mak cakap nak wat kenduri cukur jambul ngan kenduri doa selamat masa kat kg nnt. ye, saya tau.. mak dan ayah sangat hepi sebab dapat cucu sulung. saya pun tumpang gembira. tapi jgn tanya perasaan saya yang selebih tu. u olls boleh pk sendiri. 

ape yang saya kuatir, saat nak berdepan ngan family dikampung. saya dah boleh agak ape soalan yg akan kuar dari mulut depa. yang mane faham tu ok la. maner yang mcm puaka tebing biru tu.. adei.. letih nak layan. kalu rasa terlebih puaka, boleh tak lempang pp deme laju². rasa mcm kejam tak? 

ari ni selangor cuti nuzul quran. hampeh... en. suami cuti. yang kl dan sewaktu dengannye, sila la kerja dengan penuh rajin. bila dah en. suami cuti, memang le kemalasan utk dia hantar ai ke opis. silalah bawak kete sendiri katanya. oo.... u memang tau. tapi bila hasil pujukan gesel² smlm menjadi, akhirnya dia anta jgk ai pg tadi. maceh darling.. chium skit... emmm... bau beger ayam pg tadi la.. hehehe

skang dah jam 11.30 pg. tak lama lagi dah nak rehat. ari jumaat mmg ari yang sangat bermakna utk kaum hawa. sogo harus sesak. org selangor cuti mesti ramai. yang keje ari ni pun harus ramai jgk.  rehat lama la katakan. mm... raya ke tak ke... sogo tu tetap ramai orang. 

ok lah.. salam 17 ramadhan kepada pembaca niezzareena memory. ai love u ollss... ummmuaahhh!

hari terakhir di sabah

hari terakhir di sabah... sedih pulak rasa nak tinggalkan bumi dibawah bayu ni. rasa mcm seronok plak tinggal di sabah. patut la abg bear suker menetap disana. kau tak nak minta cawangan sane ke mak jah? kau kan teruja ngan kehidupan abang bear tu. hahaha... 

pagi sebelum berangkat pulang, kami bangun lewat skit. letih malam sbelum tu mmg tak ilang walaupun dah perabih duit pegi spa mahal. lenguh satu badan dah mula terasa. mud masing² pun seperti kureng hari terakhir tu. namun, kami tetap ngan agenda yang dah disusun sblm pegi.

ok, pagi tu kami sarapan biasa² aje. kat kedai mamak depan ngan jamilah jewellery. senang utk kami terus masuk kedai tu bila dah bukak. tapi pagi tu wahida agak berlainan skit mud dia. sebab dia sakit perut teramat sangat. perut dia penuh angin. ai rasa sebab makanan yg kita makan mlm tu la mak jah. tu pasal perut kau sakit. letak minyak angin pun tak jalan. kesian kau mak jah...

teringin sangat plak nak makan roti canai telur. maisng² order yg sama tak silap. sedap plak rasanya

muka en. suami yang nampak letih

wahida tgh mengadu sedih ngan shidi... cian kau jah.. aku kesian sangat. tu la, kenakan aku lagi kat poring tu... ni le balasan utk yg derhaka ngan aku. hahahaha... jgn amek ati tau

bila masing² mcm dah sebu...en. suami ngan shidi pekena telur separuh masak. ini dekat nak masak dah rupanya... tapi sedap!

jgn terpengaruh dek gmbr kartun tu ye. ini adalah kerana sebab² tertentu muka kawan kami diblurkan. lepas sarapan pagi tu, kami call dia utk kuar sama². so kami jumpa dia kat meridien hotel. lepas tu dia bawak kami ke pasar pilipin.kat sane kami shopping barang² mcm ikan terubuk masin, ikan bilis, udang kering... mcm² la. dah tu cari t-shirt lagi skit utk family terdekat. ai namakan si muka kartun tu PH ye.

dah puas shopping, kami ke sutera hobour utk makan tengahari. 

seronoknye.... angin laut tu sungguh kuat meniup ke dalam ruang makan hotel tu. wahida tu walaupun tgh sakit, tapi tetap mau gelak. ikhlas ke tak tu jah oiii

jeng jeng jeng.... ini beruang madu pun ada sama. dia join sekali sebab mula tu nak jumpa utk anta cd gambar je. termakan jugak pujukan kami utk dia join sekali lunch ari tu. cepat dia mesra ngan si PH tu. maklum.. memasing mmg peramah. dah jadi kawan pun depa la ni.

nampak bground belakang kami. mmg best wok!

ready utk order... mmm... ape yg menarik kat sini?

nasi putih utk ai, hubby, shidi, wahida dan beruang madu

yang ini nama dia oxtail masak asam pedas, wahida dan abg bear punya. power weh!!!

yang ini chinese styled beef ribs soup, ai..hubby..shidi dan abg bear lagi sekali yang punyer.

cili api sebagai penaik selera utk kedua masakan di atas. huh... sedapnyeee

yang ini PH punyer. dia mmg diet giler². kalu ai dah nmpk kwn² mkn tak hengat, takkan ai nk pandang.. please.... sori ok... mau tekeluar anak tekak sebab terliur. hehehe

puding ni tak ingat mangga ke oren perisa dia. sebab ai tak mkn sangat


pemandangan yang ada disetiap tempat kat SH ni mmg la sangat cantik. ai menyimpan angan² utk dtg menginap disini. en. suami.. agak²nye, kalu ai lulus ptk, leh tak u sponser bermalam disini. u ada janji kan nak bawak ai p bercuti kalu ai lulus. ai pilih disini, agak² keterlaluan tak? hehehe... korang tgk je la pemandangan yg sempat en. suami tembak

cantek kan... mmg terbaik la tempat ni utk animun. nak² lagi kalu dpt raun pulau ngan kapal yg ada kat situ. perghhh.... tak hengat la hebatnye.. u rasa la en. suami, nak tak wat kejutan kat ai.. tiba² ajak ai sewa salah satu bot yg ada tu. ahaksss


ok... yang bawah ni semua gambar² post gedix.. saksikanlah!

perggh.... mmg terbaik la tempat ni. mmg sesuai utk gedix² ngan cinta hati. en. suami, u dengar ni tau. ai mengimpikan utk bermalam walau sehari kat SH ni. kalu u sudi, tunaikanlah permintaan ai ini. atau sesape nak sponser penginapan ai selama sehari semalam kat sini? AB... u sudi tak nak taja ai. hahaha.... 

tamatlah sudah percutian kami selama 4ari 3mlm kat sabah ini. insyaAllah, ada rezeki..kami akan ke sane lagi. banyak lagi tempat menarik yg tak sempat kami pergi. mak jah, ari² bukak AA tau, tgk ada tiket murah tak utk thn dpn. tu pun kalu kau sudi nak p jejalan lagi ngan aku la. ngeh3x!!

alhamdulillah, selama 4ari 3mlm kami kat sane.. tidak ada benda² yg tidak diingini terjadi. semuanye ok² belaka. cuma ari terakhir tu mak jah tak sihat skit. tapi under control la kan. kesan dari urutan maut ai kat dia hari akhir tu, dia berjaya mengeluarkan separuh angin jahat yg betakung dalam perut dia tu. hebat kan ai.. 

segala kenangan manis di sabah, akan menjadi kenangan terindah bagi ai, hubby, wahida dan shidi. termasuklah utk u AB. terima kasih AB sebab sudi terima kunjungan kami dan sudi bawak kami pusing² ke tempat yang terbaik kat sabah. sudilah terima kunjungan kami lagi thn akan dtg..insyaAllah. AB, kami mohon maaf andai selama perkenalan singkat kita kat sabah tempoh hari, AB ade rasa tak best ngan kami ke ape ke. tapi AB terbaik utk kami. teruskan komen kat blog ai tau. harap persahabatan kita akan kekal selamanya. insyaAllah... ai akan pos ikan masin sepat kat u. 

utk u PH.. terima kasih juga sebab sudi kuar jejalan ngan kami walau dalam masa yg singkat. nnt lain kali kalu ade rezeki ke sana lagi, kami call u awal² ye. nnt gambar kat epot akan menyusul kemudian. itu mmg betul2 last punyer citer. hehehe...