alhamdulillah, selamat sudah kenduri doa selamat dan majlis aqiqah wan nur qalesya alia pada ahad lepas. kenduri berjalan dengan lancar, ramai saudara mara yang hadir. tak ketinggalan makcik dan pakcik kesayangan saya dari kelantan.
malam sebelum kenduri, qalesya bermalam di rumah saya. mm.. mula² perangai dia biasa² aje. masuk setengah jam, mula dia wat onar. dia sudah buli saya tau. dia tak mau tido atas tilam dia, tapi mau tido atas pangkuan saya. amboi... kalu kat umh dia ngan umh mak tok, bleh plak bawa diri tido sendiri.
ngade tau!
bila dia lena, saya letak pelan² atas tilam empuk dia tu. tapi bila letak.. dia jegil biji mata sepet dia tu. adoi.. nape dik? empuk sangat ke lengan mummy kau ni. ke sebab sejuk sangat suhu dlm bilik? bila dah ubah pun dia sama gak. bila letak je, mula dia wat tekejut mcm kena sambar petir. hohoho... mummy hanya mampu sabar je. takpe, bak kata daddy.. training utk diri sendiri. dulu masa syasya, kami mula jaga dia masa dia dah pandai merangkak. masa tu dah cerdik skit. ni dari baby lagi.. takpe, mummy cuba utk jaga kamu dari baby sampai kamu besar. mungkin esok kamu akan ganti tmpt kakak syasya plak kan.
seharian dok pangku dia, sampai lengan saya lenguh dan kepala saya pening. sebab kejap² saya tersedar. bangun pagi tu kepala saya pening mcm nak pecah. pagi² mak dah tepon tya khabar cucu. bila saya citer, dia gelak, terus sampaikan citer kat orang belakang. org belakang semua gelakkan saya. oo... perli eh. mak cakap qalesya dera kau la tu. mak cakap kepala pening sebab tido tak betul. tu yg jadi weng. mm.. mungkin.
lepas dah mandi dan siapkan dia, dia lena kejap. boleh plak tido atas tilam. saya pun ke dapo kemas ape yg patut, pastu layan makan buah sambil layan perasaan sementara tunggu en. suami mandi. tiba² hp saya bunyi dengan kuatnya... dan................. qalesya tekejut teramat sangat, sampai dia melalak sekuat hati. en. suami sampai bukak pintu bilik air, dia igt qalesya jatuh. alamak... sori le dik, mana tau hp mummy nak bunyi sekuat mcm tu. hehehe.... dan mula dari itu, saya nak bersiap pun tak senang. en. suami dokong pun dia cebek muka. sudahnya, saya bersiap mcm nak ke pasar malam je la. tak bleh nak cantik lebih sebab qalesya punya laungan dah mcm ning baizura prektis lagu baru. hahaha
ishh kamu ni qalesya. saje je tau. bila kat umh dia tu, bleh plak dia diam je. orang tu dokong orang ni amek, dia wat dek aje. dengan bising riuh rendah org yg datang pun dia bleh layan tido. adoi.. kat umh saya tu punya la sunyi sepi, tak mau plak dia tido. angah kata mungkin dia biasa ngan bunyi bising. betul jugak kot. masa kat umh mak, ayah pasang citer perang sekuat bunyi kat tv tu, dia bleh tido lena. gedix kan dia.
byk dia dapat hadiah hari tu. ada yg bagi duit, baju, hamper dan yang paling menarik, ada jiran bagi dia cincin emas. wah!!! sangat comel bila dia pakai cincin tu. terima kasih jiran! beday qalesya setahun nnt bagi gelang pulak ye.
banyak gambar masa kenduri tu, tapi malas plak saya nak masukkan. dlm byk² gambar tu, tertarik dengan gambar ni. sempat en. suami tembak masa mak dan ayah dok ralit belai qalesya. maklum... cucu sulung. tgk rambut qalesya, lepas cukur, tumbuh mcm tu plak. blah tengah je banyak. ayah cakap mcm the A team. hahaha.. alamak, misai tok ayah dah putih, tapi rambut menten itam. upss... camner tu?
kesian mak, penat dia ari tu. oh ya, ayah sponser kambing utk aqiqah qalesya. mak masak sup, yang lain daging masak rempah kari, aym goreng, ikan goreng, sambal belacam, ulam dan kuih muih. habis nok! sampai mak masak sambal udang sebab ptg tu masih ada kekawan angah yang datang. alhamdulillah, murah rezeki kamu qalesya.
terima kasih pada mereka² yang terlibat dalam menjayakan kenduri ini. pada sedara mara yang sudi hadir, terima kasih kerana sudi luangkan masa engkorang. terima kasih semua!
qalesya dah pandai gelak bila kami acah dia. baru nampak ayu bila dia senyum kalu tidak asyik nmpk muke ganas aje..