Daisypath Vacation tickers

Wednesday, July 16, 2008

BIC, KLIA : 7-11 Julai 2008

aku berjaya tamatkan tugas aku duty kat KLIA. fuh...seksanya nak menghabiskan hari² yang bosan kat sane. nak pegi punyala seksa, tapi bila dah habis 5 hari, tak sabar nak wat claim la plak (claim teksi, elaun makan dan byrn balik pas masuk). aku kira² dapat claim balik sebanyak RM955... wah, boleh beli barang mas ni!!! sukanya aku!!!! belanja kat sane mmg banyak. maklumla, semua mahal. tapi nasib baik aku dapat tambang bas murah, kalu bukan staff kena RM10 tapi bila aku tunjuk surat dari HQ kena RM5 je. So pegi balik RM10. Beli pas masuk RM1 je. kekadang tu ade gak aku makan kat kedai mamak, tapi sama gak mahalnya... panas ade la.

ni la keadaan kaunter visitor service centre, tingkat 3 kat area ketibaan antarabangsa yang disyer oleh matrade, mida, tourism dan mas. semua agensi ni pun sama gak ade rotation macam kami. aku cuma sempat amek gambar ngan geng pompuan je sebab masa ni hari jumaat. semua yg lelaki p sembahyang jumaat... kepada abang yusof dan tuan haji dari mas, fandi dan rizal dari tourism dan darul & hazimi dari matrade, aku ucapkan time kaseh le byk² sebab bagi aku tunjuk ajar sepanjang duty kat sane.

ni yatie dari tourism. dia baru kawin, dah mengandung pun. dalam 2 minggu kot. jaga diri baik² tau, dah beranak jgn lupa kasi tau... sopan je orangnye, aku suka...

eemm...ni minah kecoh, hehehehe...jgn marah nienie... dia dari mas. memang syok geng ngan dia. ade je benda yang kelakar... nak naik pelamin jgn lupa jemput aku ye.

ha... ni plak intan dari tourism jugak. dia sekepala ngan nienie tu. mana pegi berdua. dah macam belangkas la. kalu dah kena duty sekali, gamat kaunter tu... asyik ketawa je minah 2 org tu... ade je citer hangat.... intan pun, kalu naik pelamin jgn lupa jemput kawe tau. cewah...dengar² org yang keje kat KLIA jugak... abang kastam ker??? hehehehe....

Friday, July 4, 2008

away from office

kekawan.... minggu depan saya tak de kat opis selama 5 hari mulai 7-11 julai 08. saya bertugas di BIC, KLIA (business information centre). kalu tak sibuk saya online ok... daaa....

happy beday lyn ~ 3.7.08 ~

untuk sahabatku noraza linda @ lyn - happy beday 2u. moga pjg umur, murah rezeki, bahagia selalu... cepat skit naik pelamin tu, tak sabar nak makan nasi minyak kau ni...

tulang

percaya atau tidak....aku boleh tercekik tulang ni... macam nak maut tau tak... telan nasi kepal pun tak jalan. aku korek tekak aku dan aku rasa tulang tu baiknya lending melintang kat kerongkong aku... masa tu muka aku merah padam, air mata mengalir.. kutahankan jugak walaupun perit... eemm.. dapat jgk aku kuarkan tulang tu.. aduh... bila dapat amek, besar tu... cemana la aku makan masa tu. sambil mkn sambil dok borang terlampau sangat kot... mlm tu aku rasa tekak aku sakit sangat. mungkin luka kot... sampai hari ni rasa lagi...

langkawi - day 3

hari ketiga : tempat pertama yang kami tuju adalah padang beras terbakar. tak shopping ape pun, cuma hubby aku beli topi tu je... eemm...hencem tak... haruslah...laki mak kan..

Sejarah Padang Matsirat : Padang Matsirat merupakan sebuah bandar kecil di Pulau Langkawi.
Padang Mat Sirat atau juga dikenali padang beras terbakar merujuk kepada satu tempat kejadian yang dikatakan berlaku sejurus selepas Mahsuri dihukum bunuh, pada 1821, Siam telah datang menjajah Pulau Langkawi.
Dato Karma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi perperangan, dan apabila mendapati pihaknya tidak mampu mematahkan serangan tentera-tentera Siam, Dato Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Siam.

Baki beras terbakar itu masih boleh didapati di kawasan Padang Mat Sirat, Kampung Raha. Pada suatu masa dahulu, ramai pelancong yang mengutip beras-beras tersebut, dengan itu kawasan tersebut kini dipagar bagi menghalang baki beras terbakar yang semakin sedikit itu daripada habis dikutip para pelancong.

Beras-beras tersebut dikatakan disimpan di bawah tanah sebelum dibakar. Bagaimanapun ia dikatakan bahawa beras terbakar tersebut akan terdedah pada hari hujan.


tempat kedua, pantai pasir hitam atau teluk yu. tak de orang pun kat kwsn tu.. kami singgah pun untuk bergambar je. panas gile lak tu.
Sejarah Pantai Pasir Hitam : Pantai Pasir Hitam ialah satu tempat di Langkawi. Komposisi geologi utama pulau ini ialah granit, batu kapur, syal, dan batu lanar.

Pelancong sering terpesona dengan pemandangan Pantai Pasir Hitam berhampiran Air Hangat dan Kuala Teriang tetapi penerangan geologinya amat mudah. Pantai itu terbentuk hasil paduan beberapa mineral, seperti turmalin, ilmenit, dan zirkon, dengan batuan granit menyebabkannya berwarna hitam.



seterusnya galeria perdana tun dr. mahathir mohamad. kat sini banyak skit la gambarnya sebab kwsn dia pun besar kan. tak larat aku nak jalan. masa ni kaki kami semua mmg lenguh giler. banyaknye brg² tun ni. kalu aku banyak duit, aku pun nak bukak galeri sendiri. sebabnya brg² aku kat umah tu pun tak cukup tempat nak letak.

ha... ni kat air ayaq hangat. eemm...syoknya rendam kaki... hilang skit rasa lenguh. aku mmg kenal kakak dan brother yg urut boleh urut kat tmpt tu. apa lagi, lepas rendam kaki, urut badan la... hubby aku urut kaki je. lama betul kami lepak kat ayaq hangat tu. dalam 3 jam lebih. tak sedar betul masa berlalu. masa check in tu aku mmg dah bg tau nak late check out. janji dalam kol 6 ptg dan aku cuma kena tambah RM 50. kalu lebih kol 6 kena charge sehari punya harga. tapi aku bodek bdk yg jaga kaunter hari tu mintak last kol 7. hehehe....nasib le dapat.

dekat nak balik tu, tiba² safura, husband dia dan anak² dia lalu depan kami.. wah... apa lagi, sempat bergambar la. masa tu safura tengah mengandung 7 bulan. cian dia, nampak sangat tak larat. dorang ade shuting kat langkawi. patutla kami nampak eman manan kat pekan kuah sebelum tu. dah le kat kwsn umah pun hari² boleh terserempak sbb dia dok kat area umh aku. p langkawi pun leh jumpa gak... dalam pada nak kejar balik hotel, sempat lagi singgah dataran lang. p pekena laksa la plak. kat situ pun aku tepon bdk hotel tu minta sampai kol 8. nasib le dia bagi lagi.

lepas habis packing brg, sempat lak lg p amek gmbr kat pantai. konon la tu amek masa matahari terbenam...cewah.... korang nak tau, aku pujuk lagi bdk hotel tu... mmg last aku chck out kol 8.30. hahahaha...bagus tak aku... kuar lmbt dan cuma kena byr RM50 je... makasih abg hotel.. lain kali leh dtg lagi... lepas chck out terus ke airport. tak singgah mana² dah.

flight delay la plak. patutnya kol 10.40 tapi delay kol 11.05. last flight lak tu.. dah le ngantuk gile. sampai lcct kol 12.00 mlm. tunggu adik ipar aku amek. lama lak tu. sampai umah kol 2 pg. lepas kemas semua brg terus tido. aduh... letih sungguh le seluruh badan... tapi semuanya kenangan terindah...

Wednesday, July 2, 2008

langkawi - day 2


tadaa....ni masuk hari kedua kat langkawi. pagi tu kami turun awal untuk bekfes sebab dalam kol 9 kami nak round pulau. bayaran untuk seorang skang ni RM40 dalam masa 4 jam. tempat yg dorang akan bawak tasik dayang bunting (tmpt yg mmg aku idam sgt nak pegi), pulau beras basah dan eagle feeding. transport untuk ke tmpt bot disediakan. so, kami berkumpul kat hotel lepas makan, dalam kol 9 lebih kami bertolak ke tmpt bot tu. aku xcited gile nak jejak tasik dayang bunting!!!

orait....dah sampai pun... masa on the way tu..fuh..indah sungguh keindahan alam kita ni... cantiknye pulau langkawi!! terpegun dibueknyo... nak pegi ke tasik ni kena naik tangga. mak ai...letih jugak la.. aku baca sejarah tasik dayang bunting ni. tak tau le korang nampak tak tulisan kat gambar tu.
Sejarah Tasik Dayang Bunting : Pulau Dayang Bunting merupakan pulau yang terbesar selepas Langkawi di Kedah. Ia terletak 17.6 km atau kira-kira 15 minit perjalanan dengan bot dari jeti Kuah, Langkawi. Jalan perhubungan hanya melalui bot laju yang boleh disewa di jeti pekan Kuah, pulau Langkawi dengan kadar pakej RM45.00 seorang. (tapi kami dpt harga RM40 je)

Pulau ini mendapat nama daripada kisah gergasi sakti yang bernama Dayang Bunting. Pulau ini seimbas lalu menyerupai gergasi hamil yang terlena. Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, kita akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja. Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00. air tasiknya hijau jernih dan menimbulkan panorama yang menarik.

Pulau ini mendapat sejarah dari lagenda seorang puteri kayangan yang jelita berkahwin dengan putera bumi. Anak sulung puteri kayangan mati selepas dilahirkan dan dikebumikan di tasik dayang bunting. Puteri kayangan yang didalam kesedihan itu telah berdoa bahawa mulai dari saat itu, setiap wanita yang berkahwin dan masih belum mempunyai zuriat akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik itu.



ha.... apa lagi... dengan takde bawak baju spare ke suar spare ke... kami semua belasah je mandi.. rugi ooo tak mandi... bukan selalu datang pun. aku berharap hajat aku ngan kak eda termakbul la hendaknya bila mandi kat situ. kalu tak mandi pun basah jugak kan... baik mandi je terus. bayangkanlah aku mandi dengan suar jeans tu.. tasik dia mmg dalam giler, nasib le ade sewa life jacket. RM5 je. kalu tak de tu aku tak mandi le kot. bukan pandai berenang pun. cewah... bila dah terapung tu mcm terer je... mula tu takut gak nak turun. tapi dorang bg semangat kat aku, tu yg aku memberanikan diri jgk. bila dah syok sgt sampai tak mau naik. basah² tu aku kena naik tangga lagi. beratnye rasa badan sebab suar jeans kan..ya Allah...krem kaki aku... tapi takpe...aku puas! alhamdulillah..hajat aku tercapai akhirnya..amin..


selepas tasik dayang bunting, kami dibawa ke pulau beras basah. cantik air kat pulau ni. singgah kat sini pun kami mandi jugak. tapi tak naik pun banana bot tu. cuma posing je.. dah penat tu, aku beli le air & twisties.. punyala kebulur aku masa tu..tapi nak dijadikan citer, kera tak belajar yg berkeliaran kat kwsan pulau tu p curi twistis aku...hampeh betui la. dah la harge 2.50. beli mahal² buat sedap tekak binatang tu je... yang best sekali, kak eda pun kena kejar ngan kera tu. sampai masuk dalam laut dorang anak beranak.....hehehehe...kelakar la plak. mmg kera² kat pulau tu tak bleh tgk manusia bawa plastik. dorang tau mmg ade makanan punya. mat salleh yg bawak plastik simpan baju pun dorang kejar. hai...kesian kera² tu kan...kebulur... lepas tu kami ke eagle feeding plak. tapi hubby aku tak amek gmbr la masa tu. dia amek video je. syok tgk burung helang berkelian beterbangan kat pulau tu. mamat yg bawak bot kami tu baling kulit ayam kat laut bagi helang tu makan. ha...berlumba² la helang² tu rebut makanan tu.. dah hampir 4 jam kami round pulau, dalam kol 2 kami balik hotel semula. dah rest, mandi, kami kuar balik gie makan.

Sejarah Pulau Beras basah : Pulau Beras Basah terletak tidak jauh daripada Pulau Cenang dan Pulau Rebak Besar. Pulau ini sebahagian daripada 104 buah pulau dalam gugusan Pulau Langkawi dan Kedah. Jarak dari jeti Kuah, Langkawi ke pulau ini kira-kira 20 minit dengan bot laju. Sewa sebuah bot laju untuk ke beberapa buah pulau berhampiran ialah RM150.00. Pulau ini sering kali dijadikan tempat nelayan berteduh ketika laut bergelora ketika mereka kelaut menangkap ikan. Pulau Beras Basah mempunyai permukaan berbukit yang menghalang tiupan angin kencang dengan itu sesuai dijadikan tempat berteduh. Terdapat sebuah jeti dibina oleh kerajaan negeri Kedah memudahkan bot pelancong berlabuh. Pasir di pantainya putih dan halus tetapi kadang-kala terdapat anak obor-obor yang boleh menyebabkan badan menjadi gatal (patutla masa aku mandi asyik gatal je rasanya). Banyak kera terdapat di tepi pantai dan mengutip sisa makanan yang dibuang oleh para pengunjung (ha kan aku dah cakap). Pengunjung juga boleh menyewa paracut yang ditarik oleh bot laju dan melihat pemandangan indah pulau Beras Basah.


sempat singgah kat kedai jual segala jenis minyak gamat. ha...besar gile replika botol gamat tu kan. masa aku pegi dulu tak siap lagi. dah tu kami ke idaman suri lak. mak ai.... nak naik sawan aku & hubby kat situ. kak eda kata dia takde benda nak beli kat idaman suri tu. heran gak aku... dia mmg tak brape gile ngan pinggan mangkuk ni. aku & hubby tak payah cakap la... lama kat situ sebab pilih set yg member hubby aku kirim. aku sibuk pilih untuk mak, mak mertua dan untuk diri sendiri. tak banyak pun aku beli sebab takut tak larat nak bawak nanti. eemm... kotak yg member hubby punya pun dah gedabak beso... naik letih hubby aku bawak. merah muka dia. mmg berat gile. yg kak eda & family baiknya layan makan moktan kat luar.. sorry le lama tunggu ye...



ni le barang² yg kami shopping. masa amek gmbr ni aku tak perasan ade lagi dua tiga plastik kat tepi katil. tapi dah malas nak punggah semua tu sebab kebetulan bateri kamera pun dah nak kong. lagi banyak cokelat dan pinggan mangkuk sebenarnya. patut la masa aku nak amek gambar tu aku rasa macam kureng je barang² yg aku beli. tu pun hubby aku yg perasan barang² yg aku lupa tu ade kat tepi katil... lepas tu

tempat last kami pergi petang tu adalah pekan kuah. kat pekan kuah kami shopping cokelat, kain batik, beg tarik. sempat masuk kedai cuban yang jual macam² jenis rokok. kat sini la aku beli rokok² untuk ayah dan member² masa aku p kursus dulu. pelbagai jenis dan rasa. ha...tgk le hubby aku tu. tak tau mana satu nak pilih. antara sedar dan tidak, kami dah banyak habis duit masa shopping kat langkawi ni. tapi mmg tak kisah pun. sebab mmg berhajat nak beli pun kan. wat ape nak berkira sangat. bukan selalu. malam mmg lepak kat hotel je sebab dah penat sangat. satu hari berjalan je... kaki aku dah mula rasa lenguh yg teramat sgt. nak tido pun tak selesa. tapi lena jugak...

Sejarah Pekan Kuah : Pekan Kuah merupakan pekan dan pintu masuk utama pulau Langkawi, Kedah. Arca helang yang merupakan simbol Langkawi yang terkenal terletak di Kuah. Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa kuah gulai yang tertumpah mengenangi kawasan itu. Periuk yang berisi air panas tertumpah ke tempat yang dinamai Ayer Hangat, lantas menyerap ke sebuah paya yang kini dikenali Kisap. Selat Cincin dipercayai berasal daripada pemegang jag air yang terpelanting membelah Pulau Langkawi dan Pulau Terutau. Pergaduhan gergasi yang berlanjutan menyebabkan kilat dan petir sambar-menyambar, sehingga sekelip mata kedua-duanya menjelma menjadi gunung. Mat Sawar yang cuba meleraikan pergaduhan itu gagal sehingga bertukar rupa menjadi bukit yang puncaknya terbelah dua.

Tuesday, July 1, 2008

langkawi - day 1


assalamualaikum...wah...baiknya...eemm... ni permulaan kisah percutian kami kat langkawi. ni kali ke tiga aku n hubby dah ke sane tapi sebelum ni masing² p kerana kursus, jadi takde masa nak berjalan sangat. so ni le fes time kami pergi bersama. yang ni masa kat lcct... citer pertama yang aku nak story pasal flight kami yang pada mulanya dah berlepas jam 8.10 pg tapi kena patah balik sebab komputer tak boleh xses rada pergerakan perjalanan. dorang tak mau tanggung risiko, so kena la patah balik. cuak gak la sebab belum pernah alami benda cam gini sebelum ni. kena tunggu lebih kurang setengah jam dan kami p le bekfes kat dalam lcct tu. makan nasi lemak 2 bungkus dan 2 teh o ais..regenya RM17.80.. eemm..nasi lemak biasa je...kalu kat luar dalam 80 atau singgit. nak wat cemana kan, dah kebulur sangat. dalam jam 10.20 kami q semula dan suprise...air asia pujuk kami dengan mc'd.. ingat senang ke air asia nak belanja makan... dah kenyang makan nasi lemak mahal pun kami bedal jugak mc'd tu... pastu zzzzzzz......
perjalanan berjalan dengan lancar dan kami tiba dengan selamat. alhamdulillah... tapi cuaca agak tak berapa sihat la masa tu, mendung nak ujan. sampai je terus jumpa abang mat sewa kete. sewa kete iswara dengan rege RM45 sehari. habis pujuk dah dengan abg mat tu... tq bang, lain kali leh sewa lagi..hehehehe... terus call kak eda, rupanya dia dah lama tunggu kami kat airport.

tempat pertama kami tuju adalah ke makam mahsuri. lama gak kat ctu. sebenarnya banyak gambar tapi takkan nak masuk semua kan... kang bosan lak korang nengok... seronok layan anak² kak eda ni... banyak cakap budak² tu... tengok le tu, aku dok posing ngan hubby tiba² dorang ade kat belakang... nakal le bdk² tu :P

Sejarah Makam Mahsuri : Makam Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut (aku beli air perigi mahsuri ni yang dah diproses atau yang telah ditapis dengan harga RM1).


ni plak kat datai bay... wah...rasa mcm kat miami plak...ahakss... masa ni dah tengahari... perut pun dah rasa lapar balik... dalam kepala otak masa ni tak sabar nak pekena laksa je... arrgghh....besnye....


ni kali kedua aku naik cable car.bes ar... lagi syok pada kat genting..memang le gayat, tapi wat berani je... fes time naik mmg takut tapi kali ni aku cam berani skit la. memandangkan cuaca cam nak ujan, sejuk gile la kat atas tu... kabus pun tebal...

turun dari cable car, terus ke animal farm. husband aku dengan beraninya bagi rusa makan... aku tak le seberani tu... dia kata rasa geli bila rusa tu jilat² tapak tangan dia... eeii...geli aku... anak² kak eda kakak dan adik pun takut... abg marzuki (husband kak eda) pun berani bagi makan rusa tu...


dah penat la rasanya setengah hari berjalan. check in pun dah lambat.. dalam kol 5 kot. masuk je bilik terus baring rehatkan badan... mau tak penat, bgn tido pun kol 4.30 pagi. tido pun kejap masa kat dalam flight.... kami menginap di best star resort di pantai cenang. hotelnya simple tapi syok le, mengadap pantai. mmg dekat gile ngan pantai. before ni selalu dok kat pekan kuah je...


eemm...apa lagi, posing le kat pantai jap... cam hebat je kan... ah, biar la... blog aku, ikut suka aku la nak letak gambar ape pun kan... kalu ade yg jeles ke rasa tak puas hati ke... nasib le eh. malam tu kami kuar makan... tapi tak ingat nak amek gambar. lepas makan pusing² cuci mata kat pantai cenang... balik bilik terus tido....penatttttttt