Daisypath Vacation tickers

Sunday, November 23, 2008

selamat jalan mak



tajuk cam gempak
tapi sebenarnya tak de ape pun
ni sotry pasa mak aku
kami p anta dia kat klia
dia akan bercuti di kota london
bersama keluarga kakak ipar dia
ayah aku tak ikut
banyak kerja
yang sedihnye
raye haji nanti
mak tak balik lagi
kami adik beradik beraya tanpa mak
baru first time rasa tanpa mak disisi
kesian kat adik2 aku je la
cam aku tentu le balik banting

aku harap mak happy dengan percutian dia ni
jgn risau kami disini
pandai2 le masak sendiri nanti
masa mak pegi ni
kat sane musim salji
emm... mesti syok kan


ciuman rindu untuk dari mak untuk anak2
sedih la plak
mak pegi lama lak tu
3 minggu dia kat sane
mesti boring tak dpt dengar mak berleter
yang pastinye
mak jgn lupa bli ole2 untuk kami ye
bye mak!!!!
nota :
mak baru msg ngan aku tadi
waktu msia jam 9 pg
kat sane dlm jam 2 pg
mak kata tengah layan salji kat tingkap umah
sambil ingat keluarga kat sini
rindu la tu
kami pun rindu kat mak jugak
harap mak sihat sepanjang berada disane
mak bukan tahan sejuk
risau gak aku
moga mak selamat pergi
dan kembali...

jemputan perkahwinan



minggu lepas
aku terima 3 kad jemputan perkahwinan
semuanya dari member2 opis
biasa la kan
dah akhir tahun ni
nak plak musim cuti sekolah
kesempatan pada semua untuk buat majlis kawin la


jemputan dari bob dan lyn
belah lyn minggu ni, 29hb
belah bob lak sehari lepas tu, 30hb
dorang ni satu unit
dan satu bahagian
mesti bob selalu main mata ngan lyn
maklum le le
hari2 nampak...

ni dari mariam
kendurinye di buat pada 13 disember di kuala selangor
dan belah lelaki ada 14 disember di pj
yang ni berlainan tmpt kerja
yang bakal pengantin lelaki
mmg aku tak kenal

last ni dari budak guard kat opis aku
fames tak aku
sampai guard pun kenal aku
aku ni baik ngan semua orang
tak kira pangkat dan darjat (cewaaahhh)
dorang buat sekali 4 pasang pengantin
wahhh
mesti meriah kan

kepada semua bakal pengantin baru
aku ucapkan
selamat pengantin baru
moga kekal ke anak cucu
layarilah bahtera rumahtangga
dengan penuh kasih dan sayang
insyaallah...
kekal ke akhir hayat

Thursday, November 20, 2008

award from iena



yesss
dah lama tak layan award
thanx iena
sudi lagi dok berbalas award ni
aku sokong kata2 kau
kita manusia biasa
tak lari dari kesilapan
buang yang keruh
ambil yang jernih
persahabatan itu penting
jgn kerana nila setitik
rosak susu sebelanga
ikan dilaut
asam didarat
dalam periuk bertemu juga
masak lomak pun sodaapppp
muahahahahahha..
.

seandainya masih ada cinta


saat ini aku pasti
remuk sudah jiwa dan perasaanmu
hancur berkecai harapan dan impianmu
sebagai sahabat
aku mendoakan moga
kebahagian kalian akan kembali
jgn putuskan ikatan kasih sayang
yang telah lama kalian bina
ingatlah anak2 yg sedang membesar
kasihan pada mereka yg tidak mengerti
akan ape yang terjadi saat ini
satukan kembali ikatan cinta
kasih dan sayang
antara kamu berdua..
nota :
cerita ini tiada kaitan dengan teman blog
hanya untuk sahabat di luar sane
dimana hatinya sdg terguris
melayan perasaan yg bergelora
jgn biarkan retak menanti belah

Wednesday, November 19, 2008

sorry!!!


kepada semua tetamu terhormat
saya minta maaf le sangat2
saya baru masuk umah baru
baru nak deco serba sikit
harap sabar ye..

Tuesday, November 18, 2008

happy beday 2 ayu

first sekali aku nak wish beday kat adik kesayangan aku yang bongsu sorang ni
happy beday 2u
happy beday 2u
happy beday 2 ayu
happy beday 2u!!!
aku sebenarnya blur sejekap. tak tau nak komen ape pasal adik aku ni. tak kisahla, asal dia pandai bawak diri, pandai pk yang maner baik dan buruk.
tu je la kot pesanan aku.
;p

Tuesday, November 11, 2008

3 cter serentak

ni sambungan kisah kat banting. bilik mewah kami hampir siap ;p.. balik minggu lepas agak terkejut gak aku sebab 5 hari je dorang wat keje2 tu. 2 orang je pun. aku sellut la depa tu. bilik kami tu cam style umh kat cameron la plak. ala2 comei gitu... tak de story banyak pun sepanjang kami kat banting cuma aku terlalu letih sebab mungkin dah tiga minggu asyik travel ke banting je.. (cam le jauh sgt) aku keletihan mungkin sebab asyik bangun pagi je kot. selalu kalu time weekend kami bangun lewat skit. tak pe la, kalu kami tak balik, kesian plak kat mak mertua aku tu, letih dia nak menguruskan hal makan minum pekerja 2 orang tu.

semalam masa kat opis, mak aku call. dia bagi tau soh p tengok pakngah (abang kedua pada ayah aku) kat IJN. aku tekejut la plak. mak kata pakngah tak sedar. citer selanjutnya mak pun kurang pasti. aku terus call hubby soh dia kuar awal skit. lepas dia amek aku, kami terus ke ijn. orang pertama sampai aku ngan hubby la. maklum le, dekat je pun ngan opis aku. pakngah masuk ccu.. agak kritikal la jugak. bila dah tiba time melwat, aku masuk ngan anak dia, angah. sampai je kat katil, pakngah dah hulur tangan kat aku. aku kan cewek... keluar le ayaq mata.. drama la sekejap. pakngah genggam tangan aku mmg kuat. mungkin nak cakap sesuatu. tapi mulut pakngah kena plaster sebab masuk gas dalam mulut. pakngah sembang ngan aku dengan cara tulis kat atas kertas. dia kata dia lapar sangat. seharian tak makan. sedihnye. hanya susu je la bekalan untuk dia. aku tak dapat sembang lama sebab ramai lagi yang menunggu untuk masuk. doktor kata, paru2 pakngah dah kena masuk air, takut merebak kat buah pinggang. to pakngah, kami doakan moga pakngah cepat sihat seperti sediakala..

balik dari ijn tu kami singgah makan kat natrabu kg baru. uncle aku belanja. tak sedap langsung... rugi je duit bayar mahal2 sedangkan lauk2 dia tak berasa langsung. tension je kami semua. lain kali jgn harap le kami semua nak singgah kat situ lagi...