Daisypath Vacation tickers

Friday, June 4, 2010

: : blue van giveaway : :




nak join GA ni atau nak tau lanjut tekan sini
tapi esok dah tarikh tutup
dan lagi ni... hahaha
tuan umh tu kata 5 hadiah misteri menanti kawan2
kalau mendapat sambutan mungkin akan ditambah bilangan hadiah tu
apa tunggu lagi
jom cuba nasib!

pAiNtInG dA' rAiNbOw GiWeAwAy



tuan umh yang anjurkan contest ni bernama NINI
contest ni mula dari 1-30 jun 2010
hadiah misteri utk 10 peserta bertuah menanti
apa lagi... saya giler masuk contest skang ni
untung nasib timbul, untung batu... nan haddo... hahaha
jom joint 2gether

muar dipetang hari

n3 kali ni saya nak persembahkan halaman rumah cik enon yg family banting menginap tempoh hari. suka keadaan rumah dia sebab depan tu dia bukak kedai makan. senang... nak wat kenduri ke open house ke, tak payah kecah2 dalam umh. dia masak pun kat kedai tu je. cik enon ni berniaga belah pagi je skang ni. dulu pagi sampai malam, tapi skang ni mungkin dah tak berapa kuat kot, dia hanya berniaga untuk sarapan pagi saje. laku tau... hari2 habis.
kedua best sebab sebelah umh dia ada steak house. kelas u olss. tak payah nak p jauh2. order sambil ketuk tingkap ajo. dah siap ulur kot tingkat. hehe... ramai tau org dtg mkn kat situ. mesti sodap.
nampak tak area tinggi tu. encik suami cakap area tu leh dapat channel singapore. ye ker???
petang tu kami semua p makan angin sekitar kawasan muar. mula sekali kami ke taman tanjung ketapang. cik enon kata kat situ banyak monyet. bila kami sampai, betol la... mmg banyak pun. naik takut lak kami. ramai betul org masa tu. semuanya dok kasi monyet tu mkn buah anggur.
kalu spesis ni, saya mmg takut nak dekat. anak monyet tu dok minum susu mak dia. eii... geli... sebab anak dia mcm lembik je...
ha... nampak. sape yang berani je boleh dekat tau. kalu kita takut, lagi dia acah2 kat kita. monyet ni first class punya binatang... memilih... nak anggur aje..
ujung muara tu ada tempat port cantek. uii... masa ni matahari nak terbenam. cantik subhanallah...
kalu i pakai tudung, orang ingat i ngan kak izan adik beradik. ye ke... nan hadoo.. hahaha. bila la agaknya saya ni nak terbukak pintu hati utk pakai tudung sepenuh masa. tak baik kan...
family kak izan. yg pakai baju cokelat terang tu bukan anak dia tau. tu cucu cik enon. dia tumpang sekaki. nama dia ajim. very klever... gud boy... i loikeee
bersama mak metua
masa ni kat jeti tanjung emas
romantik ke?? ~chikaro~ hahaha
lepas dah penat naik turun kete, singgah sane sini, kami p shopping kat bazar ape entah nama dia. tapi mahal beb. pastu kami ke pasar malam. nan hado jugak. sudahnya kami ke umh cik enon semula, mak metua masak asam pedas ikan. yang lain2 tu cik enon dah masak. lepas mkn balik bilik... lepas tgk tv... terus zzzzz..... letih!

n
n
n
n
sambung next week lagi citer ni.

Thursday, June 3, 2010

giveaway from [-suziey-]

ha... ini kali saya mau masuk giveaway plak dari puan suziey. xceli, GA ni puan suziey buat sebab tengah ada mood sempena ulangtahun perkahwinan dia yang ke ompek tahun. nway... dikesempatan yang ada ni, saya nak doakan moga jodoh antara puan suziey dan encik suaminya akan kekal sampai syurga. moga keluarga kamu sentiasa bahagia bersama anakmu aqeel yang sungguh cumel itu.
puan suziey kata ~ GA ni..korang hanya perlu FOLLOW suziey.com dan tinggalkan komen kt n3 ni shj..tulis ayat puji2 aku " saya nak!!" ..pastu letak nama & url..mudah kan..2 steps only!! dan
5 blogger bertuah akn dpt FM sprti gbr kt bwh ni..ni sebahagian dr FM2 yg aku akn bg..sorang pemenang akn dpt 2 ketul FM :) GA ni bermula dr 3 June 2010 dan akn tamat pada 14 June 2010 jam 5 ptg..pemenang akn dipilih melalui cabutan bertuah oleh aQeel dan hubby:)
(sori puan suziey, saya curi gambo ni. jgn maree)

nak tau lanjut, klik puan suziey
5
5
5
senang bukan... apa lagi.. jom joint! saya.... sudah (*__*)

keputusan contest 'eynda nak bagi hadiah'

yang ni pun saya dah tau semalam. tapi kali ni saya tak dapat pape pun. tak de rezeki. nak tau lanjut, sila tgk ni. tahniah kepada pemenang.

keputusan contest 'kurasakan something'

semalam lagi saya dah tau berita ni. saya salah seorang yang dapat 5x cenderajiwa dari german. abang eQ komen kat n3 contest saya, tahniah! abang eQ pilih bedasarkan slogan terbaek. anda mempunyai slogan yang mencuit hati abg eQ. kepada abg eQ, terima kasih sudi pilih saya salah seorang pemenang saguhati. tapi abq eQ mmg berhati mulia, sebab dia akan bagi cenderajiwa kepada semua yang melibatkan diri dalam contest tu iaitu seramai 59 orang. saya adalah peserta yang ke 44 ye. maceh abg eQ, nnt wat la contest lagi yek... saya dah email seperti yang abang minta.
kalu korang nak tgk lanjut pasal keputusan tu... sila klik ini
b
b
b
b
b
abang eQ... muka abang memang persis norman hakim la. tapi jgn jadi cam dia tau. i dun loikee!!!

Wednesday, June 2, 2010

jalan2 kat muar

salam semua... uui... dua tiga hari ni puan gebu bz benau. bukan bz keje, tapi bz dok skodeng blog kekawan. hahaha... mamat IT baca ni mesti bebulu jek. jgn mare ye abe faiz. hehehe... hei, korang jgn tak tau, saya ade peninat setia dari unit IT opis saya ni ok. dan pada kekawan seangkatan yang satu tmpt keje ngan saya... awas... blog anda sentiasa diperhatikan. ngeh3x. tapi pada saya, ape saya nak kesah.. dorang pun sama gak, ada yang kaki blog. alah... pada saya, janji blog ni dorang tak block dari sistem intenet kat opis.
ok, berbalik pada citer yang nak dikongsi ni. citer kali ini adalah mengenai perjalanan kami selama satu hari satu malam di muar, johor. kami ke sana kerana menziarah kakak ipar pada nenek banting. pagi jumaat sempena cuti wesak tu, kami gerak dari umh jam 8pagi. sempat p bekfes, basuh kete baru gerak ke muar.

perjalanan yang pada mulanya agak perlahan oleh kerana kete terlampau banyak selepas tol sungai besi. encik suami pun memandu dengan berhemah sekali. bagus... puan isteri suka. mcm tu la.. wat pe nak gopoh. bukan nak kejar ape pun. kami sepatutnya jumpa ngan kak izan dimana2 perhentian menghala ke johor. tapi bila call depa, dok tgh makan la.. lambat lagi la.. so, encik suami kata gerak terus ke muar.

kami tiba di tol tangkak lebih kurang jam 11.30 pg. masa ni diorang semua masih di hway dan tak silap kak izan cakap kat ayer keroh. kami terus cari kedai makan sebab tiba2 lapar plak.

dalam perjalanan nak ke muar, cam terimbas kenangan lama bila terpandang jendela lama dari kayu cam gmbr kat atas tu. huh... teringat aruah nenek kat kelantan. umh lama aruah nenek gitu la gaya tingkatnye. tapi skang dah lain. lain sesangat. sayang... aruah nenek tak sempat merasa dok umh baru. ish... emo lak pagi tu.

lebih kurang jam 12 lebih kami tiba di pekan muar. sila percaya ye, kali ini saya tidak lelap langsung dalam kete. leh nyanyi2 lagi ngan encik suami dalam kete. kuat lak tu.

kami singgah kat medan selera bentayan. lokasi bersebelahan ngan hentian bas dan teksi bandar muar. agak sibuk juga ye bandar muar ni. tapi angin kat sini, huh.... banyak syok wooo

sebab ape angin kuat... sebab bersebelahan ngan sungai muar ni. adoi... very nyaman tau

dan dari situ, kami dah nampak tempat penginapan kami. nampak macam bangunan mara kat sebelah sogo plak.

kami makan nasi campo sementara tunggu kak izan dan lain2 sampai. nape muka hubby bekerut tu... nak tau kenapa... sila tgk gmbr bawah ni

ye... sangat kretip abang teksi ni kan. satu dia jemur kasut dia kat atas bonet kete. tu perkara biasa. kat kl pun ramai buat camtu. yang menariknye... dia gantung teddy bear la kat bawah bonet kete. hahaha... hati bunga la brother tu. tak tau le keje dia ke.. keje anak dia ke.. bini dia ke... atau free gift masa dia beli kete tu... hahaha

yang tokei kedai tmpt kami mkn ni pun kretip jgk.. siap letak senduk lagi untuk tahan tisu tu terbang dek angin kencang kat situ. hai... mcm2 kan. kot ye pun, beli la tmpt letak tisu tu kak oi... ok, dah sampai family banting, kami terus ke rumah cik enon, kakak ipar nenek tu le. hantar dulu diorang kat sana sebab kami pun kena tau jgk umh dia belah mana. nnt senang nak ulang alik ke hotel. dan nak tgk jauh ke dekat ngan hotel. ok, untuk makluman semua, saya dan encik suami menginap di hotel ye. family banting semua bermalam kat umh cik enon. kenapa kami tak joint sekali? itu kena tanya encik suami. hahaha... ok la, encik suami saya ni, tak berapa suka dok ramai2... lebih2 lagi kat umh orang yang tak berapa biasa. saya jenis tak kisah, tapi bila dah encik suami kata nak dok hotel, jadi saya pun booking la hotel yang ada kat bandar muar tu. dah lepak jap kat umh cik enon, kami terus ke hotel sebab waktu check in nak dekat dah masa tu. rupanya hotel tu mmg le dekat ngan umh cik enon. senang skit hati. tak kisah le nak ulang alik berapa kali pun.

ok, ni la hotel yang sempat saya booking. muar traders hotel namanya. sangat la selesa. tempatnya di tengah jalan besar, mengadap sungai mcm kat medan selera tadi, parking dia pun senang. harga dia RM110 termasuk bekfes.

itulah sedikit gambaran suasana dalam bilik hotel. keadaan hotel tu mcm baru lepas renovet. semuanya nampak baru. sangat selesa sekali. yang pasti sangat sejuk, akon dia tip top.

mula tu ingat nak amek bilik yang mengadap sungai, tapi penuh plak. yang ada ni mengadap bandar muar. jadi la... sama je kan. ha, kalu tak de bangunan tinggi, mesti nampak umah cik enon. depan tu je pun umh dia.

kami lepak2 sambil layan tv dulu. dah janji ngan diorang petang tu nak round bandar muar.

jadi... kami tidoq la dulu hilangkan penat. kalu nak tau citer seterusnya, sila la tunggu...