Daisypath Vacation tickers

Monday, September 6, 2010

berbuka @ SABAK

sambungan citer dari jj klang. dengan kata sepakat, akhirnya kami setuju dengan cadangan juki nak berbukat kat restoran sabak di taman melati, kat umh ai tu. seawal jam 3ptg, en. suami dah call utk booking tmpt. gerak dari jj klang dalam jam 5ptg. sempat balik umh mandi. pastu kuar balik, jumpa dorang balik kat sabak tu. pergh... mcm vip je rasa sebab kami dapat parking kete betul² depan sabak. padahal parking mmg penuh. pastu ada 2 kon kat petak parking tu. kak sue turun tya bleh tak alih kon tu. tokei tu jawab, mmg dorang reserve utk customer yg booking mkn kat situ. wah, mmg rezeki namanya. mula masuk kete hardcore juki. pastu masuk plak mini kuper ai. perghh.. org keliling kuar air liur tgk kami. jeles gamaknye tu.
 
 
family ai yg lain tak leh nak join. puan naimah tu biasa la, lebih enak makan dirumah disamping bz ngan cucunya itu. jom tgk ape kami order


mula acara bakar², rebus²

sementara tunggu masak, jom amek gambar
mereka tanpa abang aiman. ape la abg mkn waktu ni?

dah masak..jom makan!

pusingan kedua plak

pencuci mulut sebagai penutup

kami balik dengan senang hati

set buffet ramadhan ni utk seorang dewasa RM35, kanak² dan warga emas RM21. makan sampai biru muka korang. bayar mahal² kena makan sampai muka jadi biru. kalu tidak bukan makan namanya. hehehe...

kak sue sekeluarga sambung shopping kat jj wangsa maju, ai ngan hubby plak ke umh puan naimah wat kuih raya. nak jalan pun tak larat sebenarnya sebab perut dah penuh giler. kakak yaya plak sibuk ajak ai p jj sekali. adei... kalu tak ke umh mak, mau kami terus balik tido. 

ai masih bengang ngan minah yang langgar kete 'evo' hubby ngan troli masa kat jj klang. dah tekena sampai calar bleh plak dia merengek mcm tekejut yg troli tu terlepas dari tangan dia. kau tu yang terhegeh² mana ngan anak, mana ngan nak pegang troli, pastu sengeh² mcm kerang busuk. dah tau tu kawasan parking, kau lagi nak masuk celah² kete kami kan. masuk la laluan troli. meh aku balas balik calarkan kete kau nak. tapi, berkat bulan pose ni, mulut aku terkatup nak balas ape yg kau dah buat. berkat bulan mulia ni, ai mmg jadi baik habis. sampaikan lalat yg masuk dalam plastik isi sos kfc ai ari tu, ai lepaskan balik tau. 






waaaa......!!!!! bumper 'evo' hubby ai calar!

shopping lagi ker?

semalam adalah ahad. ahad adalah 26 ramadhan. warga kota mula skit² pulang ke kampung. budak² sekolah pun dah mula cuti. abang aiman pun dah dipos balik kampung bersama pak uda dia. sedih abg takde. takde kawan nak gaduh, nak bebel. sebelum abg berangkat balik kg, ai sempat tepon dia nasihat skit². dalam nasihat tu ada juga mengalir air mata. adei... ape la ai ni. suker sangat sebak. ape² entah. abg aiman tu kalu tak kena gaya, tak mau makan. takde mutabak, tak selera nak makan. tak bangun sahur merengek. ai harap dia bleh bawa diri sementara abah dan ibu balik kampung nnt. 

berbalik pada topik ari ni, kami ke jj klang utk cari kasut anak² kak sue. xceli sebelum tu kami  ke uitm shah alam jumpa member opis lama en. suami. tu pasal la bleh terlajak ke jj klang.

budak ni wat perangai la plak. mula la jinjit kulu kilir anak patung dia tu. pastu serba tak kena ari tu. 

ai dan en. suami adala beli baju sorang satu. ishh... berapa banyak da baju raya. sementara tunggu kak sue dan juki cari apa yang dorang nak, kami pusing² bawak dua beradik ni cuci mata. kena dok dlm troli la, nnt main kejar² payah plak nak jaga.

gedix tau depa ni. tgh pusing² tu minta nak pakai make up plak. ok, ai tenyeh la itu ini kat muka depa. si adik mula la tak leh nak katup mulut tu. hahaha

sementara tunggu kak sue Q nak bayar, kami lepak kat ruang legar luar jj tu. ada plak orang jual songkok. ha... en. suami pun try le. igt nak beli sebab songkok lama tu dah kecik. ha??? ada ke songkok tu kecik, kepala dia yang membesar. hahaha... tapi tak jadi beli sebab harga dia mahal. better beli kat luar je nnt.

ha, nasib baik nampak ada kaunter bayar zakat. thn ni agak lambat en. suami tunaikan kewajipan dia. abang² yang kat kaunter tu malu² plak ai nak snap gambar depa.

kewajipan dah terlaksana. anda bagaimana?

ish.. lama la plak kak sue ni. sampai adik lapar. kebetulan kfc sebelah tmpt kami lepak tu. a belikan dia set chicken meal. aduh... tergugat keimanan. hehehe

ha... ni nak citer. tgh kami lepak tu, ada budak kehilangan mak ayah dia. melalak budak tu punya la kuat. abg security tu sempat pegang dia tapi dia meronta ronta dan berlari tak mau abg security tu pegang dia. ai sempat tangkap dia. ai pujuk dia, tanya nama. nama dia madihah. ai tya ayah sape nama. dia jawap papa. ai tya mak pakai baju warna ape, dia jawb merah. ai tya papa pakai baju kaler ape, dia cakap tak pakai. alamak... nak tegelak pun ade. ai tya balik madihah binti ape? dia jawab madihah binti muhammad. ok, papa dia nama muhammad. sila minta pihak pengurusan wat pengumuman ye abg security. ai pujuk dia, bagi minum air. siyes, dada dia kencang sebab takut. ai mcm nak leleh ayaq mata. cemana la leh terlepas budak ni. perasan tak adik syasya jeles. dia marah ai sebab bagi air milo tu kat madihah. diam je tak mau cakap ngan ai. lama gak kami tunggu mak ayah budak ni dtg amek. hai, tak perasan ke anak hilang. tunggu punya tunggu... datang le si kakaknye. terus peluk adik dia. madihah sambung nangis sebab dapat jumpa kakak dia. huh... lega. jadi, jgn biarkan anak² anda bekeliaran tanpa pengawasan. inilah jadinye. sebab tu kami lagi suker dua beradik ni dok dalam troli. sorang kena jaga. aiseimen, kalu jadi kat ai, terduduk tak bangun² punyalah.

dah jadi depan mata dua beradik ni, depa diam tak cakap ape. ai ckp kat dorang, kalu kakak ngan adik ilang, yong bleh nangis tak berenti selagi tak jumpa korang. ibu bleh pengsan. abah ngan paklong kena jumpa polis bagi tau korang ilang. [dorg ni takut giler kat polis]. dorang diam tekelip kelip mata mcm perasaan takut mula nampak kat muka memasing. ai cakap kalu org lain jumpa, bawak korang pergi jauh, nnt dah tak boleh nak pakai baju cantik², mkn kfc ke mc'd ke. dah tak boleh nak p sekolah jadi pandai. ha... ape lagi, yong emosi la plak. setitik air mata kuar. adoi....





ada bagusnya jugak jadi depan mata dorang. sekurang kurangnya dorang ada pengalaman tgk budak hilang. pengajaran skit dan lepas tu depa tak berani dah nak lompat² atau main kejar².

sesi 5s

pagi sabtu lepas, kami ke bengkel servis kete 'evo' en. suami dan tukar tayar. sekali ngan ayu adik ai. servis kat bengkel kawan en. suami. mm.. leh tahan ramai. maklum, tinggal beberapa hari je lagi dah nak raya kan. servis kete harus kepada semua pemilik kete utk keselamatan sendiri dan keluarga. tunggu punya tunggu, akhirnya siap. lepas tu tukar tayar kete plak. tunggu dan tunggu lagi.. akhirnya siap. ok, senang hati nak balik kg nnt. 

balik dari tu, kami terus adakan sesi 5s. mula dari bilik belakang membawa ke ruang tamu. fuh... letih mcm nak pengsan. mmg umh tak bersepah mana sebab kami berdua je. tapi banyak barang² yg entah apa². akhirnya 3 plastik sampah yg besar tu penuh dgn brg² yg tak pakai kami buang. ha.. clear skit rak² almari dalam bilik tu.

raya tahun ni kami tukar langsir baru. dah dua tahun kami tak tempah langsir sebab dok gilir pakai yang maner ade. hasil gesel² manja ngan en. suami bulan lepas, dapat gak ke nagoya beli langsir dan tempah sekali. mmg bagus la nagoya ni, elok je terletak langsir tu bila dah dipasang. tak terlebih labuh, tak terlebih lebar. mmg ngam². lain kali terus tempah je kat nagoya tu. murah pun murah. 

 
 maaf atas keseksian en. suami

urusan panjat memanjat terletak pada kekuatan en. suami. kalu ai yg panjat.. maka sukar la utk turun balik. hahaha... kali ni, susun atur adalah dari citarasa en. suami. rak tv alih ke sudut belah kiri. gambar selanjutnya akan menyusul kemudian. 

 kerajinan dia mmg boleh dipuji

susun atur dah siap, sesi lap² plak sebelum lantai di vekium. sesi 5s kami setel pada jam 8mlm. ha kau, sampai waktu berbuka sudahnya. rehat jap, dah mandi semua, terus ke umh mak. lapar weh... tenaga dah banyak abis la katakan. patutnya mlm tu kami berbuka dengan geng² 4x4 kat gombak. sori le kak sue, igt leh habis cepat. tak sangkat membawa ke maghrib plak. thn depan kami join eh.

kesian en. suami. letih betul dia mlm tu. mana taknye, ai minta dia lap tu lap ni, panjat lap lampu, lap kipas, lap cermin tebuk lubang, gantung frame... ish.. penat tau. kerajinan en. suami mmg boleh dipuji. bangga dapat suami rajin mcm dia. suker bantu ai tak kira masa. dia ni mmg pembersih, jadi awas ye kalu umh bersepah. mau dia bebel mengalahkan mak enon. dalam kete dia pun tak boleh ada sebutir pasir, kalu ada, terima la pop kon yg kuar dari mulut dia. hahaha....
 

selamat sampai

igt tak beberapa minggu lepas, ai ada n3 kisah sahur dengan ikan masin sepat. ye, n3 itu menjadi tarikkan paling teruja oleh abang bear. hehehe... terliur ye bang. katanya ikan masin sepat takdak kat sabah nun. jauh nak berenang kat sana dia kata. ye la tu.. 

dengan penuh pujuk rayu, plissss.... katanya, minta dikirimkan ikan masin tu. terus ai cter kat en. suami dan en. suami kata nnt kita p beli, cian abg bear katanya. 3 kali ai sms abg bear minta alamat umh dia. sori ye bang, ai ni suker cepat delete message. dan khamis lepas, terpos juga ape yang dihajatkan. 

demi abang bear, kami poskan sekali serunding daging dan sambal bilis + kentang goreng. alang² kotak tu besarkan. tapi mmg niat kami pun bang. pagi² khamis saya dah tepacak depan bilik mel kat opis nak wat penghantaran. 

cantik bungkusan kami bang. tapi biasa la, bila dah kau campak dia campak.. penyek jadinya kotak tu ye bang. tak pe, asal isi dalam tak penyek udah. hehehe... alhamdulillah, selamat juga sampai parcel tu. saya risau takut tak sampai plak. jenuh la meleleh ayaq liuq abg bear.

baca blog abg bear pagi ni, wow! dah siap goreng utk sahur ye. makngai... saya plak yg terliuq tgk yg abg masak tu. harus kena buat lagi ni. pekena plak ngan sardin. mmg mantop!

ok bang. dah habis stok nnt, bg tau saya eh. leh kirim lagi dan lagi. kirim salam kat dr. shah tu.

Friday, September 3, 2010

kad raya dan ucapan raya

semalam dapat kad raya dari abg encem, abg eqbal zack. terus en. suami tampal kat peti ais. bila ai tya naper.. dia kata sebab abg eqbal best. hehehe.. dia pun follow abg tau! tapi lupe nak snap gambar. nnt la eh. dlm byk2 benda yg ditampal kat peti es... yg pelik kad raya abg ar. cumell... abg le org pertama bg kad raya kat saya. sungguh klasik! 

baru sebentar tadi saya dah wish ucapan raya kat sorang kakak senior kat opis. minggu ni last dia keje. ucapan yang seolah di rekod. sangat lancar sekali. tapi terus emo dan disusuli dengan getaran di bibir. lalu terus laju linangan air mata mengalir. huh... emosi sungguh.





ye, saya bukan bleh emosi lebih. murah sangat air mata ni. badan kental tapi jiwa ai halus. auw!

nikmat ramadhan mungkin!

habis solat tadi, teringat yang minggu ini adalah minggu sabtu ahad terakhir utk bulan ramadhan. minggu depan dah masuk minggu raya dan syawal seterusnya. kejap je masa berlalu. rasa baru je sahur hari pertama puasa. [tunduk tanda syukur]

aku bersyukur padaMu Ya Allah... kerana masih sempat merasa nikmat ramadhan. hambaMu ini mengharap dapat menghabiskan bulan yang mulia ini dengan seribu kenikmatan. insyaAllah.





sungguh... rasa masih jauh utk mengejar waktu akan datang. masih terlalu banyak yang perlu dicari utk menjadi umatMu yang lebih patuh pada ajaranMu. bimbinglah aku Ya Tuhan!

kempunan sama kamu

ari ni rehat lama. mula tu sembang² dulu ngan rakan seangkatan. pastu gurau² manja ngan mak jah. pastu terus dakap bantal ucuk. letak kepala atas meja... hanyut!

bangun jam 2.45 tadi. basuh muka, kumur..tengok cermin, adjas ape yg patut... terus ke tmpt bertugas balik. solat jap lagi, sebab dah lambat skit ke tempat bertugas. tgk email.. layan tepon dua tiga dering.. tiba²..

alamak... kenapa teringin sesangat ni. ok! kompom! tadi dah text puan naimah cakap kami berbuka kat umh dulu sebab nak basuh kain sebelum ke umh mak memulakan acara gaul tepung.

ha... mmg kompem. letak cili api, pecah telur... kuah tak payah banyak nnt cair, tak sedap, tak rasa rempah dia. masak tak lama, nnt lembik. adeii... kecoq dah ni. kompem. saya akan melakukannya utk juadah berbuka nnt.





megi kari... kau mmg best!!!