Daisypath Vacation tickers

Sunday, September 26, 2010

kenduri kawen wanju dan zam

jemputan ni adalah undangan dari sedara belah mak saye. rakan2 di opis mesti kenal dgn sedara saya ni. beliau sekarang bertugas jauh nun diluar negara. sempena dengan majlis kahwin anak buah, dia juga pulang utk menyambut hari raya bersama keluarga. pesanan berulang kali, email tak putus mengingatkan saya berkali2 utk betul2 dtg pada hari tersebut.

hari ini sepatutnya saya dan teman ludah saya kak jah tu ke PD utk meraikan sesuatu disana. oleh kerana banyak jemputan rumah terbuka dan kebetulan undangan yg istimewa ini, kami batalkan utk seketika. insyaAllah, kami akan kesana bila dah betul2 free. 

dengan cuaca yang suam2 kuku hari ini, kami melangkah keluar dengan penuh segak. ye, harus puji diri sendiri sebab takkan nak tunggu jiran depan umh laung pujian ke arah kite plak. sblm menjemput ibunda, saya ke pejabat mentenan utk bayar bil umh. jelita rasanya bilamana saya beratur dengan penghuni yg lain utk sama2 buat pembayaran. huh... segaknye saya, ayunye saya, penuh sopan santun berdiri menunggu turn saya tiba. selesai semua, kami melangkah menjemput ibunda.

igt ayah pun follow sama, tapi ibunda ckp ayah jaga cucu. angah balik umh dia amek barang. wah, hebat tok ayah kau dik. tapi dgrnya tadi adik u'uk ye, tok ayah tak dapat jalankan tugas sebab dah lama tinggalkan bidang itu. nampaknye, mama yg kena buat ye. hehehe...

ok, perjalanan harus diteruskan sebelum cuaca berubah gelap. dari jauh dah nampak khemah yg tersusun rapi utk lindungan para tetamu yg hadir.

tema kuning emas dan hijau lumut jadi pilihan pengantin. cantik. 

 pakcik sulung pengantin sedia menerima kunjungan kami. dari jauh dah sengeh lucu

dia plak yg amek gmbr kami. mmg lucu la cik jai tu. pada mulanya saya ingin mengenakan baju kurung bewarna biru. tapi bila tenung betul2 kaler kemeja en. suami, oh... saya kena tukar baju lain yg sedondon dengan tema en. suami. maaf, sekali lagi saya ulang baju yg baru pakai masa majlis umh terbuka diopis ari tu. baju biru tu bleh pakai masa nak belakon selasa ni. ahaksss. 

 nenek pengantin merangkap emak kepada pakcik saya tu. ha.. ni la dia kalu lama tak jumpa. mcm2 nak citer

yes.... inilah pakcik saya. dia skang bertugas di budapest berkhidmat utk negara. masih solo dan sangat lucu orgnya. pada mula saya berkhidmat, saya tak tau yg saya satu opis dgn dia sebab masa tu dia kat santiago kalu tak silap. bila ada seorang sedara yg cakap, baru kami tau yg kami satu opis. keciknye dunia bak kata mama jue.

punyala dia gembira bila nampak kami dari jauh. terlepas jugak rindu kite ye cik wan. peluk erat ngan kami tanda rindu yg amat sgt. hehehe... siap laga pipi lagik. pakcik tau! cik wan tak sempat jumpa saya masa dia singgah opis tempoh hari, hanya kirim kad undangan pada salah seorang staff. cik wan, kan kita dah berbalas email. saya datang punye. 

 wow! siap ada ais lambang dua ekor itik sedang bemesra mungkin, di depan meja makan beradap. 


 sebenarnya banyak lagi lauk yg dihidang, cuma tak leh nak amek semua, kang nak makan lagi

 en. suami yg tgh lapar. tak pandang kiri kanan dah

 ini le bapa pengantin. cik din nama dia. skang dia bertugas di arab. cik din ni lagi kelakar orgnye. bila dah jumpa ngan ibunda, ada je kenangan lama yg mereka bangkit balik

 cik din cakap ibunda saya makwe lama dia. hahaha.... ibunda punya la gelak malu. 

 cik din cakap masa kecik dulu dorang suker main sungai. tu tgh citer hal kecik2 dulu la tu. adoi, bila dengar depa bersembang, kami berdua plak yg gelak sampai nak tekeluar nasi dalam mulut. 

ha, cik din soh amek gmbr betul2, nnt send kat FB. hehehe.... cik din terus amek no tepon ibunda, nnt lain kali balik nak jumpa ibunda lagi. banyak lagi citer nak kongsi. cik din kan bapa pengantin, jadi masa suntuk utk sembang lebih. ramai lagi tetamu yg harus dilayan. 

 ini la isteri cik din. dia pun kelakar orgnye. bila dgr cik din menyakat ibunda, dia leh menyampuk cakap giler dia mmg tak abis. hahaha... mesra la dorang tu. 

ibunda cakap, best la dok arab. minah arab lawa2. cik din jawab, ah... rugi tgk dorang. tak nampak ape sebab muka tutup litup. tak best katanya. tak mendatangkan ape. hahaha.. alamak... mmg lawak king la cik din ni. cik din kena tinggalkan kami sebab tetamu dah ramai yg dtg. lain kali kite sambung gosip yek

 tesergam indah pelamin dianjung luar rumah. kami naik ke atas utk jumpa pengantin

 ni la wanju. kwn2 dia kata muker kami same. lawa bilik pengantin. teringat masa naik pelamin dulu

ibunda tak lepas peluang utk bergambar sama

ye ke muke kami sama? dia jauh lebih cantik kot. tahniah wanju. moga kekal sampai syurga. sori tak dapat tunggu awk bersanding, kami kena gerak ke tmpt lain plak. tak sempat nak jumpa suami dia. next time ye. saya tgk kat FB awk je nnt

terima kasih pada semua atas jemputan ini. selamat pengantin baru pada wanju dan zam. moga kekal ke anak cucu. terima kasih pada cik wan yg sudi tunggu kedatangan kami. cik wan nak balik ke budapest isnin ni. dia tak sempat nak p open house agensi. panjang umur, kite jumpa lagi ye

Saturday, September 25, 2010

qalesya ku syg

bersiaran dari umh jam 11 mlm. penat setengah hari p kenduri kawen di keramat, sambung perjalanan ke rawang jemputan open house dari keluarga terdekat. 

qalesya ku cayang, nnt becar, tgk blog mummy ni, mummy ada masukkan gambar kaki dan tgnmu utk tatapan dirimu bila dah pandai layan blog mummy ni. cumell mcm kaki mummy jgk. 

mummy harap bila qalesya besar nnt, jadi anak yang solehah. dengar cakap bonda dan papa ye. sekolah rajin2, jadi pelajar yg berjaya utk bangsa dan negara. bila dah habis sekolah, kerja rajin2. balas jasa bonda dan papa, maktok dan tok ayah ye. melangkahlah ke jalan yg benar, jalan yang diredhai olehNya. insyaAllah... mummy doakan qalesya jadi insan yg berguna.

tatkala dirimu kecil, ramai yg menyayangimu. semua kucup dahimu, cium pipi gebumu, dakap erat tubuhmu. bila besar nnt, jgn luper salam tangan papa dan bonda bila melangkah ke mana saje. mummy nak qalesya pun kidal mcm mummy, bonda, mama dan ami. [kami 4 beradik semua kidal]




mummy tak sabar nak pimpin tgn qalesya bila kuar gi jalan2. mummy tunggu saat itu sayang. 

adik oh adik

rabu mlm kami ke nsk beli barang dapo dan keperluan bahan masakan utk en. suami yg kena bawa port luck utk open house opis dia. kalu p ngan puan naimah, mmg akan berejam le. kesian kat budak cikenot ni. lapar nau dia. sampai biskut aiskrim yg kami beli tu, tak dan nak p bayar lagi dia dah bedal dulu. tgk le aksi dia. kesian.... siap betengek kat atas kotak lagi. 


dan baru kejap tadi, ai mcm terigat kat dia. ai call kak sue dan kak sue cakap kat klinik sebab adik batuk tak berenti, doktor kata dia kena asma skit. terus 3G dia. mulala nak kuar air mata... 

kak sue mms gmbr ni. bila paklong tgk... diam je dia. sedih la tu. huhuhu.. adik tak mo mkn guler2 byk lagi tau. no esblended lagi eh.. yong n paklong susah ati tgk kalu kamu terusan begini. minta jauh. harap dia kuat dan cepat pulih.

boring tgh mlm

skang jam 1.44mlm/pg. kami berdua masih blom ngantuk utk masuk bilik. masih layan tv yg entah ape2 citer mlm ni. punyala beriya nak nengok beger layan diri dari kumpulan sepah, tunggu punya tunggu last2 astro siar citer lain. tak pernah tgk citer tu lg, ade yg kata besh.. hampa kejap.

astro kat umh ni jarang sekali dibuka. banyak layan tv dlm bilik aje. bayar tiap bulan.. tapi pernah sebulan kami tak bukak langsung tv diruang tamu. rasanya ai la pelanggan yg setia ngan astro. hehehe....

tgh buhsan layan citer yg entah ape2 ni, belek2 gmbr dlm lappy hubby. nampak plak gmbr ni. hasil karya dari kakak yaya, anak kak sue tu... lukisan ni dia lukis sempena dengan peninggalan dia masa balik awal ke kampung utk raya ari tu. dia kata, kalu rindu kat dia tgk le lukisan yg dia lukis ni. kretip, lucu tapi ade sedih disitu sebab kakak yaya walaupun anak pompuan yg sangat brutal dan ganas, ada kasih sayang terhadap keluarga dalam hatinya. habis semua sudut dlm umh dia tampal. p dapo ada, hall ada, bilik ibu ada, bilik dia ada, bilik abg ade. jauh dari abah, ibu dan kami semua, inilah hasilnya...








kakak, kalu besar nnt, dah pandai layan blog yong ni.. yong nak kakak tau, seganas maner pun kakak masa kecik, sebrutal maner pun kamu, yong tetap sayang sama kamu sampai bila2. kamu penawar suka dan duka dalam hidup yong selama ni. kamu pandai amek ati yong, pandai begurau, pandai berkata2, pandai wat pe'el yg kadang kala melemahkan jiwa ibu kamu, tapi kamu tetap best pada kami semua. 

kamu perlu tau... kami sayang pada kamu hari ini, esok dan sampai bila2 sekalipun. jadi anak yg baik ye. abg aiman, kakak yaya dan adik syasya..kamu dihati yong selamanya.  

Friday, September 24, 2010

mak tekejut jah!

 
aper??? kena belakon utk video opis??? 
oh tidak!!!!


jadual utk aku kena shot hari selasa??????
dammmmmmnnnnnn!!!!

zarith sofia !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!






boleh ke aku belakon? kang fahrin ahmad tgk pasti cair.. huh!!! +__+

syawal kami

salam jumaat semua!

dipersembahkan cerita syawal kami. emm.. sorry le sebab tunggu lama. citer syawal kami tak la gempak maner pun. biasa² aje. yang bestnye kali ni semua ada, semua balik kg. jom saksikan gambar raya dari kami sekeluarga. tema ai ngan en. suami thn ni pepel tau.

eh, sebelum tu, nak citer skit. pagi raya kami berdua begitu sempoi sekali. mlm raya kami kat banting. lepas berbuka utk akhir ramadhan, ai tolong mertua wat kuih tat dia yg tak sempat siap ptg tu. lepas tu kami kuar p pekan banting sebab adik ipar ai eriq dan ali nak shopping raya skit. balik pun dah lambat. sambung kemas umh, pasang langsir.. itu ini kami berdua tido jam 4.30pg. tgh syok layan tido mlm tu dengan hujan yg sungguh lebat sekali, tiba² mak mertua ketuk pintu bilik. igtkan dah pagi tapi rupanya ali jatuh kat beranda. anak jari kaki dia terbelah mcm nak putus. masa dia jatuh, kaki dia tegesel kat mozek. darah yang kuar tak payah nak citer la. punya la banyak giler. dah mcm kesan darah org kena tikam. terus eriq bawa p sepital. kena la 7 jahitan. pastu dah bgn pagi tu, ai mmg mamai giler. tolong ape yg patut, mandi... terus bersiap utk balik kelantan. masa tu pun dah nak masuk tghari. raya pertama kami buat julung kalinya tanpa memakai baju raya. dengan brutalnya kami berdua bermaafan dengan keluarga mertua memakai pakaian biasa. en. suami dengan seluar pendek lagi. bukan sebab ape.. semua mcm tergesa². entah la... raya kat banting kali ni mcm sempoi sangat. yg penting ketulusan mohon keampunan dengan semua tu lagi penting kan. 

di mulakan dengan en. suami selaku anak sulung. bila bejurai air mata dia, kami yg lain terikut sama. tak sah kalu salam raya tak nangis. rasa mcm banyak betul dosa. sedih ai tgk en. suami. betul² di cium, sujud kat mak dia mohon ampun dan maaf. banyak betul air mata dia kali ni. disusuli dengan ai. dah sedih tgk en. suami nangis, ai pun nangis beriya² jgk la. adoii... udah le ujan lebat kat luar, tambah plak ngan air mata kami.. banjir.. hehehe

kami gerak blk kelantan jam 1ptg. sampai kl jam 2.30ptg. dari kl, isi minyak kat hway area taman melati, teruskan perjalanan, singgah gua musang, pastu sampai kg kol 8 mlm. huh.. letih giler. tapi bila sampai kg, ramai sedara mara, hilang perasaan tu.

esoknya, kami kumpul anak beranak utk bergambar raya. jom layan...

raya kami bertambah ceria dengan kehadiran wan nur qalesya alia

ai msg mak ayah pagi raya mohon keampunan sambil bejurai air mata masa dok taip msg tu. mak ayah, ampunkan dosa kami adik beradik termasuk dua orang menantumu. ai cukup sedih bila merenung raut wajah mereka tanpa mereka sedari. semakin hari mereka dimakan usia. aku........ ah, tak mo emo, lupe kan

bila nak raya bertiga pun tak tau le... dah nak masuk 6 thn kami beraya berdua

rezeki mereka sampai dulu

kami 4 beradik yg punya mcm² byk bentuk

cibuk ar mok cah ni....

nak patah pinggang posing camni. adoiii

satu²nya adik ai yg berbentuk leper... hehehe.. nak kata tak cukup mkn, tapi dia la kuat melantak mcm bela jin tanah. yg tak kuat mkn terlebih gebu plak.

ayu yg tgh jaga penampilan. maklum.... dah mengenyam nak naik pelamin kot...

budak ni jgk yang best. bising ke, panas ke.. ape sekalipun, dia tetap membuata. kelasss kau dik






gmbr raya akan bersambung lagik. ari ni tak sempat nak abiskan cerita. i lep my family!!