Daisypath Vacation tickers

Tuesday, October 12, 2010

bila saya EL

semalam, saya dan en. suami terpaksa amek EL atas sebab tertentu. ye, kami mmg ada hal smlm. dan bila mana saya dah cuti, saya amek kesempatan utk masak sebelum kami keluar. dah lama dapur saya tak berasap. semenjak qalesya ada kat umh mak, tiap malam kami ke sana. dah ke sana, harus la makan pun kat sane kan. maner leh tolak bila tgk masakan mak sedap² tiap hari. oh ya, minggu ni kompem qalesya dan bondanya akan pulang ke rumah mereka sendiri.

sedih...

lepas solat subuh, lepas text puan bos dan rakan setugas mengatakan saya EL, terus saya ke dapur keluarkan segala benda yg ada dlm peti ess. mm... ape yg saya masak... jom saksikan.. wah! cam hebat sgt masakan saya. biar simple asal enak. betul tak!

 faveret en. suami.. sardin berkuah. sekarang kami gemar dgn sardin marina. rasanya... mm.. sedap!!!

 sotong goreng kunyit ala manja. knp ala manja? sebab saya belai sotong ni penuh kasih sayang pabila saya memotongnya. manjanya dia sehingga sengaja dia liatkan badan.

sawi goreng kapel daging. hehehe... best tak tajuk menu saya.

itu je yg sempat saya masak memandangkan itu je bahan² yang ada. hajat nak wat tomyam tapi tak cukup bahan plak. next time le nmpknye. bz di dapur keseorangan, sedangkan en. suami masih enak dengan dengkurannya. bila dah siap semua baru saya kejutkannya sambil belai muka jambang dia. okeh... tamat sudah kesah smlm...  tak payah nak tau ape kesudahan lepas belai jambang en. suami saya tu. tak baik citer lebih² hal umhtangga. hahahahaha...




bila dah habis perkara yang harus diselesaikan, kami layan tv... layan dan layan sampai kepala jadi pening. syok gak layan siti kelembai ek...

Friday, October 8, 2010

contest senyuman maneh



salam jumaat buat semua!

hari ni tuan tanah nak join satu lagi kontes. kontes muka seiras yg tuan tanah join ari tu takdak rezeki utk menang. yg menang kontes tu mmg hebat la sebab muka dorang mmg sama habis. takpe, bukan rezeki tuan tanah.

kali ni kontes bertajuk senyuman maneh. ha... tuan tanah nak pertaruhkan gambar yg tuan tanah p jamuan semalam. sebelum tu, penganjur kontes dan utk keterangan lanjut sila klik 'contest senyuman maneh'
followers - bereh
buat n3 - bereh
gmbr sendiri - udah pasti
tag - nnt dulu.. kat bwh saya canang sape yg kena tag


tak tau le gambar ni senyum manis ke atau senyum over xting.
ada rezeki ada le ek

puan zarith sofia
en. hadzizi
kamu berdua saya taq utk kontes ini

selamat maju jaya!







hari jumaat mmg besssshhh!!!

Thursday, October 7, 2010

mkn dan mkn lagik

salam berbaju batik semua. hehehe... maklum, teman kan org gomen, harus le berbaju batik hari ni. segak bergaya pagi tadi bila melangkah keluar bersama en. suami, sama² sedondon dengan batik kehijauan pedih mata memandang. bak kata adan, jalan ipoh dah nampak. hahaha... naper tak jalan pahang? hanya kami je yg tau knp dengan jalan ipoh itu. ok.. saya merepek.

hari ini dapat undangan dari BTM dan BPS utk jamuan rumah terbuka dua bahagian ini yg bermula dari jam 1230 hingga jam 0300. bab makan ni tak elok lengahkan masa. 1230 tepat, kami dah tepacak depan lif utk ke dewan makan.

tak payah nak sembang atau bergosip dulu. juadah yang ada harus disambar dulu sebelum air liur terus mengalir terliur dengan bauan yang enak² belaka. jom tgk ape yg saya dah telan

 soto ayam yang sangat mantop.

 rojak buah yang mengiurkan

 sagu gula melaka yang sesedap rasa. tak manis tak tawar

 puding buah yang saya mmg tak suker makan. saya bg pada kak jah puding ni

 ah sedap, ah sedap!

 roti jala sgt nikmat dengan kuah karinya

 lagi dan lagi

 yang ini paling maveles. disebabkan kenyang yg amat sangat, laksa utara ni tak dapat dihabiskan. kenyang dia mcm baru telan batu bata. hahaha...


nampak, ijau tak saya? gambar ini saya crop sebab ada lalat gatal yg nak tumpang glakmer saya bilamana si paparazi tiba² snap gmbr ini. cit.. nk tumpang glakmer pun bagi le salam. si paparazi ni pun satu, bagi le signal soh saya post.. tak le nampak pp ku yg seakan pau perisa kaya itu. knp saya senyum begitu? adakah FA lalu depan saye? oh tidak, ini adalah kerana saya ternampak sesuatu yg melucukan.

selagi tak habis syawal, kita makan dan makan lagi. sabtu ni kazen plak jemput p umh dia, walaupun dah masul z.kaedah, tapi tetap ada yang buat rumah terbuka. mungkin utk meraikan syawal terakhir 1431. disebabkan syawal terakhir jatuh esok hari bekerja, sebab tu ramai yg buat last minggu ni. huh.. jem lagi la jalan nampaknye.tapi takpe.. itu rezeki namanya. jalan tolak rezeki, tak kacak namanya.

pada mereka² yg mana dah jemput saya dan en. suami juga ahli keluarga saya yang lain, moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki. bak kata puan naimah, Allah akan turunkan rezeki berlipat kali ganda jika kita selalu menjamu org, walaupun dengan hanya segelas air kosong.

'renung²kan dan selamat beramal'





syok layan ost chinta di tv3

Wednesday, October 6, 2010

tiga dlm satu

nur syafiqah aimiesya - syasya 


 [ini mata sihat dia]

demam teruk sampai suhu dia dari 39.5˚ naik kepada 40.3˚ . sekarang syasya berada di tawakal ditemani abah dan ibu. kak sue baru mms gambar, sebak terus nangis tgk keadaan dia. rasa nak balik p teman dia kat sepital tu. forward mms tu kat hubby, tapo blum ada jawapan. pasti dia lagi sedih sebab syasya manja ngan dia. semalam syasya nak ikut kami balik tapi ibu dia tak kasi. takut sakit tgh mlm, susah nak bawak p klinik. skang mata dia kuyu aje. 

kak sue cakap kena tahan wad dan kena amek darah. adoi... ni yg tak suker dengar. kesian kat budak cokenot ni tau. adik... tunggu paklong dan yong sampai ye...

moga dia kembali ceria seperti selalu. kami sayang kamu!


open house @ ukay perdana

sabtu lepas kami dapat undangan dari kak ct dan madir utk ke rumah dia. ada makan² skit katanya. hehehe... ai tau dah ape menu u kak ct. sebab ai yang 'rikues' nak mkn mee rebus tu. maceh!

kak jah n family

tak sempat nak posing habis sebab baru nak posing, jiran depan umh depa dtg. tuan umh kena layan tetamu kan, jadi, maner yg sempat je la ye...

dua beradik ni anak kak ct dan madir. cumellllll

marissa yang selalu gaduh ngan ai sebab ai suker nyakat dia. tapi hari tu dia baik plak ngan ai. siap main cuit² lagi. biasanya dia suker mengaum kat ai. hehehe

geram tgk masara ni. rambut mcm bapak dia. kenteng... cute sangat! tapi dia tak mau org lain dukung. malu ke takut ke tak tau le. tapi ai suker gentel rambut dia tu. hehehe

ni putin. nama penuh dia rahsia. tak bleh nak kasi tau. putin tu ada makna tau. cuba cari sendiri. cute budak ni. dia anak buah kak eda. bergaya lagi tu. suker gelak, seronok layan dia. semua orang geram kat dia.

satu²nya anak dara kak eda. kawan baik si syasya tu. mereka dah lama tak jumpa. nnt kita p hyatt lagi ye kakak

anak² kak eda dan kak ina. depa ni bila jumpa mmg riuh rendah jadinya

maceh kepada tuan umh kerana sudi menjamu kami dengan makanan yang enak² berlaka. tahun depan pasti jemput kami lagi tau. hehehehe...


sebulan tanpa dia

bak kata kak jah.. ah sedap! ah sedap!...


brutal polka dot

skang dia suker main air liuq dan gaya dia tiap kali sedar dari tido adalah gaya seorang peninju. bila tido meniarap, buntut harus tonggek. lambat dpt susu suara dia mengalahkan ning baizura.

Monday, October 4, 2010

S.E.P.I

baru lepas call mak, tya angah dah balik umh dia ke. mak kata belum. mak pun cam sedih sebab cucu dah nak balik umh dia sendiri. angah dah habis pantang, nnt dah boleh masuk keje semula. mak mengharap sangat dapat jaga qalesya. saya juga mengharap yang sama. ayu, ape perasaan kau bila balik keje qalesya takde dalam bilik?? sob sob sob....

SEPI!






tanpa qalesya disisi!

saya selamat... anda?

tadi dok skodeng blog kekawan, bila masuk blog leily, ada benda yang saya juga harus lakukan utk melihat tahap keselamatan blog saya ni. saya selamat... anda???


sila semak disini



thumbs up to u leily!

brutal pinky

qalesya makin tembam.. makin kuat nyonyot susu, makin cerdik, makin mengenali siapa yg ada disisinya tiap hari, makin tau kalu kita dok sebut atau becakap pasal dirinya. yg pasti dia makin gebu mcm mummy dia. sehari tak tgk dia, tak keruan rasanya. bonda qalesya dah habis pantang, dah boleh balik umh sendiri. nnt mak tok, tok ayah, mama dan ami mesti rindu giler sama kamu.

harus tok ayah dan mak tok pegi curi kamu kat umh pengasuh. hahahaha... tunggu je la bonda oi, nnt mesti pengasuh hubungi kamu bilang itu dua orang veteren sudah datang amek anak kamu. mesti punya lah. nnt bonda keje pun tak senang sebab selalu dpt panggilan. kan senang kalu mak tok aje yg jaga wat sementara waktu ni. ye, maktok dan tok ayah pun ada kerja sendiri, tapi dengarnya, maktok sanggup ketepikan dulu duniawinya sementara waktu demi cucu tersayang.

bertuah kamu qalesya... semua tak sanggup berpisah dengan kamu. mummy pun tak senang kat opis ni. asyik igt sama kamu. pp gebu kamu buat mummy resah!!!!

tak sabar nak balik geget 'pau' kamu! hahaha