Daisypath Vacation tickers

Tuesday, May 5, 2009

ijai ♥ yana


selamat pengantin baru buat sepupuku ijai dan pasangannya yana, yang telah selamat diijabkabulkan pada 1 mei dan bersanding pada 2 mei lepas di kampung sungai pasir, sungai besar, selangor. sayangnya... aku dan hubby tidak dapat menyertai majlis tersebut kerana kami juga tulang belakang bagi majlis perkahwinan adik bongsu kepada hubby aku di parit buntar, perak. semua keluarga terdekat kami turut seta memeriakan majlis tersebut, dan kami semua akan balik ke kelantan, untuk majlis belah lelaki pada hujung bulan mei nanti.



pihak lelaki membawa sebanyak 7 dulang hantaran dan dibalas sebanyak 9 dulang oleh pihak perempuan. yang paling best, umah yana ni mmg dalam kawasan sawah padi. pemandangan yang sangat cantik dan sedap mata memandang. pihak lelaki telah menginap di homestay yang telah disediakan oleh pihak perempuan. homestay tu pun berdekatan dengan kawasan sawah padi. tentu seronok....


bagai pinang dibelah dua. sama cantik sama padan. tema purple dan merah jambu menjadi pilihan pasangan ini. sejuk mata memandang walaupun cuaca pada waktu itu sangatlah panas terik. aku suka tema yang dorang pilih. so sweet! jambu plak aku nengok ijai tu... hehehehe...



kompang dipalu pengantin baru... duduk bersanding tersipu malu... kompang dipalu pengantin malu... moga bahagia ke anak cucu... kami doakan moga bahagia... selamat sejahtera hingga akhir zaman... mempelai tersenyum manis... air mawar direnjis-renjis... bunga manggar indah berseri... oh... senyum tawa dan gembira... sanak saudara semua oh indahnya... merahnya inai di jari... tanda kasih dah termateri... ikatan raja sehari... oh... hari yang dinanti-nanti... sudahlah menjelma kini kekal dan abadi... selamat pengantin baru... moga kekal ke anak cucu... selamat pengantin baru
uda dan dara kini bersatu menjalin ikatan kasih dan sayang, makan beradap adat melayu, moga kekal ke anak cucu... hati gembira harapan cuma satu, mengharap bahagia dan kekal selalu...

nota suam suam kuku : tq 2 ayu atas gmbr2 di atas :p

back to work

fuh... sekian lama aku menyepi, selama 5 hari aku tidak keudara, kini aku kembali bekerja dan menjalankan rutin harian seperti biasa. khamis aku dah start cuti balik ke banting untuk menguruskan hal-hal perkahwinan adik ipar aku. jumaat kami bertolak ke parit buntar dan semalaman kami disana. sabtu bertolak semula ke banting sampai dah tengah malam. ahad lepak kat banting lagi dan ingat nak gerak ke kl jam 5 ptg. tapi ada saudara belah hubby aku meninggal, so kami bertolak agak lewat skit. bila dah sampai kl kami singgah umah kak sue melawat kakak yaya dan adik syasya kena campak. gerak balik umah dalam jam 12mlm. isnin aku masih bercuti menguruskan hal-hal umah yang terbengkalai, basuh baju, lipat kain, kemas umah, gosok baju dan masak.

hari ni mcm biasa aku masuk opis jam 6.30pg. takde ape nak buat lagi pepagi ni, layan blog kekawan, layan email yang begitu banyak, setel hal-hal keje ape yang patut dulu. nanti bila dah ade masa yang sesuai, dah ade kelapangan skit, baru aku story kisah cuti cuti mesia aku tu. skang ni tak de masa lagik. banyak benda nak buat. dan yang paling aku gumbira ade afundi masuk ok... jari jemari menentukan segalanya... afundi ARIL... tunggu sambungan citer aku....

senyum pagi: ana, jgn lupa afundi aril ok! tebaik wok!!!

Monday, April 27, 2009

tekezut wok!!!

argghh..... tidak!!!!! kenapa mesti dia yang tersingkir di saat2 akhir nak final ni.. sorry la beb, aku mmg fanatik skit ngan dak aril ni. sebab dia cute sangat. aku rasa dia lah penyeri kat af7 ni. takde dia minggu ni, terasa bosan dan malas je dah nak layan diari. tapi majoriti mmbr2 opis ngan sepupu sepapat aku pun cakap cam tu. mula tu je aku rasa dia ni cam poyo. tapi makin hari makin suka plak. tiap hari ade je gimik dari dia.

aku mmg kaki tonton af ok! tak kira rancangan realiti ape pun sebenarnya. cuma oim ni je aku kureng skit sebab tak de yg aku minat... hehehe... dan aku rasa mmg tak patut sangat dia yang tersingkir sebab malam tu dia lah yang the best. dan mmg tiap2 minggu dia best pun. bagi aku la... tapi mana2 forum yang aku baca pun semua puji dia dan dia sepatutnya layak masuk final.

ape transformasi yang ada pada af7 ni sebenarnya??? aku rasa, kalu nak wat transformasi pun biar le separuh undian tu teletak pada tangan juri. baru adil. setakat undi pilih rupa bakat takdak wat pe. cewahhh... fanatik sungguh aku ni...

selalu tiap isnin, aku tertunggu2 lagu ape yang aril dapat. sanggup satel keje umh semua awal2 takut terlepas pandang kat aril... wah!!! nampaknya malam ni, nak tido awal pun tak pe, tak de aura dah kat diari tu. :(

hei... pada sesape yg tak suka aril, diam diam sudah ok.. setiap org lain citarasa. aku dapat rasakan kenapa aril tersingkir.. biarlah aku simpan dalam hati.. :s.. hanya pada mereka yang fanatik pada aril sahaja yang mengetahuinya sendiri.

tapi kalu ade afundi masuk, kompem aku undi beb! tebaik wok!!!!

Friday, April 24, 2009

alahai anak omak!

semalam lepas dah kenyang melantak kat bamboo steak house tu, kami berdua lepak kat umah je. malas nak kuar memane, nak layan tv kat umah ajo. tetiba kak sue call aku minta tolong teman dia nak bawa juki p sepital. juki demam teruk, naik merah merah seluruh badan. penyakit apakah ini???

nampak raut wajah dia... ha itulah sakit yang dia tanggung. tumbuh merah merah satu badan, lenguh seluruh anggota badan, badan panas, demam tak menentu... kejap rasa ok, kejap sakit sangat.



dah kena cek ngan misi hensem ni, juki kena amek darah. ha????? amek darah??? oh tidak. benda yang aku paling tidak suka. paling aku sengal satu badan bila mendengarnya.. time amek darah tu memang aku tak follow la. ngeri beb... aku bab bab jarum ni minta ampun awal awal.

eh... tapi kan, baru kami perasan... muka misi hensem ni macam tomok la... uiii, kalu jalan sebelah tomok ni sure orang cakap kembar.

sementara menunggu keputusan, juki memang tak bermaya sesangat. kesian aku tengok. tapi ape boleh aku tolong... hanya mampu melihat saje la. sabar beb, aku bukan bleh tengok org sakit sangat sangat ni, nak leleh ayaq mata..


dua beradik ni terpaksa gak la kami kendong ke hulu ke hilir. mula nak tinggal ngan mak aku, tapi dia takde kat umh, nak tinggal ngan adik aku achiq, tapi kuar makan ngan bf dia plak. tu yg tepaksa bawa jugak. tapi depa lagi suka, asal leh naik keta, jalan2 makan hangin. eh, lupa inform, suami aku tidak kelihatan sebab tak larat nak ikut. letih sesangat. dia wakil aku jek. hehehe...


dan tiba2 datang lak kapel dua orang ni, achiq ngan yan. happening lak suasana masa ni. sampai nurse kat situ kata 'mak ai, ramainye yang teman'.. eh.. ade aku kesah.. lantak kami la nak bawak sekampung pun... kesah ade aku... hahahaha... jgn marah nurse, kami ni keluarga bahagia.. sorang sakit semua terasa bahangnya.. hahahaha...

suka sangat gambar ni. kemesraan dua beradik... manja gitu. abang tak de, dia kena pos ke kg sebab kena chicken pox. (betui ke aku eja ni. lantak ah) tu yg rasa sunyi sikit. lama betul dia tak p sekolah, kata kak sue minggu depan balik la tu. rindu kat dia... rindu lama tak gaduh... huhuhu...
nak jugak entepremmmm minah ni. tau le rambut baru... rebonding.. guna garpu pun boleh.. :P tapi sebenarnya disebalik gambar ni ada satu makna yang sangat lawak gile. hanya kami kami yang ada di sane sahaja yang tahu... apakah itu?? biarlah rahsia!!! aku doakan moga juki cepat sembuh. amin

jalan jalan cari makan

semalam kami berdua memang lapar gile. tapi tak nau nak makan ape. tiba tiba teringat satu tempat ni, kat umah member aku, belakang pasar gombak. saje nak try gempak sangat ke steak kat situ... jom servey!
masa sampai tu memang tak de orang lagi. tengok tempat cam gempak gak la. ade pondok bamboo, ada kerusi kayu, ade bawah payung... so kami pun start la mengorder. wah, tgk kat menu meleleh ayaq liuq. cam sodap jooo

yang di tunggu tunggu dah pun tiba. emm... cam dasyat je, siap ade mini conetto lagik. kelas gitu. kami order chicken chop black paper, aku ayaq belimbing, hubby epal juice. ape tunggu lagi, bedal la... yam yam yam.... ekkk... tak le best sangat, tak sehebat kat al ansar keramat, tak semarveles kat kg baru... kat situ lagi gempak. sekadar untuk mengisi perut yang kosong ok la.

mamat ni memang le.. ape semua bedal je. sodap ko, kureng ko.. janji leh masuk tekak, ok je. masa ni aku dah kembang tekak pun, tapi dia relek je. tapi alhamdulillah... kami kenyang sesangat.

walaupun aku kata tak berapa sedap, tapi rezeki tak baik membazir. tetap aku habiskan. alhamdulillah, kenyang sudah... rindu steak kat al ansar... kak sue, bila nak poiiiii???

Thursday, April 23, 2009

award, award dan award...


pepagi aku dah skodeng blog kekawan... bukak blog mek na dapat award. so ngah boring nak tunggu masuk waktu keje, aku add award yang dia bagi. so pada engkorang yang terasa sudi nak amek award ni, amek lah... aku bagi dengan seikhlas hati. makaseh mek na!

dan pada "FiBoCyNnO_gURL" yang tidak ku kenali dan sudi add aku as a friend, tq jugak sbb forward award ni, tapi aku masih blum jadi mum lagi. tak pe.. aku tetap terima dan untuk kekawan aku yang dah jadi mak, ibu, mama, mummy, umi.. etc... terimalah award ini seadanya... untuk fibocynno, saya dah follow blog awak jugak... kita kawan ok!

Wednesday, April 22, 2009

: : untuk HEBAHAN : :



ha... yang mane duit gaji belebih bulan ni, jom pakat ramai ramai memeriahkan lagi tempat tempat di atas....
tengok je tak beli tak pe... hehehehe....