Daisypath Vacation tickers

Thursday, December 3, 2009

adik oh adik

masa adik balik kg, mamayong ada blikan adik sarung bantal feveretmu itu, micky & minie mos le. suka tak... sukakan... b4 p umah kak sue smlm, paklong dia dah sarungkan dan letak atas katil. dia kata biar masa dia balik umah kita dia nampak bantal tu. nak tgk dia kata ape.

semalam bila dah jumpa anak2 mamayong, mamayong hepi bangat. rindu ngan korang semua. bila abang cium mamayong, kakak ngan adik pun belumba-lumba nak cium mamayong jugak. amboi... rindu sangat ke. mamayong terharu, ade sedikit perasaan ciwek ketika itu. ah, mamayong kau ni mmg gitu, asyik ciwek je. ngade... hehehehe... adik langsung la tak renggang ngan paklong dia. entah ape saje la dok sembang. ade je citer dia dok stori kat paklong dia. berbalik citer sarung bantal ni, bila dia dah masuk bilik, kami perati je. pastu dia dok kat bantal tu, dia cakap..'adik ngantuk pulak... adik letih la, nak tido dah ni..' hehehe... gelak kami. pastu aku tanya sape punya bantal tu, dia kata adik la. paklong belikan utk adik. huh... paklong jugak dapat nama. bila aku ckp aku yg belikan, dia kata buuuuukkkaaannn.... paklong yg sayang adik, paklong la yg belikan. what ever la dik. asal mu hepi. dia mmg gitu, ape saje paklong dia.

bila kami dah siap, kesian plak nak angkat dia. sedap betul tido. pagi tadi lebih kurang jam 6 lebih, masa tu aku dok mamai2 lagi, dia ngigau plak. kuat lak tu dia jerit. tekejut aku. dia kata baju adik koyak... banyak kali dia ulang. aku sempat tanya, kenapa koyak... dia kata abang tarik. hahaha... entah ape la mimpi dia ketika itu. gaduh ngan abang dia kot.

masa ni aku dah nak angkat dia. dia leh sedar mamai2. dia kata nak bawak bantal tu p taska. adoi... sempat lak lagi iklan tu. bila aku cakap mana boleh, nanti cikgu b marah, terus dia sambung tido balik.

sempat lak paklong dia snap gambar masa ni.

aik... bangun dah. masa ni tgh tunggu paklong dia p amek kete bawak sampai depan tangga. ujan masih lebat. leh lak dia kata ujan ke yong. pastu genyeh2 mata. pastu leh sembang ngan aku lagi. nampak disitu, muka yong masih tidak terurus. sembab lagi. tak sempat nak touch up la.

macam biasa, paklong dia kena la singgah shell belikan bekfes utk dorang adik beradik. roti coklat dan ribena utk abang, kakak dan adik. sampai taska, abang dan kakak dah tunggu depan pintu bila nampak paklong parking depan pintu taska. kalu tak anta adik, abang mesti marah aku. hehehe... masing2 dah tak sabar nak makan roti tu, terutama kakak yaya. lapar katanya. jadinya pagi ini, aku lewat sampai opis. jgn marah ye bos... ceq sambung keje ni. ciao!

pagi ni

tika ini aku masih lagi berada di rumah. ujan lebat sungguh menyembah bumi. aku sedar dalam jam 5.30 pagi dek kerana kesejukan yg teramat sgt. rupanya ketika itu, selebat-lebatnya kedengaran hujan yang turun dari luar. huh... kalu la hari cuti, alangkah sodapnya sambung tido. aku online di pagi hari ni pun bukan ape, sebab nak bli top up online. ramai lak kekawan opis yg dok msg bagi tau lambat sampai. nak diam tak tegamak, tu yg terpaksa bukak laptop. alang2 nak tunggu ujan berenti, ni yg update blog. rajin plak. saat ini, en. suami masih lagi dok mengerang atas katil. malas lagi nak bangun katanya. si kecik tu pun ada tido kat umah, semalam p amek dia. kalu dia tak de, lama dah kami redah ujan tu p keje. ni dek kerana dia ada, kang domam plak nanti. kete lak parking jauh skit dari tangga umah. tunggu renyai skit baru siap p keje. jadinya skang ni aku nak wat ape yang patut kat dapo tu. ciao!!!!

Wednesday, December 2, 2009

argghh!!!!!

aku terlalu pening sekarang ni. terlalu sakit kepala aku ni. dah urut pun tak jalan. aku cuba kurangkan minum nescafe setiap hari. orang kata tak elok. tapi bagi aku, disebabkan tak kena nes lah aku jadi mcm ni. mmg aku perasan, kalu aku tak pekena sehari, kepala aku senang pening. mungkin pengaruh kafen tu dah sebati ngan badan aku gamaknye. dan aku perasan, kalu aku pening, aku minum je nes, terus hilang pening tu. mcm ketagih pun ada. bagaimana harus ni. orang ckp tak elok utk badan, susah nak dapat anak... dan macam2 lagi lah. tapi family aku pun sama jgk kaki nescafe. mak aku ok je.... 4 orang pun anak. dan sekarang ni, aku kena la turun ke kedai koperasi cari nescafe biar pening aku hilang. skang ni kalu aku hantuk kat bucu meja pun tak jalan... aku dah weng sangat ni... ciao!!!!

Tuesday, December 1, 2009

disember muncul lagi

selamat tinggal november... disember muncul lagi utk thn ini. bulan yang penuh erti buat kami suami isteri. bulan penyatuan kasih dan sayang kami. hanya tunggu masa untuk meraikannya. selamat tinggal kenangan januari hinggai november 2009. disember kali ini mungkinkah lebih beerti? apa jua menunggu kedatangan tarikh itu nanti, yang pasti 2009 sudah sampai ke penghujungnya. cepat sungguh masa berlalu pergi. aku tetap ternanti-nanti. bilakah berita gembira akan kami kecapi. oh Tuhan.... kami akan sentiasa terus berdoa padamu, tunaikanlah permintaan kami, agar ianya menjadi pasti... insyaAllah...

suka gmbr ni

suka tgk gmbr ni. gmbr ni masa dorang kat taska. cikgu B yang amek. siap make over lagi... patut la masa aku p umh kak sue tu, muka dorang mcm nak p buat show. mata ijau... mak ai... bulu mata lentik. esok pun tak ilang ijau kat mata tu. entah serbuk ape cikgu b pakai pun tak tau.

kami rindu akan kamu semua

terutama paklong dia ni.. rindu teramat sangat pada budak kecik sowang ni. hari2 soh 3G nak lepaskan kerinduan. hari ni dah masuk 6 hari dorang kat kedah. kalu lagi sebulan, mau paklong dia ajak p sane gamaknye.

juga dengan abang dan kakak. mamayong amat rindu akan kamu. yaya ari2 soh 3G ngan dia. siap dia call aku semalam soh ajar camner nak wat video yang kuar muka yong ngan yaya katanya. masa otw balik ke kedah, kat perhentian tapah kot, yaya ilang seketika. nasib le orang lain jumpa dia dok nangis bawak p opis management kat situ. bila kak sue citer ape terjadi, aku dah bertakung ayaq mata. kalu la ilang terus, tak tau la nak kata ape. camner bleh ilang.. panjang citernye. asal dah jumpa, lupakanlah ape sebabnye. masa dia dah nak sampai kedah, aku 3G dia, dia sibuk la tanya aku kat maner... aku ckp le kat umah. dia leh tanya aku kat umah aku tu siang ke malam... aku jawab balik, ai.... kakak p balik raya kat london ke. huh... mcm2 la kakak ni.

semalam bila 3G ngan abang, dia cakap dia abang rinnnndddduuu sangat ngan yong. hehehe... sedih ar aku. baru nak seminggu dorang takdak. kalu betul dorang pindah balik kelantan, mau goncang idup aku nanti. bila dok ada depan mata, asyik gaduh je aku ngan abang ni. biasa ar, gaduh2 sayang.

adik plak, asal aku 3G sorang, sibuk nanya paklong dia. letih aku nak menjawab. dia tunjuk la kat kami tangan dia luka sebab jatuh. tu la... nakal sangat. ari ni dorang balik kl. malam baru sampai kata kak sue sebab bertolak lepas mkn tghari. hubby lak ot ari ni. aduyai, kalu awal, leh aku p umah depa. lepak umah le sowang2 layan cinta balqis la nampaknye.

Monday, November 30, 2009

kemalasan melanda

hari ni kembali seperti biasa, tapi kembali dengan penuh malas, ngantuk, letih semuanya lengkap. mungkin sebab makan daging banyak kot. dan rasanya seperti mau tido dan tido dan tido je skang ni. kalu la cuti ku masih banyak.. harus aku cuti hari ni. citer raya minggu lepas, tidak ada yang menarik. p umah mak pun lepak tgk tv aje. balik banting pun sama. tak jalan maner, cuma p umah adik ipar dan umah makcik je. ujan je dibanting. ape yang aku letih pun tak tau. bukan banyak keje pun sepanjang minggu cuti raya tu. udah la heh... nak sambung layan perasaan jap.