Daisypath Vacation tickers

Friday, May 14, 2010

hadiah yang dituntut


encik suami telah pun tuntut hadiah krn telah lulus exam RAE bulan lepas. saya sanggup betting ngan dia kalau dia lulus saya akan belikan apa saje yg dia minta. juga sebagai pembakar semangat utk dia. sukacitanya juga, saya mengeluarkan duit simpanan utk membeli benda yg dah lama dia idamkan. sebelum ni, apa yang saya mahu, semua dia turutkan. dan kali ini, saya bekorban utk dia pula. mari tgk apa yg ada didlm kotak itu

inilah dia bendanya. lens tamron utk kamera nikon kesayangan dia. lens yang sedia ada tu hanya basic saje. jadi, berkat pertolongan abang din, kawan photographer dia, maka inilah yang menjadi pilihan dia.

inilah koleksi kesayangan encik suami. minat dia hanya kepada radio amatur dan menembak (amek gambar). dengan adanya lens baru ini, maka dengan berbesar hati juga, saya akan membelikan dia beg sandang khas utk menyimpan kamera dan xsesori yg berkenaan. beg yg sedia ada ini tidak muat lagi utk simpan lens tambahan itu.
dan semalam, encik suami tak henti² menerai lens baru dengan menembak kawasan sekeliling rumah termasuk la model gorjes tetap dia, tak lain tak bukan, puan isteri yang gebus ini. ahakss..

v
v
v
v
encik suami, beg sandang yang dimaksudkan tu, nnt cukup bulan tau.. *__*

pertama kali dalam idop

ini cerita semasa kami otw balik dari kg ke kl. kejadian ni selepas terowong genting sempah. masa tu hujan agak lebat. tiba² juki terkejut sebab ada kete xcident tepi jalan. kira kejadian tu baru berlaku. juki pun berenti utk memberi bantuan. saya dan kak sue pun turut sama tolong. myv tu terbabas ke tepi jalan dan langgar divider tu. agak teruk jugak la kete tu. juki terus hubungi member scs dia.

driver myv tu mcm patah tangan atau seliuh kot. dia pun mc dlm trauma. kesian tgk dia. yang kawan dia lagi sorang tu mmg tgh gelabah giler ar. pucat giler muka dia. kaki tangan dia habis luka. bergesel dengan ape pun tak sure. tapi yg buat kami tercengang, kedua air bag boleh pecah weh. huh... dasyat tu. nasib le depa selamat dan tak membabitkan kete lain.

masa ni bunyi alam kete punya la kuat. dan ada bau hangit. saya cakap pada semua, jgn dekat sangat ngan kete tu. takut meletop plak. dok kejap tu, abang syukor kawan juki tu pun sampai.


tengah dok huru hara nak bukak bonet depan myv tu utk kasi ilang bunyi alam, tiba2 kak sue menjerti. sebelum tu memang kak sue yang kawal lalu lintas. sebab tmpt kejadian tu betul² selekoh dan turun bukit. kete plak laju² belaka. ujan plak makin lebat. masa kak sue menjerit tu, saya dan adik² saya dah masuk kete sementara tunggu polis dan peronda sampai. pastu nampak kak sue menjerti. toleh belakang... tu dia... viva plak melayang masuk longkang. kata kak sue, dari jauh dah nampak viva tu nak elak kami. kalu tak.. entah le.. mungkin akan melambung ke kete kwn juki dan hentam kena keta juki. apa akan jadi pada kami² yg berada dalam tu? dan nasib baik plak viva tu tak kena divider palang kuning tu. kalu tak mmg lagi merebak ke kete lain. tapi yg best tu.. viva tu melayang dan jatuh dengan senyap sekali. mmg tak bunyi berdentum pun. saya cpt² kuar dari kete berlari ke viva tu soh org yg ada dlm viva tu kuar cpt sebab takut kete tu meletop. masa tu saya dan kak sue dah nangis ketakutan. mmg dekat dgn kete kami. elok je viva tu masuk longkang, polis dan peronda pun sampai. nasib baik la mamat viva tu takde pape. sikit pun tak cedera. huh... pengalaman weh. mamat viva tu aku respek ar. memang cool giler. skit pun tak panik. tp tak tau ar kot dia cover ke kan. dah polis semua ada, kami terus cabut, takut merebak plak ke kete lain lagi. trajedi ni mmg takkan saya lupakan. kepada semua yang melalui lalauan karak menuju ke kl, berhati-hati lah. mmg tmpt tu laluan gerun buat saya sekeluarga. encik suami, jika awak membaca ini, ingatlah...

sambut hari ibu @ kg


masa kami semua balik kampung minggu lepas, balik dari tahlil hari ke dua aruah pakngah, kami sama² sambut hari ibu bersama dengan keluarga yang ada pada malam tu. yang diraikan adalah mak saya, mak juki atau mak mak mertua kak sue, maklong iaitu kakak sulung juki dan juga tak lain tak bukan, orang kuat majlis, kak sue debom. kek yang disponser oleh saya sendiri. tak pernah lagi sambut hari ibu bersama macam gini. kebetulan semuanya. saya sentiasa mendoakan kebahagian serta kesejahteraan kami sekeluarga akan kekal selamanya. saya sayang kamu semua.

Wednesday, May 12, 2010

tahniah pada kamu berdua

suka dan gumbira sebab encik suami dan juki telah lulus exam radio amatur ni. kira naik pangkat la lepas ni. hebat... kami para isteri tumpang gumbira.

depa berdua tak caya leh lulus sebab memang susah giler exam tu. apa pun, encik suami boleh lah tuntut hadiah dari puan isteri ye sebab itu janji puan isteri sebelum encik suami amek exam tu

selamat hari ibu

tak sempat nak n3 pasal hari ibu minggu lepas. semuanya sebab tergesa² pulang ke kampung. dan hari ini, buat bonda tersayang...

terima kasih atas jasa dan pengorbananmu dalam membesarkan kami adik beradik. penat lelahmu dengan membesar dan mendidik kami tidak dapat kami balas dengan apa jua. terlalu besar nilai kasih sayang mu terhadap kami. yang mampu saya ucapkan

sumpah saya terlalu sayang mak

cerita last week

salam...
last week, hari jumaat pagi, saya dapat call dari mak mengatakan bahawa pakngah saya iaitu abang kedua kpd mak saya tengah tenat di hospital KB. mak cakap dia nak balik kg dengan adik bongsu saya. saya suruh dia call anak buah dia dulu kot² dia pun nak balik. selang beberapa minit, mak call balik dengan meraung tangis mengatakan abang dia dah pun meninggal. sebak sungguh mak ketika itu.
memang pakngah saya tu dah lama sakit. masuk hospital kuala krai dan dipindahkan ke sepital KB sehingga menghembuskan nafas terakhir. saya sempat menjenguk aruah ketika di kuala krai. ketika itu aruah dalam keadaan tenat juga. mak entah berapa kali dok ulang alik ke kampung. mak memang rapat dengan adik beradik. mak sorang yang dok kl, berjauhan dengan keluarga di kg.
lepas dah terima berita sedih tu, saya terus menghubungi kak sue dan encik suami. dengan kata sepakat para sepupu semua, kami konvoi 3 biji kete. encik suami tak dapat balik bersama sebab masa tu dia tengah jaga exam. kebetulan, studen skang tengah rancak exam semesta. encik suami cakap, dia akan bertolak esok pagi. jadi, saya dan 2 orang adik tumpang kete kak sue, ayah tumpang kete kazen. punyalah laju dorang bawak kete, mcm dah takde break rasanya. punyalah nak kejar masa. mak kata aruah akan dikebumikan jam 5 ptg. mau taknye dorang pecut laju. elok kami sampai, jenazah sedang dimandikan. nasib le sempat kucupan terakhir.
saya memang rapat dengan aruah sebab masa saya kecik dalam darjah 1 sampai 3, saya sempat sekolah kat kg sebab masa tu mak sibuk keje. masa tu saya masih sorang takde adik beradik yang lain lagi. aruah la yang menjaga saya ketika saya tinggal bersama aruah nenek.
kini, mak hanya ada seorang kakak (mak juki) dan seorang abang. tinggal la 3 beradik je lagi. sempat juga raya tahun lepas kami beraya bersama aruah. saya teringat, mak begitu beriya nak amek gambar dengan aruah. sayangnya koleksi gambar dah hilang semua sebab lappy encik suami rosak. hilang habis semua gambar² dlm tu. sedih...
al-fatihah kepada mohd zain bin shafii. moga aruah ditempatkan dikalangan org² yg beriman. amin...
v
v
v
v
v
encik suami tak jadi balik sebab saya tak kasi. takut dia penat sebab ahad tu kami dh balik kl semula.
v
sabtu masa kat kg, terima panggilan dari kl, along joe, sedara belah mak, juga pergi mengadap Illahi. kami cuma dapat pergi tahlil dirumah aruah pada isnin lepas. al-fatihah juga kepada along joe dan takziah untuk keluarga aruah.

Thursday, May 6, 2010

legend, cherating : part 2

ok, ni serba sedikit cerita mengenai percutian kami kat cherating. saya dan kak ida begerak berasingan sebab kak ida kena tunggu anak2 dia balik dari sekolah. jadi, pagi jumaat tu saya dan encik suami gerak dari umh jam 9 pagi. kami p bekfes dulu, p bank, cuci kete, isi minyak pastu terus jalan. perjalanan yang agak tenang mulanya. pastu kami tersalah masuk jalan dan membuatkan encik suami mula nak bertukar jadi maikel shumaker sebab nak kejar masa. adoi... tu yang saya agak tak gemar sebab perut saya akan serta merta jadi senak atas kelajuan maksima yang encik suami lakukan itu.
alhamdulillah.. berkat leteran saya ketika itu, berjaya juga kami sampai kat hotel legend tu. dah check in semua, kami jumpa kak ida kat kedai makan baging, berdekatan jalan besar luar hotel tu. pastu balik ke bilik, rehat kejap pastu terus kami ke pool untuk acara basah. punya la syok.. pool dia memang besar dan banyak. untuk kanak2 udah semestinya. untuk dewasa ada 2 jenis. satu biasa.. maksud saya yang boleh pakai pakaian biasa dan satu lagi pool yang kena pakai baju seksi meksi tu. yang kami lepak berendam tu pool biasa tapi dalamnya 6 kaki tau. hahaha... saya memang le tak pandai berenang dan disebab itu lah saya, kak ida dan anak2 kak dia memakai lifejaket. jangan gelakkan kami tau... orang2 kat situ pun selut sama kami sebab kami je yang berani lepak kat sedalam 6 kaki tu. yang lain2 semua tepi2 je tau. sampai ada mamat kat situ pun cakap bagus pakai tu sekurang2 kami boleh bawak diri sendiri. anak2 kak dia tak payah cakap la... siap terjun selamba lagi. tak main la pool utk budak2 ni.
penat berleter... layan gambar dulu ok


mula2 saya mmg tak berani nak lepaskan badan mcm gambar kat atas ni. tapi bila banyak kali buat, saya makin berani. tapi kalu bukak lifejaket tu.. hampeh... ni mula2 encik suami mengajar saya biar releks badan tu lepas dia cuba lepaskan kaki saya. minta maaf le, saya memang tak pandai berenang..hikhikhik...

pastu encik suami gelakkan saya bila saya mcm belagak skit. hahaha... skang saya dah pandai tido atas air.. wow!!! menakjubkan.. terima kasih pada encik suami belikan lifejaket utk saya.

kak dia pun dah pandai... tapi dia kena tutup telinga, kalu tidak dia tak selesa. rasa air masuk telinga. banyak lagi gambar nak share ni. tapi tak sempat masa la nak upload. layan maner ade je dulu ye. nnt sambung lagi.