hari ni ai keje lagi. esok dah start cuti. skang ni dok kepoh esok raya. ishh... jgn wat main la. kalu esok raya, kesian pada mereka yang baru nak bertolak balik kg esok. kami ok la lagi, dekat je. tapi pernah ape dulu², tau² masa umum tu, esoknya raya. ha... kelam kabut puan naimah masa tu. tapi skang ni dah ikut kalender kan. entah la... tunggu je la pegumuman malam ni. sure ramai terpacak depan tv.
semalam kami sekeluarga berbuka kat kl sentral. tujuan utama adalah hantar mak balik kg naik ktm. mak mmg kebiasaan balik awal dari kami semua. sebab mak adlah org penting utk masak juadah pagi syawal. mak ai mmg tukang masak yang hebat. kalu mak tak balik, suram la kampung halaman. kalu tak percaya, nnt ai n3 gambar pagi raya. korang leh tgk sendiri betapa banyakknya kete kat luar umh.
balik dari keje semalam, ai dan hubby terus ke kl sentral. trus booking tmpt kat kfc. masa ni dah ramai yang cop tmpt. nasib le ada ruang utk kami 2 meja.
sementara tunggu jam 6.30ptg, kami layan fb dulu. ramai kekawan yang dah send e-card raya dlm fb. sonok layan gmbr mereka. kami pun apa lagi, sempat tag kekawan yg lain send kad raya kami jgk. hehehe....
leka ngan fb, bila toleh ke belakang... mak ai.. dah pjg rupanya. cepat² ai bgn p beratur sekali. masa ni yg lain² lom sampai lagi. masa beratur ni saya syok perhati ada sepasang kekasih ni. ai rasa kekasih la sebab gedix dia lain mcm. biasanya kalu yg dah kawen, gedix dia tak teruk mcm depa. belum dapat la katakan. pe'el depa... adoi, posa ke tak depa ni. bila orang lain pdg depa, depa lagi buat. dgn kuku berkaler², sama la ngan kuku kaki, ngan rambut pintal² tepi telinga, adoi... seksa puasa ai semalam. lantak korang la heh... tapi bukan ai je yg perasan, sepanjang barisan tu dok perati kat depa berdua.
sudahnya ai punya turn dah berbuka baru dapat order. tapi mak dah bawak bekal nasi goreng. kan ai dah kata, mak ai tu lebih suker masakan sendiri dari mkn kat luar. nasi goreng udang kunyit mak semalam mmg best giler. nmpk mcm biasa, sekali ai mkn.. tambah dan tambah lagi.
nasi goreng habis, kfc pun habis. hahaha... ayah ai tu tak tahan rindu kat baby qalesya la tu nanti. asyik pelum cium je cucu dia. qalesya plak, wat la camana pun kat dia, tetap diam dan tak bukak mata.
mummy pun akan rindu kat baby jugak. cium dia banyak²
paklong bagi pesanan kat adik. igt... jgn nakal kt kg ye
candid ai ngan achiq
kami yg akan rindu sama kamu
dan lg posing
mama pun akan rindu kat baby
pelukkan dan ciuman sebelum berpisah.
lagak dua beradik
yong ajar kalu rindu tiup angin rindu depan cermin, nnt yong tangkap terus letak kat dada. auw!!
dari mula sampai hinggalah dah naik train, tak bukak pun mata dia
udah² la tenung cucu tu tok ayah...
bila kamit turun ke bawah, bunyi bising orang tgh nyanyi. rupanya ada wakil ktm bagi gift kat semua yang turun.
selamat jalan pada kamu semua. tunggu kepulangan kami plak nnt. kakak dan adik orang yg paling teruja blk kg naik train. mmg kebiasaan kalu depa balik naik train, mak akan beli tiket tmpt tido kelas 2. selesa skit. perjalanankan jauh. jadinya semua katil belah bawah. senang nak bangun duduk nnt.
inilah pemberian dari pihak ktm. terima kasih...
bila train dah nak jalan, mereka pakat ramai² nyanyi lagu balik kg. wah!!! meriah sungguh. syok plak rasa. kami pun join sekali.
sambil nyanyi sambil lambai tgn pada semua penumpang. bila toleh sebelah.. ha??? ntv7?? ha... cuba tgk berita malam ni, ada tak muka kami. hahaha...
mak, angah, achiq, baby qalesya, kakak dan adik dah berangkat balik kampung. yang tinggal ai dan hubby balik tghari raya pertama. kami beraya di banting dulu. ayah dan ayie, suami angah berangkat pagi selepas solat raya. jukie, kak sue dan ayu balik mlm esok. kalu esok raya, nasib badan.......
tadi tepon achiq. depa dah sampai kampung halaman. syukur!
gedix raya dah mula dtg ni. sengaja kuatkan lagu raya kat opis. balik ni ada agenda lagi sebelum berangkat ke banting esok pagi. jalan dah mula lengang. kawasan umh ai pun dah mula kosong petak parking. jiran² bujang yang satu tangga ngan ai pun memasing dah senyap sunyi. deretan kedai makan pun dah tutup semua. huh.... riang ria raya dah betul² menjelma!
1 comment:
takder orang komen entry ni... Ena yang lambat balik kampung.. semua orang dah balik gamaknya....
Post a Comment