Daisypath Vacation tickers

Thursday, September 23, 2010

jamuan BKP

jamuan open house bahagian khidmat pengurusan di opis. takde benda nak bebel, jom layan gambar jek. kepada mereka² yg terlibat secara langsung dalam gambar² yang ada ni, jgn kecik ati ye. sekadar gurauan 14 syawal. ngeh3x!!!!

fit dan kak ayu mewakili stall dari unit bangunan. kak jah enteprem. hakhakhak..

stall dorang ada nasi dagang goyang dan roti jala jarang. agak pelik bunyinye, tapi sedap. mek jah plak yg enteprem. ahaksss. kenapa nmpk lari kaler tudung ai ngan baju? nak nasi tu, sila goyang buntut dulu. hahaha

ni plak stall dari unit CICD. hidangan nasi minyak jadi pilihan. yang ajak karok tu mmg kaki karok pun. tiap jumaat cari la dia kat maner² tmpt karok, pasti ada punyer. hehehe.. yg mamat diva sorang tu sangat anti ngan kaki ganyang sebab dia lelaki suci. ngeeee... jgn mare ye wan!

stall unit audit menyediakan nasi tomato. tak sempat nak rasa

stall dari angkagraf ~ satey ayam, buah²an dan air

stall unit HRM. stall paling kecoh sebab melaungkan soto...soto!!! lucu la depa ni

kretiviti dari hrm. cantekkk

amek kau! siap pasang langsir tu... stall unit kewangan menyediakan mee kari.

stall unit akaun tiap tahun menyediakan aneka jenis kek. mcm² ada!

bersama minah² akaun. hari² main nombor dorang ni.

cantik deco dorang. syabas!

semua kek sedap² belaka

kami sama pangkat

stall unit perolehan menyediakan laksam dan laksa johor. sedap weh!!

yang ni tak bleh blah. siyessss... pompuan kaki gosip wakil unit admin. unit ai la tu. rendang daging, lemang dan nasi himpit pilihan unit kami. rendang cepat habis, nasib kami sempat jamah

jgn salah naik lif lagi tau! hahaha... mereka² je yg tau

big bos bkp sponser kambing golek. power beb! cepat habis lak tu. tq bos!

ni yg sempat ai makan
dalam banyak² yg ada, ni nmpk mcm pelik. pes time tgk masa kat umh mertua raya pertama ari tu. cantik rupanya tapi rasa dia mcm pelik. wahida pun teruja ngan kerepek ni. 

 kawan gaduh hari²

ai bersama mamat jambu. mamat ni tersangat la sopan santun orgnye. dia suker nyakat ai tau.

ha... kami bersama bos besar bkp. ada berani???

sempat bergambar dgn pia, sue, noor, kak ina, lyn dan kak ct

akhir sekali layan gelak ngan budak suci ni. adoi... nak tekeluar usus layan budak ni tau. tersangat la nakal! sekian citer open house opis saya. isnin depan ada open house agensi plak. tak sabar nak jumpa abg din, photographer yg ditugaskan utk hari tu nnt. ai dah igtkan abg din amek gmbr ai byk², pastu dia jwb, ha'ah... gmbr kau je la penuh kamera abg, gambar tok pa ciput jek. hehehe....





adei... luper lagik nak bawak xternel. sekeh kepala sendiri!

Wednesday, September 22, 2010

sebulan 3 hari

kepada kekawan yg dok berkali-kali tya naper tak hapdet story raya, jawapannya adalah... sila lah tunggu dengan penuh harapan sebab saya hari² lupe nak bawak xtenal en. suami. gambar semua dalam tu. tapi hari ni saya nak mulakan mood hapdet blog dengan citer anak buah kesayangan saya, wan nur qalesha yg dah sebulan usianya. makin cerdik, makin bulat, makin montok makin kuat minum susu. tak caya... tgk ni

gambar diambil semasa berhenti makan @ medan selera bentong, balik dari raya di kelantan. masa ni ada org bagi dia wet raya. rezeki kau dik. sebab muka kau montok, org keliling geram! masa kat kg ari tu, ada wat majlis kesyukuran dan cukur jambul qalesya, nnt gmbr akan menyusul.

ni masa kat umah mertua di banting. mcm pelik qalesya pakai kaler pink sebab muke dia memang brutal habis. ramai org igt dia baby boy. keje dia tido..tido dan tido jeeeee. kacau la cemana pun, dia tetap takde perasaan marah.

latest... gambar ni ai amek semalam. punye la nyenyak dia tido, sampai ai gomol² muker dia pun mcm takdak ape² yg terjadi. sakit hati ai tau. susah nak amek gambar dia bukak mate. tgh kecik ni keje tido je la ye. esok dah besar, soh tido pun payah. oh ya, qalesya dah botak lepas balik dari kg hari tu. lagi la nampak ganassssss....






harap dengan permulaan citer hari ini, ai akan terus ade mood utk hapdet blog. ameennn *__*

Monday, September 20, 2010

kini beroperasi semula!

salam penuh kerinduan buat semua! hari ini niezzareena memory akan beroperasi seperti biasa. banyak cerita raya yang ingin dikongsi bersama, tunggu bila tuan rumah ada kelapangan masa ye. hari ni begitu teruja utk masuk kerja semula. senang plak bangun pagi tadi.. ceria dan segar plak tu. mm.. tak sabar nak skodeng blog korang semua. pasti penuh ngan cerita raya kan. ok, saya beransur dulu, beri laluan ye, saya nak singgah satu persatu ni...  daaaaa!!!

Wednesday, September 8, 2010

n3 terakhir ramadhan 2010

utk terakhir kali sempena ramadhan 2010, 1431H, saya dan en. suami mengucapkan salam lebaran dan selamat hari daya aidilfitri kepada semua warga blogger atau pembaca setia niezzareena memory. kami doakan anda semua selamat pulang ke kampung halaman. berhati² ketika memandu.

kami akan bercuti bermula esok 9sept hingga 19 sept 2010. insyaAllah, akan mula "berkhidmat utk negara" pada isnin, 20 sept 2010. dikesempatan yang ada ini, kami mengharapkan moga silatulrahinmantara warga blogger akan terus bekekalan.


blog ini mungkin akan sepi sepanjang kami bercuti. insyaAllah, kalu ada kelapangan masa, kami akan update dari masa ke semasa.tiap² kali cuti raya, byk je citer pasal raya nak n3. kalu tak bz, kami akan n3 dari sehari ke sehari. [ye sangat la tu] kalu tidak, cam biasa la... part by part la gamaknye. ok, selamat bercuti semua!



salam sayang dari kami, niezzareena memory!

kami @ kl sentral

hari ni ai keje lagi. esok dah start cuti. skang ni dok kepoh esok raya. ishh... jgn wat main la. kalu esok raya, kesian pada mereka yang baru nak bertolak balik kg esok. kami ok la lagi, dekat je. tapi pernah ape dulu², tau² masa umum tu, esoknya raya. ha... kelam kabut puan naimah masa tu. tapi skang ni dah ikut kalender kan. entah la... tunggu je la pegumuman malam ni. sure ramai terpacak depan tv. 

semalam kami sekeluarga berbuka kat kl sentral. tujuan utama adalah hantar mak balik kg naik ktm. mak mmg kebiasaan balik awal dari kami semua. sebab mak adlah org penting utk masak juadah pagi syawal. mak ai mmg tukang masak yang hebat. kalu mak tak balik, suram la kampung halaman. kalu tak percaya, nnt ai n3 gambar pagi raya. korang leh tgk sendiri betapa banyakknya kete kat luar umh.

balik dari keje semalam, ai dan hubby terus ke kl sentral. trus booking tmpt kat kfc. masa ni dah ramai yang cop tmpt. nasib le ada ruang utk kami 2 meja.

sementara tunggu jam 6.30ptg, kami layan fb dulu. ramai kekawan yang dah send e-card raya dlm fb. sonok layan gmbr mereka. kami pun apa lagi, sempat tag kekawan yg lain send kad raya kami jgk. hehehe....

leka ngan fb, bila toleh ke belakang... mak ai.. dah pjg rupanya. cepat² ai bgn p beratur sekali. masa ni yg lain² lom sampai lagi. masa beratur ni saya syok perhati ada sepasang kekasih ni. ai rasa kekasih la sebab gedix dia lain mcm. biasanya kalu yg dah kawen, gedix dia tak teruk mcm depa. belum dapat la katakan. pe'el depa... adoi, posa ke tak depa ni. bila orang lain pdg depa, depa lagi buat. dgn kuku berkaler², sama la ngan kuku kaki, ngan rambut pintal² tepi telinga, adoi... seksa puasa ai semalam. lantak korang la heh... tapi bukan ai je yg perasan, sepanjang barisan tu dok perati kat depa berdua. 

sudahnya ai punya turn dah berbuka baru dapat order. tapi mak dah bawak bekal nasi goreng. kan ai dah kata, mak ai tu lebih suker masakan sendiri dari mkn kat luar. nasi goreng udang kunyit mak semalam mmg best giler. nmpk mcm biasa, sekali ai mkn.. tambah dan tambah lagi. 

nasi goreng habis, kfc pun habis. hahaha... ayah ai tu tak tahan rindu kat baby qalesya la tu nanti. asyik pelum cium je cucu dia. qalesya plak, wat la camana pun kat dia, tetap diam dan tak bukak mata. 


mummy pun akan rindu kat baby jugak. cium dia banyak²

paklong bagi pesanan kat adik. igt... jgn nakal kt kg ye

candid ai ngan achiq

kami yg akan rindu sama kamu

dan lg posing

mama pun akan rindu kat baby

pelukkan dan ciuman sebelum berpisah.

lagak dua beradik

yong ajar kalu rindu tiup angin rindu depan cermin, nnt yong tangkap terus letak kat dada. auw!!

dari mula sampai hinggalah dah naik train, tak bukak pun mata dia

udah² la tenung cucu tu tok ayah...

bila kamit turun ke bawah, bunyi bising orang tgh nyanyi. rupanya ada wakil ktm bagi gift kat semua yang turun. 

selamat jalan pada kamu semua. tunggu kepulangan kami plak nnt. kakak dan adik orang yg paling teruja blk kg naik train. mmg kebiasaan kalu depa balik naik train, mak akan beli tiket tmpt tido kelas 2. selesa skit. perjalanankan jauh. jadinya semua katil belah bawah. senang nak bangun duduk nnt.

inilah pemberian dari pihak ktm. terima kasih...

bila train dah nak jalan, mereka pakat ramai² nyanyi lagu balik kg. wah!!! meriah sungguh. syok plak rasa. kami pun join sekali. 

sambil nyanyi sambil lambai tgn pada semua penumpang. bila toleh sebelah.. ha??? ntv7?? ha... cuba tgk berita malam ni, ada tak muka kami. hahaha...

mak, angah, achiq, baby qalesya, kakak dan adik dah berangkat balik kampung. yang tinggal ai dan hubby balik tghari raya pertama. kami beraya di banting dulu. ayah dan ayie, suami angah berangkat pagi selepas solat raya. jukie, kak sue dan ayu balik mlm esok. kalu esok raya, nasib badan.......

tadi tepon achiq. depa dah sampai kampung halaman. syukur!

gedix raya dah mula dtg ni. sengaja kuatkan lagu raya kat opis. balik ni ada agenda lagi sebelum berangkat ke banting esok pagi. jalan dah mula lengang. kawasan umh ai pun dah mula kosong petak parking. jiran² bujang yang satu tangga ngan ai pun memasing dah senyap sunyi. deretan kedai makan pun dah tutup semua. huh.... riang ria raya dah betul² menjelma!

Tuesday, September 7, 2010

sehari je lagi!

mulai tika ini, saat ini, waktu ini, hari ini....
lagu raya balik kampung
akan dimainkan berulang..ulang..ulang kali
yahuuuu!!!!!

balik kampung... lalalala... balik kampung....