Daisypath Vacation tickers

Monday, September 6, 2010

shopping lagi ker?

semalam adalah ahad. ahad adalah 26 ramadhan. warga kota mula skit² pulang ke kampung. budak² sekolah pun dah mula cuti. abang aiman pun dah dipos balik kampung bersama pak uda dia. sedih abg takde. takde kawan nak gaduh, nak bebel. sebelum abg berangkat balik kg, ai sempat tepon dia nasihat skit². dalam nasihat tu ada juga mengalir air mata. adei... ape la ai ni. suker sangat sebak. ape² entah. abg aiman tu kalu tak kena gaya, tak mau makan. takde mutabak, tak selera nak makan. tak bangun sahur merengek. ai harap dia bleh bawa diri sementara abah dan ibu balik kampung nnt. 

berbalik pada topik ari ni, kami ke jj klang utk cari kasut anak² kak sue. xceli sebelum tu kami  ke uitm shah alam jumpa member opis lama en. suami. tu pasal la bleh terlajak ke jj klang.

budak ni wat perangai la plak. mula la jinjit kulu kilir anak patung dia tu. pastu serba tak kena ari tu. 

ai dan en. suami adala beli baju sorang satu. ishh... berapa banyak da baju raya. sementara tunggu kak sue dan juki cari apa yang dorang nak, kami pusing² bawak dua beradik ni cuci mata. kena dok dlm troli la, nnt main kejar² payah plak nak jaga.

gedix tau depa ni. tgh pusing² tu minta nak pakai make up plak. ok, ai tenyeh la itu ini kat muka depa. si adik mula la tak leh nak katup mulut tu. hahaha

sementara tunggu kak sue Q nak bayar, kami lepak kat ruang legar luar jj tu. ada plak orang jual songkok. ha... en. suami pun try le. igt nak beli sebab songkok lama tu dah kecik. ha??? ada ke songkok tu kecik, kepala dia yang membesar. hahaha... tapi tak jadi beli sebab harga dia mahal. better beli kat luar je nnt.

ha, nasib baik nampak ada kaunter bayar zakat. thn ni agak lambat en. suami tunaikan kewajipan dia. abang² yang kat kaunter tu malu² plak ai nak snap gambar depa.

kewajipan dah terlaksana. anda bagaimana?

ish.. lama la plak kak sue ni. sampai adik lapar. kebetulan kfc sebelah tmpt kami lepak tu. a belikan dia set chicken meal. aduh... tergugat keimanan. hehehe

ha... ni nak citer. tgh kami lepak tu, ada budak kehilangan mak ayah dia. melalak budak tu punya la kuat. abg security tu sempat pegang dia tapi dia meronta ronta dan berlari tak mau abg security tu pegang dia. ai sempat tangkap dia. ai pujuk dia, tanya nama. nama dia madihah. ai tya ayah sape nama. dia jawap papa. ai tya mak pakai baju warna ape, dia jawb merah. ai tya papa pakai baju kaler ape, dia cakap tak pakai. alamak... nak tegelak pun ade. ai tya balik madihah binti ape? dia jawab madihah binti muhammad. ok, papa dia nama muhammad. sila minta pihak pengurusan wat pengumuman ye abg security. ai pujuk dia, bagi minum air. siyes, dada dia kencang sebab takut. ai mcm nak leleh ayaq mata. cemana la leh terlepas budak ni. perasan tak adik syasya jeles. dia marah ai sebab bagi air milo tu kat madihah. diam je tak mau cakap ngan ai. lama gak kami tunggu mak ayah budak ni dtg amek. hai, tak perasan ke anak hilang. tunggu punya tunggu... datang le si kakaknye. terus peluk adik dia. madihah sambung nangis sebab dapat jumpa kakak dia. huh... lega. jadi, jgn biarkan anak² anda bekeliaran tanpa pengawasan. inilah jadinye. sebab tu kami lagi suker dua beradik ni dok dalam troli. sorang kena jaga. aiseimen, kalu jadi kat ai, terduduk tak bangun² punyalah.

dah jadi depan mata dua beradik ni, depa diam tak cakap ape. ai ckp kat dorang, kalu kakak ngan adik ilang, yong bleh nangis tak berenti selagi tak jumpa korang. ibu bleh pengsan. abah ngan paklong kena jumpa polis bagi tau korang ilang. [dorg ni takut giler kat polis]. dorang diam tekelip kelip mata mcm perasaan takut mula nampak kat muka memasing. ai cakap kalu org lain jumpa, bawak korang pergi jauh, nnt dah tak boleh nak pakai baju cantik², mkn kfc ke mc'd ke. dah tak boleh nak p sekolah jadi pandai. ha... ape lagi, yong emosi la plak. setitik air mata kuar. adoi....





ada bagusnya jugak jadi depan mata dorang. sekurang kurangnya dorang ada pengalaman tgk budak hilang. pengajaran skit dan lepas tu depa tak berani dah nak lompat² atau main kejar².

7 comments:

ct shah said...

kak ena,sedih plak tgk budak tuh.kalau jadi kat saya,tak tau nak ckp apa.mau histeria kat situ jgk.saya tgk k.ena ada tokohlah jadi ibu mithali.tersentuh tgk.

my-niezzareena said...

cik yam... hahaha... ai ni penyayang ok. muka je ganas, mulut je puaka tapi hati ai baik tau. hikhikhik

Scha406 said...

1] x tahan tgk gelang n cincin mengerlip2 duk gayut terjuntai kt tangan angg...perghhh!

2] part ilang mak bapak tu aku jd nk angin. patut mak bapak ilang anak, ni anak ilang mak bapak. pastu mak bapak terpongeh2 senyum simpul nk g amik anak depa. soping sakan x ingt dunia, anak tu lain kali tggl je kt umah ke kt sape2 ke, lebih elok dr duk dgr annoucement x best tu! [maaf empunya blog, sy emo!] :p

my-niezzareena said...

sha... wah, sempat lagi hang komen pasal yg mengelip tu yek. hehehe..

yang kedua, ai igt ai nak saun mak pak madihah tu, tapi yang dtg amek dia kakak dia plak. nak saun kakak dia tak sampai ati sebab kakak dia dah nanis.

pastu terus lari bawak adik dia. ai terpinga u!

wahida said...

kalau mak pak budak tu x dtg amek, ko amek je budak tu bawak balik....

my-niezzareena said...

mmg pun. biar aku bela sampai jadi mcm aku, gebus....

Najib Ariyan Ali Basha said...

Alahai baiknya Yong ... sessi memujuk tu siap letak kat dada lagi... dah macam nak nyanyi lagu patriotik pulak...

Anak hai anak... sikit tak cukup ramai dok hilang... hemmm entah lah...