Friday, September 18, 2009
sEl@mAt bErcUt!!!!
Wednesday, September 16, 2009
S@LaM a!diLf!tRi
huraaayyy!!!! hanya tinggal 3 hari sahaja lagi untuk kita semua menyambut syawal. aku harap moga penuhla puasa aku thn ini. tak payah serabut nak ganti nanti... insyaAllah... jadi, dikesempatan ini saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
kepada semua umat islam, saya susun sepuluh jari mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap, tak kira dalam keadaan sedar atau tidak. andai pernah mengguris perasaan atau terkecil hati, maaf atas segalanya. moga raya tahun ini, akan lebih beerti dan bermakna pada kita semua. sambutlah syawal dengan penuh meriah dan penuh keberkatan moga kita semua dapat merasai ramadan dan syawal yang akan datang pada tahun seterusnya..
pada yang pulang ke kampung, berhati-hatilah dijalan raya, semoga selamat sampai dikampung halaman masing-masing. ingat yang tersayang.. insyaAllah selamat. saya dan suami akan berangkat pada sabtu ini. moga kita semua dilindungi olehNYA sepanjang perjalanan nanti. jangan lupa bermaaf maafan di pagi raya nanti.
akhir kata, sekali lagi ku mohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini dan salam lebaran dariku untuk kalian semua....
Tuesday, September 8, 2009
raya..raya..raya
semalam cuti nuzul quran... ya ampun, aku kuar 6.30 pg pun jem gak ke?? aku pk la, mesti dorang ingat selangor cuti jln tak jem, so pakat ramai2 kuar lmbt... amek ko... tapi aku sampai opis macam biasa gak. semalam kan hubby cuti, dia jaga adik. mula tu aku risau gak takut dia gelabah... sejam sekali aku tepon... dan petang tu dorang amek aku sebab pg tu aku ke opis naik cab. punya la malas nak drive kan... dalam kete mcm2 adik cok citer ape dia wat ngan paklong dia sehari tu... hehehe... kelako le depa tu. first time tu hubby jaga adik tanpa aku. dia berjaya menjaganya dengan sempurna sekali... bagus, ada anak nanti tak le risau kot.
dan seharusnya kalu selangor cuti, kl le jadi mangsa keadaan. semua jalan sesak. ishh... tu la... kl kena gak cuti. member2 opis yg kuar time lunch semalam cakap, kot maner pun pusing, semua sesak. nasib le aku membuta aje kat opis tu. lagi syok...yang best time nak raya ni kan... bila tgk keliling jalan penuh dengan hiasan lampu lip lap. syok kan... kat umah aku tu pun macam belumba2 je tiap umah ngan deco masing2.. ah, aku peduli ape, janji nampak meriah kan. mmm... k lah, tunggu celoteh aku seterusnya nanti. banyak hal nak wat ni... bui bui!!!