alhamdulillah, hari ini dah pun masuk 13 ramadan.. mm.. kojap jek rasanya. ramadan kali ni aku mcm malas skit nak n3 kisah berbuka puasa sebab macam takde semangat la nak mengupdate blog. rutin harian berubah skit, aku masuk keja jam 7.30 pg dan balik 4.30 ptg. singgah pasar ramadan beli kuih skit dan kami berbuka kat umah mak. kadang tu ada gak berbuka di luar, tu pun kalu kami ke sesuatu tempat yang menyebabkan tak sempat nak balik umah.. sahur aku bangun jam 4.30 pagi. tak makan berat mane pun. ala kadar je... yang pasti nes panas tetap kena ada. kalu tak hidup aku seharian pasti tak keruan. hubby tak suka bersahur sebab bila dia makan pagi petang tu dia akan rasa lebih lapar dari biasa. cuma aku kejut untuk minum air suam aje. so, pagi sahur tu aku layan perasaan sorang2 je la... tak tido ok, lepak tgk tv pastu siap2 mandi, solat terus bersiap utk ke opis. persiapan raya pun ala kadar aje... maklumla.. bonus kan tarak.. takde la beriya sangat. kalu ade anak tu lain le citer kan... b4 terlupa, tahniah pada lyn dan bob kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama pada 1 sept lepas. tak berkesempatan nak melawat lyn lagi. so, ni je lah celoteh aku kali ni... dah malas benar dah rasanya ni... nak mula keje dah pun. pada semua pembaca, selamat menjalani ibadah puasa dan salam ramadan... bye
KLIA2 - KB via AirAsia
21 hours ago
No comments:
Post a Comment