Tuesday, October 26, 2010

pengumuman!



ok, kompem rumah baru saya di


jgn luper follow tau!




perhatian!




harap maaf semua. ada sedikit gangguan teknikal di blog kedua saya. kepada sesiapa yg masih belum jadi follower saya, minta bersabar ye. kemungkinan besar.... blog kedua saya terpaksa tukar nama lain. adoi !







minta bersabar semua! sesiapa yang berkeinginan nak jadi follower, minta bertenang dulu ye.

Monday, October 25, 2010

PART 2

salam semua!

disini ada satu pengumuman. niezzareena memory telah menghasilkan satu lagi blog 'part 2' di mana kamu semua boleh layarinya di sini


utk niezzareena memory 'part 1' ini, karyanya akan terhenti di sini atas sebab2 tertentu. jadi, kepada peminat blog ini, sila tambah 'part 2' ini di blog list blog kalian. itu pun jika masih punya minat utk terus mengikuti perkembangan niezzareena memory.

cerita lanjut mengapa ianya disambung ke 'part 2' akan dimaklumkan kelak. 'part 1' ini akan terus menjadi sejarah perjalanan suka dan duka kami. kami akan kekalkan 'part 1' utk tatapan masa akan datang juga utk imbasan kepada kamu semua. 

sudi2 lah utk jadi follower di niezzareena 'part 2'







'part 2' masih dalam proses kemaskini.

Wednesday, October 20, 2010

hari ni





tgh belek² kalender utk projek bulan disember nanti
tenung sejenak

hari ini
20.10.2010
takdak orang nikah ker.. kawen ker?


cantik gak no tu





kenduri qalesya

alhamdulillah, selamat sudah kenduri doa selamat dan majlis aqiqah wan nur qalesya alia pada ahad lepas. kenduri berjalan dengan lancar, ramai saudara mara yang hadir. tak ketinggalan makcik dan pakcik kesayangan saya dari kelantan.

malam sebelum kenduri, qalesya bermalam di rumah saya. mm.. mula² perangai dia biasa² aje. masuk setengah jam, mula dia wat onar. dia sudah buli saya tau. dia tak mau tido atas tilam dia, tapi mau tido atas pangkuan saya. amboi... kalu kat umh dia ngan umh mak tok, bleh plak bawa diri tido sendiri. 

ngade tau!

bila dia lena, saya letak pelan² atas tilam empuk dia tu. tapi bila letak.. dia jegil biji mata sepet dia tu. adoi.. nape dik? empuk sangat ke lengan mummy kau ni. ke sebab sejuk sangat suhu dlm bilik? bila dah ubah pun dia sama gak. bila letak je, mula dia wat tekejut mcm kena sambar petir. hohoho... mummy hanya mampu sabar je. takpe, bak kata daddy.. training utk diri sendiri. dulu masa syasya, kami mula jaga dia masa dia dah pandai merangkak. masa tu dah cerdik skit. ni dari baby lagi.. takpe, mummy cuba utk jaga kamu dari baby sampai kamu besar. mungkin esok kamu akan ganti tmpt kakak syasya plak kan. 

seharian dok pangku dia, sampai lengan saya lenguh dan kepala saya pening. sebab kejap² saya tersedar. bangun pagi tu kepala saya pening mcm nak pecah. pagi² mak dah tepon tya khabar cucu. bila saya citer, dia gelak, terus sampaikan citer kat orang belakang. org belakang semua gelakkan saya. oo... perli eh. mak cakap qalesya dera kau la tu. mak cakap kepala pening sebab tido tak betul. tu yg jadi weng. mm.. mungkin.

lepas dah mandi dan siapkan dia, dia lena kejap. boleh plak tido atas tilam. saya pun ke dapo kemas ape yg patut, pastu layan makan buah sambil layan perasaan sementara tunggu en. suami mandi. tiba² hp saya bunyi dengan kuatnya... dan................. qalesya tekejut teramat sangat, sampai dia melalak sekuat hati. en. suami sampai bukak pintu bilik air, dia igt qalesya jatuh. alamak... sori le dik, mana tau hp mummy nak bunyi sekuat mcm tu. hehehe.... dan mula dari itu, saya nak bersiap pun tak senang. en. suami dokong pun dia cebek muka. sudahnya, saya bersiap mcm nak ke pasar malam je la. tak bleh nak cantik lebih sebab qalesya punya laungan dah mcm ning baizura prektis lagu baru. hahaha

ishh kamu ni qalesya. saje je tau. bila kat umh dia tu, bleh plak dia diam je. orang tu dokong orang ni amek, dia wat dek aje. dengan bising riuh rendah org yg datang pun dia bleh layan tido. adoi.. kat umh saya tu punya la sunyi sepi, tak mau plak dia tido. angah kata mungkin dia biasa ngan bunyi bising. betul jugak kot. masa kat umh mak, ayah pasang citer perang sekuat bunyi kat tv tu, dia bleh tido lena. gedix kan dia.

byk dia dapat hadiah hari tu. ada yg bagi duit, baju, hamper dan yang paling menarik, ada jiran bagi dia cincin emas. wah!!! sangat comel bila dia pakai cincin tu. terima kasih jiran! beday qalesya setahun nnt bagi gelang pulak ye.

banyak gambar masa kenduri tu, tapi malas plak saya nak masukkan. dlm byk² gambar tu, tertarik dengan gambar ni. sempat en. suami tembak masa mak dan ayah dok ralit belai qalesya. maklum... cucu sulung. tgk rambut qalesya, lepas cukur, tumbuh mcm tu plak. blah tengah je banyak. ayah cakap mcm the A team. hahaha.. alamak, misai tok ayah dah putih, tapi rambut menten itam. upss... camner tu?

kesian mak, penat dia ari tu. oh ya, ayah sponser kambing utk aqiqah qalesya. mak masak sup, yang lain daging masak rempah kari, aym goreng, ikan goreng, sambal belacam, ulam dan kuih muih. habis nok! sampai mak masak sambal udang sebab ptg tu masih ada kekawan angah yang datang. alhamdulillah, murah rezeki kamu qalesya. 

terima kasih pada mereka² yang terlibat dalam menjayakan kenduri ini. pada sedara mara yang sudi hadir, terima kasih kerana sudi luangkan masa engkorang. terima kasih semua!

qalesya dah pandai gelak bila kami acah dia. baru nampak ayu bila dia senyum kalu tidak asyik nmpk muke ganas aje..

Friday, October 15, 2010

hehehe!!!




cuti bersalin 3 bulan?
mmm... menarik ni






sila dapatkan kata sepakat dahulu sebelum melakukan sesuatu. takut nnt anda yg terseksa. auchh!!

lawatan sambil makan²

minggu lepas, saya telah menjemput 4 orang kawan baik saya utk sesi lawatan sambil makan². hehe.. bukan masak ape pun dan bukan rumah terbuka pun. tahun ni tak berkemampuan la nak wat rumah terbuka. lagi pun, tahun ni kami suami isteri lebih banyak berjalan ke rumah saudara mara. entah... tahun ni rajin plak berjalan jauh.

lepas balik dari makan² kat rumah madir dan kak ct minggu lepas, dorang pakat ramai nak dtg rumah kami. saya cakap boleh je, tapi makan nasi goreng ngan ikan masin jek. hehehe... kejam tak? tiba² ada permintaan plak dari kak ina. dia kata ok je nasi goreng. tapi nak nasi goreng puan naimah mcm dia masak bulan puasa yang kami makan masa berbuka kat kl sentral tu. ooo... nasi goreng udang kunyit rupanya.

beressss

setelah pujuk rayu dibuat terhadap puan naimah, akhirnya sabtu lepas adalah tarikh yg mmg sesuai utk jamuan makan² ni. kena plak ngan minggu akhir syawal. knp ngan puan naimah? oo... dia adalah sifu saya. dia chef terhebat dalam keluarga kami. tak selera nak makan, bila tgk ape dia masak.. kompem, bertambah punya lah. itu lah mak saya. cuma saya je tak habis 'menurun' ngan dia lagik. hehehe...

pjg plak bebel. jom layan gmbr plak

 wahida dan keluarga. qalesya kat atas pangkuan dia tu. teringin lagi ke weh...

 kak eda dan suami, abg marzuki. abg marzuki tu kelakar orangnya. walaupun dia jenis senyap, sekali lawak dia keluar, tak boleh tahan woo...

 anak² mereka. kakak arin najla dan danish. nama dua beradik ni pjg, tak igt plak nak sebut

 kak ina ngah layan anak kedua dia afnan. afnan mood tarak best masa ni

 jarang berjumpa dorang ni. tapi bila dah jumpa, banyak betul yang disembang. ape yg kelakar tu pun entah le

 kak ct, marissa dan masarrah. marissa mcm biasa... dgn saya tak boleh jumpa. pasti ada je yg tak kena

 menu kami ari tu. mee kari, sambal kerang, nasi goreng kunyi udang, popia sosej, koktel dan tembikai. lupa plak nak snap gmbr nasi. habis semuanya... alhamdulillah, tak membazir.

 kedatangan sepupu yang tak disangka. hehehe... 

 puan naimah dan sofia, anak sepupu saya. terima kasih mak, sudi masak utk hari tu. saya cuma bantu ape yg patut je. sebab tu 'menurun' tak habis sampai skang. hohoho!!!

mula² mcm rimau ngan saye. bila saya kuarkan kamera, nah.... terus give me 10 la pulokkk.. 

masarrah plak yang tak sihat ari tu. mood pun mmg tak besh jek. bila pegang skit, dia marah, bila belai skit, mcm nak telan kita je gaya dia. nway... sgt seronok bila dapat layan gosip ramai² mcm ni. cuma kak ku je tak dapat dtg ari tu. kami paham, kak ku jauh nun di bangi sane. mm... jauh sgt la ye. hehehe

ok den, itu je citer utk lawatan dari para sahabat saya. terima kasih pada semua kerana sudi memeriahkan suasana, pada yang tak dijemput, lain tahun plak la ye. tgk bajet tuan rumah la nnt. hehehe...

oh ye, ahad ni ada kenduri doa selamat utk qalesya dan bondanya sebab dah abes pantang. juga aqiqah utk qalesya, tok ayah sponser kambing. wow!!! golek²... best tu!




tgh layan belanjawan ni. adoi... siksanye nak tunggu habis. nak tunggu yg tu je pun. rasa² ada tak? ahakss