salam berbaju batik semua. hehehe... maklum, teman kan org gomen, harus le berbaju batik hari ni. segak bergaya pagi tadi bila melangkah keluar bersama en. suami, sama² sedondon dengan batik kehijauan pedih mata memandang. bak kata adan, jalan ipoh dah nampak. hahaha... naper tak jalan pahang? hanya kami je yg tau knp dengan jalan ipoh itu. ok.. saya merepek.
hari ini dapat undangan dari BTM dan BPS utk jamuan rumah terbuka dua bahagian ini yg bermula dari jam 1230 hingga jam 0300. bab makan ni tak elok lengahkan masa. 1230 tepat, kami dah tepacak depan lif utk ke dewan makan.
tak payah nak sembang atau bergosip dulu. juadah yang ada harus disambar dulu sebelum air liur terus mengalir terliur dengan bauan yang enak² belaka. jom tgk ape yg saya dah telan
soto ayam yang sangat mantop.
rojak buah yang mengiurkan
sagu gula melaka yang sesedap rasa. tak manis tak tawar
puding buah yang saya mmg tak suker makan. saya bg pada kak jah puding ni
ah sedap, ah sedap!
roti jala sgt nikmat dengan kuah karinya
lagi dan lagi
yang ini paling maveles. disebabkan kenyang yg amat sangat, laksa utara ni tak dapat dihabiskan. kenyang dia mcm baru telan batu bata. hahaha...
nampak, ijau tak saya? gambar ini saya crop sebab ada lalat gatal yg nak tumpang glakmer saya bilamana si paparazi tiba² snap gmbr ini. cit.. nk tumpang glakmer pun bagi le salam. si paparazi ni pun satu, bagi le signal soh saya post.. tak le nampak pp ku yg seakan pau perisa kaya itu. knp saya senyum begitu? adakah FA lalu depan saye? oh tidak, ini adalah kerana saya ternampak sesuatu yg melucukan.
selagi tak habis syawal, kita makan dan makan lagi. sabtu ni kazen plak jemput p umh dia, walaupun dah masul z.kaedah, tapi tetap ada yang buat rumah terbuka. mungkin utk meraikan syawal terakhir 1431. disebabkan syawal terakhir jatuh esok hari bekerja, sebab tu ramai yg buat last minggu ni. huh.. jem lagi la jalan nampaknye.tapi takpe.. itu rezeki namanya. jalan tolak rezeki, tak kacak namanya.
pada mereka² yg mana dah jemput saya dan en. suami juga ahli keluarga saya yang lain, moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki. bak kata puan naimah, Allah akan turunkan rezeki berlipat kali ganda jika kita selalu menjamu org, walaupun dengan hanya segelas air kosong.
'renung²kan dan selamat beramal'
syok layan ost chinta di tv3
4 comments:
huwaa..nangis tgk makanan sedap2 tu =)
sama la kita...td ada mkn2 kat opis, sok ada lagi! kenyangggg!!!!
wahida,
lepas ni kena puasa le gamaknye ek
ana.. minggu ni minggu terakhir kita dijamu. lepas ni kita puasa 5 hari beturut turut. ok gitu?
Post a Comment