Daisypath Vacation tickers

Tuesday, June 17, 2008

happy fathers day!!!

ayah, selamat hari bapa....anak2mu sentiasa mendoakan moga dirimu diberkati selalu...sentiasa sihat, murah rezeki dan moga panjang umur... terima kasih kerana menjaga kami dengan penuh kasih dan sayang...
tentang ayah...
  • seorang yang pendiam
  • tak banyak cakap kalau takde yang penting
  • tak suka susahkan orang kalu tak bersebab
  • tak suka makan banyak
  • tak suka minuman sejuk
  • tapi suka sangat makan aiskrim
  • suka nescafe panas dan roti bakar
  • suka tengok bola atau sport sampai orang lain tak boleh tgk citer lain
  • tak suka layan citer melayu
  • tak suka pukul anak2 kecuali buat kesalahan besar
  • tak suka orang yang kuat membebel...pening katanya
  • kalu kat umh suka dok tepi tingkap...mmg tu port dia...org lain xleh duduk..
  • tak suka mengata orang, tak penting katanya...
  • tak suka keluar shopping
  • pakai ape aje yang mak & anak2 belikan...tak kisah
  • mmg seorang yg sempoi
  • penyayang tapi tak suka tunjuk

sejak kami adik beradik semakin dewasa dan dah bekerja, ayah tak banyak cakap kecuali benda yang penting...namun aku tahu ayah sentiasa mengambil berat tentang anak-anaknya walaupun kami dah boleh bawa diri... ayah, terima kasih atas kasih sayang dan didikanmu, kami sayang ayah.... :(

No comments: