Daisypath Vacation tickers

Wednesday, January 27, 2010

belated beday @ banting

minggu lepas kami sambut belated beday utk 4 orang anak beranak iaitu kak izan yg beday dia jatuh pada 5/1, danial~anak sulung kak izan 6/1, cik aman iaitu adik pada mak mertua aku 17/1 dan tentu2nya hubby tersayang 21/1. meriah sekali suasana pada hari tersebut. mana tak meriahnya, kami anak beranak bercakap pun macam berperang.. hahaha... tu namanya keluarga bahgia. tak gitu kak izan... ahaks.. mm... kek ni mereka2 yg sambut beday yg sponser. masing2 syer duit.

susun bang jgn tak susun...
lilin mula dihidupkan... 4 batang bagi 4 org yang diraikan
posing dulu sebelum memulakan acara
eh... candid ape lak ni... ngape cik aman tu??

ok... satu, dua, tiga.... tiup....

cian ilham... asal nak enteprem je kena marah ngan ngan cik aman. hehehe

happy birthday pada mereka 4 orang ni. moga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati oleh yang maha Esa. utk kak izan, moga hasrat utk dapat anak pompuan akan termakbul, pada daniel.. belajar rajin2 ye.. moga jadi anak yang soleh dan selalu dengar cakap mummy dan ayah tau. jgn noti2.. pada cik aman, bila nak belanja makan ni... asyik tunda jek.. dan pada suami tercinta.. orang sayang awak dunia akhirat. moga cinta kita kekal selamanya.. wah gitu...

neneklah orang paling gembira hari tu. sebab tengok anak cucu membersar depan mata. kami lah yang selalu lepak sama2 sebabnya kami je yang selalu balik kampung. sejak kak izan pindah, nenek duduk sorang tapi tak risau le sebab umh nenek ngan umh mak depan belakang je. tak jauh pun. dari dapo nenek dia dah boleh jerit panggil mak. tapi selalu gak dia ke umah kak izan. dan muka2 yang selalu balik ujung minggu kami2 ni le. mm.. cik aman mmg duduk banting jugak. dia lah orang yang boleh diharap kalu jadi pape. ank2 nenek yg lain semua dok kat kelang. mereka pun jarang balik. iyelah.. masing2 sibuk kan.

dan tiba lah plak acara suap menyuap ni. dimulakan oleh kak izan. kek disuapkan oleh ucu mimi, suami tercinta. ucu mimi adik mak yang bongsu dan yang paling rapat dengan mak dan cik aman.

seterusnya, kak izan menyuapkan daniel.
aik.. kenapa gelap sebelah gambar ni. hehehe... tu aku la tu. terpaksa la blurkan gambar ni sebab muka aku tak gebu ketika ini. sebabnya sibuk didapur kan.. biasa la, tak sempat la nak cantik2. nampak tangan pun jadi lah. tu pun dah nampak kegebuan.. ahaks.

adus... ni ape kes?? nak jugak suap kat suami dia.. mm.. layan je la mak. ayah malu2 plak.
budak ni sejak cik aman sakat dia, mula la sentap. pastu tak mau makan.. jenuh pujuk pun tak jalan. pastu layan diri sendiri. dia tak sedar aku amek gambar ni. tapi bila dah kuar flash... marah kat aku. merajuk balik. ee... ngade... dia selalu gaduh ngan aku. sebab aku suka menyakat dia.

nanti bulan 5 plak kita wat party utk beday mak dan erik. lupa plak aku nak habaq menu hari tu. mak masak meehun, goreng pisang dan jagung rebus. tak le beriya sangat sebab waktu ni dah petang, baru je makan tengahri. so menu pun menu minum petang le.

dan yang paling seronok, layan budak kecik ni. ie'ien nama manja dia. anak pada cik aman dan kak zizah. suka sangat bejoget depan tv. pastu semua benda dia makan.. main bedal je. dan petang tu sambil makan sambil sembang dan kami akhiri dengan perpisahan selepas maghrib sebab masing2 dah mula nak balik umh sendiri. esoknya dah kerja.

Tuesday, January 26, 2010

nyanyi utk paklong


terharu plak rasanya bila budak2 ni nyanyi lagu hepi beday kat paklong dia. masa ni aku ngan hubby p amek depa kat umh kak sue la nak p keramat tgk kazen aku yg baru dapat baby. juki balik lambat dan dari opis dia terus ke sana. naik je kete, aku dengar kak sue bilang 123 pastu terus hapie beday 2u.. la la la.... ngeh3x.. paklong muka merah saga. malu la plak. pastu bukan sekali je depa nanyi.. sampai ulang beberapa kali. kira sepanjang perjalanan ke keramat la. kak sue cakap bukan main tak sabar nak masuk kete. mm.... maceh anak2... paklong terharu sangat. yong pun sama. pada cikgu koir, iaitu kak sue.. bagus, tapi pitching lari skit ar... hehehe

Monday, January 25, 2010

beday hubby

21.01.10 ~ genap umur hubby 31 thn. udah tua lah ye. aku bersama adik kesayangan aku ahiq dan ayu bersepakat nak wat kejutan pada dia. mlm sebelum beday dia, aku plan ngan achiq dulu. plan tu berkenaan dengan hadiah beday dia. mm... ape hadiah tu?? nnt2 la aku citer. tapi benda tu mmg udah lama dia nak sangat. cuma tak terbeli je. dan dengan usaha gigih achiq dan bf dia yan, maka terbeli jgk la benda alah tu. hahaha... siap dtg umh aku senyap2 lagi kol 2 pagi anta hadiah tu. mau tak macam penyangak... gerun aku dibuatnya. maunya dia tiba2 tersedar... mamposs... rosak plan romantik aku. hahaha... hadiah tu aku sorok dalam lemari baju aku dulu.

yang kedua plak, pada hari beday dia. pagi2 aku dah call ayu bertanyakan rancangan tu menjadik ke tidak. dia kata ok je. so dengan langkah yang penuh berhati2... ayu menjalankan tugasnya. mula2 ke kedai kek berhampiran umh kak sue. kedai kek hidayah. sedap2 kek kat situ. mmg kesukaan kami sekeluarga. pastu terus ke opis hubby berpandukan dengan jalan yg diterangkan oleh aku melalui talian tepon. ishh2... naik hangin jugak la aku ngan dak ayu tu... tau2 udah lepas... sembang je lebih, mata tak fokus betul2.. ni yg wat aku naik hantu.. tapi berjaya jgk dia sampai kat opis hubby. sedang elok je, hubby dok ade depan pintu masuk. tekezut la dia.. ngeh3x... malu2 kambing la ngan kekawan opis dia yang ade masa tu. mula kawan opis dia ckp aku romantik... romantik ke gitu. tapi ni kali kedua kejutan macam ni aku wat kat dia. masa kat uitm shah alam dulu, kak izan le jadi mangsa aku. ha ni, adik aku plak. pastu dia citer, terus bos dia soh potong kek tu depan mmbr yg lain. udah le masuk semua dlm bilik meeting.

nampak tak kat kek tu aku soh minah kedai kek tu tulis ape... i love my hubby... happy birthday. malu plak aku weh. tak sangka plak dia leh tiup depan bos dia. adusss.... ha... pasal hadiah beday tu, aku bagi masa kol 12mlm. letak atas perut boroi dia tu. masa tu dia dah nak tido sebab pening kepala. pastu sengeh2 sumbang. bila bukak senyum sampai telinga. suka la tu... maceh le pada adik2 ku yg sudi membantu dalam menjalankan misi ini. sumbangan tenaga korang amatlah kaklong hargai. tgh tu hubby kuar ngan aku, pastu bila balik opis, member2 opis belanja pizza plak. tu ar citer pasal beday dia. tak le sehebat maner, janji aku puas hati bagi dia kejutan yang tak seberapa tapi tetap aku rasa bangga sebab aku sayang bangat dengan dia. untuk suamiku, harap kamu suka dan pasal plan nak p bercuti tu nnt kita bincang balik okeh. love u!

hari tu... ;p

hari tu ade sorang budak ni tepon aku
sebab dia tanya aku sakit ke
dah tengok dlm blog lagi tya
kesian aku... katanya
pastu dia kata nnt dia anta cekelat
dan aku tunggu
lama gak nak sampai cokelat tu
walhal jarak setingkat aje
tunggu punya tunggu
dah nak petang pun
baru cekalat tu tiba
masa tu kita baru je lepas solat
maknanya kita baru je gosok gigi dan make up bagai
lipstik dibibir masih menyerlah
tak mau hilang kegebuan
kita simpan hajat nak kunyah cekelat tu
simpan utk esok hari
tiba2 tepon berbunyi
pastu skandal kita tu tya dah mkn ke cekalat tu
kita cakap ar blum
pastu dia ckp jgn mkn
sebab cekelat tu mencurigakan buatannya
pastu kita belek2.. ha'ah.. takde lmbg halal
sentap ati kita
dia janji nak bagi yg lain
tapi sampai hari ni kita nanti dan terus menanti
jawapannye... hampeh
padahal dah gaji pun
mana janji u pada ai..
ai sentap tau!!!
pastu cekelat tu kita wat perhiasan je
sebagai tanda utk melehkan ayaq liuq
sebab tggu cekalat yang halal tak sampai2..
huaaaa!!!!!!!!
mana janji manismu!!!!

Wednesday, January 20, 2010

happy beday sayang

kol 12 mlm ni masuk le hari ulangtahun kelahiran suami tercinta aku... dlm kepala otak aku skang ni mcm2 nak wat suprise kat dia. pada suami ku yang tersayang, isteri mu ini mendoakan moga kamu panjang umur, dimurahkan rezeki yang berlipat kali ganda, di berkati dan di rahmati oleh yang maha Esa. sorry sebab plan kita nak p bercuti terpaksa ditangguhkan dek kerana masalah yang tak dapat dielakkan. lambat skit pun tak pe la eh. hadiah?? mm... ade ke? entah??? dinda nak kanda tahu bahawa takkan penah habis atau hilang kasih sayang ini terhadap dirimu.. takkan ada perasaan benci walau sekumit kuman pun pada dirimu... takkan pernah hilang tanggungjawab sebagai isteri untukmu selamanya. moga kasih sayang kita akan kekal selamanya. amin...

candid tgh mlm

takde keje ni. sebelum hubby nak cas batery kamera dia, hubby saje2 snap gmbr kami.. saje2 utk kenangan budak cikenot masa kecik2 dan biar dia tgk bila dia besar nnt betapa sayangnye kami pada dia..

saat yong pening

inilah gunanya anak2 sepupu.. saat yong pening, dorang la tukang urut ala2 spa Q gitu.. sorang gentel2 biji mata... sorang genyeh2 dahi... yg cikenot sibuk dok mengaler... yong sayang anak2 yong walaupun korang kadang kala suka membangkitkan perasaan panas di dada yong ni.. hahaha... yong suka marah2 korang tapi hati yong terlalu menyayangi korang semua. tapi bila korang degil, yong rasa nak anta korang p sekolah pondok kat ulu kampung mcm dlm citer qaisara masa bulan pose tu. baru korang tau...

kena tinggal

kesian budak cikenot ni. sedih sangat sebab kena tinggal ngan abah dan paklong dia. abah dan paklong dia p xtvt kembara 4x4 kat lubuk kawah, perak. aku ngan kak sue tak ikut sebab yang p ni semua lelaki2 yg gagah perkasa dan kuat tahanan mental dan fizikal sahaja. bagi ibu2 dan para isteri yg tak dapat ikut, sila duduk dan jaga umh masing2 supaya umh tak berganjak walau seinci pun okeh.. [sesi meluahkan perasaan benggang sebab tak dapt follow...]

suka tgk cikenot ni nangis sebab muka dia akan berubah jadi pink... ;p

penggemar corntoz yg melampau

kejadian ni semasa di K4 w.maju. budak cikenot ni kalu p maner2 mmg dia akan cari jajan ni. bermulanya dia gemar sangat mkn jajan ni masa beli kat babu roti kat umh mak aku. yg babu tu jual dlm pek kecik. sekali dah mkn asyik tya dan tya lagi.

bermulalah episod babu tadi, dorang adik beradik sangat suka akan jajan ini dan bila bdk cikenot ni tido umh aku, pagi2 kena singgah stesyen minyak jenama kulit kerang itu, harus dan wajib paklong dia beli jajan ni. sungguh taksub sekali. mmg le tak elok utk kesihatan, tapi kang kalu tak ikutkan kehendak... sentap semalaya la jawabnye...

ni kira dah boleh jadi model jajan ni... dan tak sangka, ada orang berminat dengan gmbr di atas utk buat assignment study dia.. hahaha... glakmer kau dik. yong pun tumpang glakmerrr

Sunday, January 17, 2010

sekian lama... ni la citer pending aku

bismillah...
sekian lama sudah aku tidak keudara dlm blog kesayangan ni, semuanya adalah sebab2 kesihatan aku yang tidak begitu memuaskan. aku sakit begitu berat untuk ditanggung. dari hujung tahun lepas dan sekarang dah dekat masuk 2 bulan rasanya aku terus begini.
macam benda yang terjadi bermula dari tahun baru sehinggalah ke hari ini. semua ku simpan dlm memori untuk dijadikan bahan cerita. namun hari ini hanya benda2 yang menarik sahaja boleh aku kongsikan disini.

beginilah keadaan aku setelah sekian lama asyik batuk2, selsema dan demam yang tak menentu. sehinggakan pada jumaat-8 jan, aku makin teruk. hubby bawa ke klinik dan doktor kata aku kena semput. mm.. takde dalam keturunan aku yang punya penyakit asma. mungkin ni semua sebab batuk aku yang berlarutan. aku kena sedut gas untuk cairkan kahak. lepas aku buat benda alah ni selama lebih kurang 10 minit, badan aku mengigil begitu teruk. doktor kata ubat yang dicampur tu menyebabkan aku jadi begitu. huh... serius aku tak tahan.. rasa macam nak mati. sampai ke malam rasanya.

sape lagi yang nak teman kalu bukan hubby dan budak kecik tu. hubby naik risau dengan keadaan aku. bila doktor kata aku kena lelah.. dia macam tak percaya. aku lagi la. mane pernah seumur hidup aku aku sedut gas yang berkuap tu.. huh... mmg tak sedap!

inilah ubat2 yang doktor soh aku makan. ubat2 yang memang biasa dapat kalu kita sakit. tapi ade satu ubat ni yang memberi seribu kejutan pada aku dan hubby...

inilah ubatnye. aku mmg tak sangka giler aku dapat ubat ni. aku ingat habis sampai sedut gas je. tapi rupanya sampai kena telan ubat lelah plak lagi.. ini dah kes berat ni...
aku mmg tak telan langsung ubat tu. sebabnya ubat tu akan jadi macamana aku sedut gas tu. tak sanggup weh kalu aku mengigil lagi satu badan. tak sanggup doh...

dada aku makin ketat ranya dan kadang kala aku rasa sukar untuk bernafas. aku ke klinik panel kat opis plak. cek punya cek... doktor saran aku amek inhaler dari aku mkn ubat lelah tu. so skang ni, hidup aku bergantung pada inhaler ni. ke mana aku p aku kena bawak selagi batuk aku tak sembuh. siapa sangka kan... seumur hidup aku, ni lah kali pertama aku amek inhaler ni. rasa mcm teruk plak sakit aku ni... tapi bila mlm je mmg aku susah nak tido.. sukar untuk bernafas mcm biasa. adoi.. tak cukup ngan inhaler tu, aku kena makan sekali ngan ubat paru2. sebab doktor kata nak mengelakan dari paru2 aku dijangkiti kuman. sampai bila la nak baik gamaknye...
tu citer pasal sakit..
selain tu.. tahniah la pada hubby sebab dah lulus aras iv exam ptk. wah.. terer gak eh. aku pun tak lulus2 lagi ni.. hehehe... naik gaji lah ye thn depan. alhamdulillah... moga2 dpt naik pangkat.. insyaAllah..
kakak yaya dah masuk tadika. kak sue kata dia la paling besar sekali dalam kelas tu. harap dia dapat jadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. belajar rajin2 tau kakak...
abang aiman makin nakal.. aku tak tau la kenapa degil sangat. malas skit nak belajar. bukan tak pandai tapi malas. kalu buat betul boleh pun... mmm... kesian ibu dia.. hari2 jadi tarzan...
adik plak makin hari makin mengada makin manja makin menjadi perangai dia. terlampau manja ke.. terlampau ikut kehendak ke.. aku pun tak pasti. kadang tu rasa nak cubit je peha dia yang keding tu... hahaha...
awal tahun ni aku dapat 2 orang anak sepupu.. sorang anak kak na iaitu kakak pada juki. yang berada di kelantan. nama baby baru tu muhammad adam dan lagi sorang anak kazen aku jgk, anak pada pasangan ijai dan yana yang baru kelahiran baby boy jugak yang diberi nama muhammad aidil firdaus. bertambah anak sepupu dan bertambah jugak la duit raya tahun ni..
rasanya itu je kot citer2 yg nak dikongsi, eh... lupa... aku rasa kalu ade yang rasa aku ni macam hebat baik tak payah skodeng blog aku ni sebab aku rasa membazir masa korang je okeh. sebab kalu dah rasa aku ni macam hebat wat pe nak layan blog aku kan. tapi rasanya macam hebat tu lah yang buat korang rasa nak layan citer2 dari aku ni kan.. eh... mak aku kata tak baik dendam.. ok lah.. dengan rasa rendah diri, aku tak mau gaduh2... kita tetap hamba Allah yang punya kesilapan masing2. harap sape yang terasa ni, aku minta maaf ye. kalu jumpa aku jgn le jeling2 aku lagi... kita kawan okeh... dunia ni hanya sementara... bila2 boleh mati, takut tak sempat minta maaf plak. terpulang la pada yang terasa, tapi aku tetap hulur seribu kemaafan pada korang moga korang maaf kan aku. thn baru ni tak nak musuh ngan sape2 lagi sebab mak aku kata tak baik buat mcm tu kat bumi milik Tuhan ni...
skang ni aku berada di rumah kak sue sebab semalam hubby ngan juki p lubuk kawah bersama rakan2 4x4. kami tak p sebab yang p semua jantan2 sahaja. jadi pada ibu2 sila goyang kaki kat umah ye... tipu aku goyang kaki kat umah kak sue... semalam p lepak kat umah mak. tido sane sekali. pagi tadi balik semula ke umh kak sue, tgh tadi p tesco beli barang dapur. dah masuk maghrib dorang masih tak sampai2 lagi ni. rindu kat hubby.. dia sampai kang aku nak peluk perut boroi dia tu.. hahaha...
letih la menaip panjang ni... nak tolong kak sue masak jap. nanti aku sambung balik eh. tu pun kalu rajin...

Friday, January 1, 2010

2010

kepada semua pembaca blog niezzareena memory diucapkan selamat tahun baru. moga tahun baru kali ini akan lebih bermakna dari tahun sebelumnya.

Ya Ilahi Ya Rabilalamin, berkatilah kehidupan kami. Ampunkanlah segala dosa kami. Jadikanlah kami orang yang tulus, agar perjalanan hidup kami orang yang lurus. Amin