minggu lepas kami sambut belated beday utk 4 orang anak beranak iaitu kak izan yg beday dia jatuh pada 5/1, danial~anak sulung kak izan 6/1, cik aman iaitu adik pada mak mertua aku 17/1 dan tentu2nya hubby tersayang 21/1. meriah sekali suasana pada hari tersebut. mana tak meriahnya, kami anak beranak bercakap pun macam berperang.. hahaha... tu namanya keluarga bahgia. tak gitu kak izan... ahaks.. mm... kek ni mereka2 yg sambut beday yg sponser. masing2 syer duit.
eh... candid ape lak ni... ngape cik aman tu??
ok... satu, dua, tiga.... tiup....
cian ilham... asal nak enteprem je kena marah ngan ngan cik aman. hehehe
happy birthday pada mereka 4 orang ni. moga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberkati dan dirahmati oleh yang maha Esa. utk kak izan, moga hasrat utk dapat anak pompuan akan termakbul, pada daniel.. belajar rajin2 ye.. moga jadi anak yang soleh dan selalu dengar cakap mummy dan ayah tau. jgn noti2.. pada cik aman, bila nak belanja makan ni... asyik tunda jek.. dan pada suami tercinta.. orang sayang awak dunia akhirat. moga cinta kita kekal selamanya.. wah gitu...
neneklah orang paling gembira hari tu. sebab tengok anak cucu membersar depan mata. kami lah yang selalu lepak sama2 sebabnya kami je yang selalu balik kampung. sejak kak izan pindah, nenek duduk sorang tapi tak risau le sebab umh nenek ngan umh mak depan belakang je. tak jauh pun. dari dapo nenek dia dah boleh jerit panggil mak. tapi selalu gak dia ke umah kak izan. dan muka2 yang selalu balik ujung minggu kami2 ni le. mm.. cik aman mmg duduk banting jugak. dia lah orang yang boleh diharap kalu jadi pape. ank2 nenek yg lain semua dok kat kelang. mereka pun jarang balik. iyelah.. masing2 sibuk kan.
dan tiba lah plak acara suap menyuap ni. dimulakan oleh kak izan. kek disuapkan oleh ucu mimi, suami tercinta. ucu mimi adik mak yang bongsu dan yang paling rapat dengan mak dan cik aman.
aik.. kenapa gelap sebelah gambar ni. hehehe... tu aku la tu. terpaksa la blurkan gambar ni sebab muka aku tak gebu ketika ini. sebabnya sibuk didapur kan.. biasa la, tak sempat la nak cantik2. nampak tangan pun jadi lah. tu pun dah nampak kegebuan.. ahaks.
budak ni sejak cik aman sakat dia, mula la sentap. pastu tak mau makan.. jenuh pujuk pun tak jalan. pastu layan diri sendiri. dia tak sedar aku amek gambar ni. tapi bila dah kuar flash... marah kat aku. merajuk balik. ee... ngade... dia selalu gaduh ngan aku. sebab aku suka menyakat dia.
nanti bulan 5 plak kita wat party utk beday mak dan erik. lupa plak aku nak habaq menu hari tu. mak masak meehun, goreng pisang dan jagung rebus. tak le beriya sangat sebab waktu ni dah petang, baru je makan tengahri. so menu pun menu minum petang le.
dan yang paling seronok, layan budak kecik ni. ie'ien nama manja dia. anak pada cik aman dan kak zizah. suka sangat bejoget depan tv. pastu semua benda dia makan.. main bedal je. dan petang tu sambil makan sambil sembang dan kami akhiri dengan perpisahan selepas maghrib sebab masing2 dah mula nak balik umh sendiri. esoknya dah kerja.
No comments:
Post a Comment