sekian lama sudah aku tidak keudara dlm blog kesayangan ni, semuanya adalah sebab2 kesihatan aku yang tidak begitu memuaskan. aku sakit begitu berat untuk ditanggung. dari hujung tahun lepas dan sekarang dah dekat masuk 2 bulan rasanya aku terus begini.
macam benda yang terjadi bermula dari tahun baru sehinggalah ke hari ini. semua ku simpan dlm memori untuk dijadikan bahan cerita. namun hari ini hanya benda2 yang menarik sahaja boleh aku kongsikan disini.
beginilah keadaan aku setelah sekian lama asyik batuk2, selsema dan demam yang tak menentu. sehinggakan pada jumaat-8 jan, aku makin teruk. hubby bawa ke klinik dan doktor kata aku kena semput. mm.. takde dalam keturunan aku yang punya penyakit asma. mungkin ni semua sebab batuk aku yang berlarutan. aku kena sedut gas untuk cairkan kahak. lepas aku buat benda alah ni selama lebih kurang 10 minit, badan aku mengigil begitu teruk. doktor kata ubat yang dicampur tu menyebabkan aku jadi begitu. huh... serius aku tak tahan.. rasa macam nak mati. sampai ke malam rasanya.
sape lagi yang nak teman kalu bukan hubby dan budak kecik tu. hubby naik risau dengan keadaan aku. bila doktor kata aku kena lelah.. dia macam tak percaya. aku lagi la. mane pernah seumur hidup aku aku sedut gas yang berkuap tu.. huh... mmg tak sedap!
inilah ubat2 yang doktor soh aku makan. ubat2 yang memang biasa dapat kalu kita sakit. tapi ade satu ubat ni yang memberi seribu kejutan pada aku dan hubby...
inilah ubatnye. aku mmg tak sangka giler aku dapat ubat ni. aku ingat habis sampai sedut gas je. tapi rupanya sampai kena telan ubat lelah plak lagi.. ini dah kes berat ni...
aku mmg tak telan langsung ubat tu. sebabnya ubat tu akan jadi macamana aku sedut gas tu. tak sanggup weh kalu aku mengigil lagi satu badan. tak sanggup doh...
dada aku makin ketat ranya dan kadang kala aku rasa sukar untuk bernafas. aku ke klinik panel kat opis plak. cek punya cek... doktor saran aku amek inhaler dari aku mkn ubat lelah tu. so skang ni, hidup aku bergantung pada inhaler ni. ke mana aku p aku kena bawak selagi batuk aku tak sembuh. siapa sangka kan... seumur hidup aku, ni lah kali pertama aku amek inhaler ni. rasa mcm teruk plak sakit aku ni... tapi bila mlm je mmg aku susah nak tido.. sukar untuk bernafas mcm biasa. adoi.. tak cukup ngan inhaler tu, aku kena makan sekali ngan ubat paru2. sebab doktor kata nak mengelakan dari paru2 aku dijangkiti kuman. sampai bila la nak baik gamaknye...
tu citer pasal sakit..
selain tu.. tahniah la pada hubby sebab dah lulus aras iv exam ptk. wah.. terer gak eh. aku pun tak lulus2 lagi ni.. hehehe... naik gaji lah ye thn depan. alhamdulillah... moga2 dpt naik pangkat.. insyaAllah..
kakak yaya dah masuk tadika. kak sue kata dia la paling besar sekali dalam kelas tu. harap dia dapat jadi pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. belajar rajin2 tau kakak...
abang aiman makin nakal.. aku tak tau la kenapa degil sangat. malas skit nak belajar. bukan tak pandai tapi malas. kalu buat betul boleh pun... mmm... kesian ibu dia.. hari2 jadi tarzan...
adik plak makin hari makin mengada makin manja makin menjadi perangai dia. terlampau manja ke.. terlampau ikut kehendak ke.. aku pun tak pasti. kadang tu rasa nak cubit je peha dia yang keding tu... hahaha...
awal tahun ni aku dapat 2 orang anak sepupu.. sorang anak kak na iaitu kakak pada juki. yang berada di kelantan. nama baby baru tu muhammad adam dan lagi sorang anak kazen aku jgk, anak pada pasangan ijai dan yana yang baru kelahiran baby boy jugak yang diberi nama muhammad aidil firdaus. bertambah anak sepupu dan bertambah jugak la duit raya tahun ni..
rasanya itu je kot citer2 yg nak dikongsi, eh... lupa... aku rasa kalu ade yang rasa aku ni macam hebat baik tak payah skodeng blog aku ni sebab aku rasa membazir masa korang je okeh. sebab kalu dah rasa aku ni macam hebat wat pe nak layan blog aku kan. tapi rasanya macam hebat tu lah yang buat korang rasa nak layan citer2 dari aku ni kan.. eh... mak aku kata tak baik dendam.. ok lah.. dengan rasa rendah diri, aku tak mau gaduh2... kita tetap hamba Allah yang punya kesilapan masing2. harap sape yang terasa ni, aku minta maaf ye. kalu jumpa aku jgn le jeling2 aku lagi... kita kawan okeh... dunia ni hanya sementara... bila2 boleh mati, takut tak sempat minta maaf plak. terpulang la pada yang terasa, tapi aku tetap hulur seribu kemaafan pada korang moga korang maaf kan aku. thn baru ni tak nak musuh ngan sape2 lagi sebab mak aku kata tak baik buat mcm tu kat bumi milik Tuhan ni...
skang ni aku berada di rumah kak sue sebab semalam hubby ngan juki p lubuk kawah bersama rakan2 4x4. kami tak p sebab yang p semua jantan2 sahaja. jadi pada ibu2 sila goyang kaki kat umah ye... tipu aku goyang kaki kat umah kak sue... semalam p lepak kat umah mak. tido sane sekali. pagi tadi balik semula ke umh kak sue, tgh tadi p tesco beli barang dapur. dah masuk maghrib dorang masih tak sampai2 lagi ni. rindu kat hubby.. dia sampai kang aku nak peluk perut boroi dia tu.. hahaha...
letih la menaip panjang ni... nak tolong kak sue masak jap. nanti aku sambung balik eh. tu pun kalu rajin...
No comments:
Post a Comment