Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Andai aku terlupakan Tuhan
Dalam kelapangan dan kesibukan
Dalam kesenangan dan kesusahan
Tolong ingatkan saya
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan
Tolong ingatkan saya
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Supaya ingat pesanan guru
Bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan
Tolong ingatkan saya
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan
Dengarlah dan bacalah al-quran
Tika radio penuh hiburan
Tika tv penuh hindustan
Tolong ingatkan saya
Di mana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat dan dijarangkan
Di mana islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat, diketat dan dijarangkan
Tolong ingatkan saya
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi peringatan
Sentiasa menerima teguran
Tolong ingatkan saya
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Kalau bercinta biar keranaNya
Dalam memilih utamakan Iman
Kelak ikatan dihindari syaitan
Tolong ingatkan saya
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan
Tolong ingatkan saya
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Allah berfirman yang bermaksud :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran"
Diri ini milik Yang Kuasa
KepadaNya jiwa diserahkan
Segala-galanya Dialah tumpuan
Allah berfirman yang bermaksud :
"Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran"
Surah Al-Asyr. Jika manusia itu mahu berfikir, mereka tidak akan terdampar ke dalam penyesalan yang tiada berkesudahan. Pada waktu kaya, mereka ingat bahawa kekayaan itu tidak akan kekal sehingga mahu dimanfaatkan kekayaannya itu dengan baik. Sebab ingat bahawa pada suatu masa nanti dapat berganti dengan kemiskinan yang tiada diduga. Seandainya perkara ini terjadi, maka tiada penyesalan baginya, sebab memang sebelumnya telah dibayangkan di mana kehidupan dunia ini penuh dengan segala kemungkinan yang tidak seorangpun yang dapat mengetahui.