ini adalah citer yang hampir nak basi sebab dah nak masuk minggu seterusnya baru aku berkesempatan mengentrikan citer ni. bagi aku biar lama maner citer tu berlalu sekalipun, aku tetap akan masukkan juga. itulah yang dinamakan kenangan abadi..
waktu ni aku menghadiri majlis kenduri kawin member opis, fie dan pasangannya ayem. masa ni memang dah lambat sebenarnya. masa kami sampai penggantin dah pun menjalankan acara bersanding dan makan beradab. elok aku sampai, fie tengah bersalaman dengan sanak saudara. jadi, masa tu dia dah nampak aku dan sempat lambai tangan pada aku. [nasib dia nampak]
[gmbr dr blog lyn]
sama cantik sama padan... bagai pinang dibelah dua... uda dan dara yang begitu sepadan sekali. alhamdulillah.. selamat penggantin baru fie. moga kekal ke anak cucu. gambar ni aku amek dari blog lyn [sorry lyn, amek tanpa kebenaran] hehehe. tak sempat nak bergambar ngan penggantin sebab dorang sibuk bergambar dengan keluarga dan saudara mara masing2. masa aku balik pun tak sempat nak jumpa fie. maklum lah, raja sehari kan... dorang pun bz dengan sesi fotografi kat atas pelamin tu. aku jumpa dia kemudianlah, bila dia dah masuk opis nanti.
[kami tetap bertiga]
lepas dari kenduri fie, kami ke sejangkang pula. ke rumah makcik hubby yang mengadakan kenduri sambut puasa. wah... begitu awal sekali ye. mungkin masa tu je kot yang sesuai bagi mereka sekeluarga. sampai je dah siap semua hidangan. hanya menunggu orang dari surau je untuk memulakan majlis.
lepas selesai bacaan doa, kami semua lepak kat belakang umah tuan rumah. apekah tujuan kami?? apa lagi... menjolok buat mangga la... banyak giler terjuntai atas pokok tu. dari takdak orang nak makan, dari busuk begitu sahaja, baik kami je yang perabihkan ;p. nampak pak metua aku yang berbaju purple tu... cewah.. sambil tangan di pinggang dia melihat gelagat kami semua. mak metua aku plak sibuk di dapur
sebenarnya kak izan yang kepingin sangat nak makan mangga tu. maklum lah... mengIDAM la katakan... tengok gambar tu, kecor ayaq liq aku tau.. jangan ke kata makan kat situ terus, siap bungkus lagi ok.. makaceh le pada tuan yang sudi wakafkan mangga tu pada kami :D
adik mula tu malu2 kucing, pastu makin lama makin mesra ngan abang daniel, abang ilham dan kakak ika. selesai semua perkara, kami berangkat pulang jam 6.30 ptg. mak metua siap bungkuskan lauk lagi untuk besannya iaitu mak aku dan kak sue sekali. hehehe... terima kasih le banyak2. bulan ni aku ngan hubby akan menjadi orang yang paling sibuk sekali. maner dengan persiapan kenduri sambut menantu di rumah keluarga mertua aku di banting dan dalam masa terdekat ni jugak, insyaAllah adik ipar aku yang kedua plak nak melangsungkan pertunangan. argghh... aku akan menjadi lebih bz dengan tugas yang telah diberikan oleh mak mertua aku nanti. well... aku kan menantu sulung. ahakssss....
3 comments:
elehhhhh nk kate menantu sulung ke menantu kesayangan......????
dua dua pun boleh.... ;p
yg penting ank mak comel....jgn jeles..biarlah menatu syang ke sulung ke asal bahagia kan....
Post a Comment