Wednesday, August 5, 2009

...pangkor part 2...

hari kedua di pangkor, kami sewa motor untuk jelajah satu pulau. motor yang disewa selama satu hari dengan bayaran sebanyak RM30. kami sewa kat tempat kami menginap tu. senang ajo, p kat kaunter habaq nak sewa motor dan motor memang dah stanby depan kaunter. motor kriss yang agak baru rupanya dan alhamdulillah, motor tersebut dapat menerima beban yang berat seperti kami berdua ini... huhuhu... tapi india yang bertugas kat kaunter tu cakap, kalu pancit tanggung sendiri... aduh... menanah telinga den...


dah round separuh pulau, kami singgah kilang satay untuk melihat sendiri macamana dorang memproses makanan yang dibuat dari segala jenis hidupan laut. harga pun agak murah berbanding kat pekan dan lumut.


pastu kami ke pekan pangkor untuk bekfes. huh, masa ni memang lapo gile. kami singgah restoran nabila balqis dan menunya biasa aje, kari ikan, ayam dan ikan goreng. tapi selera siot... pastu pusing2 pekan kejap dan terus balik bilik rest kejap.


dalam jam 3 ptg kami pusing2 lagi. masa ni memang tengah panas terik. kami ke satu tempat yang diberi nama lin je kong. tempat ni tokong cina sebenarnya tapi banyak dengan replika haiwan, tumbuhan dan sebagainya. dan sebenarnya banyak memori indah masa dulu2 kat kawasan ni. kat sini la aku ngan hubby berposing maut masa alam percintaan dulu... muehehehe... layan je la gambar2 kat bawah ni ye...



lama gak kami kat tempat ni... sembang mengenai masa muda dulu2... hehehe... romantik plak...


seterusnya kami pusing2 kat pasir bogak dan lepak jap kat pantai disitu. singgah kat warung cik kiah kot kami beli kuehtew goreng dan cucur udang. balik semula kat pantai teluk nipah. kami lepak kat warung yang tak bukak tepi pantai tu makan sambil menikmati udara dan angin segar. huh... syok wooo... kuehteow cik kiah tu sangat sedap


habis makan kami jalan2 tepi pantai, fulamak, air tengah pasang beb. ngeri plak waktu tu. besar betul ombak... nampak tak gambar kami kat atas tu.. aku ni takut skit ngan air laut ni...



tapi disebabkan hubby sibuk nak amek gambar, aku wat wat berani je la..



dalam pada takut tu, leh plak aku terpengaruh ngan ajakan hubby untuk mandi.



gambar atas ni aku suka... mula2 hubby lepak atas pokok tu air tak berapa berombak sangat. lama gak dia lepas atas pokok tu... tak disangka, air mungkin makin pasang, ombak jadi begitu kuat sampai nak cecah tapak kaki hubby. cuba korang tengok gambar tu betul2... melopong wo aku masa tu... aku tak dapat bayangkan waktu tsunami dulu...


naik pening plak bila dah mandi laut ni. aku tak tahan ngan air laut ni, rimas sebab melekit lekit... terus masuk bilik mandi. tengah aku mandi hubby kata dia nak ke pantai nak amek gambar matahari terbenam... tanya aku nak ikut tak, aku kata tak mau la sebab dah mandi, nanti melekit balik. so aku lepak la kat bilik sorang2... lama lak tu dia pegi, aku ni dah le penakut. bila dia balik dia tunjuk gmbr yang dia dah berjaya amek... dia kata dah lama dia pasang niat nak amek gmbr macam tu dan korang lihatlah sendiri hasilnya.. tak le sehebat fotographer professional, tapi aku kagum ngan usaha dia...

malam tu kami habis kan masa dengan lepak kat kedai makan sambil tengok gelagat orang yang lalu lalang kat situ... banyak kenangan indah hari kedua ni... semuanya dalam memori indah antara aku dan dia. tunggu next day plak... bye!!!


5 comments:

Anonymous said...

halamak.... cantek tu... cayalah! romantik korang ek

Anonymous said...

takkan ni je gmbr ko? mesti ade yg romantika di tampoi...hekhekhek..syer la

iena hamdi said...

weiii... ni tempat cintan cintun kekasih lama aku ni... amboi mermaid tu hidup lagik.. ahahhahahaa

aku pernah jumpa ko kat sini kan mek

my-niezzareena said...

ishh...mane leh letak gambo sen'set2 ni... haram utk tuntutan umum le...

mek na, aku penah jumpa kau ker??? tak hengat la beb???

ayulicious said...

hamboi...posing maut punye....