Daisypath Vacation tickers

Tuesday, December 30, 2008

salam tahun baru

kepada semua blogger
aku ucapkan selamat menyambut tahun baru
happy new year
moga kalian lebih bersemangat utk menempuh
tahun baru 2009
buang yang keruh
ambil yang jernih
tinggalkan segala yang pahit
jadikan memori indah pada setiap kenangan yg ada
h a p p y n e w y e a r ! ! !

Monday, December 29, 2008

ape keje aku


sepanjang cuti ni aku kat umah je
hubby aku keje
dah mula pendaftaran untuk staff baru
tu yang aku bosan teramat sangat
tak de keje nak buat
sementara nak tunggu masak ni
aku saje skodeng blog kekawan
semua pun takde citer baru
mungkin masing2 tengah syok bercuti
aku je la yg keseorangan kat umh
mengemas, membasuh, mengosok
semua dah setel
eemm.....
ape nak masak ari ni pun tak terpk lagi
rasa2 cam nak masak asam pedas daging
goreng ayam atau ikan
goreng sayur
wat sambal belacan
hehehehe.... syok gak tu
ok je, nak skodeng blog mmbr lain lak ni
chowwww....

Friday, December 26, 2008

salam maal hijrah


kepada semua umat islam
selamat menyambut tahun baru hijrah
semoga kehidupan kita
sentiasa diberkati dan dirahmati olehNYA
~ selamat bercuti ~

Wednesday, December 24, 2008

melaka - part 3


kalu p maner2 mmg le depa ni suka sgt wat bbq
tengah ramai ni seronok la...
kalu p dua keluarga je kami lebih suka masak sendiri
dari makan kat kedai
mak aku ni cerewet skit
dia tak suka membazir
kalu masak leh tambah berapa byk suka
kalu kat kedai bayar je mahal
rasa belum tentu sedap
so malam tu kami panggang
ayam black paper, ayam kunyit, sosej, ikan
goreng nuget, french fries
masa dorang tengah bz membakar ni
aku ngan hubby kuar p cari kek
pusing2 jap keliling ayer keroh
syok la suasana malam
tapi aku tak bawa kamera lak masa tu
ingat nak cari secret recipe
tapi kat bandar melaka
jauh la plak
so kami ke tesco je


sampai kat chalet balik
belum turun dari kete
adik dah jerit nama paklong dia
mak kata dia merajuk sampai nak nangis sebab cari kami
tetiba lupa lak nak bawak dia skali
bila dah turun asyik bergayut je la kat kaki paklong dia tu


kek kami biasa je
untuk suka2 sambut ngan anak2 comel ni
dorang tu mmg suka tiup lilin
tak kira beday sape pun dorang nak gak tiupkan
so malam tu kami santai sepuasnya


pagi2 lagi ayah dah kejut aku
minta kupon breakfast
lapar katanya
masa tu dah kol 9
yang lain masih terbongkang lagi
mak ai... sedapnye tido...
sejuk je malam tu
mungkin sebab suasana kampung kot
bila aku dah terjaga
dan tak boleh tido balik
aku mula la wat kacau kat semua
aku kejutkan semua
terus ajak p berendam lagi
ha kau.. pepagi buta tu
dengan angin sepoi2... mengigil kesejukan




yang penting anak2 happy
masing2 tak mau naik
kami berendam sampai kol 11
pastu balik chalet
nak pek barang2
kena ready awal
kalu tidak takut lambat plak
tapi aku dah standby minta check out lewat
dapat dalam kol 2.. habis pujuk tu beb


dah siap semua
kami ke alor gajah
p kenduri kawin anak kedua makcik
dorang ni dok kat cheras
tapi kalu wat kenduri kendara suka kat kat kg
dorang dah beli tanah kat sane
dah wat umah pun
meriah majlis tu
ramai sedara mara sahabat handai
selamat pengantin baru angah
moga kekal ke anak cucu


tak citer banyak
kami terus pusing bandar melaka
tahun lepas pun cam gini gak
masa tu kenduri kawin anak sulung makcik aku
kali ni tak pusing jauh pun
sebab dah puas pusing thn lepas
cuma kami berniat nak naik melaka river cruise yang pusing sungai melaka je
bot yang kami naik tu nama laksamana cheng ho
masa tu dah nak senja pun
akan pusing selama 45 minit dengan bayaran RM5 seorang








sepanjang perjalanan
lawa2 pemandangan
umah2 kg semua cantik2
nampak menara tamingsari
bila la nak rasa naik benda tu
tak sempat masa lak kami nak naik time ni
lain kali lah
ade satu umah kg ni
atap umah dorang cat lambang bendera malaysia
wah... bangga...
kreatif depa ni
yelah... mesti nak tarik pelancong kan
pusing2 waktu malam lagi best
kalu siang tak de ape sangat
kalu malam meriah ngan lampu2
sampai senja kami pusing2
kami bertolak ke kl dalam kol 8 lebih
sampai dalam kol 10
penat sangat
yang pasti, kenangan di bandar melaka
akan menjadi suatu memori yang cukup indah
buat kami semua
lepas ni kemana pulak
tunggu...

Tuesday, December 23, 2008

melaka - part 2


sambungan..
bila dah releks kejap
kami kuar cari makan
perut mmg lapo gile
lupa nak bagi tau
seri warisan ni terletak dalam taman mini m'sia
kami tak kuar jauh pun
cuma makan kat kedai makan dalam tu je
makanan mmg sedap2
dalam keadaan demam
aku boleh makan 3 benda
kuehteow goreng basah
nasi goreng cina (rasa skit hubby punya)
roti bakar (mak punya)
lepas makan jalan2 depan pintu masuk ke taman mini tu
tak masuk pun
aku tak sure berapa kena banyar
malas nak masuk sebab waktu dah ptg
masa untuk berendammm


cepat2 balik chalet tukar baju
ayah tak join sebab dia sakit perut
mau taknye
aku bli stok asam takut aku pening
sebab aku kan tengah demam
batuk tak berenti
aku takut pening tu yang bli stok asam
banyak gak la
yang tukang habis ayah aku
dia boleh layan sorang2
sebab sengal tak dapat hisap rokok gamaknye
hubby aku ni dalam kete dia tak leh smoke
kalu nak, kena berenti
tapi dalam kete aku tak pe ok..


yang seronoknye
layan budak kecik tu
masa ni kak sue ngan sepupu aku tak sampai lagi
dorang dalam perjalanan
sebab tunggu hubby masing2 balik keje
tu yang kami jalan dulu
berendam sampai kol 7
sebab kol 7 tutup
kalu tak tutup lagi
mau sambung sampai ke malam kot
syok la sebab kat tepi cafe tu ade lifeband
boleh le goyang inul dalam pool tu
hehehe...
adik tak mau naik
sampai cebek je mulut
merajuk le tu
sampai dah biru bibir pun tak mau balik
bila dah nak gerak ke bilik
dia tak mau dukung
jalan sendiri sambil badan kena ikat ngan towel
layan je lah dik oiiii...

melaka ~ part 1


minggu lepas adalah percutian kami anak beranak ke melaka
sebenarnya untuk ke kenduri kawin je pun
alang2 dah jauh perjalanan
malas nak letih kat tengah jalan
aku buking chalet di ayer keroh
nama chalet tu yang lama ayer keroh resort
tapi dah tukar ke seri warisan resort
aku amek 3 bilik
asal 2 bilik je
dorang renovate dapo jadi bilik kecik
tu yg ade 3 bilik
so umah kami tu takde dapo le
dan kami wat dapo sendiri
masak kat ruang tamu
kelas tak...
macam umah sendiri je


ni penandangan dari arah pintu masuk nak ke chalet
aman je rasa
sesuai le bagi keluarga yang mahukan ketenangan


kami diberi chalet 307
hampir ke penghujung jalan
ramai gak yang menginap hari tu
sebab masih dalam mud cuti sekolah kan


aku rasa seronok dok kat seri warisan ni
tenang, aman, damai, tenteram, nyaman
penuh pokok kehijauan
redup je
dapat kawasan umah cam ni pun best gak


emm...
nampak tu
penuh pokok kelapa
belakang chalet tu macam kawasan hutan
tapi hutan dalam jagaan la
bukan penuh dengan semak


lawakan
siap ade ruang santai lagi kat anjung rumah
tu le tempat bbq belah malam
kalu umh sendiri
petang2 boleh bancuh kopi
lepak kat luar umah
sambil mengumpat ngan jiran sebelah
muahahaha


aku lupa nak snap gambar ruang tamu
ni je yang ada
luas gak la
nampak tak 'mem' dah letih
yang pak mertua ngan menantu tu dok godek tv
yang tak bestnye takde astro
channel 1, 2 3 je
yang tak best lagi kena cari signal sendiri ok
terpaksa la angkat turun area
alih depan belakang
alah... janji leh tengok
dari takde ape
betul tak


sibuk je hubby aku ni
aku nak snap bilik
dia leh semak kat tengah tu
emm.. posing je la
ni bilik utama
ade aircond
luas gak bilik ni
ade almari baju lagi
tapi bilik air satu je
tapi luas gile
sape yang tak cukup ruang tido
boleh tido dalam bilik air ok


ni bilik kedua
ade aircond gak
ok gak la
selesa


ni le dapo yang dijadikan bilik
bilik ni ade lagi satu pintu ke belakang rumah
asalnya pintu dapo le gamakye
bilik ni no aircond ok
just kipas dinding
tapi malam sejuk beb...
aku ngan hubby amek bilik ni je
yang lain tu bagi sepupu sepapat yang ramai anak
citer selanjutnya
selepas ini
tunggu...

aku dia dan KR


hehehe
tq 2 hubby sebab belanja kr
dia kata untuk aniversarry
tak sempat nak pk nak makan kat mane
alang2 dah lalu terus singgah




dia kata kalu ade masa p bercuti berdua
emm.... tu yang aku suka dengar
bercuti je ke
takde pape special ke
hehehe....

art exhibition


sebenarnya ni mmg citer lama
sebabkan aku tetiba teringat
tu yg baru nak masukkan citer pasal lukisan ni
kalu engkorang nak tau
aku ngan kak ct kat atas tu
bergambar kenangan bersama
harga lukisan yang bernilai RM1.3 juta
percaya tau tidak
bukan jenis lukisan biasa ok
mmg seni gile pelukisan tu
mula tu aku dah nampak
ada sorg mamat yang dok tepi tu
aku ingat org yg jaga kat situ
rupanya dialah pelukis sebenar
argghh.... very sempoi muka dia
kalu korg tgk pun korg takkan percaya
yg lagi tak bestnye
aku nak bergambar ngan dia
maklum la... xcited gile kan
tapi baru je nak ajak
dia angkat kaki p hisap rokok kat luar
aduh.... frust makcik...
tunggu punya tunggu...
hampeh... lama betul...


member aku cakap ni kali ke 3 dia buat
sebelum ni ada orang pegang2
mungkin ade yang pecah2 skit
ada yang terbalik jatuh
tapi aku respek la
cara dia buat mmg halus
lukisan ni jenis timbul
kira cam 3d la
aku pun tak tau
ade ke tidak org beli
aku harap ade la
kalu aku banyak duit
aku mmg beli lukisan ni
seni beb...
aku suka








ni lagi satu
sekali pandang je dah buat aku terpaku
ade sesuatu makna kat lukisan tu
bila tenung macam sayu je hati
aku pun tak tau kenapa
aku lupa plak harga dia
tak silap dalam RM90 ribu kot
entah laaa

yang ni plak
aku suka sebab kerja tangan pelukis ni halus gile
kalu daun pokok kelapa tu
mmg cam real je dari jauh
bestkan kalu ade bakat cam dorang ni semua
sekali tengok cam senang je nak tiru
tapi rasanya kalu buat sendiri
mau jadi cam lukisan budak tadika kot
budak tadika pun lawa lagik
hehehehe

senang citer
semua lukisan yang ade kat situ
aku suka
tahun depan kite tgk plak
berapa harga paling mahal yang ada
eh lupa nak bagi tau
exhibition ni dorang buat kat opis aku
tahun depan ade lagik
mmg setiap tahun akan ada
so tunggu next year ok...

Friday, December 19, 2008

kosong



arrrgghhh...
kenapa dgn aku ari ni???
macam jiwa aku kosong bangat ni
ape yg tak kena
semua tak kena
ari tu dah demam
ni rasa mcm nak demam balik
sakit tekak teramat sangat
batuk tak berenti
badan sakit2
mula la rasa jiwa kacau
mud keje pun takde lgsung
yg aku nak
baring... tenangkan jiwa
dalam bilik gelap, sunyi, nyaman
aduii...
serba tak kena ni
chow.......

Thursday, December 18, 2008

anniversary 4 thn

alhamdulillah
hari ini genap usia perkahwinan kami
yang ke 4 tahun
kami bahagia seadanya
cuma belum ade rezeki
untuk mendapat zuriat sendiri
aku sentiasa mendoakan moga
kasih dan sayang kami
sampai ke syurga

pernikahan dan perkawinan
telah membuka tabir rahsia
cinta antara kami berdua
atas nama cinta
kami bersatu
atas nama kasih
kami bahagia
atas nama sayang
kukuhnya jalinan kemesaraan
Ya Allah
kekalkan cinta, kasih dan sayang
antara kami berdua
hingga ke hujung nyawa
amin...


Wednesday, December 17, 2008

alkisah

sementara ada masa ni
aku upload gmbr2 mak
saje nak buat kenangan dlm blog aku
bukan untuk menunjuk2 ok
tapi sekadar memori indah utk dikongsi
bersama anak tersayang
dan sepupu sepapat yg entry blog ni
kalu ade yg rasa aku nak berlagak
p mampus ngan org tu
yg penting ni blog aku
aku punya suka ape aku nak story
kalu ade yg makan hati atau susah hati
p kat bukit antarabangsa tu
terjun dari atas sampai bawah



yg lelaki ni sepupu aku herry
ngan wife dia effa
anak dia ikhram khalif




uncle, mira, untie, mak, effa and ikhram






dah beso ikhram ni
effa mengandungkan dia masa dah start dok kat uk
kebetulan terus lekat bila dah pindah sane
sampai skang aku tak pernah jumpa dak ikhram ni
mak kata comei sesangat
mak kata raya thn depan dorang nak balik sekejap
leh le aku jumpa dak comei ni
lama dah dorang kat sane
dari herry sambung study
sampai dapat kerja
mak kata dorang akan dok sane
sampai habis tempoh visa
emm... cari duit byk2
pastu balik sini
leh beli sebiji umh cash
wah... hebat
lagi sorang adik herry ada kat sane
nanti lepas ni aku masukkan gmbr dia
khairul ni kepala gile skit
suka wat lawak
ade je yg kelakar
dia pun sambung study kat sane
emmm... bagus anak2 untie aku ni
untie ni kakak pada ayah aku
hubby dia uncle lagi kepala gile2
tu yang menurun kat anak dia khairul tu
kalu ada 2 org tu
gelak sampai tak cukup nyawa la dibuatnya
k la, next citer
selepas ini ok
chow...

yuhu...

hallu everybody
i'm back
sorry le lama meninggalkan alam blog ni
maklum le
sejak opis aku block benda alah ni
aku jadi malas nak buka kat umh
asyik berebut laptop je ngan hubby
since dah ok balik kat opis
aku akan cuba untuk mengimbas kembali
citer2 sebelum ni
tu pun kalu rajin

story pertama
mak dah balik


alhamdulillah
mak aku dah selamat sampai hari isnin
aku ngan hubby bersama adik syasya p jemput
masa kat airport
seronok sangat bila nampak mak dari jauh
rindu giler kat dia
lama mak tinggalkan family
3 minggu lebih

malam tu juga mak masak untuk kami
wah.... sedap2 lak tu dia masak
mak tak kira penat
asal leh berkumpul anak beranak
dah dapat menghilangkan rasa letih dia

cam biasa la
macam2 citer mak story malam tu
best je bila dengar mak citer sepanjang dia kat sane
emm... bila le aku lak nak jejak kaki kat kota london
agaknya kalu takde org sponser
tak jejak kot... hehehe
nanti aku syer gmbr mak masa kat sane

story ke2
selamat pengantin baru

sahabat aku noraza linda selamat
mendirikan rumahtangga bersama
pasangannya idezulamri
aku sempat pegi belah lelaki je
meriah majlis dorang

lagi sorang syeida
budak opis aku juga
selamat pengantin baru
dia baru je masuk kerja balik ari ni
wah... cuti lama nampak
dah puas honeymun ke...

pada mariam
aku minta maaf bebanyak
sebab tak sempat langsung
nak p kenduri kau
tq 'gift' yg kau bg kat aku
cantik...

pada semua pengantin baru
aku doakan moga kalian kekal
ke akhir hayat

story ke3
tahniah

kpd sepupu aku
ieda & yie
tahniah pada kalian
selamat menimang cahaya mata ke3
comel bangat anak korang

pada iena
tahniah le
berjaya juga kau amek alih kedai jamu kat tesco tu
aku harap dapat jumpa kau nanti
jgn tekejut bila aku tepuk belakang kau
and jgn lupa bagi separuh harga ok

story ke 4
happ beday

iena
sorry le aku wish lambat
happy belated beday yg ke 30
hahaha
merasa gak kau angka 30 ek
mcm tak percaya kan
hehehe... apa plan dah separuh abad ni
tambah lagi sorang ke...


k lah
aku rasa ni je kot story yg aku ingat
lain masa nanti aku sambung
member sebelah ni dah boring
dia kata kalu on blog
dia kurang kasih sayang...
ciannyeeee

Thursday, December 4, 2008

yahuuu!!!

assalamualaikum semua...
wah... cik tum happy le hari ni
mane idaknye
suami cik tum balik ari ni
dah tamat kursus pun
tadi dpt msg dari dia
skang ni kat padang besar
masa untuk shopping
hebat tak...

yang bestnye
siap tepon cik tum
tanya nak kirim ape
wah...
lagi mau tanya kaaa..
harus le mcm2 aku mengordernye
yang pasti handbag le
hehehe...

semoga suamiku selamat sampai
aku menunggu kepulanganmu syg...

Monday, December 1, 2008

khabar dr jauh

mak hari2 msg aku
rindu le tu
aku pun kalu ade masa call gak mak
dia biasa la, sekali sembang pjg lebar

mcm2 le dia tanya
mcm le kami ni masih menyusu
waduh mak...
bila nak balik!!!

bila berjauhan begini
baru le kutahu erti kasih seorang ibu
tp bila dkat, nak jenguk pun susah

perasaan rindu tu tak sama mcm mak blk kg
sebab kelate tu dgr je jauh
tapi jauh lagi kota london tu
sanyup je rasa

hai...
cemana le raya haji thn ni
selalu mak ade
kesian kami....

pada yang dkat ngan ibu
jenguk le ibu anda selalu
sayangi dan hormatilah seadanya..
kasih seorang ibu tdk dpt dicari ganti

mak!!!
bila nak kelek ni...
uuwwaaaa......

alone

kesian kat aku
keseorangan...
sebabnye, hubby aku kena p kursus
selama 4 hari 3 malam
di uitm perlis

dia baru je bertolak ptg tadi kol 3
hari ni cuma habis masa perjalanan aje
esok baru start kelas
khamis tghari baru dia balik

so, aku...
biasa la
melepak kat umah kak sue le
nak dok umh sorang2 bosan lak nanti
takut pun ade... hehehehe...

kesian aku
macam pelarian
mak pun jauh...
lom balik lagi

ape nak buat..
begini la nasib aku...
sesapa yang sudi nak kuar ngan aku
ni le time nak joli katak beb
hehehe.....

huhuhu...
suamiku....
aku rindu....

Wednesday, November 26, 2008

syasya 2 thn


24 november 2008
genap umur adik 2 tahun
dah beso ye
perangai pun makin 'comei'
pantang kena marah
cebek je bibir tu
tapi bab melawan atau membebel
bagi je kat dia
pandai mengusik no 1
kak sue ade celebrate beday dia
tak le wat beso mane
gambar je aku lupa nak amek dari hp hubby
nanti kemudian lah ye
aku pun tak berapa sihat ni
sakit tekak
macam nak demam pun ade
ni yang aku tak brape suka sgt ni
k lah, tunggu next entry

Sunday, November 23, 2008

selamat jalan mak



tajuk cam gempak
tapi sebenarnya tak de ape pun
ni sotry pasa mak aku
kami p anta dia kat klia
dia akan bercuti di kota london
bersama keluarga kakak ipar dia
ayah aku tak ikut
banyak kerja
yang sedihnye
raye haji nanti
mak tak balik lagi
kami adik beradik beraya tanpa mak
baru first time rasa tanpa mak disisi
kesian kat adik2 aku je la
cam aku tentu le balik banting

aku harap mak happy dengan percutian dia ni
jgn risau kami disini
pandai2 le masak sendiri nanti
masa mak pegi ni
kat sane musim salji
emm... mesti syok kan


ciuman rindu untuk dari mak untuk anak2
sedih la plak
mak pegi lama lak tu
3 minggu dia kat sane
mesti boring tak dpt dengar mak berleter
yang pastinye
mak jgn lupa bli ole2 untuk kami ye
bye mak!!!!
nota :
mak baru msg ngan aku tadi
waktu msia jam 9 pg
kat sane dlm jam 2 pg
mak kata tengah layan salji kat tingkap umah
sambil ingat keluarga kat sini
rindu la tu
kami pun rindu kat mak jugak
harap mak sihat sepanjang berada disane
mak bukan tahan sejuk
risau gak aku
moga mak selamat pergi
dan kembali...

jemputan perkahwinan



minggu lepas
aku terima 3 kad jemputan perkahwinan
semuanya dari member2 opis
biasa la kan
dah akhir tahun ni
nak plak musim cuti sekolah
kesempatan pada semua untuk buat majlis kawin la


jemputan dari bob dan lyn
belah lyn minggu ni, 29hb
belah bob lak sehari lepas tu, 30hb
dorang ni satu unit
dan satu bahagian
mesti bob selalu main mata ngan lyn
maklum le le
hari2 nampak...

ni dari mariam
kendurinye di buat pada 13 disember di kuala selangor
dan belah lelaki ada 14 disember di pj
yang ni berlainan tmpt kerja
yang bakal pengantin lelaki
mmg aku tak kenal

last ni dari budak guard kat opis aku
fames tak aku
sampai guard pun kenal aku
aku ni baik ngan semua orang
tak kira pangkat dan darjat (cewaaahhh)
dorang buat sekali 4 pasang pengantin
wahhh
mesti meriah kan

kepada semua bakal pengantin baru
aku ucapkan
selamat pengantin baru
moga kekal ke anak cucu
layarilah bahtera rumahtangga
dengan penuh kasih dan sayang
insyaallah...
kekal ke akhir hayat