Tuesday, March 17, 2009

ayah diserang lelaki ganasss


ahad pagi ayah diserang oleh seorang lelaki yang dalam lingkungan 40an di depan kawasan umh mak. masa tu ayah tengah bawak kete dan tiba2 ada avanza menghimpit ayah dari tepi. ayah tekejut sampai ternaik atas devider. ayah berenti nak turun tapi driver tu menunjukkan penumbuk kat ayah. ayah tak puas hati terus kejar dan halang kete dia balik. masa ayah turun lelaki tu pun turun sekali terus menyerang ayah mengatakan ayah yang salah. ayah cakap lelaki gile tu terus menjerit2 dan tolak ayah sampai jatuh. kejadian bergelut antara ayah dan lelaki bodoh tu didengari adik aku aciq yang kebetulan ada kat umh. dia ingatkan siapa yang gaduh, bila dah nampak ayah dia terus call aku yang pada masa tu aku berada dibanting. dia kata tak tahulah ayah gaduh ngan siapa sampai tersungkur ayah jatuh orang tu tolak. aku terus call ayah. ayah kata dia kena serang sampai anak jari kiri ayah putus orang tu gigit.

aku tekejut gile sampai nak menangis dah masa tu. ayah cakap dia tak tahan sakit dan nak ke klinik bedekatan. aku terus call aciq balik cakap ape yang terjadi dan menyuruh dia turun ngan mak tengok keadaan ayah. aciq kata jari ayah mcm siang daging dengan pisau tumpul. darah banyak sangat keluar. aciq menangis tak tahan tengok keadaan ayah. ayah bedegil bawak kete sendiri ke klinik kita. sampai di klinik doktor buat surat soh p ke hospital selayang. mak dan makcik aku bergegas kejar ayah kat klinik bawak p sepital selayang. masa kejadian tu semuanya berlaku pantas

bahu ayah patah sebab hentakan kuat masa lelaki tu tolak ayah dan tekena tiang lampu. masa tu ayah kata dia dah tak daya nak lawan sebab jatuh banyak kali. masa ayah tolak muka lelaki tulah dia amek kesempatan gigit jari ayah sampai putus. ayah bagi dia penumbuk sebiji kat mata baru dia lepaskan. tapi dia tolak ayah lagi. telinga ayah tekoyak skit sebab kena batu. masa kejadian tu ayah kata bini dia turun dari kete dan menjerit memang laki dia salah. laki dia nak cepat anta dia kat sepital. lepas dia dah tolak ayah mcm orang main ragbi tu, dia terus masuk kete macam tak bersalah. masa tu ayah tunjuk kat dia jari ayah yg dah putus tu... dia boleh buat muka selamba dan terus pegi. memang sial lelaki bodoh tu.


lepas x-ray, ayah masuk plak tempat ape nama entah untuk rawatan jari ayah yg putus tu. doktor kata jari ayah kena potong bagi sama rata sebab nak jahit sekali. mak kata masa tu memang ngeri giler bila tgk. mak kata muka ayah pucat sangat, badan dia lesu. jari ayah takde dari kuku hingga ke keliling pertama jari. aku sedih gile tengok keadaaan ayah.. sampai hati dan tergamak orang tu buat ayah mcm tu.

dari banting petang tu aku terus ke hospital. aku tak dapat balik awal sebab hubby aku jadi photographer utk majlis kawin sepupu dia. masa tgh sibuk2 tu aku suruh aciq ngan bf dia yang kejar ayah dan mak kat sepital. masa kat kenduri kawin tu hati aku tak tenang pk kan masalah ayah

sekarang ayah masih lagi di wad hospital selayang. tak tahu lagi sampai bila. petang ahad tu ramai dengan sepupu2 aku melawat ayah. kebetulan masa kejadian tu adik aku yang bongsu ayu, ikut kak sue sekeluarga ke genting. family day opis marzuki. semua yang dekat ngan mak semua takde... dah nasib ayah jadi macam ni, kami redha, tapi kami semua bengang ngan lelaki bodoh dan gile tu.. tu boleh dipanggil setan! ayah keliru dengan no plat kete lelaki tu. sampai skang kami masih tercari2 no yg sebenar. masa tu ayah pening, sakit.. tu yang tak dapat nak ingat sangat. aku harap orang tu dapat le kena tangkap suatu hari nanti. kalu tak dapat pun biar hidup dia diselubungi rasa bersalah sampai ke mati. report polis dah buat. dah masuk paper malay mail pun semalam. wartawan datang ke hospital amek statment.. ayah tak mau, mak yang citer kat wartawan tu.

kami masih lagi mencari orang tu. dia mesti dok kat area umh mak aku jugak. dapat orang tu belasah cukup2 baru anta balai. puas hati aku...

anak2 buah ayah yang datang melawat... kesian ayah, nak bangun susah nak tido susah, nak jalan sakit, malam lagi sakit sebab sejuk. serba tak kena dibuatnya..




mak penuh sabar menjaga ayah dari hari pertama sampai hari ni. hari2 urut belakang ayah sebab dia kata tak tahan sangat sakitnya. ayah tak pernah kena sakit teruk sampai cam ni. ayah memang tak de penyakit lain. dia seorang yang xtif. dah jadi cam gini memang kesian sangat... susah pergerakan dia, sampai nak bangun pun kena angkat dia pelan2... sepanjang aku bersama ayah kat hospital, aku tak tahan sebak sebenarnya, tapi aku tahan sebab tak mau tunjuk kat semua yg aku betul2 sedih tgk ayah... aku doakan moga orang giler tu hidupnya merana sampai dia mampos.

hari ni hari jadi ayah.. kami semua nak celebrate beday dia kat sepital. tak sangka plak saat dia nak sambut beday ini jadinya. aku harap ayah tabah menghadapi ujian dariNYA. aku sms wish beday kat ayah pagi tadi... hepi beday ayah, moga panjang umur, cepat sembuh... kami semua sayang ayah... (air mataku mengalir)

7 comments:

iena hamdi said...

Ya allah shua... sabar shua... ngeri aku bca... kim salam ayah n mak ko k... sedih aku ni...

Aryana & Adrienna said...

astaga....samseng nyer org tu ....
betul2 samseng jalanan nie.....wat report polis biar dia dok dlm lokap tu haaa....ngan org tua pun nak jd samseng ........

my-niezzareena said...

tu le pasal... tu bukan samseng jalanan dah.. tapi setan jalanan.. jahanam masuk neraka je elok..

moga hidup dia sentiasa diselubungi misteri...

biar dia tak senang duduk sebab asyik terbanyang2 jari ayah aku yg putus tu dok kat bibir dia je...

mesti la cebisan daging tu dok ada dalam mulut dia kan... korang pk la sendiri ape dia rasa..

aju said...

shua...sampai salam pada ayah ...
aku sedey la...asal la ada manusia camni...bodoh..hati hitam,jiwa setan..aku doakan agar dia dpt ditangkap jua nanti..byk bersabar yer pakcik..

my-niezzareena said...

tq iena, ana & aju... kami sekeluarga pun berharap setan tu kena tangkap suatu hari nanti. kalu tak pun, biar hidup dia merana sampai mampos... atau kecelakaan yang sama jugak terjadi pada dia dan keluarga dia

Anonymous said...

sabaq la nooo... ade hikmah disebalik kejadian ni...

edaman said...

ya ampun shua ... inilah dia manusia zaman skang .. klu kite tak salah pon derang kata kite slah... tak nk mengaku ngan kesalahan sendiri .. sedey aku baca posting ko nih...kim salam ayah n mak ko k ...bnykan sabar shua ..anyway SELAMT HARI JADI tuk bapa mu .. semoga cepat sembuh, panjang umuq & murah rezki .. AMIN ........