ini adalah sambungan kisah percutian kami pada hari ketiga dimana jatuh pada hari beday aku. sebelum tu, bebanyak terima kasih le pada mak, ayah, adik beradik, sepupu sepapat, kawan2 opis, kawan2 blog, kawan2 fb dan sahabat handai yang lain kerana mengingati hari ulangtahun aku yang ke 31 ni. malam tu banyak sangat sms, mms yang aku terima. huh... macam artis plak.. ahakss.. dan pada hubby tersayang, aduss... very de tekejut sangat sebab nyanyi2 sambil tepuk tangan wish beday aku. agak lucu la pada ketika itu... ishh... malu plak cik temah... ;p
bebalik pada citer asal n3 ni, kami bangun agak lewat sebab asalnya semalamam hujan turun dengan begitu lebat sekali. aku dah cuak dah malam tu. mana tak takut beb... tepi laut tu... kalu pape tejadi, mana nak lari... agak tak lena la aku tido, tapi hubby tetap nyenyak dibuai mimpi. bunyi ombak begitu kuat sekali.. huh, macam2 aku pk... asyik intai luar tingkap ajoo..
dalam kol 11 lebih gitu hujan makin reda. pagi tu aku masih terima sms dari kawan lama. dalam keadaan mamai aku menjawab segala msg yang diterima tu. dah mandi wangi wangi, kami kuar p bekfes dulu. tala kuehteow grg, beli kuih skit untuk bekalan kat tengah laut tu.
dah deal ngan abang bot tu, nama dia mat, kami panggil abg mat dan bersetuju dengan segala penerangan yang dah disampaikan, kami bersiap untuk ke destinasi yang dirancangkan. dengan bot yang sederhana besonya, dengan bayaran RM50 kami dibawa pusing 2 pulau 4 pantai termasuk harga snorkeling dan xsesorinya sekali. b4 naik bot, cam biasa la, jaket keselamatan perlulah dipakai terlebih dahulu. nak nak plak macam aku ni, kan tak reti berenang... so, kenalah jaga keselamatan diri sendiri.
ini adalah 'monkey bay' dimana kawasannya terletak di pulau mentagor. tmpt ni hanya untuk kawasan berenang, banana bot, jet ski atau untuk xtvt perkemahan. abang mat tu berenti kejap je untuk tgk keadaan sekeliling. masa ni hubby lupa amek gambar sebab dia dok syok amek video. aku plak memang tak boleh diharap le sebab tangan aku dok kejang pegang tepi bot tu... hehehe... takut jatuh le..
seterusnya kami singgah di pantai teluk ketapang. sama juga kami masih di pulau mentagor. disini kalu korang semua dapat lihat gambar diatas, terdapat sepasang tapak kaki manusia yang sedang terbaring. uishh... kaku aku sebentar ketika itu. adakah ini ciptaan manusia atau memang ciptaan dari yang maha ESA. Wallahuaklam.. inilah dinamakan sejarah... bersebelahan dengan pantai ketapang ni, terdapat pulau yang menempatkan jabatan laut punya kawasan. tmpt tu tak leh masuk sesuka hati, dapat tengok dari jauh aje.
kami dibawa pusing ke pulau seterusnya iaitu pulau giam. aduh... laju tu abg mat tu bawa. aku sampai bekerut muka sebab terlampau takut.. hubby plak relek je dok amek gambar.. takde perasaan takut langsung... ni namanya crocodile rock. nampak tu... batu yang berupa buaya. hubby memang tanya macam2 kat abg mat tapi aku yang kurang dengar sebab mata aku dok syok memandang batu buaya tu. ushh... kagum... kagum...
belakang crocodile rock tu masih terdapat tmpt bersejarah iaitu batu berupa penyu plak. emm.. masa ni aku dah macam weng skit. dok pk macam2.. memang sejak azalikah atau sebaliknye. kompius cik temah ketika itu.
dan tempat terakhir adalah coral bay. disinilah tempat xtvt snorkeling. sebelum tu kami dapat lihat begitu banyak ikan keliling kawasan snorkeling tu. abg mat bagi aku roti untuk bagi ikan tu makan. menggeletis semua ikan2 tu dapat makan. jernih kan air laut ni...
dan kami ditinggalkan di coral bay ni selama 3 jam. abg mat tanya berapa jam nak ditinggalkan sebab dia akan datang semula amek kami. hubby cakap dalam kol 3 sebab masa tu tak silap aku dah dekat kol 1. macam tu le juga pada semua pengunjung yang datang kat coral bay ni. semua akan diberi masa selama mana yang dorang suka dan abang bot masing2 akan jemput semula.
cewah... bergaya je lebih, kalu tak de jaket tu tak de maknanya bagi aku....
memang begitu ramai sekali manusia yang ada ketika itu. masa ni matahari begitu tegak sekali. panas terik sangat. masing2 dengan haluan sendiri. ada yang dok snorkeling, ada yang lepak je, ade yang kepenatan selepas snorkeling... macam2 pe'el aku tgk. ada yang dok takut, tejerit2 masa snorkeling. aku kompius boleh ke aku ni???
hubby aku ni tak payah cakap le.. dia ape aje berani. lama lak tu dia dok snorkeling. tau2 je dah jauh dia pegi... pusing tempat lain, pandang balik kat dia dah kat tempat lain plak.
aku... tepi2 bleh la.. kalu jauh skit mula la menggagau nak pegang hubby. kalu aku dok snorkeling, dia tak leh jauh dari aku. aku takut karam dilautan nanti.. huhuhu...
aku memang tak leh lama sangat dok dalam laut ni. tak berapa suka... melekit badan. rimas rasanya. lepas tu aku lepak je atas batu memerhari keadaan sekeliling. masa ni aku dah tak tenteram skit. mula la perasaan jiwa kacau tu datang.
masa ni hubby naik kejap. lapar katanya... makan le dua tiga jenis kuih yang kami beli pagi tadi. ade skit jajan sotong yang beli kat kilang satay tu. kebetulan masa ni mak aku tepon. dia tanya tengah wat ape. sembang2 le ngan dia. pastu aku tepon kak sue plak. tanya budak2 tu wat ape. masa ni tahap kepanasan melampau sangat. bayangkan dengan melekit, panas, rimas, tegang rasa kulit, sampai nak celik mata pun susah. rasa lambat plak abg mat nak datang amek. masa ni aku ingat lagi baru kol 2.15. nasib baik minta 3 jam aje... kalu sampai 5 6 jam... mau pengsan aku kat situ...
hubby pun sama dah tak larat. tapi seronok katanya. aku tak banyak cakap. kepala pun dah pening. kalu leh jalan kaki balik bilik, memang dah lama aku angkat kaki. hubby kata kelakar tengok muka aku. macam cik kiah jual ikan kat tepi jeti... aduh....
masa ni hubby cakap ni le hadiah beday aku.. berdua di tengah laut.. habiskan masa bersama. dan percutian inilah yang mampu dia bagi untuk beday aku kali ni. huhuhu... terharu... makaceh sayang... hehehe... [takde la mas berlian nampaknye.. ahakss...]
muka masing2 dah lebam. namun posing tetap yang adoooo...
sepanjang teluk nipah tu, ade banyak tmpt untuk korang sewa bot. masing2 ade nama sendiri. abang mat ni punya nama arena water sports. baik orangnya. hubby kata dia last dia turun. pastu tak mau dah. masa tu pun dah nak kol 3.
sementara tunggu abang mat sampai, hubby habiskan kuih yang ada. jangan membazir... tak elok. orang pun makin ramai yang datang. dah macam tempat simpanan manusia terpelihara je kawasan tu... hehehe.... nasib le korang... tengah panas2 ni baru nak sampai... berendam la korang bawah matahari terik tu... aku mengalah dah...
3 comments:
suka tgk korang be2 ni
knp pakai jeket x pin???
x muat ker??
hehehhehee
kurang hajo kamu ni ayu... masa tu belum nak masuk laut la.. wat lemas perut aku je... sorry eh... aku muat pakai benda alah tu..
Post a Comment