ni citer cuti raya cina minggu mingu lepas. kami balik kelantan pada sabtu 13hb. bertolak dari kl jam 6 petang. mula tu juki kata dia balik kol 1. iye sangatlah kol 1. dari sejam ke sejam kami tunggu dia. tup tup kol 5 baru balik. aku dan tido lagi lepas mkn tgh tu.. standby, takut ngantuk dlm perjalanan. musim perayaan ni mane leh bagi driver bersengkang mata sorang2... kang sedap je dia dok memotong... ish... bahaya. kami balik konvoi 3 biji kete. kami, juki dan didie sedara kami. punyalah jalan sesak... ingat dah petang ok la kot skit.. sekali dapat info dari geng amator jalan masih sesak dari tol gombak ke bentong. dari hway umh aku lak tu..
kami sepakat ikut jalan karak lama. jalan sblm adanya hiway dan tol gombak skang ni. jalan yang berpusing2 yang boleh membuatkan anda muntah sampai habis isi perut. lasti kami test jalan tu masa nak p janda baik tahun sudah. kak sue, aku dan abang muntah bagai nak giler. bilamana kami ikut jalan tu, walaupun jauh skit tapi demi utk mengelakkan kesesakkan, rasanya lebih afdal jugaklah. sekurang2 tak membazir masa.
dan seterusnya kami terpaksa jugak ikut jalan kampung iaitu lalaun mempaga dan tembus ke kuala lipis. jalan mmg jauh skit tapi tak sesak. cuma stuck time kat kawasan perkampungan cinta ape entah sebab ade pasar malam. rasa lebih selamat ikut jalan kampung sebab lebih berhati2 dan suasana yg lebih terang dari hway. kami singgah makan mlm di gua musang. masa tu kol 11 mlm. perjalanan yang meletihkan sebab bila kuar je jalan besar, kete mula bumper 2 bumper. ni la kan... cina raya ke... india raya ke.. cuti ape sekali pun... melayu jugak yang meriah. huh... akhirnya kami sampai jam 2.30 pg di depan halaman kampung ku tercinta.. kelantan darul naim.. alhamdulillah...
tido mlm tu mmg tak hengat, mmg penat giler. follow pulak didie yang tak berapa biasa lagi ngan kete baru dia tu.. kalu ikut hubby dgn juki dah lama pun sampai. takkan nak tinggal sedara lak kan. dah le tak selalu balik bawa kete. terpaksa la follow belakang. dan aku sedar pagi tu, kaum ibu yakni sedara mara sepupu sepapat dah sibuk di dapur umh cik na~kakak juki. sibuk masak utk kenduri cukur jambul anak yang baru dilahirkan. mak aku dan mak juki lah org yg paling sibuk pagi tu. aku pun p mandi siapkan diri, turut serta dalam acara potong memotong.
kenduri bermula selepas zohor. ramai jgk org kampung dan sedara mara yang datang. seronok rasanya ketika itu sebab dapat berkumpul dengan kaum kerabat. borak itu borak ini, sembang tu sembang ni
ni lah cik na... kakak juki yang ketiga. cik na ni sedap tau wat mee celup. kira kat kl mee sup la. mcm mee sup utara tu. tapi style kelantan. sedap!!! sayangnye balik kali ni dia tak dapat nak buat sebab masih dalam pantang. pulak tu cik na kena cesarean sebab anak dia berat 4kg. so pantang kena betul dan tak leh lasak. cik na ni la yg bukak kedai runcit depan umh. tu yg sedap anak2 kak sue capai tu capai ni amek tu amek ni. bankrup la cik na...
inilah dia adam zaquan. mcm dah setahun kebesaran dia. padahal baru je 42 hari. punyala besar... sedap time dukung dia. rasa tegap badan dia. dia diletakkan dalam sampan yang dibuat dari sejadah. beginilah cara org kampung. biasa2 je. takde buai bergayut ngan bunga, bergantung ngan teddy bear bagai
yang paling menarik mengenai adam zaquan ni adalah tahi lalatnya yang mmg sejak azali. kuar dari dlm perut dah terus ada tanda tu. besar sungguh kuasamu Ya Allah.. bila direnung2.. camner leh jadi dari dalam perut kan..
diam je dia hari tu. baik je perangai dia. tak sedar ape org dah buat kat dia..
selesai majlis marhaban disusuli pula dengan makan tengahari. sedap mak aku masak.
budak ni jeles giler bila aku pegang adam. dalam pada tu dia pun sibuk nak dukung sama. mcm la dia tu kuat. bila hubby amek gmbr adam, dia pun sibuk sama.
jgn kata adik sibuk... ayu pun sama sibuk..
ah... abang aiman pun sama... adoii...
selesai majlis, petang tu kami ke lata hujan. sungai di kawasan umh mak juki. lama tak p sane. last aku p masa ngan hubby. kami lom kawin lagi masa tu. lama tak lama la... dekat 6 tahun jgk la.. berbeza dah tmpt dia.
hai pompuan ni... dah bawak berjalan pun menung gak lagi. letih ke cik kak.. ke pk ape tu.. sempat plak hubby snap gambar ni. dia tak perasan pun... hahaha
hubby ku yg main tembam... bagus bini dia jaga.. hehehe
baju biru tu kazen kami, aisyah nama dia dan kami panggil ecah. mengada skit. kejap nak kawin kejap tak jadi. budak2 skang.. di mana la silapnye.. dah nasihat pun tak dengar. mengada... huh.. skang ni close ngan ayu adik aku.
ngape lak ayu ni.. asyik nak marah je... cian adik.. mak tiri betul la dia ni
sepupu sepapat yg paling rapat-ayu, ecah, farah dan naim
thn lalu ayu ade amek gmbr waktu maghrib kat sini.. ade gmbr yg bukan disebalik gmbr yg dorang amek. masa tu dia ngan ecah la... sayang aku tak sempat tgk sebab hp ayu hilang
budak kurus kering ni time kecik2 dulu takut mandi sungai. dah makin besar ni makin berani dan dah pandai swim ala basic gitu.. caya lah bang
budak sorang ni keja dia makan dan makan dan makan... baru mulut dia diam kalu ade mknan.. kalu tak mcm bertih jagung.. kakak lagi terer swim dari abang. aku pun kalah.. dia ni terlebih berani
ah dia ni. pantang nampak kamera... menci tau... mulut tutup kang masuk taik lembu plak
candid camera... jgn kata anak giler kat carntoz.. mak pun sama.. xcited lebih nampak.. kebulur kaa. punya la besar dia nganga.. jgn kata taik lembu... ngan lembu pun leh sumbat dlm mulut dia.. ok, aku tipu
makan jajan tepi sungai. sangat menarik
alamak kak sue... habis ayu ke tu... adusss
tak leh bla....
menetes ayaq ketiak aku tgk gmbaq ni
sama tembam sama padan, baru balance. balik dari lata ujan, kami balik semula ke umah menjalankan aktiviti membasuh pinggan mangkuk.. sakit pinggang woooo
esoknya kami ke pekan machang, ada pasar isnin. shopping skit. dan tak sah kalu tak singgah kedai tai poh... kedai mas daaa
mamat ni aku ingat anak tokei kedai... rupanya kaum kerabat dia je. patut la masa kami tanya harga soh dia kira itu ini dia mcm blur skit... hahaha... dia engineer la, keja kat kl. balik raya je.. adoi... tapi peramah giler. asyik wat lawak, senyum dan gelak.
dalam kami semua dok kelabu mata nengok itu ini, ada lak sorang pakcik ni tegur aku. dia kata cincin yg aku pakai tu cantik. dia nak beli sebiji mcm cincin yg aku pakai kat jari manis tgn kanan. aku tanya utk sape.. dia kata utk anak dia. nak meminang cukup bulan. aku tanya balik kenapa anak dia tak datang sekali. dia kata anak dia keja, susah cuti. pastu dia bg contoh jari pompuan bakal menantu dia. aku ckp la, kalu nak p meminang beli la cincin batu. dia kata tak nak.. nak mcm aku sbb nampak besar.. hahaha... jari aku ni mane leh pakai cincin halus, tak balance la ngan jari plak.. kelakau la pakcik ni. aku ngan hubby pun tolong la dia cari sebiji mcm aku sementara mak, kak su dan ayu tgh sibuk belek pilihan masing2... nasib le ade cincin tu dan bila dah kira itu ini, pakcik tu setuju ngan harga yg ditawarkan. yg lagi best tu dia soh aku kirakan duit yg bekepok dlm wallet dia tu. adoi... pakcik ni pun mcm slow skit. dah la bawak duit banyak, risau lak aku. dia ckp dia suka sebab aku dan hubby tolong dia. aku ckp iyelah, selamat meminang la ye pakcik. sengeh2 je dia..
agak lama la kami kat kedai mas tu. dari kedai mas tu sambung balik p pasar isnin tu. adoi... kaki aku dah lengguh giler. pastu terus ke pekan tanah merah lak. makan dulu sambung lagi shopping. tujuan utama keropok la, apa lagi kan. beras siam jgn dilupakan. itu keutamaan mak dan juki. sebab tu la kami ni sihat2 belaka, hasil beras siam le katakan...
selama 4 hari kami dikampung, rasa mcm nak cuti lama lagi, tapi terpaksa balik ke pangkal jalan. kami gerak dari kg ari selasa jam 6 pagi dan sampai kl jam 2 ptg. perjalanan yg banyak singgah sane sini membuatkan kami lambat sampai. mmg sengaja tak mau kejar masa sbb masing2 letih.
kami singgah makan kat taman sungai yu kawasan area merapoh. sungguh nyaman ketika itu. aliran air sungai dengan matahari dah mula menampakkan wajahnya disusuli dengan sejuk hutan..huh... selera sungguh kami mkn kat situ. adenya jambatan gantung ni, hubby mengambil kesempatan menyeberangi sungai tu. aku tak le rasa nak naik, gayat beb.
mak bangun pagi tu sempat goreng ayam. malam sblm tu mak masak nasi dan wat sambal ikan bilis. mak mmg gitu, dari mkn kat kedai yg entah apa rasa katanya, dia lagi suka bawa bekal sendiri.
yaya menunjukkan gigi dia yg patah. cantik la tu... muka tak mandi.
pas mkn, dua beradik tu sibuk nak mandi. bagi sekali masuk dlm air tu, terus tak tahan. sejuk giler kata dorang. mau taknye... waktu pagi nak terjun sungai, amek la rasa... abang sampai dah ketar mcm nak tumbang. yaya yang biasa lasak dalam sungai akhirnya mengalah jgk.
tidak ada aksi kuak lentang mcm selalu dan hanya mampu berdiri kaku sahaja
akhirnya kak su soh dorang naik. kesian lak tengok.. begoyang2 badan masing2. ha, tu la.. pantang lagi nampak sungai.. adik lak merajuk tak dapat turun. kalu dia turun sekali kompem tak sampai seminit. sementara tunggu budak2 ni berendam, hubby dan juki merehatkan diri dalam kete. lelap sekejap. dan perjalanan diteruskan sehingga ke kl. tapi masuk je raub terus jalan jem. kami lalu lagi jalan kampung mcm biasa. tu yg sampai agak lewat skit. raya nanti balik lagi tapi tak dpt konvoi la sbb aku raya kat banting dulu thn ni... huhuhu