Wednesday, February 3, 2010

kesian dia...

bismillah...
pagi ni aku dengar radio sinar fm. dalam keadaan aku yang mamai2 dalam kete, aku tiba2 tersentap dengan satu pemanggil yang keudara dalam radio tu. sedih je citernye. tajuk utama pagi tu adalah mengenai masalah yang di hadapi.
citer pasal caller tu adalah mengenai dirinya yang akan menjalani pembedahan pada jam 8.30 pagi tadi. bila khairil, sy dan kak engku tanya kenapa sedih, kan isteri ade. dia cakap dia sorang tak de sesape teman dia. dorang tanya balik, operation sakit ape. pastu dengan nada sebak, caller tu cakap leukemia. sentap tu aku dengar. perasaan tak sabar nak tau maner isteri dia membuak2 ketika itu.
pastu dorang tanya kenapa isteri awak tak teman. caller tu cakap isteri dia ada kat umah, dalam pantang. aduh... rasa nak menitik ayaq mata. sedihnye... kesian dia. pasti sebak sangat perasaan caller tu kan. kuat betul ujian yang Allah taala turunkan pada dia. mesti isteri dia pun perasaan tak menentu pk pasal suami dia kan. family dia pun tak dapat nak teman sebab ade kat kampung. walau aku tak kenal caller tu, aku doakan moga caller tu selamat menjalani operation tu dan moga anak yang baru dilahirkan akan terus mendapat kasih sayang dari seorang bapa.

3 comments:

iena hamdi said...

betulll sian kannn

my-niezzareena said...

tu ar iena... cian sgt2...

ayulicious said...

siannye dia....moga Allah menyembuhkan penyakit nye... Amin3...