Monday, February 8, 2010

desa water park [ 31 jan 2010 ]

bismillah...
citer pasal dwp ni dah 2 minggu berlalu. perasaan nak becerita tu sangat lah dah pudar. dan aku hanya masukkan gmbr2 yg maner terbaik saje utk dikongsi bersama kalian. banyak sebenarnya gmbr2 yg ada. letih ar nak masukkan semua. bila dah separuh gmbr dimasukkan baru kepala otak terpk knp aku tak masukkan ikut slide aje. adus.. nak ubah dah separuh jalan. jadiknye teruskan aje la.
tak plan sebenarnya nak kesini. saje aku bagi cadangan pada kak sue dan tak sangka menjadik plak. kami gerak dari umah jam 10 pagi. bekfes dulu dan kami p satu kete je. oh ya, sebelum tu kami singgah pasar pudu dulu. juki beli kipas. pastu terus gerak.

kami sampai lebih kurang jam 1tgh. panas terlampau terik ketika itu. anak2 dah tak sabar nak masuk dalam. hati dah riang ria bila tgk papan luncur yang panjang kat dalam tu. hahaha... suka suka!!!
last aku & hubby p dwp ni entah tahun bila aku tak ingat. masa tu family day opis aku. lama dah rasanya. kalu tak silap tahun kedua perkahwinan kami kot. lebih kurang 2005. tiket skang bagi dewasa RM20 dan kanak2 RM14.

muka kak sue bekerut tak tahan panas. adik plak tak sabar tunggu tiket. mcm dia nak masuk je dalam lubang kecik tu.

abang kalu bab2 main air ni mmg dia suka. cuba letak buku depan mata, terus ngantuk. nakal...

minah ni pun sama. senyap skit bebel dia

aku ngan kak sue tetap tak lepaskan peluang menjadik kanak2 ribena balik. syok wooo...

demi anak2 kami yang dewasa ni ikut saje. yg penting dorang happy

abang tetap takkan lepas pelampung sebab dia takut lemas. walhal cetek je pun.
budak kecik ni masa aku kejut pagi tu dia ok je tapi bila soh mandi dia nangis sebab dia kata kalu nak gie swiming tak yah la mandi... nanti sejuk. padahal mmg dia malas mandi masa tu.

ai... korek ape tu dik? hehehe....
budak ini sangat taksub dengan lagu jodoh dari kmpln walli. kalu aku nyanyi sama dia penyepak aku soh diam sebab dia ngan paklong dia je bleh nyanyi duet. kalu aku nyanyi jugak mula la dia kata aku gajah. siot jek...

suka tgk gmbr ni. sayang giler ngan dia...
tu dia... hero seantero... sakan dia masa ni.
paklong.. tu kan utk budak2 pya mainan. mak ai.. dia pun sekali layan. amboi 3x
kakak memang berani. ape2 aksi pun dia boleh buat. padahal tak pandai berenang pun. tapi dia terlebih berani untuk mencuba segalanya.

entah macamana adik dapat kawan pun aku tak pasti. tapi biasa ar... budak2 kalu p maner pun senang dapat kawan punya. alih2 dah jalan peluk pinggang. baju sama lak tu ngan yg oren tu.

bila aku tgk kepala paip tu teringat peristiwa adik melalak nak tgk dekat2 kepala paip yg kat ampang tu. bila makin jauh dari pandangan lagi kuat dia melalak.

-
suami isteri sedang mengawasi anak2
masa ni rasa memang penat. rehat jap
paklong mengawasi keadaan anak2
budak bucuk yg sememangnye tak leh renggang ngan paklong dia
nampak tu.. mcm romeo & juliet tau
kak sue dok pandang abang ngan kakak menggelongsor... cam berminat aje
ha... kan aku udah bilang... dia mesti naik punya.
peace....
hubby berjaya langkah benda bulat tu sampai habis
masa ni cuaca dan mendung
dan hujan turun juga menyembah bumi. anak2 dah wat muka tak bes sebab kena dok bawah payung. aku, kak sue & hubby tetap mau main ujan.
juki yang dah kepenantan hanya memerhati dari jauh
semua pengunjung dinasihatkan berteduh di kawasan yang berbumbung utk mengelakkan dari perkara yang tidak diingini. hujan agak lebat jugak. masa ni dah kol ptg. renyai je, kami sambung balik. dah kol 5 lebih kami berenti dan terus tukar baju sebab tutup kol 6. kami bersiap utk balik ke pangkal jalan.

kami pulang dengan perasaan sangat gembira. hilang tensyen kan kak sue. masing2 muka letih dan kami singgah makan kat kawasan umh aku. abang wat perangai sebab nak makan mc'd. yang lain semua lapar nasi. tu la abang... dah ikut kehendak pun masih nak wat pe'el. tu yg yong paling tak suka bila dah penat suka cari pasal nak kasi orang marah. pape pun nasib le esoknye cuti hari wilayah. dapat le rehat kat umh.


No comments: