Tuesday, April 20, 2010

menu @ intai-intai

hari ni saya nak persembahkan menu yang kami mkn semasa dinner bersama family ahad lepas. ayah beri tugas kepada saya untuk order menu² yang menarik yang ada disitu. atas bantuan mak, mari kita saksikan ape yang menarik itu. setiap satu menu disediakan dengan 3 hidangan. maklum... kan ramai...

tomyam suvarnabhumi
tak pasti kenapa namanya begitu. tetapi inilah hidangan wajib bagi setiap pengunjung. kata minah yang amek order tu. tomyam ni berunsur seafood ye. sangat malatop. memang power!
ikan siakap masak steam
kuahnya sangat mabeles! ikan dia fresh.
ikan siakap 3 rasa
yang ini pun best. 3 rasa dia memang cukup rasa.
butter prawn
hidangan wajib kami ahli keluarga. mak pun suka buat benda ni. udang dia pun fresh.
garing dia ngup ngup.. hahaha


sotong goreng tepung
isi sotong dalam tu tak le sebesar saiz yang korang nampak tu. biasa la, tepung harus lebih dari isi. tapi rangup dia yang buat kami layan sambil cicah sos yang ada sekali tu.
sizzling beancurd
yang ni tauhu telor bersama sayur campur. best sangat. rasanya sesuai untuk orang yang diet.
tot gai yam mamuang
yang ini bunyi dia mcm kombinasi togei + ayam kot. tu la bunyi dia tot gai yam. ni sebenarnya ayam goreng kunyit campur dengan kerabu mangga. dua dalam 1 la kiranya ni. sedap tau. ada kacang lagi.
ada lagi satu menu, sayur kangkung goreng belacan tapi encik suami lupa nak snap. menu air pun sama dia lupa nak amek. air yang kami order jus oren : masam giler, pada saya sesuai la lepas makan mcm² tu. jus tembikai yang memang pekat giler. teh o panas dan air kosong. semua satu air sama jugak 3 hidangan. penuh meja kami.. sampai budak waitress kat situ nampak je pinggan yg dah kosong angkat terus dari meja. bagus budak tu. siap tunggu tepi meja kami. kalu ada apa² nak tambah ke dia dah standby. kesimpulannya, memang sangat² memuaskan makan disitu. bagi anda yang belum merasa, silalah ke restoran tersebut. sila ke website intai² untuk mencari lokasi atau keterangan lanjut. tempat tu memang tesorok skit. mungkin sebab tu dinamakan intai². selamat mencuba. tunggu episod mkn² plak ye.
v
v
v
v
v
kalu nak nampak lagi terliur, sila klik pada gambar untuk tumbesaran ok

2 comments:

Anonymous said...

sedapnye.... cantik gambar

Anonymous said...

yam yam....