sabtu minggu lepas kami ada balik banting. sabtu tu takde xtvt yang menarik. lepak kat umh sembang² ngan family je. malam tu ada kenduri kawen sedara belah hubby. esoknya mak mertua saya rancang nak mkn tghari kat pantai kelanang. kami pakat² masak dan terus menuju ke pantai tersebut.
cuaca hari tu sangatlah panas terik. kena plak ngan bahang pantai tu... huh.. rasa tak selesa skit sebab cepat betul rasa melekit badan. tapi dek kerana angin sepoi² yang bertiup kencang membuatkan perasaan tak selesa tu hilang seketika. pantai kelanang ni lebih kurang tempat baru jugak la kat area banting tu. dulu glakmer ngan pantai morib. skang ni morib pun dah dinaik taraf. pantai dia dah bertambah luas. selalu gak gie morib sebab dia mmg dekat ngan umh mertua. kat kelanang ni pernah sekali kami pergi. masa tu air susut. mcm tak best sangat. kali ni air memang tengah pasang. ramai jgk yang mandi manda masa tu.
kena plak hari minggu... mmg ramai la pengunjung yang datang. ada yang datang bawak anak2 mandi manda... ade yang dtg lepak saje².. dah nama pun pantai kan. dan ade jugak yang bertujuan seperti kami... mkn tengahari bersama keluarga.
ini port sape kami tak tau. diorang pun mcm baru sampai. nampak tu... tempat kami lepak ni betul² mengadap laut. syok wooooooooooooo
ape lagi... jom hidang ape yang dibawa
nampak tu... siap ade pucuk ubi celup lagi. menu hari tu ayam masak lemak cili api. mmg mak mertua akan masak ayam tu bila kami balik sebab ianya adala feveret saya dan encik suami. lagi... sambal sotong, cicah ngan pucuk ubi tu.. wow! meletop! lagi... ikan sardin goreng, ikan kembung goreng dan tauhu goreng. sangat lazat.
aiyooo..... kecoq ayaq liuq.
moh makan... ape tunggu lagi...
yang ada hari tu saya dan encik suami, mak mertua, nenek, cik jam (adik nenek), cik aman (adik mak) dan anak² dan juga keluarga kak izan..ucu mimi dan anak².
amboi.... sakan posing..
daniel anak kak izan ni mmg kuat makan
dah setel ngan nasi.. sambung plak ngan colek. huh.. mangga cicah kicap cili api. tak agak kan.
ha.. yang ni mmg cara dia begini. dah kembung perut gini lah caranya utk mengelakkan senak sebab banyak melantak.
eiein anak cik aman. kesian dia mkn tak banyak sebab mulut dia sakit. nampak tu air liur meleleh aje. mak dia tak de sebab ada lawan futsal kat perak
No comments:
Post a Comment