Daisypath Vacation tickers

Friday, April 16, 2010

servey + booking @ intai2

bismillah...
hujung minggu lalu kami habiskan xtvt dengan perkara² yang biasa² aje. sabtu kami sekeluarga ke rumah yan [bakal adik ipar / bf aciq, adik saya yg no 3] sempena jemputan kenduri kawen abang pada yan, yang berlangsung dirumah mereka sendiri di taman shamelin. gambar² akan di upload kemudian sebab masih menunggu ayu untuk email semua gambar yang ada dlm hp dia. sementara menunggu gambar² tu, saya sajikan dulu gmbr² servey kami di restoran intai² milik encik bahar, penjaga budak² AF. servey ini merangkap sekali dengan tempahan meja seramai 30 orang di mana ahli keluarga saya akan berkumpul untuk makan malam yang akan ditaja oleh en. mohd shahri~ayah saya.

sebenarnya saya yang bagi cadangan pada ayah untuk cuba mkn kat sini. kami tak pernah datang sebenarnya. dengar² mcm famous. cuma adik saya aciq je pernah rasa masakan kat sini. dia kata mcm ok la... bunyi mcm tak best je tapi encik suami cakap kita try je. tak try tak tau. lagi pun lokasi dia dekat dgn umh kami. malas nak cari jauh² sebab nak mkn waktu malam. kang ade yang sesat payah plak. yang nak pegi ni sebanyak 6 biji kereta. jadinya... kompem kami pilih intai-intai.

bila sampai agak teruja jgk la... cantik jugak tempatnya. kami pusing sekitar kawasan utk cari port yang sesuai dengan seramai yang nak datang nnt.

masa ni belum ade orang yang datang. tempat ni dibuka dari jam 12 tghari - 12 mlm.
nyaman dan damai rasanya sebab kawasannya mcm dalam utan skit.
mula nak pilih lokasi atas tu... bila pk kena naik tangga tak jadi. bukan sebab malas ye. tapi kami mengenangkan adik ayie yang xcdent hari tu. jenuh plak nak papah dia naik tangga tu. kang ape² jadi lagi susah.

yang ni pun mcm menarik. tapi kena naik tangga tu jugak.
pastinya, kami pilih tempat ni. senang dan dekat ngan kawasan parking.
dah habis bincang semua, kami gerak ke umh kak sue plak sebab dia jemput makan laksa. budak cikenot ni pun dah bising sebab dia kata panas. panas² pun tetap melompat kat tepi kolam tu.


encik bahar bersama tengku maria dalam program jalan² cari makan. frame ni tergantung kat tepi kaunter. harap family semua suka ngan tempat yg kami pilih ni. cuba dulu... kalu sedap leh datang lagi. betul tak. tunggu sambungan episod mkn²kami pada malam itu.

No comments: