Daisypath Vacation tickers

Tuesday, July 28, 2009

coti coti mesia

khamis, 23 julai 2009
9 pagi
Lepas bekpes pagi tu, kami gerak dalam kol 9 menuju ke utara.


perjalanan kami berjalan dengan lancarnya. tiada sebarang gangguan dijalan raya dan tentunya bila dah jalan jauh, aku akan berdengkur dengan tenang sekali... hehehe... itu habit aku bila dah masuk kete...

11 pg
hari yang sama
punya tengah sedap melayan mimpi indah, hubby kejutkan aku sebab dah nak hampir sampai... aduh... tengah syok cium bantal busuk tu... bikin kacau la... ok, bila korang tengok gambar diatas, korang mesti dah dapat duga kami berada di mana kan... tu la aku kata, percutian kami biasa biasa aje.. tak le sehebat maner pun tempatnyer... janji enjoy, betui dak...


12.30 tgh
sampai je kat pekan pangkor, kami terus amek teksi dengan bayaran 12 hengget dan terus menuju ke tempat penginapan kami. nama tempat tu nipah water front. selama 4 hari 3 malam dengan harga RM370. memang betui2 depan pantai dan berdepan dengan jalan raya. dekat je ngan kedai makan dan segala gerai yang ada. bilik kami amat lah selesa sekali. abaikan bantal busuk kat atas katil tu ye... cik tum kalu p maner2 musti kena bawak bantai buchuk tu kalu tidak tak lena tidooo... last aku sampai pangkor ni masa kursus opis 2 tahun lepas. masa tu kami menginap kat pangkor beach resort. kali terakhir bersama suami tak silap dalam tahun 2002 kot. masa tu tak kawin lagi. bila dah berdua kat pangkor ni, segala kenangan lama kami flash back semula. hehehe kelako...


1 ptg
dah golek2 jap rehatkan badan, perut terasa lapar. mana taknye, pagi tu kami cuma makan roti canai kosong je. terus kami bersiap dan kuar. aduh... hari tu tak semua kedai bukak sebab hari khamis kan... mungkin sebab orang tak ramai dan hanya ada dua tiga kedai je yang bukak. dan kami wat pilihan untuk makan kat restoran horizon. kedai makan tu sederet ngan challet kami. kami makan nasi goreng cina aje, malas nak order banyak2 sebab malas nak tunggu lama. pas tu jalan2 jap tepi pantai


2.30 ~4.00 ptg
kami saje jalan2 main air dulu dan sesi fotogedik. tengok gelagat orang dan angin petang tu memang best sekali. ombak tak berapa kuat mungkin air belum pasang.


mamat ni kalu begambar serah la kat dia.. memang menjadi punya.


kan aku cakap, lagak macam model kelas atasan. namun, yang adoo... perut menten ke depan


aduh... encem arr... hehehe...

aku plak memang takut ngan air pantai ni. kalu takat sungai cetek tu aku ok lagi.

kaki mu dan kaki ku..


gambar agak golap skit sebab lawan cuaca kan..


masihkah kau ingat, pada waktu dulu...

aku teramat sayang padamu...

bercanda ditepian pantai.. masa ni dah kol 5 lebih. lepas sesi fotogedik tu, kami balik bilik semula. lepak2 layan tv. bila dah petang skit baru kuar balik. huh... panas terik beb. memang tak ramai la orang sebab masih hari bekerja kan. so kami pun tak le malu2 nak beposing... hehehe...

syok oo... lama tak naik buai...

buai laju... laju... aku nak kawin dengan anak rajee... yang adooo


tak bleh blah siot

sila tahan kalu rasa nak temuntah yeee

sangat indah waktu ini...

lepak punya lepak... hari dah semakin gelap. kami saje tunggu nak tengok matahari tebenam.


oh Tuhan, betapa besar kuasa mu...


terer tak aku amek gambar


comei gitu tapak kaki aku kan. montok2 je...

layan je la gambar2 kat bawah ni... augerah ciptaan yang maha ESA. SUBHANALLAH













malam tu kami makan dikedai yang sama. tak banyak menu la plak. mahal lak tu. kami cuma makan ayam masak merah ngan ikan bakar je. kedai lagi satu tu ramai plak orang, sampai tak de meja kosong. dan kami hanya lepak kat bilik aje malam tu layan tv. sambungan seterusnya silalah tunggu ye...

nota kaki : xceli aku tak de idea nak stori mori kisah hari petama ni.

3 comments:

ayulicious said...

buai laju2 nak kawin dgn anak raja..klu dah terjatuh tu wat dek je...

Anonymous said...

bestnye.... happy honeymoon ok!

iena hamdi said...

ok le tuh...

bila la aku nak dpt dating berduaan begitu,. jeles sehhh ..