hari yang sama
12.30 tgh
sampai je kat pekan pangkor, kami terus amek teksi dengan bayaran 12 hengget dan terus menuju ke tempat penginapan kami. nama tempat tu nipah water front. selama 4 hari 3 malam dengan harga RM370. memang betui2 depan pantai dan berdepan dengan jalan raya. dekat je ngan kedai makan dan segala gerai yang ada. bilik kami amat lah selesa sekali. abaikan bantal busuk kat atas katil tu ye... cik tum kalu p maner2 musti kena bawak bantai buchuk tu kalu tidak tak lena tidooo... last aku sampai pangkor ni masa kursus opis 2 tahun lepas. masa tu kami menginap kat pangkor beach resort. kali terakhir bersama suami tak silap dalam tahun 2002 kot. masa tu tak kawin lagi. bila dah berdua kat pangkor ni, segala kenangan lama kami flash back semula. hehehe kelako...
1 ptg
dah golek2 jap rehatkan badan, perut terasa lapar. mana taknye, pagi tu kami cuma makan roti canai kosong je. terus kami bersiap dan kuar. aduh... hari tu tak semua kedai bukak sebab hari khamis kan... mungkin sebab orang tak ramai dan hanya ada dua tiga kedai je yang bukak. dan kami wat pilihan untuk makan kat restoran horizon. kedai makan tu sederet ngan challet kami. kami makan nasi goreng cina aje, malas nak order banyak2 sebab malas nak tunggu lama. pas tu jalan2 jap tepi pantai
2.30 ~4.00 ptg
kami saje jalan2 main air dulu dan sesi fotogedik. tengok gelagat orang dan angin petang tu memang best sekali. ombak tak berapa kuat mungkin air belum pasang.
mamat ni kalu begambar serah la kat dia.. memang menjadi punya.
kan aku cakap, lagak macam model kelas atasan. namun, yang adoo... perut menten ke depan
aduh... encem arr... hehehe...
aku plak memang takut ngan air pantai ni. kalu takat sungai cetek tu aku ok lagi.
kaki mu dan kaki ku..
syok oo... lama tak naik buai...
sila tahan kalu rasa nak temuntah yeee
sangat indah waktu ini...
lepak punya lepak... hari dah semakin gelap. kami saje tunggu nak tengok matahari tebenam.
oh Tuhan, betapa besar kuasa mu...
terer tak aku amek gambar
comei gitu tapak kaki aku kan. montok2 je...
layan je la gambar2 kat bawah ni... augerah ciptaan yang maha ESA. SUBHANALLAH
malam tu kami makan dikedai yang sama. tak banyak menu la plak. mahal lak tu. kami cuma makan ayam masak merah ngan ikan bakar je. kedai lagi satu tu ramai plak orang, sampai tak de meja kosong. dan kami hanya lepak kat bilik aje malam tu layan tv. sambungan seterusnya silalah tunggu ye...
nota kaki : xceli aku tak de idea nak stori mori kisah hari petama ni.
3 comments:
buai laju2 nak kawin dgn anak raja..klu dah terjatuh tu wat dek je...
bestnye.... happy honeymoon ok!
ok le tuh...
bila la aku nak dpt dating berduaan begitu,. jeles sehhh ..
Post a Comment