Monday, January 5, 2009

back 2 school



hari ni mungkin ramai yang masih sambung cuti
cuti utk menghantar anak kesekolah
mane yang baru masuk pra sekolah ke
tadika ke, sek rendah ke sek men ke
kak sue pun cuti gak
abang dah masuk darjah satu
lagu maner la gamaknye
dengan pe-el mengada2 dia tu
tapi abang ok, pandai bawak diri
anak2 sepupu aku 3 org yg msk darjah satu
abang, irfan ngan haziq
mesti lucu kan ngan karenah anak2 kecik ni
permulaan bagi hidup diorang ke alam baru

hari ni jugak dah start sesak balik kat jalanraya
kereta dah mula banyak dari awal jam 6 pagi
aku pun kuar awal skit takut jem
biasanya kalu cuti sekolah bleh le lewat skit bangun
ni dah tak boleh le
kang lambat plak hubby sampai
aku macam biasa la...
kol 6.30 tak terpacak kat opis

kesian plak pada budak2 sekolah
yang kena mengharungi banjir untuk memulakan
alam persekolahan
inilah ujian yang datang dari Allah s.w.t
yang sentiasa menguji kesabaran setiap insan
aku pernah rasa p sekolah dalam keadaan banjir
masa tu kat kg
aku sempat sekolah dari darjah 1 sampai 3
syok oooo belajar sambil kaki berendam dalam air

so..
pada engkorang yang ade anak2 yg baru msk sek
aku ucapkan semoga engkorang berjaya
mendidik dan mengasuh mereka
supaya menjadi insan yang berguna
amin...

No comments: