argghh..... tidak!!!!! kenapa mesti dia yang tersingkir di saat2 akhir nak final ni.. sorry la beb, aku mmg fanatik skit ngan dak aril ni. sebab dia cute sangat. aku rasa dia lah penyeri kat af7 ni. takde dia minggu ni, terasa bosan dan malas je dah nak layan diari. tapi majoriti mmbr2 opis ngan sepupu sepapat aku pun cakap cam tu. mula tu je aku rasa dia ni cam poyo. tapi makin hari makin suka plak. tiap hari ade je gimik dari dia.
aku mmg kaki tonton af ok! tak kira rancangan realiti ape pun sebenarnya. cuma oim ni je aku kureng skit sebab tak de yg aku minat... hehehe... dan aku rasa mmg tak patut sangat dia yang tersingkir sebab malam tu dia lah yang the best. dan mmg tiap2 minggu dia best pun. bagi aku la... tapi mana2 forum yang aku baca pun semua puji dia dan dia sepatutnya layak masuk final.
ape transformasi yang ada pada af7 ni sebenarnya??? aku rasa, kalu nak wat transformasi pun biar le separuh undian tu teletak pada tangan juri. baru adil. setakat undi pilih rupa bakat takdak wat pe. cewahhh... fanatik sungguh aku ni...
selalu tiap isnin, aku tertunggu2 lagu ape yang aril dapat. sanggup satel keje umh semua awal2 takut terlepas pandang kat aril... wah!!! nampaknya malam ni, nak tido awal pun tak pe, tak de aura dah kat diari tu. :(
hei... pada sesape yg tak suka aril, diam diam sudah ok.. setiap org lain citarasa. aku dapat rasakan kenapa aril tersingkir.. biarlah aku simpan dalam hati.. :s.. hanya pada mereka yang fanatik pada aril sahaja yang mengetahuinya sendiri.
tapi kalu ade afundi masuk, kompem aku undi beb! tebaik wok!!!!