Daisypath Vacation tickers

Tuesday, June 9, 2009

backdated n3

29 mei 2009, tarikh perjalanan kami berangkat pulang ke kampung halaman di tanah merah dan machang, kelantan darul naim. tujuan utama kepulangan kami sekeluarga pada kali ini adalah kerana untuk majlis bertandang sepupu aku nurul hizmizal (ijai) dan pasangannya yana (tak hengat nama penuh) yang telah diadakan pada 31 mei 2009. tujuan utama gambar kami comel aku dan hubby ni adalah untuk menayangkan (terus terang ajo..) selipar baru yang hubby aku beli kat chiangmai mei lepas. sama tapi berlainan design. comel gitu kakiku yang montok itiu... hehehe... gambar tersebut diambil masa tengah panaskan enjin kete sebelum berangkat ke umah kak sue. yes, utk pengetahuan semua, kami balik satu kete ajo. leh syer2 minyak. jimat skit kan. selesa pun sama sebab senang pergerakan, sama2 bersama. kalu dua kete kang sorang dah kedepan, sorang tertinggal... ni tak payah nak pening2 pakai woki toki lagik. memekak dalam satu kete ajo...
masa tgh tunggu kak sue ngan juki bersiap, aku ngan hubby lepak kat taman ajo. malas mau naik maaa... kami lepak kat taman sambil melayan kerenah abang dan adik. abang baru lepas mandi pun sempat main kat taman lagik. dah berpeluh balik. adik cam biasa ar, maner leh renggang ngan paklong dia...
masa ni nak bertolak dah. kak sue & juki dah siap. sempat lagi snap terakhir. jgn tak tau, baju kami pun sama gak.. huhuhu... makaceh cayang belikan baju sama together gether... lep u!! adik tetap ditengah... tiada anjakan paradigma ok.. ;p pandai abang amek gambo :)


kami singgah makan dulu kat burger king highway karak. kena le isi pewut dulu, nanti lapoo... masa ni kak sue belanje. tq kak sue..

sebenarnya masa kat BK ni banyak gambar kami. yg aku heran maner lak poinyer... tup tup hanya 2 gambar ni je yang ado... mungkin terdelete kot... sorry kak sue... lepas habis semua, kami memulakan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6 jam. uii... lamo tu jang oi.. kebas buntut. perjalanan kami berjalan dengan lancarnya dan kami penuh riang didalam kete. menyanyi lah... bersembang lah... sehinggalah kami berenti kat sungai koyan, singgah umah kawan juki untuk amek barang. makcik tu siap hidang nes panas dan sedikit makanan ringan. layan beb nes dia... fuh... pastu kami berenti lak makan kat simpang sungai koyan. kami memang suka singgah makan kat situ sebab masakan dia memang pergghh!!!!! tomyam campo, sup tulang, telor dada, kailan ikan masin... layanzzz... yang ni aku plak belanja..

akan bersambung...

No comments: