Thursday, June 25, 2009

sabtu; 20 jun 2009; meru, klang

sabtu lepas aku, hubby dan adik syasya ke meru klang untuk menziarahi kazen hubby-faizal dimana isterinya suraya baru je lepas bersalin. kami p pun dah petang. masa kami p tu baby imran ni baru je umur 10 hari. baby imran ni nampak macam serius skit sebabnya setiap kali aku nyakat dia, tak senyum langsung. tapi dia suka tenung orang. syasya macam nak pegang baby imran ni tapi malu2... aku lupa plak nak amek gambar dia. bila kat umah orang memang dia akan jadi semalu yang mungkin, tu sebab dia melekat je ngan paklong dia tu.

muhammad bermaksud
terpuji

ammar bermasud
yang memakmurkan / yang mendiami / yang bermukim

imran bermaksud
budi bahasa

aku memang dah mahir jaga baby ni sebab masa syafiq lahir dulu aku la yang selalu tengok2 kan dia sebab masa tu aku tinggal ngan kak sue. kemudian lahirlah kakak yaya pulak, aku masih serumah dengan kak sue. bila syasya lahir, aku dah kawin tapi tetap ulang alik ke rumah kak sue. jadi memang aku tidak ada masalah bab bab dukung ke, mandi ke.. tapi kalu meragam atau menangis dalam jangka masa yang lama aku akan panik dan takut sikit. semoga maksud atas nama yang diberikan untuk baby imran akan membawa makna dalam kehidupannya. well.... untie shua bila lagi??? errmmm???? insya Allah... rezeki Allah yang tentukan... sentiasa sabar menunggu...

No comments: