hari ni kembali seperti biasa, tapi kembali dengan penuh malas, ngantuk, letih semuanya lengkap. mungkin sebab makan daging banyak kot. dan rasanya seperti mau tido dan tido dan tido je skang ni. kalu la cuti ku masih banyak.. harus aku cuti hari ni. citer raya minggu lepas, tidak ada yang menarik. p umah mak pun lepak tgk tv aje. balik banting pun sama. tak jalan maner, cuma p umah adik ipar dan umah makcik je. ujan je dibanting. ape yang aku letih pun tak tau. bukan banyak keje pun sepanjang minggu cuti raya tu. udah la heh... nak sambung layan perasaan jap.
Monday, November 30, 2009
Thursday, November 26, 2009
salam aidiladha
Wednesday, November 25, 2009
24 nov 2009
semalam aku EL sebab hubby tekehel tengkuk dek kerana main bowling ahad lepas. kenapa aku yang plak EL? sebab aku kan isteri solehah, kena la bw laki p klinik, kalu tidak camner dia nak drive... nak pandang kanan tak bleh. skang ni kan bila2 masa je dak kecik ni bleh tido kat umah kami, so smlm dia pun cuti gak la, aku tak anta p taska. dah alang2 cuti di hari beday dia tu, aku bawak la dia p jalan2.. [bkn mmg selalu ke bdk ni p jln2]
ni muka tengah sentap la ni. sentap ngan paklong dia sebab paklong dia p bayaq duit kete tak bawak dia sekali. kan aku kata, sentap je memandang.. ;p. knp aku yang tak p bayaq? aku tak suka guna mesin bayaq bil ni, takut silap [padahal tak reti]. cian hubby, senget ja bahu dia, tekedek2 la jalan sorang2 masuk petronas tu. tu yang dak kecik ni sentap, dia pantang la kalu petronas ka, shell ka. tak kira la, asal kedai runcit. kalu dia ikut, harus 10 hengget habis.. wah gitu... pastu mula la ayat jiwang dia "cian adik yong... paklong tak syg adik bawak p petnas" huhuhu.. tu je la ayat jiwa kacau dia...
dari dok layan sentap dia, aku pun mula la bukak citer pasal dia kecik2 dulu, pasal ibu dia sakit nak beranakkan dia... mcm2 la hal dia masa kecik2 tu. pastu dia wat muka kelat seperti gmbr di atas tu. hahaha... entah dia paham ke idak. pastu dia tanya aku balik, bila baby dlm peyut yong nak kuar. aku punya la gelak besoooo...
aku teruskan citer lagi dan lagi. dia diam je dengar macam dok tgh imagine la kot. muka tetap kelat, dan dia tetap tak makan saman, dia teruskan sentap dia sampai paklong dia masuk kete balik. mula la ciwek.. dia ckp la kat paklong dia "cian adik paklong, adik haus, nak air udas" air udas tu adalah 100 plus ok. paklong pun bawak jgk la p masuk petronas balik. dapat air sebotol tu dia sorang je telan. tu air faveret dia.
masa hubby jumpa doktor kat klinik semalam, hubby bawak la dak kecik ni masuk sekali. dah kuar tu, dia merengek nak masuk balik dalam bilik doktor tu. punyalah mengada, sampai nak melalak sebab nak jugak masuk bilik tu balik. ai... ko dah jatuh cinta kat doktor tu ke... aduh... pastu terus bawak p jj. ingat nak cari pezen dia. tapi tak ketemu ape yang sesuai. nanti2lah. tunggu lepas raya haji ye dik. pastu bawak dia mkn kat tmpt faveret dia jgk... mc'donald la, ape lagi.. nampak muka gedik dia tu. ape2 la dik, janji kami tetap sayang akan kamu sampai bila2. maceh la kak sue, sudi bagi kongsi kasih sayang anakmu ni pada kami. kami kenang sampai bila2. akan bersambung kisah celebrate beday adik kat umah kak sue semalam.
baju yang dia pakai ni aku beli masa beday dia masuk setahun. muat lagik rupanya... di bawah adalah gmbr2 masa dia sambut beday umur setahun tu... montoknye...
Monday, November 23, 2009
lagu raye??
6.06 pagi ini
satu sms diterima hari ini, 6.06 pagi : salam.. alhamdulillah.. 22 nov 2009 @ 1041pm - bb boy - 2.74kg - healthy both mum n bb - name maybe .... tunggu n3 seterusnya.
alhamdulillah, kazen kesayangan aku pasangan kepada noriza [ is ] dan azhari [ ari ] telah selamat dikurniakan cahaya mata ke 3 semalam di hospital ampang. is kata cukup la 3 boy, tak sanggup lagi, sakit katanya, nak anak pompuan tunggu menantu le nampaknya. alah is, muda lagi, relek ar.. tapikan, kalu aruah mama masih ada [ mama is ] mesti dia seronok kan. cucu 3 tiga lelaki, riuh la umah dia. nak wat camner, takdir Tuhan yang lebih sayangkan mama. apenama baby tu? tunggu is mms gambar kat aku baru aku bagi tau. tahniah is dan ari, nanti maklong p melawat ok.
nota sejuk dipagi hari : nasib le gaji dah masuk.. bleh ar bli pezen utk bb ;pFriday, November 20, 2009
cinta balqis dan nur kasih
Adakah mampu aku terus mengharungi
Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
Pencarianku hingga ke sudut dunia
Tuhanku titiskanlah rahmat yang teragung
tak sabar, balik ni nak tgk citer ni. citer yang aku tunggu2 dan sanggup tak lepak lama kat kedai mkn semata2 kerana kalian, Eira Syazira, Zamarul Hisham dan Fezrul Khan. mmg mantop lakonan u ollss... aku suka. kisah penderitaan gadis kampung yang berkahwin atas dasar cinta dengan anak majikan yang kaya raya. huh... orang kaya kalu dapat yang sombong memang mcm celaka kan. belagak mengalahkan mati esok kapan ngan kain bersalut emas. aku menci orang sebegini.
kalu aku, aku lagi suka kat fezrul tu.. ahakss.. encem oo kalu tgk live. gugur buah pinggang sebelah. zamarul pun aku suka gak. tak sangka, hubby aku pun layan citer ni. dan pastinya malam ni juga adalah mlm remote tv digenggamanku kerana NUR KASIH.
gugurnya air mataku dipagi hari
[ NUR Izzati Azahar dipeluk erat oleh ibunya, Fatimah Ahmad yang sebak dan menitiskan air mata kegembiraan setelah mendapat tahu anaknya mendapat 5A dalam keputusan peperiksaan UPSR yang diumumkan di SK Tracisian, Ipoh, semalam. ]
Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka. "Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya. Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya. "Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya. Sementara itu, Pengarah Pelajaran Negeri Perak, Mohd. Radzi Abd. Jabar berkata, kes pelajar lewat atau tidak menjelaskan yuran sekolah se hingga menyebabkan mereka tidak dapat mengambil slip keputusan pe periksaan bukan perkara baru. Katanya, masalah tersebut biasanya berlaku kerana ibu bapa atau pelajar sendiri enggan berjumpa atau bekerjasama dengan pengurusan sekolah. Kegagalan ibu bapa atau pelajar berbuat demikian katanya, menyebabkan pengurusan sekolah tidak mempunyai rekod yang dapat mem bantu pelajar dalam kategori kurang berkemampuan.
"Pihak sekolah pula perlu menjaga bukan seorang sahaja pelajarnya. Biasalah, bila hujung tahun ini, sekolah perlu mengemas kini rekod, jadi mesti ada yang menghadapi masalah ini jika mereka tidak berjumpa pihak pengurusan sekolah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. berjurai air mataku masa tengah sedap menikmati sarapan pagi tatkala membaca kisah adik nur izzati ni. kalaulah kejadian ni di KL, aku dengan seikhlas hati akan pergi ke sekolah tu bayar bagi pihak keluarga dia, agar dapat dia pegang slip keputusan tu dan kongsi kejayaan itu bersama keluarga tercinta. apakan daya, hanya kerana RM57, impian itu hanya tinggal kesedihan, namun kejayaannya mendapat 5A itu telah pun membuatkan hati si ibu begitu bangga sekali. terharu dengan kegigihan dan cita2 dia untuk menjadi seorang doktor suatu hari kelak, membuatkan aku terus berdoa pada Allah s.w.t agar cita2nya akan tercapai. kuatkanlah semangat mu teruskan usaha gigihmu moga apa yang kamu impikan menjadi kenyatan.
Wednesday, November 18, 2009
gud luck kazenku, eda & mat yie
beberapa minggu lepas, kami sekeluarga telah dijemput oleh kazen aku eda dan husband dia mat yie, sempena pembukaan kedai mkn yg dikongsi bersama kazen mat yie yang lain, pelli dan ayahsu. lokasi adalah di pinggiran batu caves. dibuka dari pagi hingga tgh mlm. masakkan utama adalah masakkan kelantan iaitu singgang ikan. tapi masa perasmian tu kami dihidangkan dengan nasi minyak beserta lauk2 yang seangkatan dengannya. baru semalam kami p mkn kat kedai tu sekali lagi dan pergghh!!!! singgang ikan dia mmg mabeles beb.. tomyam dia malatop!
juki penah citer kat kami, baru je kedai tu bukak dah ada orang kianat. mcm2 lak tu terjadi kat kedai tu. kenapalah ada lagi orang yang berfikiran singkat mcm dorang tu. rezeki masing2 la. adat la kalu nak berniaga, mesti ada untung rugi. takkan hari2 orang selalu suka datang makan kat kedai kita. orang pun nak jugak tukar selera. nak lagi mcm kedai dorang yang baru bukak tu, mesti la orang nak cuba, sedap ke ape ke. dari kau kacau hidup orang dan susahkan orang termasuk dengan sihir jahat korang tu, tak ke lagi memburukan maruah korang. kau nak santau orang wat pe, kau jugak yang tak diampunkan oleh Tuhan. kat muka bumi ni mungkin kau akan puas hati, tapi kau harus ingat bahawa dialam sana nanti, kau juga akan mendapat perhitungan. jadi, hentikanlah sikap dengki sesama sendiri. takde pekdahnye. sama2 majukan bisnes sendiri udahle. pada kazen2 aku, bersabarlah ye. setiap kejahatan pasti mendapat pembalasan.
maceh
maceh sepupuku, marzuki. wah... tak sangka kau jalan jauh ingatkan kami. dan tak sangka yang aku cakap nakkan fridge magnet tu kau turuti. xceli, awal bulan ari tu, marzuki mengikuti rombongan opis dia ke macau & HK. wah.. sangat seronok. maceh banyak2 atas pemberian kazut crocs origional from china dan FM dari hk disneyland. aku mmg tgh gile kumpul fm. so pada sesapa yang p maner2 dan teringat akan aku, beli le utk aku fm eh.. cewah...
epi beday adinda
18 november 2009, genap usia adik kesayanganku ini 22 thn. kejap je masa berlalu pergi. terasa macam baru semalam tukarkan pampers dia... hikhikhik... skang ni dah geletis nak kawin pun. ada hati kau nak kawin cepat... udah gatal sangat ke... jgn mimpi la nak kawin kalu umur tak cecah 25. aku tak izinkan.. hahahaha... kawan dulu kenal hati budi betul2. budak lagi pun, enjoy cukup2. tapi kalu dah jodoh, nak wat lagu mana... takkan aku nak halang plak kan. so, bila nak kuar makan ni. lama dah tak kuar sama2 ni. turn kau belanja eh. jgn wat2 lupa plaks.
Tuesday, November 17, 2009
tq kolej melati, tq HEP, tq Uitm HQ
balik dari cuti raya, hubby dapat call dari hq mengatakan dia dijemput menerima penghargaan dan ada sedikit jamuan. penghargaan tu untuk staff yang bertukar keluar dari hq, yang berenti dan yang pencen. masa hubby dah sampai sane, dia msg aku.. cari la tmpt nak gantung ayat al-quran kat umah, aku dah agak, mesti dapat frame lagi. penuh le dinding umh tu. ni pun tak tergantung lagi. mcm tak de masa je tiap ujung minggu. semenjak dua menjak ni, tiap hari sabtu dan ahad, memanjang je kuar. tak balik banting, kuar p jalan2 bawak si kecik tu. entah bila nak tebuk dinding pun tak tau. kalu aku reti, dah lama aku wat sendiri. masalahnye, frame tu berat.
ha, yang ni siap ada kata2 penghargaan. 'khidmatmu dihargai', ikhlas daripada bahagian hal ehwal pelajar & alumni 2009. kami terima dengan seikhlas hati. terima kasih semua.
Friday, November 13, 2009
hulu tamu... sekali lagi
mane yang berkemah malam sebelumnya tu, dorang dah standby kemas ape yang patut. sekuranya ada masa nak lepak2 sebelum berangkat pulang.
orang lain tengah bz bersembang bagai, dia sibuk punggah barang2 nak wat turun. rajin la plak si abang ni. larat ke bang oi.. sebenarnya dia lapar la tu... hehehe...
yang dua beradik ni bz la dok posing bagai. banyak mulut lak tu.. tanya macam2. sampai malas pkak aku nak layan. nak2 si kakak tu, aduh... tak terjawab la rasanya dengan soalan dia tu. aku tak tau la ikut pe'el sape bercakap tak berenti.
dah punggah barang semua, amek port biasa tepi sungai, lupa lak nak snap gmbr. kak sue sediakan meehun goreng, nasi putih. kami bakar ikan, ayam, kambing. aku goreng nuget, fries, sosej gulung popia. selera mkn tepi sungai beb. anak2 mula la tak menyabar nak cecah kaki dalam air sungai tu. tgk je lah aksi riang mereka.
abang aiman paling suka wat aksi macam ni.
paling tak bleh bla, hubby aku syok sendiri. dia letaknye kamera atas batu depan dia tu, pastu dia lompat dari batu ke batu amek port background air sungai mengalir deras, pastu kamera snap auto. aduh.. aku tekejut beb, mau taknye, silap lompat tejatuh lak dalam arus deras tu tak pun atas batu besar2 tu. aku punya menjerit time ni tapi dia bleh sengeh kambing lak ngan aku. siot je.. lain kali ajak la aku sekali... ahaksss...
dah lama berendam, dah naik kecut segalanya, kami naik atas panaskan badan. time ni budak kecik ni dah letih gamaknye. nak susu la plak. nampak mama yong dia dengan gigih membancuh susu utk dia.
masa tgh lepak2 panaskan badan, turunlah sekumpulan geng cherokee ni. rupanya geng shamsul ngau2. cherokee merah tu dia punya la. dia ketua kumpulan rupanya. dorang dari atas bukit. nampak tu cemana rupanya kete dorang. dah naik bebulu tayar tu gamaknya. tak sempat la nak begambar ngan dia, aku tgh bz membakar masa ni.
dah turun geng shamsul tu, tiba geng juki la plak naik atas. masa ni aku, kak sue dan anak2 tak mau naik. sakit dada dibuatnya. lagi teruk advanture kat atas tu. nak plak masa ni anak2 dah letih. adik pun dah tido. so kami lepak sambil mkn2 je la.
peace... standby utk mendaki.
hubby kata mmg advanture habis lah. kalu kitaorang ikut mau terpekik terlolong gaknye. dia siap turun tu nak snap gmbr. pijak lecak tebal tu... eii... geli mak nyah!
lama gak kami tunggu dorang patah balik. sampai hari dah nak ujan. sempat gak la aku standby kemas barang2 sblm ujan turun. masa ni aku takut skit, air sungai dah mula mcm teh susu. tandanya ujan akan turun dan mungkin ujan dah lebat dari atas bukit. so, amaran pada abang dan kakak, jgn turun lagi dah. takut jadi benda yang tak elok.
dah siap mengemas, dorang pun turun. masa ni dah renyai2 skit. sempat la posing dulu. ape yang didie tgk kat atas tu? ujan baru renyai beb. kak su.. bakpo ganas mu posing?? 'debbee ko?' ngeh3x
tiba masa untuk berangkat pulang bersama geng2 orenge yang lain.
sepanjang perjalanan pulang, kami semua dah keletihan. mata pun dah kuyu. bila dah lalu balik jln penuh liku tu, macam dah tak de perasaan nak menjerit lagi. lelapkan mata lagi layan.
last sekali diorang bergambar kenangan. masa ni kami mungkin dah hanyut dibuai mimpi kot. aku pun tak sedar dah. seronok tapi agak letih jgklah. insyaAllah, lain kali kita bermalam plak disana lagi. tapi bukan dimusim ujan ni la. semalam dapat berita sedih, kak maya, kakak cleaner kt opis aku, yang selalu aku minta urut badan tu, anak dia lemas kat sungai sendat, hulu yam. pada mereka yang ingin berkelah pada saat cuacaca yang tak menentuk ni, lupakanlah buat sementara, memang ajal tak kira tempat, tapi kita beringat sebelum kena. al-fatihah kepada aruah sharipudin.
Wednesday, November 11, 2009
kisah dah nak lapuk
yang aku geram kat bdk kecik ni, asal aku pegang kamera je, ada la dia kat situ. aku pun saje je ke hulu ke hilir umah macam nak snap gmbr, tapi dia sempat gak betenggek kat depan aku. mcm gud gud.. ckp dlm hp mainan dia tu. entah ngan sape dia sembang pun tak tahu la.
gmbr ni agak tak memuaskan. entahla.. ape yg tak kena pun tak tau. tapi yg penting baju yang kami pakai sedondon ni adalah baju tema masa aku kawin 5 tahun lepas. kain yang disponser oleh mak ngan makcik aku untuk kazen2 belah mak aku. jgn tak tahu, masih muat lagi ok. maknanya kami semua ni masih menten le..hikhikhik... ish... nak masuk 5 thn dah aku kawin kan?? wow!!!
xceli banyak lagi gmbr masa malam kenduri tu. malas la nak edit banyak2. yg diatas ni masa kami kat airport kuala terengganu dah. saje posing jap sementara tinjau2 tgk suasana dlm airport KT ni. sangat menarik ukiran yang ada didalamnya. tradisional sungguh.
ni, mak ngan kazen dia cik yah. same je paras rupa dorang kan. cik yah pun p menunaikan haji bersama husband dia pakcik mail. senang kalu p ramai2 sekali sedara mara ni. apa2 jadi ada tmpt nak bertaut. ari tu aku p umah cik yah, dia ajak kami mkn kat umah anak dia. pastu turun dari kete, jalan nak masuk ke umh anak dia tu, angsa gigit punggung mek [mak marzuki]. yang kelakarnye, dia tak le menjerit ketakutan, tapi gelak tekekek kekek... aku yang melompat belari naik tangga. lepas tu kami gelak ramai2... aduh... kelakar la waktu tu. mak aku cakap, kalu jadi kat aku, dah tentu satu bandar perala [nama tmpt umh cik yah] tu bergema ngan suara aku.. ngeh3x...
suasana diluar kawasan airport bagi para jemaah haji dan keluarga sementara menunggu waktu chek-in. panas terik wo masa ni. tu yg kami lepak dalam airport. nasib le dapat masuk.
suasana ni yang paling aku tak suka. walaupun perpisahan hanya untuk sementara, namun ku rasakan seperti jangka masa yang lama sekali. tangisan kaum keluarga mula kedengaran waktu ini. yang pasti, mak aku paling teruk nangis bila pisah ngan kakak dia. dan kak sue pun sama. aku tak payah cakap la... siap tutup muka ngan sapu tangan. tak tahan beb. skang ni pun aku dah rasa sedih kembali. teringat, rindu kat diorang semua. saat ni, mek dapat panggilan dari cucu dia yang belajar kat uitm perak. huh... lagi sedih sebab tak dapat balik. arrrgghhh... air mata aku bercucuran. ni malas citer kisah sedih ni. masa ni mek peluk aku erat, aku pegang tangan dia kuat... bisik ditelinganya moga doakan yang baik untuk kami sekeluarga. doakan moga aku dikurniakan cahayamata. mek kata, doakan dia selamat pergi dan balik. moga dia diberi kesihatan yang baik disana nanti. dia cium pp aku, aku balas kembali. huh... sayu ni...
cuma aku tak berkesempatan nak jumpa tok cu ngan wife dia sebab aku terpaksa dukung adik syasya. suasana masa tu dah sesak sangat. tengoklah keadaan tok cu yang bongkok tu. kak sue sempat jumpa diorang, kak sue citer kat aku, sedih tgk tokcu ngan mek rahmah. pimpin tangan jalan sama2 masuk ke airport. terus berjurai lagi air mata aku. cemana la diroang kat sana. harap Allah memberi kekuatan pada mereka disana.
mek, poknik, tokcu, mek rahmah, cik yah dan pakcik mail... kami tunggu kepulangan kalian. moga kalian sihat dan kuat disana. doakan yng terbaik untuk kami semua. sampai jumpa lagi 8.12.09 nanti. selamat menunaikan rukun islam ke lima.
nota geram : ayu! kalu nak tggu gmbr dr kamera kau, thn depan pun belum tentu dpt gamaknye